Recent Post

Tuesday, September 08, 2015

Kelayakan Piala Dunia: Penyokong baling suar ke padang, perlawanan dihentikan

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam di antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.
Read more ...

Linda Rafar Cerita Punca Sebenar Beliau Dedah Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri

Penyanyi dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah Linda, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya. Artikel Berkaitan: Linda Rafar Muat Naik Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri Di Instagram "Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma," jelasnya yang kini hamil tiga bulan kepada Harian Metro hari ini. Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu. "Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa," katanya. Artikel Berkaitan: Linda Rafar Muat Naik Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri Di Instagram
Read more ...

Sekurang-kurangnya Lima Orang Terbunuh Dalam Kebakaran di Kelab Malam

PHNOM PENH, Kemboja : Satu kebakaran besar berlaku di kelab malam popular di ibu negara Kemboja, sekurang-kurangnya lima wanita terbunuh akibat  terperangkap di dalam salah satu bilik, manakala dua lelaki cedera parah.

Api dikatakan bermula di sound mixing room kira-kira dua jam sebelum Key Club (kelab malam terbabit) memulakan operasinya pada jam 10:00 malam pada Isnin, kata Kolonel Neth Vantha, ketua jabatan bomba Phnom Penh.

Katanya lagi, dua wanita terbabit berkerja di kelab malam manakala tiga lagi digajikan oleh syarikat air minuman dan hadir untuk menguruskan parti pejabat. Mereka dalam lingkungan 17 hingga 28 tahun  mati akibat tersedut asap yang banyak. Manakala dua lagi cedera parah.

Siasatan awal mendapati, kebakaran tersebut bermula di sound mixing room dan bilik kawalan, kemungkinan dari litar pintas. Kebakaran ini memerlukan 23 trak bomba untuk memadamkan kebakaran selama tiga jam.

Sejarah sebelum ini, kelab malam terbabit juga pernah mengalami kebakaran yang sama pada tahun 2013 yang mengorbankan seramai tiga orang yang turut membunuh isteri kepada pemilik Key Club.

Read more ...

"SAYA MAHU ANAK SEGERA" - ELIZAD

Memandangkan usianya yang semakin meningkat, Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 31, berharap agar segera dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin lapan bulan.

Menurut Elizad, disebabkan suaminya Shamsul Baharin Rahman sudah berusia 43 tahun mereka sedang merancang untuk mendapatkan anak segera.

"Suami saya sudah berusia, begitu juga dengan saya dan kami mahukan anak secepat mungkin. Tetapi semua itu bergantung pada rezeki Allah.

Klik gambar untuk size besar

"Suami saya pernah berkata kalau boleh, dapat seorang anak pun jadi. Sekurang-kurangnya anak itu dapat menjaga saya apabila tua nanti," ujar Elizad ketika ditemui media pada program khidmat masyarakat Travelling Beruang di wad p ediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selain Elizad, selebriti Ungku Ismail, Fara Fauzana, Maria Tengku Sabri, Yana Samsudin dan Fiza Sabjahan turut menyertai program tersebut.

Pelakon itu berkahwin dengan Shamsul Baharin yang juga duda anak dua pada 11 Januari lalu.

Sementara itu, Elizad berkata sejak popularitinya kembali melonjak kerana drama 'Teman Lelaki Upahan', dia mula menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah mengacara program.

Populariti itu juga menyebabkan jadualnya padat sehingga tahun depan.

"Sekarang ini, watak yang ditawarkan kebanyakannya bagus-bagus. Jadual semua penuh sampai tahun depan. Alhamdulillah. Suami pula beri sokongon penuh terhadap apa yang saya lakukan, itu yang penting.

"T erbaru saya akan sibuk dengan penggambaran telefilem Travelling Beruang selain beberapa telefilem lain," jelasnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

'Suami Isteri Kaki Kencing, Kaki Pil Kuda!' - Mangsa

Susulan perkongsian mengenai sebuah keluarga yang kehabisan minyak motosikal disiarkan kami semalam, netizen tampil mendedahkan bahawa pasangan terbabit telah lama menjalankan kegiatan menipu orang ramai. Modus operandi mereka yang menjaja cerita anak sakit, isteri sakit, selain dari mempergunakan anak mereka sendiri untuk meraih simpati orang ramai, akhirnya terbongkar jua apabila ramai individu yang pernah menjadi mangsa mereka tampil membongkarkan taktik keji pasangan ini. Tidak dinafikan, cerita yang dijaja sememangnya mampu membuatkan anda mengalir air mata. Namun, jika sudah tergamak mempergunakan anak sendiri untuk meraih wang haram, kegiatan pasangan ini harus dihalang.  Menurut perkongsian dari netizen, pasangan terbabit pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam najis dadah iaitu, pil kuda. Anak-anak kecil mereka pula diserahkan kepada nenek untuk dijaga. Namun. setelah dibebaskan dari penjara, pasangan ini mempergunakan anak mereka untuk melakukan kes penipuan.  "Suami isteri kaki kencing, kaki pil kuda. Ramai yang dah terkena dengan cerita yang direka. Member saya dah terkena dengan cerita yang sama. Siap menangis-nangis lagi," kata Zaibahari.  Baca lagi pendedahan netizen di sini https://goo.gl/1efqrE Disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang membuatkan masyarakat berasa was-was mahu menghulurkan bantuan. Bimbang ditipu sungguhpun mendapat pahala ditipu.  Sudah ramai yang menjadi mangsa pasangan ini, diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangkap pasangan ini segera. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Sambutan dirancang untuk kepulangan Dr M esok

Satu sambutan dirancang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang esok untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari luar negeri.

Jemputan untuk menghadiri 'sambutan' itu disebarkan dalam talian melalui Facebook. Jemputan itu meminta mereka yang berhasrat untuk menyertainya supaya datang mulai jam 12.30 tengahari.

"Jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta, merdeka bersama Tun. Rakyat bersama Tun M, selamatkan Malaysia," tulis jemputan itu yang tidak meletakkan nama penganjurnya.

Seorang blogger, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan itu diadakan secara ad hoc tanpa jawatankuasa penganjur rasmi.

"Benda ni ad-hoc, tiada jawatankuasa formal. Tapi memang akan ada.

"Tun (akan) balik dari Jordan dan merata tempat di Eropah termasuk dari pusat (kenderaan) Lotus di Norwich, United Kingdom," katanya.

Polis akan soal siasat Dr M

Mahathir telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau muncul semasa perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang antara lain menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti bersama rakyat yang mahu Najib berundur.

Selepas perhimpunan hujung minggu itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mahathir akan disiasat berhubung kehadirannya di perhimpunan BERSIH itu.

Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, mengenai fitnah jenayah bagi kenyataan beliau yang dibuat semasa kunjungan ke perhimpunan tersebut.

Read more ...

'Tolong Tegur Suami Saya Berhenti Kumpul Vape' - Diana Rafar

Demikianlah permintaan Diana Rafar yang meminta followers kesayangannya di laman Instagram menasihatkan suaminya agar berhenti mengumpul vape mahal kerana dianggapnya membazir dan tidak berbaloi. "Ya Allah, tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya mampu memendam jelah. Nak tegur, kang kecik hati pulak. Minta tolong followers kesayangku semua tegurkan abang Zamarul Hisham 93 kita ini boleh tak? Tak kisah kalau dia nak hisap vape tapi boleh tak suruh dia berhenti kumpul vape please? Dosa papa. Allah marah, membazir, Allah tak suka. Semua colour semua brand dia nak beli. Cam mana nak buat ni? Rasa nak suruh tutup je kedai vape Hembus Vapor kat bawah ni. Vape off please. Siapa sokong Diana, tolong bagi nasihat kat Zamarul Hisham. Ini  mesti semua geng abang lah ni. Sorry pa," katanya di laman Instagram.  Susulan itu, ramai pengguna Instagram menasihati Zamarul Hisham agar berhenti terus dari menghisap vape sungguhpun masih belum terbukti bahawa rokok elektronik membahayakan kesihatan.  "Tak apa, mula-muka akan sakan kumpul semua. After a while he will stop buying and just vape dengan apa yang ada. Memang syndrome ini normal for all newcomer vapers. Stop smoking start vaping," kata Raja Azizul.  Benar apa yang dikatakan oleh Raja Azizul, sememangnya beginilah perangai orang yang baru berjinak-jinak dengan vape. Soal mahal ditolak ketepi, apa yang penting, mereka juga memiliki vape yang dingini. Namun perasaan keterujaan itu hanya akan bertahan seketika. Lama-lama kelamaan, sudah tentu mereka akan mula bosan dengan vape. Bagaimanapun, kenyataan Diana itu hanya dibalas dengan gelak ketawanya sahaja yang membaca komen-komen followers di Instagram. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Saham KL ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan berhati-hati, selari dengan prestasi kebanyakan bursa serantau berikutan ketidaktentuan mengenai sama ada Rizab Persekutuan US (FED) akan terus menangguhkan cadangan untuk menaikkan kadar faedah bulan ini.
Read more ...

Gadis Ini Hampir Menderita Seumur Hidup Kerana Contact Lens

I have been wanting to write this post for so long. So hear me up ladies who wear Contact Lens. I started to wear contact lens when I was 17 because at that time rabun dah naik and pakai spec tudung 'tak jadi'. Bila start pakai, I feel like 'Yass, I got my eyes back!" It's super comfortable and super eyetastic (fantastic). So I rarely use my specs. But then one day, my friend and I decided to go to beach and everything in my vision was all instant iPhone's filter.  So I asked them is it hazy here or is it just my eyes? And they said it is my eyes. I thougth perhaps it's the lenses that's dry out. So back to my room, I take it out and my visions got even more blurry.  I put on my specs and it got better but when I put it down, it went blurry again.  "Power naik ni," I thought. Esoknya, I went to kedai spec to check and he said that my power increased from 300 to 450. That's not good. But then I feel like something 'cucuk-cucuk' mata dan rasa macam mata nak terkeluar, sakit.  This is really not good. Went to the clinic and doctor cakap my eyes kena infection bacteria. So he gave me some eye drops and it burnt like hell in my eyes. Back to room, I slept.  The next day, my mom called and forced me to go to the hospital. Then my dad came from Kedah to UTP and bring me to KPJ Ipoh and got my eyes checked by specialist. Doktor cakap my cornea terkoyak and thank god we went to see the doctor early and tak jadi ulser lagi Doktor cakap if dah jadi ulser, I might end up blind. I was scared for a moment there.  I told him, I always clean my lens and change it every months and always buy the expensive one. But here's the thing "Contact Lens will harm your eyes, it just a matter of times and now your times has come," - Doctor. I almost lost my sight and I swear to god it's so painul.  So ladies, to those who wear lens for the sake of beauty only, please stop. It's not worth to loose your eyes for beauty if you can't see beauty itself tomorrow.  And those who ear it sebab rasa dapat mata sendiri balik, we can change to specs or buat lasik. Try to avoid using lens, this may look ridiculous but it won't if it happened to you. Just my 20 cents. - Adlina Hanim
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *