Recent Post

Saturday, August 22, 2015

Rakyat Perlu Terima Kesulitan Akibat BERSIH 4.0

KUALA LUMPUR – Kesulitan yang bakal dihadapi warga kota berikutan demonstrasi jalanan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 Ogos ini adalah perkara biasa yang perlu dihadapi setiap rakyat Malaysia.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, orang ramai tidak sepatutnya mengeluh akan berlaku kesesakan lalu lintas dan sebagainya disebabkan penganjuran demonstrasi itu.

"Kami mendesak pihak berkuasa menutup sebahagian jalan dan mengawal lalu lintas semasa demonstrasi itu berlaku.

"Kesulitan yang bakal dialami cuma perkara kecil dan sepatutnya diterima sama seperti kesulitan yang berpunca daripada kerajaan akibat penutupan jalan untuk projek pembinaan dan sebagainya," dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersama-sama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan secara melampau merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perhimpunan itu dilihat ramai pihak sebagai usaha untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan bagi memberi laluan kepada parti pembangkang khususnya DAP memerintah negara selain membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara Sungai Buloh. – mynewshub.cc

Komen

comments

Read more ...

walaupun saya xde d@r@ masih ramai yang sudi menerima saya??

gagal daraSeorang gadis melayu beragama islam dikecam hebat apabila berkongsi yang dirinya sudah tiada dara tetapi masih ada lelaki yang menerima.Melalui statusnya, dia menulis:

    "Walaupun dah tak de dara, masih ada yang menerima. Terima kasih,"

Status itu melahirkan rasa bimbang apatah lagi melibatkan gadis melayu yang bergama islam tanpa segan silu berkongsi status yang mengaibkan diri sendiri.Status itu juga menarik minat netizen untuk turut serta mengkritik perbuatannya yang dipercayai sangat memalukan.

    "Nanti dah puas pakai, kena buang la!" Ujar seorang pengguna laman sosial.

Apa yang membimbangkan kini, kegiatan pergaulan bebas dan zina semakin bermaharajalela dan membimbangkan.Dan yang menjadi persoalan, bagaimana seorang gadis boleh hilang rasa malu dengan mendedahkan aib sendiri di laman sosial.

Read more ...

[VIDEO] ZALIM !!! Bayi Berusia 2 HARI Dipaksa Berjalan

Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa 'berjalan' oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu. Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon. Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya. Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan 'ritual' berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya. Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.
Read more ...

SERING DIEJEK - PELAKON CILIK, RYKARL ISKANDAR BERHENTI SEKOLAH

Pelakon cilik, Rykarl Iskandar, 10, memberitahu bahawa dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun lalu.

Menurut Rykarl, dia mengambil keputusan tersebut kerana dia tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.

Rykarl yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini meneruskan pembelajaran secara 'home schooling'

Klik gambar untuk size besar

"Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu.

"Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara 'home schooling' sejak a wal tahun ini," ujar Rykarl dipetik sebagai berkata.

Walaupun pada mulanya Rykarl agak kekok belajar dari rumah tapi Rykarl berusaha membiasakan dirinya.

Tambah Rykarl, kaedah itu dia mampu membahagikan masa terhadap kerjayanya sebagai pelakon dan pelajaran tanpa perlu bimbang tidak dapat hadir ke sekolah jika sibuk di lokasi penggambaran.

"Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok.

"Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rykarl kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri terbaharunya berjudul 'Karipap Cinta'.

Dia juga calon top 5 Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27 ) yang bakal berlangsung pada 5 September depan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Lelaki Harapan Dunia.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Ajal lima beranak

am@hmetro.com.my

Papar: Lima beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, kelima-lima mangsa iaitu pemandu, Nur Fitriati Sukarno, 28, Eka Sudarmono Sukarno, 37, Dwi Rahmahyanti Sukarno, Triana Nur Khasanah Sukarno, dan ibu mereka, Supiati Mohd Salleh, 53, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi penumpang berusia dua tahun iaitu Muhammad Hamizan Khaidir agak parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki semua mangsa dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kimanis.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu Nur Fitriati hilang kawalan, terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan.

"Pemandu dan empat penumpang di dalam kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Katanya, semua jasad mangsa sudah dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Read more ...

Beruk dibaling mercun: 'Di mana nilai kemanusiaan?'

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar seekor beruk dengan tangannya berdarah mendapat perhatian warga media sosial.

Gambar itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Mikail. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bila gambar tersebut diambil.

Facebook Shah Mikail

Status dan gambar ini undang kemarahan netizen. - Foto kredit Facebook Shah Mikail

Dalam status yang dimuat naik bersama gambar berkenaan, Shah Mikail memberitahu beruk berkenaan mengambil mercun bola yang dibaling kerana menyangkakan ia makanan. Mercun itu kemudiannya meletup di tangannya.

Foto tersebut mengundang kemarahan netizen yang sedih dan kesal dengan sikap segelintir golongan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.

Tidak kurang juga mahu agar perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Status yang dimuat naik semalam itu menarik lebih 20,000 likers, dengan lebih 15,000 perkongsian.
Read more ...

Linda Onn & Suria FM Diperintah Bayar Ganti Rugi RM50,000 Kepada MOY

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam memerintah penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, Ujang, berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada bulan Januari tahun lepas.  Hakim turut memerintah Linda Onn atau nama sebenar Rozlinda Onn dan RImakmur Sdn Bhd yang memilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.  Hakim membuat keputusan itu di kamarnya dengan dihadiri oleh peguam masing-masing. Peguam yang mewakili plaintif, Vignesh Kumar  berkata, mahkamah turut memerintah kedua-dua defendan membayar faedah 5% kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes, semalam. Mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defenda dengan sendirinya atau melalui ejen atau perkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif. Pada Jun 2014, plaintif memfailkan saman dan mendakwa Linda Onn pada ketika mengendalikan segmen "Carta 30 Lagu Top Mingguan" jam 1.30 tengah hari, 25 Januari 2014, menjawab soalan seorang pemanggil Suria FM mengenai apakah yang berlaku pada majalah Ujang yang dimiliki oleh plaintif. Jelas plaintif, segmen itu diular siar pada 26 Januari 2014 pada jam 6.30 petang di stesen radio yang sama. Plaintif mendakwa, ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, Linda Onn mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif. Disebabkan kenyataan itu, ia telah mendatangkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum. Plaintif juga mendakwa, Linda Onn tidak membuat sebarang verifikasi dengannya sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat kenyataan tidak berasas itu di siaran radio nasional. Selain itu, plaintif juga menjelaskan Linda Onn tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan setelah mengetahui maklumat yang diberikan kepada pendengar itu bersifat fitnah. Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injuksi untuk menghalang defendan dari terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah 8%, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA

Read more ...

'Geng Hang Tuah, Si Kitul lindungi 1MDB'

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa ada kumpulan sulit yang cuba menutup isu 1MDB.

Menggelarkan kelompok itu sebagai Geng Hang Tuah, Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Beliau menyebut nama kumpulan itu ketika Malaysiakini bertanya mengenai kemunculan mesej WhatsApp palsu mendakwa dia akan memfailkan aduan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Geng Hang Tuah menyebarkan mesej palsu yang mendakwa dia akan mengadakan sidang media di Bukit Aman untuk mendedahkan pembabitan Dr Mahathir dengan pengubahsuaian laporan 1MDB sebelum disiarkan Sarawak Report.

Abdul Hamid juga mendakwa kumpulan rahsia itu diketuai Si Kitol.

Katanya, beliau berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai dalang kumpulan itu selepas ini.

"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.

"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya.

Si Kitol merujuk kepada nama pengkhianat yang membocorka rahsian Melaka kepada Portugis pada abad ke-16 sehingga menyebabkan kerajaan Melayu itu runtuh.

Ditanya lebih lanjut Abdul Hamid berkata, mereka mahu mengelak isu 1MDB dipersoalkan.

"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.

[Baca berita asal]

Read more ...

Putrajaya working on empowering Sabah, Sarawak, says minister

Published: 22 August 2015 7:42 AM

Putrajaya says it will fulfill the promise to give more powers to Sabah and Sarawak. – The Malaysian Insider file pic, August 22, 2015.Putrajaya says it will fulfill the promise to give more powers to Sabah and Sarawak. – The Malaysian Insider file pic, August 22, 2015.Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Salleh Said Keruak said the ministry would implement a new approach and mechanism in channeling information on government policies and current issues to the people.

"I have taken the decision to make the changes because it is important for us to convey messages that the people could comprehend.

"As we know, sometimes people get confused by certain quarters using the social media purposely to mislead," he said in his address at a ministry event yesterday.

He said the state information exco would be given a bigger role in agencies under the ministry such as Information Department, Broadcasting Department, Jasa and Bernama.

Meanwhile, Salleh said the pledge made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, while launching the Merdeka Month and Jalur Gemilang Campaign in Sarawak, to give "empowerment" to Sabah and Sarawak, was not an empty promise.

"This empowerment is not merely an empty promise. We will fulfill it. We practise a federal government system. Among the keys to federal government is 'delegation of power', where the federal government can delegate authority to their agencies or the state government.

"Secondly, 'decentralisation', where decisions are not only done by Putrajaya but the states would also have the power to decide," he said.

Salleh said the chief secretary to the government and state secretaries were in the process of refining the aspects of empowerment to be accorded to the state governments. – Bernama, August 22, 2015.

Read more ...

MISC lepaskan pegangan 50 peratus dalam VTTI B.V.

KUALA LUMPUR: MISC Bhd dan anak syarikat milik penuhnya, MTTI Sdn Bhd memetrai perjanjian dengan VIP Terminals Finance B.V. untuk menjual 50 peratus modal saham terbitan dalam VTTI B.V. pada pertimbangan AS$830 juta.

VIP Terminals Finance pada asasnya adalah anak syarikat milik penuh Vitol Investment Partnership Ltd, jentera pelaburan ditaja dan diurus Vitol Group.

Selepas penyelesaian penjualan yang dicadangkan itu, VTTI tidak lagi menjadi syarikat usaha sama MTTI, kata MISC dalam satu kenyataan hari ini.

MISC berkata, pelepasan itu akan membolehkan syarikat mendapatkan kembali pelaburannya dalam VTTI B.V. dan mendapat manfaat peluang masa depan dalam perniagaan teras dalam tenaga dan perkapalan berkaitan petroleum.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Vitol, Ian Taylor, berkata MISC sudah menjadi rakan kongsi yang cemerlang dalam tempoh lima tahun lalu.

"Kami sangat teruja dengan potensi masa depan VTTI B.V," tambahnya. Hari ini, VTTI B.V. mempunyai kapasiti penyimpanan kasar sebanyak 54 juta tong, termasuk aset dalam pembinaan.

MISC akan terus mengukuhkan perniagaan terasnya dalam perkhidmatan perkapalan tenaga dan berkaitan tenaga di samping menjalankan pengambilalihan atau pelaburan untuk pertumbuhan masa depan. - BERNAMA

Read more ...

'Nak Saman Aku? Choi!!' - Chef Wan

Ingatkan sudah reda permasalahan di antara chef selebriti, Chef Wan dengan anak saudaranya, rupanya masih panas mendidih-didih.  Musim raya yang lalu, Chef Wan menegur perangai anak saudaranya yang pemalas. Tampil mempertahankan diri, lelaki itu menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa Chef Wan berlagak seperti diktator setiap kali tibanya musim perayaan.  Dan disebabkan itu, dia telah membuat keputusan untuk mengumpul wang bersama dengan saudara maranya yang lain untuk mengupah peguam bagi memfailkan saman terhadap Chef Wan.

BACA ARTIKEL  BERKAITAN : 1 , 2 , 3 , 4

Mengetahui tindakan lelaki itu, Chef Wan sekali lagi meluahkan rasa geramnya melalui laman Instagram. "Cucu-cucu punya pasal. Malas ke tak kuasa ke or penat macam mana pun Atok masuk juga ke dapur buat Marinara Sauce tonight for their dinner. Alhamdulillah. Jangan dah besar buat perangai menyombong macam si anjing itu sudahlah!.  "Gelak saya mendengar why my sister kata he tried to influenced some of the nephew and nieces to raised money nak cari Lawyer to sue me! "Non of them pay attention to his request. Masing-masing nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaian dan esok lusa dah boleh buat roti jala lagi ada nak sue me? Choi buat sueh (sial) aja dengar pun kata orang Cina. "Dia lupa masa kecil makan dari tapak tangan saya. Dah besar, boleh bersikap kurang ajar dan lupa diri. This is an example to all anak-anak muda bila orang tua menegur perkara yang tak baik kita lakukan ada sebabnya. Esok lusa kita juga akan mengambil tanggungjawab menjaga anak-anak kita sendiri atau pun cucu-cucu kita sendiri. Silap hari, perbuatan kita itu esok Allah balaskan balik kena tepat pada batang hidung sendiri. "Yang mak bapak pula jika anak itu buat kesilapan adalah tanggungjawab kita memperbetulkan ini, bukannya menyebelahi mereka. I am sure some of you who have been through this among our siblings knows exactly what I am talking abaout!" katanya. Sebaik-baiknya, sebagai orang muda, beralahlah dengan yang tua. Nasihat atau teguran yang diberikan itu mungkin disampaikan dengan cara yang salah tetapi apalah salahnya kita terima meskipun pahit? Hubungan sesama uncle Chef Wan ini eloklah dijaga kerana pastinya suatu masa nanti anda akan merindui bebelan beliau. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Dr.M Dedahkan “Cara” Untuk Jatuhkan Najib Kepada Pembangkang.

Dr.M Dedahkan "Cara" Untuk Jatuhkan Najib Kepada Pembangkang…SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pembangkang supaya mencari formula untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa menumbangkan BN.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Namun begitu, beliau berkata, langkah tersebut boleh dilakukan sekiranya mahu mendapatkan sokongan ahli Parlimen BN.

"Perkara ini sudah pasti tidak disukai ahli Parlimen BN. Mereka tidak akan menyokong dan menjadi alat untuk menumbangkan kerajaan BN sendiri.

"Jika pembangkang mahu mendapatkan sokongan ahli Parlimen BN, kerajaan BN harus kekal dan hanya jatuhkan Najib," katanya menerusi blog chedet.cc, semalam.

Dr Mahathir berkata, pembangkang pasti mahu Najib terus memimpin BN bagi memastikan kemenangan pembangkang dalam PRU14 akan datang.

"Namun begitu melihat kepada situasi di mana seorang perdana menteri menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan dan mengambil kesempatan terhadap undang-undang menyebabkan pembangkang tidak boleh bertahan.

"Jadi saya rasa khabar angin mengenai undi tidak percaya adalah benar," katanya.

Mengulas mengenai kewujudan pihak yang mahu menumbangkan kerajaan pada hari ini menerusi undi tidak percaya, Dr Mahathir berkata Najib dan penyokongnya cuba menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan satu kesalahan dalam sistem demokrasi.

"Dia (Najib) perlu tahu bahawa undi tidak percaya di Parlimen adalah dibenarkan.

"Najib seolah-olah terlupa bahawa BN pernah menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Perak dengan mendakwa mempunyai sokongan majoriti di Dun. Ia sepatutnya dilakukan melalui undi tidak percaya," katanya.

Jelasnya, BN tidak lakukan undi tidak percaya di Dun Perak kerana tidak yakin mampu untuk mendapat sokongan majoriti daripada Adun.

Dr Mahathir berkata, undi tidak percaya perlu dilakukan segera kerana Najib mula memberikan jawatan kepada ahli Parlimen BN supaya terhutang budi kepada beliau.

"Malah ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini pernah datang bertemu saya dan menceritakan mengenai pentadbiran Najib kini telah berubah pendirian.

"Salah seorang daripada mereka yang mempunyai dokumen bukti mengenai salah laku Najib juga dengan senang hati telah menyokong beliau setelah dilantik menjadi menteri," dakwanya.

Mengulas mengenai terma perkataan guling kerajaan yang digunakan, Dr Mahathir berkata, ia sengaja di umumkan kepada orang ramai bagi memperlihatkan ada gerakan yang besar mahu menumbangkan kerajaan.

"Malah pemimpin Umno itu dituduh telah bekerjasama dengan pembangkang. Ia sebenarnya adalah amaran kepada ahli-ahli BN supaya tidak memberi undi tidak percaya itu.

"Mungkin juga ahli-ahli Parlimen BN perlu dibawa bercuti ke Taiwan," sindirnya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *