Recent Post

Saturday, October 03, 2015

Putrajaya Inter-Park Ride dijadual berlangsung esok dibatal berikutan jerebu

Program berbasikal 'Putrajaya Inter-Park Ride' yang dijadual berlangsung di Taman Wetland esok dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Read more ...

Gadis MAUT Selepas Menderita Disumbat Objek Ke Dalam Kemaluannya Memerlukan Bantuan ANDA !

Gambar Hiasan Dari Ah Fatt Klang, page Kepala Hotak Kamu (KHK) menerusi Inbox Siakapkeli mohon bantuan semua terhadap kes ini. Minggu lepas inbox KHK telah didatangi seorang gadis yang ingin meminta pendapat Selepas menghantar orang tuanya ke airport untuk tunaikan haji,dia dan abang dia balik kerumah abang dia di Cyberjaya.. Dan didalam rumah itu abang cuba untuk merogol dia,namun gagal pada percubaan pertama.. Kemudian aku menasihati dia supaya tinggalkan rumah tu dan cuba uruskan transport untuk dia,malangnya gagal atas beberapa sebab.. Abang dia berjaya merogol dia sebanyak 2 kali,dan abangnya juga memasukkan sesuatu objek kedalam kemaluan dia menyebabkan pendarahan yang serius.. Selepas kejadian tu serta merta dia lari balik kampung di Perak tanpa dia menyedari kecederaannya sangat serius.. Atas desakan aku akhirnya dia pergi juga kehospital,dan doktor bertugas mengesahkan dia dirogol.. Agak malang apabila sepupu yang menghantarnya ke Hospital membuat laporan polis mengatakan dia dirogol oleh orang yang tak dikenali dengan alasan mahu menjaga aib keluarga.Isteri abangnya pun merayu agar kes ini tidak dipanjangkan demi masa depan keluarga katanya.. Namun aku berkeras suruh dia pergi buat laporan polis berdasarkan cerita sebenar agar nasib dia terbela dan dia bersetuju akan buat selepas keadaannya beransur pulih.. Dan pagi ini aku mendapat berita yang menyedihkan,bahawa dia telah pun meninggal dunia pada pukul 7:45 pagi tadi.. Akaun Facebook abang dan kakak ipar dia pun telah lenyap.. dan esok orang tuanya akan balik dari Mekah.. Jadi aku nak minta tolong kepada sesiapa yang belajar atau bekerja dalam bidang undang-undang (lawyer),inbox page untuk aku bertanya macam mana bela kematian dia serta kos2 yang terlibat.. Ada mesej dia tinggalkan sebelum dia meninggal,iaitu menegakkan keadilan bagi pihaknya.. Aku merayu kepada semua bangsa KHK agar doakan aku mendapat kekuatan untuk menunaikan permintaan terakhir dia.. Terima Kasih dan Assalamualaikum p/s : nama arwah terpaksa dirahsiakan sehingga kes ini dibuka.. Hubungi KHK di http://fb.com/KHK9Nyawa

Jika anda tidak dapat membantu, mungkin anda boleh kongsi berita ini kepada rakan-rakan anda

Read more ...

ZED ZAIDI DIBERI PELUANG SAMBUNG SARJANA & PHD SERENTAK

"Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan," demikian kata Zed Zaidi yang diberi peluang untuk sambung belajar oleh pihak universiti berkenaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, menganggap keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya.

"Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar

Dalam pada itu, Zed berkata dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian iaitu tentang industri kreatif di negara ini.

Difahamkan, Zed juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pada itu, Zed berkata, dia berharap dapat menjadi contoh kepada semua ahli Seniman yang turut mempunyai keinginan menyambung pengajian di peringkat universiti pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

"Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumban g kembali kepada bidang seni," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, kesibukan dengan pengajiannya tidak akan membataskan tanggungjawab dia sebagai presiden Seniman dan dia akan terus komited terhadap tugas berkenaan.

"Memandangkan saya memilih untuk membuat kajian jadi saya tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

"Saya optimis dapat menyelesaikan pengajian dan kajian menjelang tahun 2020 nanti," katanya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GA LERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !

JOHOR BARU: Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung. Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian. Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah. "Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. "Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," katanya. Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini. Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu. "Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira," katanya. Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai. "Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung. "Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya. "Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," katanya. Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.
Read more ...

'Apahal Terkial-kial Makan? Lembablah Awak Ni' - Suami

Perkongsian dari Siti Khadijah ini mendapat 8.454 shares di Facebook. Semoga dapat menyedarkan para suami dan bakal suami agar sama-sama menjaga anak-anak. Bukannya berharap pada isteri semata-mata. Anak adalah tanggungjawab bersama. Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial-kial nak makan. Sudahlah makanan isteri yang belikan dan bawa ke meja. Anak-anak bercerakau di meja, si bapa pula buat dek saja.  Isteri datang terkejar-kejar membawa makanan buat suami dan anak-anak. Selepas itu, berkejar pula membeli air. Suami pula masih buat dek saja. Sudah dibawa air, susun depan mata. Si suami terus makan tetapi si isteri bahagikan makanan untuk anak-anak yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada bayi yang mungkin berusia 7 bulan dalam stroller.  Selesai untuk anak-anak, ibu baru nak makan si kecil pula menangis. Ibu pun ambil dan dukung sambil makan. Si suami pula dah selesai makan, ingatkan nak tolong pegang anak dan tengok-tengokkan anak. Tetapi tidak, si suami ambil phone dan menghadap phone. Isteri pula terkial-kial makan.  15 minit sudah berlalu. Dengar suami pula marah.  "Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," katanya.  Maaf, aku memang tak sabar tengok perkara seperti ini dan maaf kalau kau rasa malu. Tapi apa aku cakap memang betul.  Saya terus bangun dan pergi cakap pada lelaki itu.  "Encik, kalau you nak wife you makan cepat, you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ini. So cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok," kata saya padanya. Lelaki itu terkejut dan terkebil-kebil seketika. Wajahnya merah namun dia masih buat bodoh dengan teguran tadi. Inilah saya. Maaf. Niat saya cuma mahu menegur, bukannya membuatkan mereka bergaduh. Saya harap dia faham dengan niat saya. Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Ku Nan: Tajuddin dikelirukan media sosial, tak perlu minta maaf

Umno tidak akan menuntut pemimpinnya Datuk Tajuddin Abdul Rahman memohon maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk melempang mereka, kerana kata-kata itu diucapkan kerana disebabkan oleh salah faham.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Sin Chew Daily hari ini bahawa Tajuddin telah dikelirukan oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.

Beliau menjelaskan bahawa salah faham itu mungkin telah menyebabkan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu fikir orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China, yang akhirnya membawa kepada kenyataan beliau itu.

Isu Tajuddin perlu meminta maaf tidak timbul kerana ini adalah hanya satu isu yang disebabkan oleh salah faham, kata Tengku Adnan (gambar) dalam edisi petang akhbar itu.

"Saya faham perasaannya. Perkara yang sama berlaku, apabila saya pada mulanya salah faham kenyataan Duta China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya sangat marah.

"Kenyataan Huang telah diputarbelitkan oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah sebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kata-kata itu telah diputarbelit menjadi perbalahan diplomatik," katanya yang dipetik dalam laporan itu.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Keputusan Piala Malaysia 2015, malam ini

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia 2015 membabitkan empat pasukan, malam ini.
Read more ...

Al-Fatihah Erin Malik, Umurnya Tak Panjang.. Semoga Dia Dicucuri Rahmat

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Erin Malek telah mengesahkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak sulung lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz. Bayi lelaki itu selamat dilahirkan pada pagi 1 Oktober 2015 yang lalu. Erin Malek turut menceritakan bagaimana beliau yang sebelum ini mengandung anak kembar terpaksa berhadapan situasi melahirkan seorang anak sahaja apabila kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu.   "Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz"   "Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu," tulis Erin Malek. Erin Malek turut menjelaskan seorang lagi anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak namun tidak perlu mengugurkan janin berkenaan dan boleh meneruskan kandungannya seperti biasa sehingga 9 bulan. "Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga" "Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih," tambahnya. 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *