Recent Post

Sunday, August 16, 2015

Lepas Selesai Solat, Baru Datang Konsert Saya, Yuna.

DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Pelantun lagu Mermaid, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna menerima pujian ramai netizen kerana pendirian yang jelas menunjukkan dirinya masih berpegang kepada asas sebagai seorang Islam.

BERKAITAN:  Yuna Rakam Lagu Dengan Penyanyi Antarabangsa Usher

Prinsip tersebut disaksikan ramai setelah seorang peminat mengajukan soalan kepada Yuna di laman sosial tentang konsert terbarunya yang bakal diadakan di KLCC pada Oktober depan.

Kisahnya, pemilik akaun Twitter, @thisisgiralka bertanyakan satu soalan kepada Yuna berkenaan pintu masuk konsert yang dimaklumkan penganjur akan dibuka pada jam 7 malam.

Lantas, Yuna menjawab soalan tersebut dengan cadangan supaya peminat beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu di surau KLCC sebelum datang ke tempat berlangsung persembahannya.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan, konsertnya bukanlah bermula tepat jam 7 malam walaupun penganjur membuka pintu masuk pada waktu tersebut.

Jelas Yuna, yang paling utama adalah solat terlebih dulu sebelum persembahannya.

Penjelasan tersebut kemudiannya menerima reaksi positif ramai yang memuji Yuna kerana bukan sahaja berpegang kepada asas sebagai muslim, tetapi juga menghormati waktu Maghrib. – MYNEWSHUB.CC
Read more ...

kemalangan maut melibatkan kereta terjunam dalam sungai



Sebuah kereta Kia Forte dengan nombor pendaftaran VM 7119 telah terbabas dan jatuh ke dalam sungai berdekatan jambatan Sungai Kerteh. Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku lebih kurang 6 petang. Mangsa bernama Ahamda Haziq, 27 tahun dan berasal daripada Kepala Batas dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sedekahkan Al-fatihah kepada beliau.

 
Read more ...

Berang Dituduh Gemar Tengok Kemaluan Lelaki, Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan



Kata orang kerana mulut badan binasa. Tuduhan lelaki yang mengatakan nurse gemar melihat alat kemaluan lelaki ternyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan nurse. Kenapa dia cakap sampai macam itu sekali? "Sebok nak tengok k*** pesakit lelaki"



Menerusi status seorang wanita yang juga merupakan seorang nurse, dirinya ternyata kurang senang dengan dakwaan tersebut malah menganggap apa yang dilakukan hanya kerana tugas. Iyalah dah nama pun nurse kan, setahu kami skop kerjanya memang begitu. Langsung tak hadap!


Dalam nurse yang lain meluahkan rasa geram dan marah dengan tuduhan lelaki terbabit. Kata mereka "tak hadap lah!"

 
Read more ...

VIDEO - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN ABBY ABADI

Pada 14 Ogos lalu, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 38, selamat bergelar isteri kepada seorang duda yang merupakan wartawan akhbar Harakah, Mohd Faizal Zakaria, 41.
Jom kita layan sedikit sedutan video sekitar majlis pernikahan Abby dan Faizal!


 Klik gambar untuk size besar
VIDEONYA SELEPAS INI...

ATAU KLIK DISINI

Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Bekalan air makin meruncing

ardyhansah@hmetro.com.my
Kota Belud: Masalah pencemaran air di Sungai Kedamaian dekat sini, disebabkan gempa bumi dan banjir menyebabkan penduduk berdepan masalah gangguan bekalan air yang tidak menentu sejak Jun lalu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, masalah bekalan air di daerah ini bukan perkara baru, sebaliknya semakin meruncing selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.

"Keadaan itu menyebabkan berlaku banjir lumpur di sekitar daerah ini seterusnya pencemaran di Sungai Kedamaian yang menjadi punca utama bekalan air.

"Berikutan itu, bekalan air di daerah Kota Belud kini 100 peratus bergantung kepada Sungai Wariu yang tidak dapat menampung bekalan untuk semua penduduk.

"Walaupun projek pemasangan paip agihan siap dilaksanakan bagi menyalurkan air ke sekitar Kota Belud, ia tidak dapat dilakukan memandangkan tiada air bersih untuk disalurkan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Doa dan harapan mengiringi Chong Wei untuk raih semula gelaran juara dunia

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia kini menjadi bualan hangat di media sosial menjelang pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan bintang sensasi China, Chen Long pada aksi final di Stadium Istora Senayan, Jakarta petang ini.

Seluruh rakyat Malaysia menaruh sepenuh harapan dan berdoa agar jaguh badminton negara itu akan menewaskan Chen Long dan pulang ke tanah air dengan gelaran juara dunia.

Ucapan "semoga berjaya" membanjiri media sosial selain ucapan tahniah kepada Chong Wei atas kemenangan beliau dalam perlawanan separuh akhir, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada Chong Wei serta berharap beliau dapat membawa pulang kemenangan berprestij itu untuk seluruh rakyat Malaysia.Chong Wei mara ke final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2013 selepas menewaskan Jan O Jorgensen dari Denmark 21-7, 21-19 manakala Chen Long menundukkan pemain Jepun, Kento Momota 21-9, 21-15 dalam aksi separuh akhir.

Sebelum ini, Chong Wei muncul  sebagai naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen (ditarik balik kerana kes doping).

Aksi final Kejohanan Badminton dijangka berlangsung dalam jam 3 petang ini. 
Read more ...

'Anak Saya Nyaris Diculik Van Putih'

Peringatan kepada semua ibu bapa. Saya terpanggil untuk kongsikan apa yang berlaku pada 10 Ogos (Melaka) baru-baru ini. Pada jam 4.53 petang, anak saya keluar membuang sampah di luar rumah. Mungkin kerana dia ingat pesan saya supaya berhati-hati dan tengok kiri kanak terlebih dahulu jika mahu keluar rumah.  Jadi, dia snagat berhati-hati pada hari itu. Dari jauh, dia nampak sebuah van berwarna putih di hujung lorong rumah kami. Dengan tiba-tiba van itu dengan pintu yang terbuka meluru ke arah anak saya. Mujurlah autogate sempat tertutup kemas. Namun, van putih itu undur semula dengan laju. Mungkin dengan harapan anak saya akan keluar semula. Nasib baik dia sempat menyorok.  Setelah beberapa ketika, barulah van putih itu berlalu. Ya Allah, berderau darah saya bila tengok balik kejadian itu melalui rakaman CCTV. Namun, Alhamdulillah, syukur kerana anak saya selamat dan dilindungi Allah. Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Ku Li masih 'sokong' Najib

Ahli Parlimen Umno paling lama berkhidmat ketika ini enggan berterus terang apabila didesak untuk menyatakan pendiriannya sama ada masih menyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau sebaliknya.

Pertanyaan itu dibuat ekoran pertemuan Tengku Razaleigh Hamzah dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu.

Ketika ditanya beberapa kali, beliau akhirnya menjawab "ya".

Pada kali pertama soalan itu ditanyakan, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, sokongan diberikan kepada sesiapa saja yang melakukan perkara perkara sepatutnya untuk rakyat.

Ditanya kali kedua, Tengku Razaleigh menjawab: "Saya masih bersama backbenchers (penyokong) BN. Itu apa maksudnya?"

Kali ketiga, beliau mengesahkan tidak bersama dengan kumpulan pembangkang dan memusuhi Najib.

"Ya, saya tidak dalam barisan pembangkang, tapi saya harap kita semua lakukan semua yang betul, cakap yang benar, terangkan pada rakyat yang sebenarnya sup aya rakyat tidak keliru," katanya.

[Baca berita asal]
Read more ...

On the streets better than online, Adam Adli tells youth ahead of Bersih 4

Activist Adam Adli Abd Halim says the upcoming Bersih 4 rally will test how committed Malaysians are over issues facing the country. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 16, 2015.
Activist Adam Adli Abd Halim says the upcoming Bersih 4 rally will test how committed Malaysians are over issues facing the country. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 16, 2015.Young people today may use social media to vent unhappiness but nothing gets the authorities' attention like coming out on the streets, said activist Adam Adli Abd Halim, ahead of the Bersih 4 rally on August 29 and 30.

The law student said protests are not something negative as they have brought changes around the world.
They are a democratic means to convey message to the authorities when all other official channels fail, Adam said in a recent interview.

Social media may be where youths voice their views about the state of the country but such networks can be shut down by the authorities and ministers could miss or choose to ignore the messages online, Adam said.

"The powers that be can choose not to read what is posted or they can easily counter them via the mainstream media. But when people come out in numbers, that will not be so easy to ignore or cover up.
"I really hope youths will take this opportunity. If they don't, they should not complain when things get worse... because when they were given the chance to speak up, they didn't," he told The Malaysian Insider in Kepala Batas, Penang.

He said Bersih 4, to be held overnight from August 29 to the following day in Kuala Lumpur, Kuching and Kota Kinabalu, is a platform for young Malaysians to state their stand on issues affecting the nation, even if they had no interest in political parties.

"This rally is not about parties or about supporting any individual. For those who did not make their stand in previous rallies, they should take this opportunity. This is the time.

"Everyone is talking about issues like the 1MDB (1Malaysia Development Bhd) scandal. For political parties, they may care more about the number of votes they can get but for youths, it is about their concerns.
"This rally will be the place to show the strength of Malaysia's youths. It is not about having the courage to take part in a rally but the courage to make and state their stand," he said.

The rally aims to seek institutional reforms as well as to pressure Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to resign.

Najib has come under attack over the 1MDB scandal and the revelation that some RM2.6 billion was transferred into his personal bank accounts shortly before the 2013 general election.

"Bersih rallies have always been the platform to build a united front to bring change. The 34-hour rally this time just reflects the seriousness of the present situation.

"To me, this rally will also test how committed our society is," Adam said.
The rally will also feature activities such as public debates, performances and workshops

A supporter paints the word 'Bersih' on her chin during the launching of the Bersih 4 rally in Petaling Jaya on Friday. Organisers say the rally will last 34 hours, the first such protest event in Malaysia. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 16, 2015.

A supporter paints the word 'Bersih' on her chin during the launching of the Bersih 4 rally in Petaling Jaya on Friday. Organisers say the rally will last 34 hours, the first such protest event in Malaysia. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 16, 2015.It was formally launched last Friday in Petaling Jaya, with
 Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah describing it as a vote of no confidence against the prime minister.
Maria said Bersih had also given formal notice to the police of the rally, as required by law.

Adam said he anticipated police action during the rally, noting that police had detained people, including himself, before past rallies such as the #TangkapNajib protest in Kuala Lumpur on August 1.

"That demonstration was on a smaller scale than what Bersih 4 will be, but we already saw how the police reacted by taking harsh measures, such as arresting and investigating protest participants under Section 124B of the Penal Code."

That law, Section 124B, covers activities that threaten parliamentary democracy, with those charged facing a jail term of up to 20 years.

"What happened showed that demonstration is something the government is afraid of.
"It is an irony... Malaysia praised protestors elsewhere before, but back home the government says no to demonstrations," he said.

Adam and two others, Syukri Ab Razab and Mandeep Singh, were detained on July 31 after a press conference by organiser Demi Malaysia to announce the #TangkapNajib rally. They were released after the high court reduced their remand period.

The following day, police arrested a further 29 people and reportedly rounded up protestors even before the demonstration began.

"So, we can expect the same measures to be taken. But even if the police detain the key people who mobilise the crowd, I think Bersih 4 will proceed and become a success.

"It was like that with Bersih 2, where dozens of people were taken in. It went on and it was a successful rally," Adam said. – August 16, 2015.

Sources: themalaysianinsider
Read more ...

M&A syarikat china ke Malaysia bernilai AS$830j hingga Julai

KUALA LUMPUR: Jumlah nilai penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat China ke Malaysia berjumlah AS$830 juta setakat Julai 2015, hampir empat kali ganda angka bagi keseluruhan 2014, demikian menurut HSBC Bank Malaysia Bhd.

"Setakat tahun ini, M&A China ke Malaysia menjadi yang paling sibuk mengikut rekod, baik dari segi jumlah dan perjanjian besar dengan sektor hartanah, produk pengguna dan runcit menjadi yang paling aktif," katanya dalam satu kenyataan.

M&A menjadi cara yang paling cepat untuk syarikat-syarikat China meneroka pasaran asing dan bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai manakala susut nilai mata wang asing berbanding renminbi menyediakan persekitaran yang baik untuk M&A.

Peningkatan pendapatan boleh guna pengguna China sebanyak 1.4 bilion juga mengisi minat pengambilalihan dalam sektor barangan pengguna dan riadah.

Perkembangan berkenaan dapat disaksikan dalam pelaburan China ke Malaysia, kata kenyataan itu lagi.
Perjanjian utama termasuk pembelian tanah Southern Crest Development Sdn Bhd oleh Greenland Holding

Group di Plentong, Johor (AS$658 juta), pembelian hartanah Pearl Discovery Development Sdn Bhd (AS$89 juta) oleh Longcheer Holdings dan Parkson Retail Group membeli YeeHaw Best Practice Sdn Bhd dalam industri makan dan penginapan. - BERNAMA
Read more ...

Hina PM, Zuan Melodi Digantung Tugas



KUALA LUMPUR - Gara-gara memuat naik gambar 'edit' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Instagram, Zuan Azmi, digantung tugas oleh Media Prima. Wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi TV3 yang lebih dikenali dengan nama ZuanBikinPanas itu memuat naik gambar 'edit'

Najib yang sedang melakukan kerja mengelap lantai yang meniru poster di dinding.  Namun, setelah tindakannya itu dikritik oleh blogger pro UMNO, Zuan kemudian memadamkan gambar itu dan memohon maaf di laman Instagram.

"Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati dan diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya mohon maaf kepada Dato Seri Najib Razak serta keluarga dan mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,"

katanya. Bagaimanapun, pihak Media Prima masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan penggantungan Zuan itu. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Anda Pasti Tidak Akan Buang Kulit Pisang Selepas Tahu 5 Rahsia Ini

Selepas makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan? Daripada kecantikan sehinggalah tanaman. Kali ini kami bawakan beberapa manfaat kulit pisang yang menakjubkan, tetapi jarang diketahui, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Times of India dan dipetik portal Merdeka.com. Menyuburkan tanaman Kulit pisang boleh digunakan untuk kompos dan menyuburkan tanaman. Anda boleh menggunakan kulit pisang dengan memotong-motong, kemudian menaburkannya pada tanaman. Kulit pisang akan buat tanah lebih subur dan tanaman cepat tumbuh.

Anda juga boleh gunakan kulit pisang untuk menyiram tanaman. Caranya: rendam kulit pisang dengan air. Kemudian campurkan air tersebut dengan lima bahagian air bersih yang biasa. Akhirnya, siramkan air berkenaan terus pada tanaman terbabit.

Menyembuhkan luka Ramai tidak tahu kulit pisang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan membuat luka cepat sembuh terutama pada waktu kecemasan. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada bahagian yang cedera, atau menampalkannya pada bahagian luka untuk satu malam. Ini mungkin nampak lucu dan ala siri drama popular 1980-an MacGyver; namun tentunya anda perlu membersihkan kulit pisang sebelum itu. Mengilaukan bahan kulit, perak Menggosok bahan kulit, seperti beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit, dengan kulit pisang boleh membuatnya kelihatan berkilat seperti jika menggunakan pengilap.

Bukan itu sahaja, rendaman kulit pisang juga boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan perak menjadi lebih berkilau. Tidak percaya, cuba dahulu di rumah. Menghilangkan kutil Kulit pisang juga didakwa ramai pakar perubatan tradisional sebagai boleh menghilangkan kutil.

Caranya adalah dengan menampalkan kulit pisang pada kutil dan hanya membiarkannya semalaman. Memang nampak kelakar tetapi cara itu diketahui boleh mengempiskan kutil secara beransur-ansur. Menghalau serangga Ini pasti lebih mesra alam dan dijamin bebas daripada penggunaan racun bahan kimia.

Kulit pisang boleh membantu untuk menghalau serangga perosak seperti lalat daripada tanaman. Anda hanya perlu menaburkan sahaja kulit pisang pada tanaman tersebut, atau tanam kulit pisang di kebun.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *