Recent Post

Friday, October 30, 2015

Jabatan Pendidikan Melaka siasat kes pelajar lakukan kegiatan tidak bermoral

Siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.
Read more ...

Neelofa Didakwa Tipu Stokis Naelofar Hijab, Tidak Pulangkan Wang Deposit?

Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah,  individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.

Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh  memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.

Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat habis bukan?

Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.

Sumber Berita: Instagram Miss Kepoh

Related Category : Malay 31 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Awal Ashaari dan Scha Alyahya ‘Lunch’ Dengan Tunku Jalil?

Mereka ialah Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Murai Batu dapati pasangan selebriti suami isteri itu telah mengambil gambar selfie bersama-sama dengan Tunku Jalil di salah sebuah restoran di pusat membeli belah di ibu negara.
Read more ...

GAMBAR - AKSI TUNKU JALIL 'BERSELFIE' BERSAMA AWAL & SCHA

"Had lunch with Tunku Laksamana Johor, but at different table! It was a pleasure meeting you again Tunku Jalil after so long," ujar Awal Ashaari melalui Instagramnya ketika dia dan isteri bertemu kerabat Raja itu.

Klik gambar untuk size besar

Apa yang menarik, foto tersebut turut disiarkan di laman sosial milik Tunku Jalil yang sememangnya amat 'sporting' dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Bila bertemu, Awal dan Scha tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar selfie bersama-sama dengan Tunku Jalil di salah sebuah restoran di pusat membeli belah di ibu negara.

Jom tengok!

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kaki Penderma Hilang Dicuri!

Pihak berkuasa Los Angeles melancarkan siasatan berhubung kecurian satu kaki dari van milik sebuah pertubuhan derma organ dan tisu manusia.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan, kaki itu dicuri awal Isnin lalu ketika kakitangan pertubuhan sukarela itu berhenti untuk makan di sebuah restoran.

Apabila kembali ke kenderaan, mereka mendapati peti khas yang mengandungi kaki itu hilang.

Polis berkata, pencuri kaki itu mungkin tidak tahu kandungan di dalam peti berkenaan.

Sehubungan itu pegawai sudah mendapatkan sampel DNA daripada penderma itu untuk proses pengecaman jika kaki itu ditemui.

Menurut Fajardo, anggota keluarga penderma kaki itu juga dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Undang-Undang Amerika Syarikat tidak membenarkan maklumat mengenai penderma organ didedahkan.

Sumber Harian Metro

Artikel disusun oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 29 Oktober 2015

Read more ...

Nabil Ahmad Kena Tegur Gara-Gara Lawak Kasar

Pihak pengurusan Astro telah bertemu dengan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad bagi membincangkan isu berhubung tindakannya mempersendakan kumpulan Caliph Buskers semasa berlangsungnya minggu pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, pada pertemuan itu pihaknya menagur Nabil agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika membuat lawak terutamanya menerusi program yang disiarkan secara langsung kendaliannya.

"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.

"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Nabil dalam satu kenyataan kesal dengan tindakannya itu dan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada kumpulan tersebut selain tidak berniat untuk mempermainkan kecacatan dialami mereka.

Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.

Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis).

Dalam pada itu, Raqim berkata, kemunculan Nabil bersama alatan penapis ketika mengendalikan Gegar Vaganza 2 pada Ahad lalu adalah satu peringatan dan simbolik kepada pengacara itu agar lebih berhati-hati sebelum bercakap sesuatu.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, pihak Astro tidak mempunyai sebarang masalah dan berpuas hati dengan cara kendalian Nabil menerusi program tersebut.

"Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya.

"Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan," jelasnya.

Gegar Vaganza musim kedua disiarkan secara langsung pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Peserta Gegar Vaganza 2 disertai oleh Amir (Ukays), Acong (Sweet Child), Ezad Lazim, Nassier Wahab, Nizam (Laksamana), Zul (Handy Black), Farahdhiya, Siti Nordiana, Azian Mazwan, Sheeda, Haiza dan Ezlynn.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Tak Reti Buat Kerja! Bodoh Punya Doktor Pelatih!'

Acapkali apabila datang ke hospital kerajaan, ramai yang enggan dan tidak mahu diperiksa dan dirawat oleh doktor pelatih (HO). Alasan mereka adalah doktor pelatih sebenarnya tidak tahu merawat, tidak cekap dan khuatir perkara2 ini boleh memudaratkan pesakit. Kerap kali apabila melihat doktor pelatih yang memakai white coat, masyarakat akan mencebik muka dan meminta supaya doktor senior (MO atau pakar) saja yang melihat mereka. Malah ada yang akan memarahi dan tidak kurang juga yang menghalau doktor2 pelatih ini. Masyarakat harus faham, MO dan Pakar yang mereka pinta itu juga sebenarnya adalah HO satu ketika dahulu. Mereka tidak dilahirkan sebagai MO yg cekap sekelip mata seperti Spiderman menjadi hebat setelah digigit seekor labah2 makmal. Mereka menjadi hebat dan cekap hasil daripada peluang dan ilmu yang anda semua (para pesakit kami) berikan sebenarnya. Doktor yang melihat dan merawat lebih banyak kes akan lebih banyak belajar dan menjadi lebih cekap. Of course bakat dan kecerdikan juga memainkan peranan yg akan membentuk watak dan peribadi seseorang doktor. Jika seseorang doktor pelatih itu tidak diberikan peluang untuk belajar, mana mungkin mereka boleh menjadi doktor yg hebat satu hari nanti? Ini adalah kerana jurusan doktor ini bukanlah ilmu yang dipelajari di dalam buku atau melalui google sahaja. Sebaliknya bidang ini memerlukan latihan amali bagi tujuan menjaga kelestarian kualiti doktor dan kepiawaian standard yang terpelihara zaman berzaman demi kesejahteraan manusia sejagat. Pada era viral menviral ini, mungkin ramai yang mendengar 'pengalaman2 ngeri' dirawat oleh doktor pelatih. Cerita2 ini jika ada kebenarannya pun hanyalah merupakan kes2 terpencil yang tidak sepatutnya dihukum pukal kepada semua.  Jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Masyarakat tidak perlu risau kerana segala keputusan rawatan dan ubat2an yang diberikan adalah diputuskan oleh doktor senior (MO) sekurang2nya dan akan juga dipantau oleh pakar. Doktor2 pelatih biasanya akan terlibat di dalam perkara2 teknikal sahaja seperti mendapatkan history (berbual dgn anda utk mendapatkan sejarah cerita pesakit), membuat pemeriksaan badan dan juga mengambil darah. Ya. Part mencucuk utk mengambil darah inilah yang paling sensitif pada masyarakat. Mereka katakan, "doktor2 bodoh ini tidak geti buat kerja dan cucuk banyak kali. Aku kena bising dan marah, baru doktor senior datang. Doktor senior mai cucuk sekali je dapat. Bodoh punya doktor pelatih!". Ditype dan diupload di facebook. Lalu bermulalah tsunami makian ke atas penjawat awam tak kira peringkat sambil mereka berkongsi cerita2 ngeri mereka sejak 100 tahun yang lampau berurusan di hospital kerajaan. Banyak faktor doktor tidak dapat mengambil darah dgn mudah sebenarnya. Kebanyakannya adalah kerana faktor pesakit itu sendiri yg mempunyai urat darah yg halus atau tak kelihatan. Juga pesakit kanak2 yang kerap menarik tangan mereka apabila dicucuk. Jika urat kelihatan timbul, hampir mustahil seorang doktor pelatih untuk gagal mencucuk dan mengambil darah. Ya, mencucuk dan mengambil darah memerlukan teknik yang tertentu hingga mudah bagi doktor senior melakukannya. Tetapi anda harus ingat doktor senior tersebut menjadi cekap seperti itu dek kerana ribuan blood taking yg telah dilakukannya ketika dia HO. Mungkin ada yang berkata, saya atau waris saya bukan bahan eksperimen utk doktor pelatih. Kami tak pernah anggap anda demikian. Kami anggap anda adalah guru kami, yang memberikan kami peluang untuk kami belajar dari anda. Saya sendiri berterima kasih kepada ribuan pesakit2 saya yang telah membenarkan saya melakukan prosedur ke atas mereka hingga saya bergelar pakar hari ini. Hanya Allah Taala saja yang boleh membalas jasa kalian. Mengenangkan betapa pentingnya peluang untuk doktor pelatih belajar, saya sendiri apabila mahu mengambil darah untuk diri saya, saya akan minta doktor2 pelatih, malah pembantu pegawai perubatan untuk melakukannya. Malah ketika isteri dan anak saya sakit, saya benarkan juga doktor pelatih mengambil darah mereka. Alhamdulillah, tidak berlaku insiden perlu dicucuk lebih dua kali setakat ini. Allah memudahkan apabila nawaitu kita mulia. Ramai yg mengatakan bahawa hospital swasta jauh lebih baik dari hospital kerajaan dalam soal ini. Hospital swasta tidak ada doktor pelatih utk 'eksperimen' atas anda. Jadi lebih mudah darah diambil oleh mereka2 yg cekap. Hakikatnya, benarkah begitu? Ketika ibu saya dimasukkan di hospital swasta dulu, mereka gagal untuk mengambil darah beliau dan memasang branula. Hingga saya sendiri yang memasang branula dan mengambil darah untuk ibu saya. Lihat....Masalah yg sama juga berlaku di hospital swasta. Sama sahaja. Ia masalah yang berlaku di mana2. Bezanya cuma satu: Di hospital swasta, setiap kegagalan memasang branula, penggunaan syringe, kapas dan alkohol swab, serta upah melalukan prosedur akan dicaj kepada anda. Sungguhpun saya sendiri memasang branula terhadap ibu saya, saya dicaj untuk prosedur yang saya lakukan sendiri. (berpuluh ringgit juga mereka charge). Di hospital kerajaan cabuk yg dipenuhi doktor pelatih pula, kegagalan memasang branula dan mencucuk banyak kali, akan dianugerahkan makian dari anda dan seluruh alam (selepas kena viral) sambil anda membayar lumayan kepada kami sebanyak satu ringgit. Thanks uols.

Read more ...

(Video) Makhluk Aneh Ditemui Terapung di Paraguay

Paraguay - Satu bangkai yang mempunyai tangan seperti manusia telah ditemui terapung di sungai di Amerika Latin.

Masyarkat tempatan percaya makhluk tersebut adalah makhluk mistik yang dikenali sebagai Chupacabra.

Bangkai bersaiz sebesar anjing ditemui di bandar Carmen del Parana di selatan Paraguay oleh masyarakat tempatan yang kemudian merakam bangkai terbabit terapung-apung di atas air.

Makhluk itu juga dilihat mempunyai ekor yang panjang dan empat kaki beserta jari yang menyerupai manusia.

Pakar dan penyelamat dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan bangkai terbabit dan menentukan asal usulnya.

Masyarakat tempatan percayai bangkai itu merupakan haiwan mistik, Chupacabra, yang menjadi bualan ramai sejak terjadinya kes-kes haiwan ternakan dijumpai mati dalam keadaan kekeringan darah.

Namun komander brigade yang ditugaskan ke tempat kejadian berkata berdasarkan pemerhatian ke atas anggota badan, pihaknya percaya makhluk itu adalah dari spesis mo nyet.  - Siakapkeli.my

Read more ...

Phahrolrazi: Menantu Hadi hanya buat telahan sendiri

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

"Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

"Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

"Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

"Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

"Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum," katanya.

Read more ...

PADAH! Terlebih Bersenam, Zul Ariffin Alami Kecederaan Serius

PADAH! Terlebih Bersenam, Zul Ariffin Alami Kecederaan Serius

Bersenam amat bagus untuk kesihatan. Namun tindakan Zul Ariffin yang terlebih bersenam menyebabkan beliau terpaksa menerima padah apabila tisu bahunya terkoyak.

Menerusi laman instagram miliknya, beliau telah memuat naik sekeping gambar dalam keadaan tangan yang cedera. Nyata tindakan itu mengundang rasa cemas dalam kalangan peminat Zul Ariffin. Al maklumlah kan, Zul Ariffin ni kan menjadi pujaan ramai wanita.

Artikel menarik:- Pengakuan Zahirah MacWilson Terhadap Zul Ariffin, PANAS!

zul ariffin cedera

Bagaimanapun, Zul mengalami kecederaan tersebut adalah kerana terlebih melakukan senaman sehinga menyebabkan tisu bahu kirinya terkoyak.

"Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gimnasium lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi saya buat tak tahu saja. Keesokan harinya, apabila bangun tidur saya tak boleh gerakkan tangan ke depan. Saya terus berjumpa doktor pakar dan beliau mengesahkan tisu bahu saya terkoyak"

"Kecederaan ini agak serius sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat.

"Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya" katanya.

Zul dalam masa yang sama turut dinasihatkan agar berehat selama lebih sebulan untuk memastikan kesan koyak tisu dibahunya itu kembali pulih.

7,556 total views, 7,556 views today

Read more ...

[BENARKAH DEMI BUMIPUTERA?] Menteri, Perkasa muncul pembela pengguna vape

CELAH GELEGAR [BENARKAH DEMI BUMIPUTERA?] Menteri, Perkasa muncul pembela pengguna vape KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Ketika pengguna "vape" terancam dengan cadangan menteri kesihatan untuk mengharamkan rokok elektronik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil membela golongan berkenaan.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau akan memberikan pandangannya di peringkat kabinet supaya cadangan pengharaman vape, juga dikenali e-rokok, diteliti semula.

"Jika rokok lebih berbahaya daripada vape, kenapa tidak haramkan rokok?" tanya beliau di laman Facebook peribadinya hari ini.

"Insya Allah saya akan dengar penjelasan menteri kesihatan dan saya akan beri pandangan saya."

Ahli Parlimen Bera turut melampirkan laporan berita media United Kingdom, The Telegraph, yang menyatakan bahawa e-rokok cuma mengandungi 3 peratus nikotin berbanding rokok berjenama Marlboro yang mengandungi 13 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam berkata bahawa kerajaan sedang meneliti undang-undang bagi melaksanakan pengharaman vape.

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam kenyataannya hari ini turut mengecam Dr Subramaniam, sambil mendakwa majoriti pengusaha vape golongan Bumiputera.

"Mengapa semasa mula-mula vape diperkenalkan dahulu mereka menyarankan kepada perokok untuk menukar daripada rokok kepada vape?

"Tetapi apabila industri vape berkembang luas, vape dikatakan berbahaya dan perlu diharamkan.

"Adakah ia bahaya kerana tidak dikenakan cukai pada vape?

Adakah jika selepas dikenakan cukai, vape ini selamat digunakan?" kata Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Namun begitu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahya menjelaskan hari ini bahawa kementeriannya masih belum memutuskan untuk mengharamkan vape kerana bimbang ia juga menjejaskan rokok tembakau.

"Terlalu awal hendak kata kita mengharamkan terus vape. Sekarang ini undang-undang tembakau terletak bawah Akta Makanan 1993, dan tidak sesuai digunapakai untuk vape dan shi sha," katanya di lobi Parlimen.

-Malay Mail Online

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *