Recent Post

Monday, July 13, 2015

Mohamad Sabu umum penubuhan parti Gerakan Harapan Baru

Mohamad Sabu - Sumber: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Satu parti politik baru diterajui pemimpin progresif dalam parti PAS yang kalah semasa pemilihan parti baru-baru ini diumumkan penubuhannya hari ini.

Pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu berkata, parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru itu dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.

"Parti ini berteraskan Islam dengan pendekatan inklusif, progresif dan mengambil peduli terhadap rakyat.

"Ini merupakan permulaan kepada kerjasama baru atau Pakatan Rakyat 2.0," kata beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah  bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Selain mereka, turut hadir ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Tambah Mohamad, parti itu tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.

"Buat masa ini, permohonon pendaftaran parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan menunggu kelulusannya. 

Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?



Read more ...

Adik PM gembira dengan kenyataan BNM

Datuk Seri Nazir Razak - malaysiakini.com

Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memuji sikap Bank Negara Malaysia yang disifatkannya cekal dalam membongkar kebenaran dalam skandal 1MDB.

Pengerusi kumpulan CIMB itu menyatakan demikian dalam satu tulisannya di Instagram.

"Bank Negara Malaysia kekal dengan pendiriannya... dan tidak akan mengkhianati kepercayaan orang awam.

"Kenyataan hebat – tepat waktu, teguh dan jelas,” kata Nazir mengulas kenyataan bank pusat itu yang menafikan bahawa tiga pegawai tinggi bank tersebut kini disiasat atas dakwaan kebocoran maklumat sensitif kepada Wall Street Journal.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

BNM dalam kenyataannya semalam berikrar untuk membongkar kebenaran dalam skandal tersebut dengan adil dan saksama.

"Dalam menjalankan tanggungjawabnya, bank ini tidak memihak kepada mana-mana puak dan tidak akan mengkhianati kepercayaan orang awam.

 "Bank Negara Malaysia juga akan menyiasat mana-mana pelanggaran ke atas undang-undang yang ditadbirnya,” kenyataan itu dipetik.


Read more ...

Nora Danish buat saya selesa

                                       PELAKON, Aaron Aziz. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Pernah bergandingan dengan Nora Danish sebelum ini dalam supertelefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, mereka sekali lagi disatukan dalam filem Sayu Yang Syukur (SYS) terbitan Nusan Bakti Corporation Sdn Bhd.

Filem SYS turut menjadi percubaan kedua Aaron yang dua kali pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 dan 2013, di kerusi pengarah. Filem berkenaan juga sudah selesai penggambaran. Sebagai pengarah untuk filem itu, Aaron juga mempunyai 'kuasa' membuat pilihan pelakon mana yang dirasakan sesuai termasuklah memilih Nora Danish sebagai teraju utama filem berkenaan.

Malah sepanjang penggambaran, Nora juga membuatkan Aaron selesa memikul tugasnya sebagai pengarah dan pelakon pada masa yang sama. "Nora juga diakui mempunyai populariti yang hebat. Dia juga sangat kebal di laman sosial. Lihat saja pengikutnya di laman Instagram. Dia sangat sporting dan bersedia menerima teguran. Dia tidak memberi saya halangan untuk membetulkan dalam aspek lakonan dan sekali gus ke arah mencapai apa yang saya inginkan dalam filem ini. "Sebagai pengarah, saya lihat gandingan kami (dengan Nora) sebagai sesuatu yang segar.

Sudah tentu mana-mana produksi mengharapkan gandingan yang dipilih akan disukai penonton. Ia antara satu perkara penting yang sering difikirkan pengarah apabila menghasilkan sesebuah cerita. Saya yakin dan optimis, gandingan segar ini akan diterima. "Dia juga seorang pelakon yang sangat profesional. Dia membuatkan saya selesa untuk menjalankan tugas sebagai pelakon dan pengarah pada masa yang sama," kata suami kepada Diyana Halik itu yang pernah mengarahkan filem Romeo Kota ditayangkan beberapa bulan lalu. Dalam perkembangan lain, Aaron sepatutnya terbang ke Hong Kong pada 29 Jun lalu dan dijangka kembali ke tanah air dua hari sebelum Syawal menjelma untuk membintangi filem di sana. Tetapi atas beberapa sebab, pihak produksi menukar tarikh lain.  


                                 Nora Danish - rentakartis.com

"Sebelum ini saya pernah berlakon pegang watak penjahat untuk sebuah filem dari Hong Kong berjudul Special Female Force, tetapi sekadar memegang peranan kecil dan melakonkan beberapa babak saja. Ketika itu saya menjalani penggambaran dua hari di Hong Kong dan seminggu di Malaysia. Alhamdulillah menerusi kenalan dan rangkaian yang sama dari filem itu, saya ditawarkan berlakon kali ini pula.

"Kali ini, ada sebuah produksi di Hong Kong yang menawarkan saya watak pelakon pembantu pula. Inilah peluang saya untuk mengetengahkan bakat lakonan ke peringkat antarabangsa. Cuma penggambaran berlangsung di bulan Ramadan. Ia cerita aksi dan judulnya dalam bahasa Cina. Permintaan saya untuk menjalani penggambaran selepas raya juga diperkenankan pihak mereka," katanya.

Dalam filem SYS, Aaron memegang watak sebagai Que Daim manakala Nora pula memikul tanggungjawab untuk peranan Nurliana. Atas satu peristiwa mereka bertemu dan Que Daim sebenarnya mahu memohon maaf atas apa yang dilakukannya terhadap Nurliana. Que Daim digambarkan sebagai lelaki kaya yang boleh memperoleh apa sahaja yang diingini.

Tanpa disedari, Que Daim memendam perasaan cinta terhadap Nurliana. Namun Nurliana bukan gadis lain yang senang untuk dia dapat sekelip mata. Cintanya ditolak dan sungguh tragik. Malahan pada masa yang sama, Nurliana juga banyak bermain dengan emosi kerana dalam dilema berdepan dengan kemelut kehidupan serta memilih dua lelaki yang hadir.

Filem ini mengambil lokasi di sekitar Jelebu, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Mengikut Aaron, filem arahannya itu menyerlahkan kelainan tersendiri. Kebimbangan tetap berlegar di fikiran Aaron kerana menggunakan formula dan konsep lain sekali gus menanti debaran bagaimana penerimaan penonton yang selama ini lebih disajikan dengan genre serta formula yang sama.


Sumber  

Nora Danish buat saya selesa
Read more ...

Balas Dendam, ISIS Godam Facebook & Twitter PDRM

Logo Anonghost

LAMAN Facebook dan Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru sahaja digodam sebentar tadi oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai AnonGhost.

Imej laman dan avatar di web kemudiannya diubah kepada gambar yang menyokong kumpulan militan ISIS.

Gambar tentera ISIS turut dimuat naik oleh mereka dengan mesej “Viva Islamic State”.

AnonGhost ialah kumpulan penggodam yang menjadi terkenal selepas berjaya menggodam laman web Israel untuk memaparkan mesej pro Palestine.

Dipercayai, mereka terdiri daripada 15 penggodam/aktivis yang berpangkalan di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Mereka juga bertanggungjawab menggodam laman Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) dan memaparkan gambar kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat operasi Protective Eagle yang dilancarkan rejim Zionis tahun lalu.
anon

Selain itu mereka juga dipercayai mencuri data kad kredit pengguna di Israel dan kemudian menggunakannya untuk menderma kepada badan amal Palestin.

Tindakan menggodam laman Facebook dan Twitter ini mungkin tindakan balas ekoran tindakan PDRM menangkap penyokong ISIS di Malaysia.

Setakat 3.55 petang ini,  laman Twitter PDRM seakan berjaya dikawal semula namun baru beberapa minit lepas, Twit terbaru daripada ‘mereka’ menunjukkan laman tersebut masih belum selamat sepenuhnya daripada kumpulan AnonGhost ini.


Read more ...

Saman PM terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 23 Julai

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lalu.

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan. Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan. Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau sudah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan. - BERNAMA

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *