Friday, January 22, 2016
Faktor kumulatif beri kesan terhadap ketidaktentuan ringgit - Zeti
Bella Dally Nafi Sengaja Rahsiakan Pertunangan Dengan Nazim Othman
Bila tersebar berita Nazim Othman dan Bella Dally sudah bertunang, ramai juga peminat yang terkejut. Buat mereka, benda baik untuk apa hendak sorok bukan? Apatah lagi, selepas mengetahui pasangan tersebut sah bertunang pada bulan November tahun lepas.
Walaubagaimanapun, Bella memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan pertunangan mereka.
Saya bukan sengaja hendak merahsiakannya, apatah lagi ia hanyalah majlis bertunang. Insya-Allah bagi majlis pernikahan nanti, berita gembira itu akan dikongsi bersama. Sebenarnya, tarikh nikah pun belum ditetapkan lagi dan ia masih dalam perbincangan.
Tambah beliau lagi, jika segala persiapan dan perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan, Bella dan Nazim akan bernikah pada tahun ini juga.
Bella dan Nazim mula berkenalan dan bercinta sekitar tiga tahun lalu, tetapi hubungan mereka pernah terputus pada tahun 2014 sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. Buat Bella, Nazim merupakan seorang yang memahami dan mereka cukup selesa bersama.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Kerana Gerua Dilwale, Kilafairy Dihujani Tawaran Bikin Show?
5 GAMBAR - MARSHA DAN SUAMI BERBULAN MADU DI LONDON
"I'm here!!! Alhamdulillah selamat sampai.." kata Marsha Milan Londoh yang berbulan madu bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam, kelmarin.
Tak mainlah kat Langkawi atau Pulau Pangkor... tapi di London. Heh.
Siap buka lagu Dilwale lagi. Cayalah Marsha!
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomTarget Saya Untuk Mat Moto Hanya RM5 Juta, Kata Pekin Ibrahim
Satu kejayaan yang boleh dianggap luar biasa bagi seorang pengarah filem baru sepertinya, namun pada masa yang sama percaturannya mengetengahkan kisah perjalanan mat motor dalam dunia dan sukan permotoran ternyata cukup menjadi.
Lebih-lebih lagi apabila dia cuba mengangkat isu-isu relevan mengenai mat moto yang sering disalah tafsir segelintir masyarakat, lebih-lebih lagi apabila menyamakan mereka dengan golongan mat rempit.
"Saya sendiri tidak sangka filem ini akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat. Namun, apa yang saya boleh katakan, ramai sebenarnya masyarakat yang menyokong filem ini terutama golongan mat moto sendiri.
"Mereka ini juga yang banyak membantu memviralkan filem saya dan segelintir di antara mereka juga ada yang terlibat di dalam pembikinan Mat Moto ini," katanya kepada Murai.com.my.
Ditanya kenapa dia hanya mensasarkan RM5 juta sahaja sedangkan Mat Moto masih punya jangka hayat selama seminggu lebih di pawagam, Pekin berkata, dia tidak mahu terlalu over-confident untuk meletakkan sasaran yang begitu tinggi.
"Bagi saya RM5 juta sudah memadai," katanya secara merendah diri.
Namun, di kalangan rakan-rakan rapatnya, kebanyakan mereka pasti bahawa filem ini mampu mencecah kutipan RM8 juta atau lebih selepas tempoh 2 minggu tayangan. Adakah jangkaan mereka itu benar belaka? Kita tunggu dan lihat...!
Apapun, Mat Motor diterbitkan di bawah syarikat produksi Pekin Ibrahim sendiri iaitu Viper Studio Sdn Bhd ini turut mendapat kerjasama daripada Skop Production dan Syafiq pula bertindak sebagai pengarah apabila wujudnya babak yang memerlukannya untuk berlakon.
Filem yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini dijayakan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.
Artikel ini disiarkan pada 22 Januari 2016
Pulau Pinang tidak haram vape - Kosmo!
22/01/2016 10:51am
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN - Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di negeri ini dan masih mencari kaedah terbaik bagi memantau penggunaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr. Afif Bahardin berkata, setakat ini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan produk dan bahan rokok elektronik itu seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.
"Selepas dua minggu mengadakan dialog terbuka dengan pengusaha vape, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan lagi, pengusaha vape masih boleh menjalankan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha vape di Pulau Pinang malam tadi.
Antara yang hadir pada sesi dialog itu ialah Pengerusi Penguasaha Vape Pulau Pinang (PPVPP) Muhammad Hafidz Adnan, Presiden Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) Allan Foo dan lebih 30 pengusaha vape negeri.
Tambahnya, kerajaan negeri akan memastikan keputusan yang akan dibuat nanti adalah adil bagi semua pihak khususnya pengusaha-pengusaha produk dan bahan rokok elektronik atau vape. - Bernama
Datoâ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Outstanding Singer Of The Year
Budiey nak kalungkan sekalungan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang telah menerima anugerah Outstanding Singer Of The Year di McMilan Woods Global Award 2016 yang berlangsung jam 8 malam semalam. Anugerah yang berlangsung di Ballroom, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur ini diadakan bagi mengiktiraf individu yang telah berjaya mencapai kejayaan dan sebagai galakkan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan seni muzik.
Memetik kata-kata ringkasnya yang disiarkan di Instagram miliknya:
"Al-hamdulilah, permulaan yang baik untuk tahun 2016."
Dato Siti Nurhaliza hadir bersama suami tercinta, Datuk Khalid. Mengenakan busana cantik bergaya dari rekaan Rizman Ruzaini.
Beliau turut menghiburkan hadirin dengan sebuah lagu dengan iringan electric violinist terkenal, Dennis Lau.
Tahniah sekali lagi dari kami di Budiey.com
Gambar kredit dari Instagram Dato' Siti Nurhaliza. Follow @ctdk
Komen via FacebookKomen
— 269 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Mufti Arab Saudi Haramkan Permainan Catur
Lari 30 Meter Sebelum Rebah Akibat Ditikam
Lapor Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9 malam itu, K Kishen, 16, didatangi oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal ketika berjalan bersendirian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mangsa yang juga seorang pelajar di sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia dipercayai dihalang oleh lelaki-lelaki berkenaan sebelum salah seorang dari mereka menikam dada mangsa dengan senjata tajam.
Menurutnya lagi, mangsa berlari sejauh 30 meter dan rebah tidak sedarkan dri di hadapan sebuah pasar raya selepas ditikam.
"Orang ramai yang melihat keadaan mangsa terus menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
"Namun ketika dalam perjalanan, mangsa disahkan maut," katanya.
Me nurut beliau lagi, susulan kejadian, seorang remaja lelaki 15 tahun direman pagi semalam sehingga 26 Januari ini untuk membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Pembangkang ada potensi bentuk k'jaan baru di Kedah, kata penganalisis
Pakatan pembangkang di Kedah berpontensi untuk membentuk kerajaan baru selepas wujud desakan untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata seorang penganalisis politik.
Bagaimanapun, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata pembangkang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan empat atau lima anggota dewan undangan negeri (ADUN) daripada Umno-BN bagi membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.
"BN setakat ini ada 21 kerusi manakala pembangkang 15 kerusi, beza enam kerusi. Jadi, pembangkang pun boleh memainkan peranan jika mereka mahu.
"Dan kalau mereka dapat tarik empat sokongan ADUN daripada BN, sudah cukup untuk bentuk kerajaan baru," kata Azizudin kepada Malaysiakini.
Sebaliknya, pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata Mukhriz juga boleh mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar jika mampu memperolehi jumlah sokongan yang sama daripada ADUN pembangkang.
Namun, ujar Azizuddin, adalah mustahil untuk ia berlaku kerana sokongan ADUN Umno terhadap Mukhriz sendiri kini berbelah bagi.
"Nak sisihkan beliau (Mukhriz) sebagai MB perlukan majoriti mudah iaitu 19 ADUN perlu menyatakan mereka menolak Mukhriz. Tetapi, itu tidak nampak di kalangan ADUN sekarang kerana mereka masih berbelah bagi sama ada mahu menyokong Mukhriz atau pun tidak.
"Tetapi sekiranya Mukhriz dapat menarik empat atau lima orang ADUN Umno dan bergabung dengan pembangkang, tak mustahil beliau akan kekal sebagai MB," kata Azizuddin.
Semalam, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah itu.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Namun, mengulas lanjut, Azizuddin berkata beliau tidak nampak perkara tersebut akan berlaku buat masa ini, apatah lagi pembangkang sendiri bermasalah.
"Saya tak nampak ini akan berlaku sebab PAS sendiri sedang berbalah yang mana ada daripada mereka dah pergi ke AMANAH seperti Phahrolrazi, ada (pemimpin PAS) juga yang dekat dengan Umno tapi bukan di pihak Mukhriz atau pun Mahathir sebaliknya di pihak Najib," ujar Azizuddin.
Malah, Azizuddin tetap optimis bahawa Mukhriz akan terus kekal sebagai menteri besar berdasarkan kenyataan yang dibuatnya semalam.
"Keadaan yang berlaku sekarang ini masih tak jelas sama ada MB perlu ditukar atau tidak, tapi apa yang pasti, buat masa ini Mukhriz masih boleh bertahan sebagai MB kecuali beliau secara sukarela mahu letak jawatan.
"Namun, saya tak nampak itu akan berlaku berdasarkan reaksi dia semalam yang mahu mengekalkan kedudukannya sebagai MB," kata Azizuddin.
Bagaimanapun, kata Azizuddin, cubaan untuk menyingkirkan anak bekas perdana menteri itu, bukanlah isu baru.
"Cubaan (singkirkan Mukhriz) ini bukan isu baru. Ia lebih kepada melibatkan isu nasional dan bukan isu tempatan yang menyebabkan masalah dalam hubungan Mukhriz dengan PM.
"Tetapi dalam masa yang sama kita juga tahu Mukhriz memang ada masalah hubungan dia dengan ketua-ketua bahagian di peringkat negeri," kata Azizuddin.
Namun, apa yang berlaku semalam sudah cukup menjejaskan pentadbiran Umno-BN di Kedah, katanya.
"Bagaimanapun apa yang berlaku ini telah menjejaskan pentadbiran negeri Kedah dan Umno-BN, sekaligus menyebabkan perpecahan dalam hiraki kepimpinan negeri Kedah serta menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan apa yang berlaku kini," kata Azizuddin lagi.
Malah, beliau menjangkakan isu tersebut akan berpanjangan dan melarat hingga ke pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Masalah utama dia adalah hubungan dia dengan kepimpinan Umno pusat, itu yang menyebabkan apa yang berlaku sekarang.
"Saya juga rasa akan ada beberapa perkara berbangkit. Mungkin juga keadaan ini akan berpanjangan. Dia boleh jadi pendek jika Mukhriz letak jawatan seperti kes Ahmad Said di Terengganu atau akan berlanjutan ke mahkamah seperti kes Perak dan kalau itu berlaku maka ia akan jadi panjang. Silap-silap sampai pilihan raya akan datang pun tidak akan selesai," tambah Azizuddin.
Mukhriz dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas Umno-BN menang di negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. Barisan Nasional memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN di Kedah. Pakatan Rakyat ketika itu pula memenangi 15 kerusi.
Mukhriz yang sebelum ini anggota Parlimen Jerlun berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam dari PAS, Abdul Ghani Ahmad.
4,211 calon STAM 2015 lulus semua 10 mata pelajaran
Mengejutkan! Dira Abu Zahar Ceburi Bidang Baru
9 Shares
Share
Share
Share
Sebelum ini, pelakon Dira Abu Zahar pernah disamun namum dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. – Dira Abu Zahar Menjadi Mangsa Samun
Selepas lama menyepi, rupanya Dira Abu Zahar telah melibatkan diri dalam bidang politik selain dari karier seninya. Dira memegang jawatan Exco dalam Puteri UMNO untuk menyatukan bangsa Melayu yang sering berpecah belah.
Gara-gara perbalahan kaum yang sering berlaku di kalangan kaum Melayu menjadi pendorong kepada beliau untuk menceburi bidang politik.
"Bangsa kita semakin berpecah-belah. Saya takut sebenarnya melihatkan keadaan kepincangan bangsa kita. Generasi muda terutamanya menjadi pelapis untuk masa depan.Maka penting untuk mereka memahami konsep penyatuan sesama bangsa."
"Biarlah berbalah bagaimanapun, kita tetap satu bangsa dan hubungan seperti adik-beradik ini tidak seharusnya putus begitu saja."
Namun, selepas pengumuman jawatan Dira dalam Puteri UMNO, dia telah dikecam oleh peminat. Rata-rata netizen memberikan komen yang negatif atas perlantikan jawatan tersebut.
"Saya turut terkena tempias apabila banyak pihak memberi komen negatif mengenai pengumuman pelantikan saya sebagai EXCO Puteri UMNO. Secara tiba-tiba ada pihak yang mencaci dan mengeji saya tanpa sebab yang munasabah."
"Benar, saya terbuka untuk menerima kritikan membina, namun biarlah ia berasas dan disertakan dengan cadangan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan. Ada sesetengah pihak yang marah dan mengeji tanpa sebarang motif."
Peranan Dira dalam jawatan itu adalah untuk menerajui bahagian sayap parti UMNO dan merancang aktiviti politik santai. Bahkan Dira diamanahkan untuk menerapkan elemen seni untuk golongan muda.
"Semestinya saya merujuk kepada pihak yang lebih arif mengenai perkara ini. Namun, saya ingin menarik minat belia untuk menanam kepercayaan kembali kepada UMNO seperti sebelum ini."
"Walaupun saya bukanlah muda remaja lagi, namun saya berharap dapat mendekati generasi baharu dengan lebih dekat lagi. Saya ingin mendengar pendapat dan luahan hati mereka serta turut sama mencari jalan penyelesaian."
Malah, bagi dirinya, dengan adanya media sosial ini boleh dijadikan sebagai medium kepada orang ramai untuk menyalurkan segala maklumat atau cadangan kepada pemimipim negara.
"Lebih mudah untuk memberi cadangan dan kritikan membina menggunakan media sosial. Teknologi masa kini membolehkan orang ramai menghantar mesej terus kepada pemimpin. Sekarang, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan pemimpin berbanding dulu."
Apapun, satu perubahan yang bagus ke arah untuk menyatukan bangsa Melayu. Jarang sekali kita lihat artis ceburi bidang politik, namun Dira seorang wanita yang berani untuk menyahut cabaran itu.
LAGI ARTIKEL SEBELUM:
1,308 total views, 1,308 views today
Artis Malaysia, BeautifulNara, Dira Abu Zahar, Dira Abu Zahar Ceburi Bidang Politik, Facebook Artis, Facebook Dira Abu Zahar, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Hangat, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip OHBULAN!, Gosip Sensasi, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2016, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Dira Abu Zahar, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Media Karangkraf, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Rotikaya, Selebriti, Selebriti BeautifulNara, Selebriti Malaysia, Twitter Dira Abu ZaharPemberontakan ke atas Mukhriz ternyata direstui Kuala Lumpur
Jaminan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor bahawa 14 ketua bahagian Umno atau wakilnya yang hadir dalam sidang akhbar mengistyharkan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Umno dan MB Kedah menjelaskan bahawa pertemuan dan sidang akhbar petang semalam mendapat restu dari Kuala Lumpur.
Menurut Teuku Adnan, tidak timbul ketua bahagian yang hadir pada sidang akhbar itu akan dikenakan tindakan seperti mana tindakan terhadap beberapa orang ketua bahagian yang digantung kerana menyatakan bantahan terhadap pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana oleh Najib Razak.
Teuku Adnan membuat penjelasan itu apabila didesak oleh ketua cawangan yang digantung agar parti mengambil tindakan ke atas 13 ketua bahagian Umno Kedah yang bersekongkol dengan Timbalan Pengerusi Umno Kedah Ahmad Bashah Md Hanafiah yang mengistyharkan ketidak yakinan dan kepercayaan kepada Mukhriz Mahathir sebagai MB.
Desakan i tu dibuat berdasarkan apa yang dialami oleh ketua cawangan berkenaan. [wm.kl.11:51 pm 21/01/16]
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...