Recent Post

Tuesday, November 03, 2015

Thailand lulus bantuan 12.75 bilion baht kepada sektor getah

Kabinet Thailand meluluskan pakej bantuan 12.75 bilion baht (RM1=8.30 baht) bagi membantu pekebun getah yang terjejas teruk berikutan harga rendah komoditi itu yang berpanjangan.
Read more ...

Jom Belajar Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi

Memotong kuku cara sunnah Nabi Cara memotong kuku kaki dimulai daripada kelingking kaki kanan dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri mengikut tertib semua jari.

Sementara kuku tangan pula;

dimulai dengan kuku telunjuk jari kanan,

kemudian jari tengan, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari tangan kiri, kemudian jari kelinking tangan kiri, kemudian jari manis tangan kiri, kemudian jari tengan tangan kiri, kemudian jari telunjuk tangan kiri dan diakhiri ibu jari tangan kanan.

begitulah susunan memotong kuku setiap jari kita.. Subhanallah… Islam mengajar segala-galanya.

Read more ...

Nora Danish Dikecam Kerana Gayakan Pakaian Ala Rahib

Selepas membuka perniagaan makanan bersama rakan-rakan beliau kini Nora Danish telah melangkah setapak lagi dalam bidang itu apabila melancarkan koleksi jubah dan tudung dengan jenama beliau sendiri Owl by Nora Danish.

Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung dengan cukup gah lagi pada malam semalam. Namun, bukan majlis itu yang menjadi perhatian ramai tetapi gaya Nora berpakaian yang dikatakan persis seorang rahib.

Malah penampilan beliau di atas pentas ketika membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada  jenama tudung serta juba beliau juga turut dikritik.

Rata-rata peminat Nora kurang setuju dengan gimik tersebut dan menyifatkan Nora sengaja ingin mempromosikan lambang Iluminati.

Erm.. kalau tengok foto dari tepi memang persis rahib tetapi mungkin juga Nora Danis tidak sedar bahawa tudung beliau itu tidak kena dengan jubah yang dipakai. Apa-apapun, harap lepas ini lebih berhati-hati dan peka dengan setiap gaya yang anda tampilkan.

Related Category : Malay 59 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

GAMBAR BERPEGANGAN TANGAN TERSEBAR - ZUL ARIFFIN & ZAHIRAH MACWILSON SAH BERCINTA?

Read more ...

Datuk Sheila Majid Kembali Berlakon Dalam Filem Sinaran

Setelah sekian lama, Ratu Jaz Negara Datuk Sheila Majid, 50, bakal kembali ke layar perak dalam filem muzikal terbaru berjudul Sinaran pada 26 November ini.

Pun begitu, kemunculannya itu hanyalah sekadar cameo sahaja, selain sebanyak 9 buah lagu popularnya akan ditampilkan dalam filem arahan Osman Ali tersebut.

"Sebenarnya saya tak nak beritahu sama ada saya bakal muncul atau tidak dalam filem ini.Tapi oleh kerana media sudah tanya, saya hanya boleh beritahu saya hanya muncul sebagai cameo.

"Mengenai watak apa? Itu saya rasa semua kena tontonnya sendiri, barulah surprise nanti.

"Saya tahu ramai yang ternanti-nanti bila saya akan berlakon kembali. Tapi saya rasa saya tak pandai berlakon..., lebih baik saya menyanyi sahaja," katanya kepada murai.com.my

Sheila ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Sinaran iaitu Sinaran Cinta di pusat karaoke Red Box di The Gardens kemarin.

Sementara itu, Sheila bersyukur apabila ada pihak begitu menghargai bakatnya bagi menerbitkan filem Sinaran, sebuah karya muzikal yang menampilkan lagu-lagu popularnya.

"Sebenarnya, idea ini sudah diberikan pada beberapa tahun lalu dan tak sangka filem ini benar-benar dihasilkan.

"Bagi saya ianya satu penghargaan untuk saya apabila ada yang sanggup melaburkan wang menghasilkan filem muzikal lagu-lagu saya.

"Single terbaru saya iaitu Sinaran Cinta juga bakal jadi lagu tema filem ini yang saya percaya peminat-peminat pasti menyukainya,"jelasnya lagi.

Antara lagu yang ditampilkan ialah Sinaran, Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta.

Kesemua lagu itu telah disusun dan dinyanyikan semula oleh Malaque Mahdali dan Evan Sanders.

Manakala lagu temanya, iaitu Sinaran Cinta yang dicipta oleh Kevin Chin dan Shahrom Rashid akan menjadi single baharu Sheila.

Sinaran merupakan filem arahan Osman Ali yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M.Din

Filem muzikal itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 November ini.

Artikel oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 3 Nov 2015

Read more ...

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – GHOST SHIP

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere GHOST SHIP – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang penuh dengan seram dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Ghost Ship (2015) merupakan sebuah filem seram Thailand yang diarahkan oleh Phontharis Chotkijsadarsopon, dengan didukung pelakon utama: Sean Jindachote, Bhuvadol Vejvongsa, Dharmthai Plangsilp, Pongsatorn Sripinta, dan Nutcha Jeka.

Filem seram  GHOST SHIP ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 12 November 2015.

Ghost Ship

Sinopsis GHOST SHIP

Seorang kapten kapal dan pasangannya bersiap-siap untuk mengatur kapal layar berikutnya ketika mereka menemukan mayat Mia (yaitu istri dari pemilik boat) yang tergantung pada tiang kapal. Untuk menghindari agar para penumpang tidak terkejut, maka kapten memutuskan untuk menyembunyikan mayat tersebut, menyingkirkannya, hingga kemudian dia akan melemparkannya dan membuangnya di tengah laut. Setelah kapal tersebut berlayar, tubuh mayat Mia tiba-tiba menghilang.

Roh Mia mulai berkeliaran ke seluruh kapal, hingga menyebabkan malapetaka, juga menghantui para penumpang dan awak kapal, mereka yang punya kesempatan untuk lari seperti dikelilingi oleh badai atau angin kencang laut. Satu-satunya cara bagi mereka untuk menyelamatkan diri adalah dengan mencari mayat Mia yang hilang. Pada waktu yang sama, mereka juga harus mencari tahu siapa yang membunuh Mia…

Peraduan Tayangan Premiere GHOST SHIP

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

11 November 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GHOST SHIP– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GHOST SHIP kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem GHOST SHIP

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GHOST SHIP – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere GHOST SHIP – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:10 November 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 November 2015.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Abang, Kucing Ini Kena Bakar'

Andai seekor kucing mampu berkata-kata, mungkin ini yang dia ingin katakan "Apakah Dosaku? ". Semalam selesai sahaja perjumpaan saya dengan seorang sahabat di Bangi. Saya dan suami pulang ke rumah. Selesai sahaja parking kereta, saya ternampak seekor kucing di bawah lori mengiau-giau memanggil kami. Suami saya memang sudah kenal dengan perangai saya yang suka bercakap dengan kucing, Dia biarkan sahaja. Dalam fikiran saya, mungkin kucing ini lapar. Bila saya menghampirinya, saya melihat dia seolah-olah sedang menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat pastikan dia sakit apa. Tetapi memang bau terbakar di kawasan dia menyorok membuatkan saya makin degil untuk menghampiri dan mengeluarkannya dari bawah lori itu. Bila saya tengok betul-betul dari jarak yang dekat, ya Allah, saya menangis mengigil-gigil. Seriously saya tak sanggup dan terus memanggil suami.  "Abang, kucing ini kena bakar," Apakah dosannya sehingga orang membakarnya sebagai hukuman? Subhanallah. Terkedu dan pilu rasa di hatii ni. Kucing itu seolah-olah tidak percaya pada manusia lagi menyebabkan dia menyorok di bawah lori. Kami terpaksa memujuk dan menariknya keluar. Habis peha, punggung, ekor, kaki kanan dan bahagian bawah perut kucing ini terbakar. Saya dan suami terus bawa ke klinik haiwan 24 jam. Sebelum apa-apa lagi yang jaga di kaunter beritahu nak jumpa doktor RM160, belum termasuk kos rawatan. Saya dan suami setuju sahaja sebab fikirkan kucing sakit. "Berapa kos yang awak mampu?" tanya doktor pada kami. "Sekitar RM300," jawab kami.  "Awak bawalah kucing ini balik sebab kalau saya rawat dia, kos dia akan bermula RM800 ke atas," katanya dengan bongkak. Dia langsung tiada perasaan nak menolong kucing yang tidak berdosa mahu pun untuk mencuci luka dan membalut lukanya. Ketika saya memandang doktor itu dan berkata, "Di mana hati, nilai duit lebih penting,"  Kami bawa balik kucing itu. Dalam kereta saya tak berhenti-henti menangis melihat dia menahan kesakitan. Suami belikan minyak gamat, kapas dan pembalut luka, kami buat rawatan sendiri di rumah. Kami cuba memberikan bantuan yang terbaik, sepanjang suami letak ubat, saya hanya asyik bercakap dengan kucing, "bertahan ya, sabar, saya tahu awak kuat," sambil menangis teresak-esak melihat dia menahan sakit. Alhamdulillah dia bertahan dan akhirnya lena. Kami bagi kucing ini namanya 'Tuah' sebab masih mampu hidup. Semoga Allah kurangkan kesakitannya dan cepat sembuh. - Janet Tan Siok Hua

Bagaimanapun, Tuah dilaporkan telah meninggal dunia 16 jam yang lalu.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Ini Pandangan Seorang Bukan Islam Terhadap Muslim Yang Menghisap Vape

Vape kini menjadi satu isu besar yang hangat diperkatakan bukan sahaja di mulut-mulut warga marhein sahaja, namun kini sudah memasuki parlimen untuk dibahaskan. Antara isu yang berbangkit mengenai vape adalah adakah ianya halal atau haram di sisi Islam? Bagi kita; orang melayu khusunya; isu halal dan haram ini sangat sensitif.  Namun apakah pandangan seorang individu bukan Islam terhadap seorang muslim yang menghisap vape? Seorang pengguna Twitter memuat naik satu keratan status FB yang memaparkan pandangan & nasihat rakannya; seorang wanita beragama Hindu; tentang muslim yang menghisap vape.  Apa yang ditekankan oleh wanita berkenaan adalah tentang isu halal dan haram serta bagaimana dia sebagai seorang bukan Islam sedaya upaya cuba menghormati seorang muslim dalam isu halal dan haram. Status penuh yang sudah dialih bahasa Sebagai seorang yang beragama Hindu, saya cuba sedaya upaya untuk pastikan makanan yang dihidangkan di rumah untuk rakan-rakan muslim saya adalah halal (ya, termasuk memastikan perkakasan dapur untuk menyediakan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, ianya satu dosa untuk memberi makanan tidak halal kepada orang muslim sama seperti memberi makan daging kepada seorang vegetarian. Jadi bagi saya, apabila fatwa mengatakan "rokok" & "vape" adalah haram... saya lihat mereka pada kategori yang sama bagi dadah, alkohol, daging khinzir, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan haiwan dua alam. Apabila seorang muslim menghisap rokok atau meminum arak atau makan daging khinzir, saya masih lagi boleh menghormatinya sebagai seorang individu tapi tidak sebagai seorang muslim. Beberapa tahun lepas, saya cuba untuk tapau sebungkus mee goreng 'halal' untuk seorang rakan muslim di sg long. Saya tanya peniaga adakah ia bebas dari daging khinzir, alkohol dan adakah ayam itu dari pembekal muslim yang halal. Peniaga Cina tua itu menjawab "haiya, itu lokok dalam dia minum. Babi halam sama mah. Apa lu susah melayu tada kisah punya". Sekarang dengan vape... ingat sebagai seorang muslim, kamu sedang menerapkan satu contoh. Bukan muslim yang membaca artikel tentang vape itu haram disisi Islam tidak akan menghormati kamu bila kamu menghisap vape.  Jika kamu mahu orang bukan Islam untuk "cakna" tentang kehalalan makanan kamu, tunjukkan dahulu yang kamu menghormati kehalalan makanan kamu terlebih dahulu.
Read more ...

Apandi nafi DPP di SPRM dipindahkan

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menafikan dakwaan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) di bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) dipindahkan.

Ahmad Shazalee Abdul Khairi berkhidmat di bahagian yang meneliti SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

"Saya sudah semak.

"Berita kamu berkaitan DPP yang dikatakan dipindah keluar daripada SPRM adalah palsu," katanya dalam pesanan teks kepada Malaysiakini lewat Isnin.

Apandi ditanya kenapa Ahmad Shazalee kenapa beliau dipindahkan secara tiba-tiba.

Tweet Pejabat Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut:

"AGC menjelaskan bahawa tiada arahan pemindahan kepada DPP Shazalee Abdul Khairi keluar daripada SPRM."

[Baca berita asal]

Read more ...

Justin Bieber Bikin Kecoh, Cetus Kontroversi Panas!

Justin Bieber Bikin Kecoh, Cetus Kontroversi Panas!

Tindakan berani penyanyi Justin Bieber yang membatalkan konsert sememangnya mengejutkan ramai. Justin bertindak sedemikian apabila ada segelintir peminat fanatiknya itu tidak mendengar larangan daripada Justin. Ada diantara mereka yang melemparkan air kepadanya tidak kurang juga yang tidak dapat mengawal perasaan apabila memegang kaki Justin. Ini mengakibatkan Justin tidak dapat bergerak.

Menarik artikel sebelum:- Gambar Bo9el Dikecam, Justin Bieber Kesal Dengan Paparazi

Susulan itu, penyanyi berusia 21 tahun itu memuat naik satu pos di Instagram memohon maaf kepada semua peminat di atas perbuatannya. Justin Bieber menjelaskan, dia berhadapan dengan minggu yang sukar dan kemudiannya terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan peminat yang sukar dikawal.

Justin Bieber Bikin Kecoh, Cetus Kontroversi Panas!

1,455 total views, 1,455 views today

Read more ...

DAH DAPAT APA YANG DIIDAM, TONY PUAKA TERUS DIAM!!!

SEMUT HITAM DAH DAPAT APA YANG DIIDAM, TONY PUAKA TERUS DIAM!!! Hah! Kan betul. Kalau kita tengok dari satu sudut, memang Si Tony Puaka tu hanya sekadar nak melobi diri dia sebagai Pengerusi DAPigs Selangor je. Bukannya dia nak debat sangat pun. Hakikatnya, cabaran debat yang dikemukakan oleh Si Tony Puaka tu sebelum ini hanya boleh dianggap sebagai helah untuk dia merebut jawatan sebagai Pengerusi DAPigs Selangor tu je. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi Si Tony Puaka tu, tapi perkara itu tidak diendahkan lansung oleh Ahli Parlimen DAPigs tu. Dengan muka tak malu dia terima jawatan tersebut. Sebelum ini, kita dah paparkan hujah blogger PKR yang turut mempertikaikan perlantikan Si Tony Puaka tu apabila dia hanya sekadar mendapat kedudukan kelapan dari 15 orang calon. (Artikel Berkaitan: Perlantikan Tony Puaka Dipertikai Ahli PKR!!!) Sekali gus itu membuktikan bahawa Si Tony Puaka tu bukan pilihan dikalangan perwakilan. Tapi, dek kerana dia nak jugak jawatan tu, maka suara diperingkat akar umbi pun tidak dipedulikan. Dan sekarang, cabaran yang dibuat oleh Si Tony Puaka tu untuk berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB juga seakan - akan senyap begitu sahaja. Hanya alasan sahaja yang tinggal. Terbaru, Si Tony Puaka tu bagi alasan KONONnya berdebat ni bukan budaya yang menjadi amalan dikalangan puak - puak DAPigs tu. Maka dia tolak desakan untuk berdebat dengan Arul Kanda. Sebaliknya, Si Tony Puaka tu kata dia hanya menjemput Arul Kanda selaku CEO 1MDB untuk sesi Temu Bual dan bukannya berdebat secara terbuka seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Nampak sangat yang Si Tony Puaka tu dah mula TAKUT dengan Bayang - bayang dia sendiri. Sebelum ini, dia jugak yang lantang mencabar orang ajak berdebat dengan dia secara terbuka. Bila cabaran dia disahut, mula la dia kecut buah kerandut. Dasar Pengecut memang macam tu la. Elok Kerat je dia punya buah kerandut tu, bagi anjing makan. Setakat buat cabaran untuk melobi diri dia merebut jawatan, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *