Recent Post

Saturday, April 23, 2016

El-Nino: Pemuda UMNO desak TNB beri rebat khas - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 22 April - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat 'one-off' bagi setiap bulan sepanjang fenomena El-Nino bagi mengurangkan beban rakyat

Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun berkata, TNB perlu segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas itu demi kepentingan rakyat.

"PPUM beranggapan ini adalah adil kerana pihak TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat.

"Malahan sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga tidak sesuai kerana masakan rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda sekarang ini sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di beberapa negeri.

"Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk," katanya.

TNB dalam kenyataan semalam menjelaskan cuaca panas terik dan kering berpanjangan sehingga ke hari ini mengakibatkan permintaan tertinggi elektrik di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan 17,788 MW pada Rabu (20 April), meningkat 37.82 peratus berbanding 1 Jan lepas (12,906 MW). - BERNAMA

Read more ...

Pengasas Ajaran Sesat Ayah Pin Meninggal Dunia

Pengasas ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Hulu Besut, Terengganu pada Jumaat malam.Pemimpin utama 'Kerajaan Langit' yang pernah menggemparkan negara menerusi ajarannya itu menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam itu.

Ayah Pin menjadi terkenal apabila mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan segala agama manakala pengikutnya pula menganggapnya sebagai tuhan yang menerima wahyu dari Langit.

Berikutan itu, pihak berkuasa agama menyenaraikan ajaran Ayah Pin sebagai sesat dan Pejabat Tanah Daerah Besut merobohkan beberapa premis di kampungnya bagi mengawal aktiviti di situ.

Komen via Facebook

Komen

— 83 Bacaan
Read more ...

Dipercayai Rotan Murid Satu Badan, Guru Tuisyen Ditahan

MELAKA, 22 Apr: Seorang guru wanita sebuah pusat tuisyen di Gajah Behrang di tahan polis kerana dipercayai merotan seluruh badan seorang murid perempuan sehingga berbirat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata suspek, 37, ditahan di pusat tuisyen itu kira-kira jam 10.30 malam.

"Kejadian dipercayai pada 13 April lalu. Bagaimanapun, datuk kepada murid berusia lapan tahun itu hanya membuat laporan polis Rabu lalu. 

"Suspek dilepaskan dengan ikat jamin polis hari ini sebaik selesai siasatan terhadapnya," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Difahamkan juga, mangsa dipercayai dirotan selepas gaagl menyiapkan kerja latihan yang diberikan oleh guru wanita itu.

Murid Tahun Dua itu tinggal bersama datuk dan neneknya di negeri ini, manakala ibu dan bapanya bekerja di Singapura. - Siakapkeli.my

Read more ...

'Ingat saya sekiranya anda tak suka calon BN'

Disokong dengan populariti yang tinggi, penyandang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menggesa pengundi ingat kepadanya sekiranya mereka tidak suka dengan calon-calon BN yang bertanding dalam pilihan raya negeri pada 7 Mei ini

Dalam pertemuan tertutup semalam dengan firma gergasi pembalakan, WTK Group, pengerusi BN Sarawak itu berkata, rakyat mahu beliau terus menerajui negeri itu.

Dakwaannya itu dilihat berdasarkan populariti 81 peratus terhadap menurut satu kajian oleh Merdeka Center.

"Tetapi jika anda tidak suka calon BN, anda ingat saya.

"Sebagai contoh, jika anda tidak suka (Wong) Soon Koh atau (Tiong) Thai King, anda ingat Adenan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Borneo Post.

Bagaimanapun, Adenan berkata beliau tidak boleh memenangi pilihan raya itu sendirian.

"Tolonglah mereka kerana jika mereka kalah, saya tidak boleh jadi ketua menteri. Kita berada dalam satu pasukan dan saya tidak boleh lakukannya sendirian. "

Sebelum itu, beliau mengulangi gesaannya supaya rakyat Sarawak untuk memberi lima tahun lagi untuk mentadbir negeri itu.

Beliau juga menyebut 50 keputusan dasar yang telah beliau laksanakan sejak memegang jawatan ketua menteri dua tahun lalu, dan menggesa pengundi supaya keluar beramai-pada pada 7 Mei.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *