Sunday, March 13, 2016
Penyiasat Germanwings gesa penilaian semula kesihatan mental juruterbang
Kritik Pramugara Air Asia: Ainan Tasneem Beri Penjelasan
Pagi ini hangat diperkatakan di media sosial tentang status penyanyi Ainan Tasneem yang memviralkan tentang keengganan seorang pramugara Air Asia membantu mengangkat bagasi ke kompartmen atas kerusi kapal terbang.
Menurut Ainan, pramugara itu yang bernama Mohd Ridzwan menyatakan membantu mengangkat bagasi penumpang bukan tugasnya sebagai seorang pramugara. Kejadian itu berlaku apabila sepupu Ainan meminta pramugara itu membantu mengangkat bagasi tersebut dalam penerbangan dari Haadyai ke Kuala Lumpur
Tindakan Ainan menyebabkan dia menerima kritikan Netizen yang beranggapan dia seharusnya membuat aduan rasmi menggunakan saluran yang betul. Tambahan pula, pihak Air Asia pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mengangkat bagasi penumpang bukan sebahagian dari skop kerja pembantu penerbangan, sambil menyatakan tugas sebenar seorang pembantu penerbangan.
Justeru, Ainan telah memuat naik satu status terbaru di Instagram untuk memberi penjelasan kepada Netizen tentang kapsyen asal yang ditulisnya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.Akan datang "Festival Nasi Ambeng 2016" di Homestay Banghuris, Sg. Pelek, Sepang, Selangor Pada 16 & 17 April 2016…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 7 March 2016
Masih ramai yang memberi reaksi tentang perkara ini di Instagram Ainan. Ada yang berkata Ainan tidak sepatutnya memvirakan perkara ini terlebih dahulu kerana ia membawa kesan yang buruk kepada Ainan dan juga pramugara tersebut. Bagaimanapun apa yang telah berlaku memang tidak dapat diubah lagi.
Mungkin kedua-dua belah pihak perlu bersikap lebih berhati-hati di masa hadapan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.
TAGS: ainan tasneem, air asia, bagasi, instagram, kapsyen, kritik, krtitikan, mohd ridzwan, netizen, penjelasan, pramugara, reaksi, viral PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.10 GAMBAR - GELAGAT HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN KETIKA BERCUTI DI SABAH
Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi ini telah pergi bercuti di Sabah bersama ahli keluarga.
"Dulu sebulan saya shooting di sini, kali ini datang balik jalan-jalan bawa family," ujar Hairul di laman IGnya.
Menerusi laman Instagram pasangan ini, mereka telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar percutian di Sabah.
Jom tengok!
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomPermaisuri Johor Setuju Dengan Tweet Yuna!
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersetuju dengan tweet yang di muat naik oleh penyanyi wanita Yuna mengenai penggunaan Bahasa Inggeris.
Raja Zarith Sofia berpendapat, mengapa Yuna memilih Bahasa Inggeris dalam setiap perkara kerana memudahkan orang lain memahami dengan lebih senang apa yang kita rasa dan idea kerana ia adalah bahasa dunia.
Dalam pada masa yang sama, Raja Zarith Sofia turut bertutur dalam loghat Perak menerusi laman facebook yang berbunyi…
Betoi tu, Yuna. Kite cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah zaman global...
Status tersebut telah mendapat lebih 1,800 share serta 18 ribu likes oleh followers. Rata-rata memberi komen dan reaksi yang positif mengenai perkara itu.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Ahad, 13 Mac 2016
Menteri Luar jawab komen pegawai PBB konon Malaysia aniaya Anwar - AgendaDaily
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, dalam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah memberikan respons yang ekstensif kepada pendapat yang diterima oleh Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan secara Arbitrari (WGAD).
"Kerajaan tetap menegaskan bahawa berasaskan fakta yang tidak boleh dipertikaikan dan asas undang-undang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan banduan politik dan telah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan adil dan panjang," kata kenyataan itu hari Sabtu.
Al Hussein dalam pembentangan Laporan Tahunannya di bawah Agenda Item 2: Dialog Interaktif dengan Pesuruhanjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia pada Sesi Biasa ke 31 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 10 Mac telah mengulas mengenai situasi hak asasi manusia di Malaysia, dengan rujukan kepada penghadan ruang demokrasi di Malaysia dan bekas ketua pembangkang Anwar.
Menyatakan kesal terhadap komen itu, kementerian itu berkata kemajuan dan usaha menyeluruh kerajaan dalam menjamin kenikmatan hak asasi manusia di Malaysia adalah ekoran komiten tegas kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.
Ia menyatakan, kerajaan telah dan akan terus menyediakan ruang demokrasi yang perlu untuk rakyatnya.
Kerajaan juga mempunyai kewajipan untuk menentukan keamanan, kestabilan dan harmoni dalam negara yang menjadi pra-syarat bagi menikmati sepenuhnya hak tersebut.
"Malaysia menganggap penting usaha-usaha Majlis Hak Asasi Manusia sebagai badan antara kerajaan yang dipandu oleh prinsip kesejagatan, kesaksamaan, objektiviti, tanpa bersikap memilih.
"Oleh itu, kerajaan Malaysia berharap majlis itu bersikap seimbang dalam menilai situasi hak asasi manusia di semua negara anggota.
Kenyataan itu menegaskan bahawa Malaysia menghargai dialog membina dan penglibatan aktif yang menjadi asas Majlis Hak Asasi Manusia PBB.-13/3/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Ada Sebab KONSERT SEARCH 35 TAHUN Ditangguh
Pihak penganjur Konsert Search 35 AFJETS Sdn Bhd bersama-sama kumpulan SEARCH telah mengambil kata sepakat untuk menangguhkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 April 2016 ke satu tarikh istimewa sempena penubuhan Search yang akan diumumkan kelak.
Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdekadi mana lokasi konsert akan diadakan.
Tiket-tiket yang telah dibeli peminat masih boleh digunakan disamping mendapat hadiah istimewa yang disediakanoleh pihak penganjur dan kumpulan Search.
Pihak penganjur dan Search memohon maaf di atas segala kesulitan dan kami berjanji akan memberikan yangterbaik sempena menyambut Ulangtahun SEARCH35 ini.
Ikuti perkembangan Konsert SEARCH35 di website www.afjets-search.com, Facebook Fenomena Search, Amysearch, Instagram Fenomena Search, AkuAmySearch dan Twitter Fenomena Search.
Komen via FacebookKomen
— 90 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
5 Tabiat Ini Perlu Anda Elak Ketika Memandu Kereta Transmisi Automatik
Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained di Youtube, menjelaskan beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik yang mungkin boleh membahayakan kereta. Fenske bukan sahaja menjelaskan tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan secara teknikal kenapa ia perlu dielakkan
1 - Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan 'Neutral'.Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit dengan alasan untuk menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman moden mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam keadaan 'neutral' ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah mengarut. Malah ia boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa kawalan terhadap kereta anda ketika ia dalam keadaan 'neutral' (seperti memecut).
2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.Di dalam 'point' kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke hadapan atau ke belakang) tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa bekerja sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak. 3 - Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan 'neutral' kemudian pecut.Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak dan meletakkan kereta dalam 'drive' boleh menyebabkan sistem transmisi anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi sangat mahal untuk ditukar ganti.4 - Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan 'neutral' ketika menunggu lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak dari keadaan brek jika dibandingkan dari keadaan "neutral" ke "drive".
**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan 'neutral'. Jenuh kaki nak tekan brek. ;-)
Tapi apa yang perlu anda 'take note' adalah terlalu kerap menukar gear dari 'drive' ke 'neutral' juga akan membawa kesan negatif terhadap sistem transmisi kereta anda.
5 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum ia betul-betul berhenti.Sekiranya anda mahu 'parking' kereta anda, pastikan ia betul-betul berhenti sebelum meletakkan gear ke mode 'parking'. Jika tidak, anda boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.Ingin lebih penjelasan teknikal? Tonton video ini :
Tidak benar lagi bawa masuk pekerja asing - TPM
Awie Selar Tindakan Rozana Misbun Tuntut Ganti Rugi, Saman Malu!
Sebelum ini, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa kes pukul bekas isteri vokalis kumpulan Wings, Awie telah selesai dengan mahkamah memutuskan bahawa Awie perlu meminta maaf kepada Rozana Misbun dan juga dikenakan kompound RM10 ribu.- Kes Pukul Isteri Selesai, Awie Dikenakan Kompoun!
Namun, selepas itu muncul pula kenyataan Rozana di mana dia Dedah Bakal Tuntut Ganti Rugi, Saman Malu Awie! Tetapi, Awie bidas tindakan Rozana dan menganggap perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya dan sekaligus menunjukkan bahawa Rozana masih tidak berpuas hati dengannya.
"Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus."
"Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya," katanya kepada mStar Online.
Disebabkan tindakan Rozana itu, Awie telah membuat permohonan supaya Mahkamah Kaji Semula Kes Pertuduhan Cederakan Bekas Isteri. Namun, setakat ini masih belum ada kenyataan terhadap isu tersebut.
Rasanya isu tidak akan selesai jika kedua belah pihak masih berpaling muka antara satu sama lain. Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan mereka berdua ini.
MAKIN MEROYAN LA PUAK PAKATAN TU DIBUATNYA!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...