Monday, February 29, 2016
Tun Mahathir ambil langkah tepat tinggalkan UMNO - Salleh
Neelofa Mengakui Akan Panik Jika Tidak Bertemu Jodoh Pada Usia 30 Tahun
Selebriti popular Neelofa cukup berjaya dalam kerjayanya juga dalam bidang perniagaan, tetapi kurang bernasib baik dalam percintaan meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa jejaka.
Meskipun ada yang mengatakan Neelofa sudah ada kekasih hati, beliau bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.
Namun, Neelofa akui beliau akan mula rasa panik dan serius memikirkan soal jodoh jika mula melangkah ke usia 30 tahun.
Kalau kita mempunyai kekasih hati sudah tentu kita mahu mengikat perhubungan itu ke arah lebih serius dan mendirikan rumah tangga. Hakikatnya sekarang ini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih hati.
Walau bagaimanapun, saya akan lebih panik dan serius untuk memikirkan soal jodoh bila mana usia menjangkau 30 tahun nanti.
Buat masa ini,Neelofa yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 27 ingin memberikan fokus kepada perniagaannya dan menyimpan hasrat untuk membuka cawangan Naelofar Hijab di New York.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.33 GAMBAR - SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR CAHAYA MALAIKA, ANAK MAWI
Semalam Cahaya Malaika anak kepada Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) telah menyambut hari lahirnya yang ke-4.
Majlis bertemakan 'My Little Pony' yang diadakan di kediaman Mawi di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis.
Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Cahaya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomKenapa Ayda Jebat Rasa Lagu Balada Tak Boleh Menang Anugerah?
Penyanyi dan pelakon wanita Ayda Jebat merasakan sebenarnya lagu balada bukan penentu untuk memenangi anugerah atau penanda aras terhadap karier seorang penyanyi.
Bagi Ayda, setiap lagu yang ingin dinyanyikan itu mesti datang daripada hati dan perlu meminati dengan sepenuhnya tanpa rasa curiga.
"Sebelum ini ramai yang ajukan tanyakan kepada saya, kenapa tak buat lagu balada kenapa perlu lagu rancak.
"Bagi saya, kita kena buat apa yang kita suka. Apabila kita buat perkara yang kita minati, hasilnya lebih menakjubkan dan lebih ikhlas.
"Itu yang saya belajar setelah memenangi Lagu MeleTOP di Anugerah MeleTOP era kali ini. Meraih anugerah tersebut saya memang tidak menyangka dan terkejut.
"Saya bersaing dengan nama-nama besar yang sudah lama menyanyi. Pada masa yang sama, ia juga memberi tekanan kepada saya untuk lakukan yang terbaik di masa akan datang," seloroh Ayda kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu Ayda juga memenangi kategori lain dalam #AME2016 iaitu Penyanyi MeleTOP, , Pelakon MeleTop, Drama MeleTOP serta anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita).
Dengan kejayaan yang agak luar biasa, Ayda turut ditanya adakah dirinya dilantik sebagai duta produk selaku penaja rasmi membuatkan dirinya meraih banyak anugerah.
Nada yang tenang Ayda membalas, soalan itu tidak relevan dengan kemenangannya. Bagi Ayda, kejayaan yang diperoleh adalah hasil sokongan padu peminat yang tidak henti-henti.
"Saya sekali lagi menangkis soalan sebegitu. Menang banyak anugerah disebabkan menjadi duta, ia adalah tidak tepat.
"Kemenangan yang saya terima ini adalah undian peminat yang terdiri daripada lapisan usia. Pada malam anugerah ini juga ada yang tak dapat masuk kerana tempat terhad dan sanggup berhujan di luar demi saya.
"Apa yang saya raih ini adalah untuk mereka, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur untuk menghiburkan mereka semua. Peminat umpama famili saya yang disayangi," akhiri Ayda.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 29 Feb 2016
'Bekas AG membisu buktikan urus niaga SRC ada unsur jenayah' - Malaysiakini (caruman) (subscription)
Tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.
"Pendirian Ghani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.
"Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, penyingkiran Muhyiddin dan juga Gani adalah tindakan pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadap dirinya.
Pendedahan terbaru oleh Muhyiddin itu, katanya, bertepatan saranan panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada peguam negara.
"Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.
"Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.
"Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah?" katanya.
Muhyiddin membuat pendedahan itu sehari selepas dirinya digantung sebagai timbalan presiden Umno.
Live Update Budiey di Konsert Madonna Rebel Heart 2016 Malam Ini
Kepada anda yang tak berkesempatan menonton secara live Konsert Madonna Rebel Heart 2016 di Singapura pada malam ini… apa kata liveupdate dari Budiey di Periscope dan juga Facebook Live. Itu pun jika dibenarkan oleh pihak penganjur. Tapi rasanya tiada masalah untuk membawa masuk telefon bimbit, kan?
Follow IG @budiey dan juga Periscope @Budiey.
Terima kasih juga kepada Travel Recommends kerana sudi menaja dan juga meminjam Pocket WiFi untuk kami surfing dan berinternet sepanjang di Singapura.
Kami juga akan merakam vlog sepanjang berada di Singapura ini. Jangan lupa SUBSCRIBA Youtube Channel Budiey.com.
Komen via FacebookKomen
— 229 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Gambar: Mayat Reput Terdampar Dekat Resort Di Setiu
PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat manusia dipercayai lelaki yang sudah tinggal rangka, terdampar di belakang sebuah resort, di situ.
Mayat ditemui sekitar jam 5.20 petang sebelum pihak polis dimaklumkan tentangnya.
Berdasarkan info dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, mayat yang ditemui kira-kira 100 meter dari resort berkenaan dipercayai sudah lebih dari dua bulan dengan ketinggian dianggarkan 5.5 inci (162.5 sentimeter).
Sehubungan itu mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan autopsi diterima.
Gambar mayat berkenaan kini viral di media sosial selepas ianya dikongsikan saksi.
Pemeriksaan Mynewshub mendapati, salinan kad pengenalan seorang lelaki turut disebarkan laman Facebook tertentu bersama gambar mayat sedangkan menurut kenyataan pihak polis, tiada pengenalan diri ditemui pada rangka berkenaan.
Berita berkaitan:Remaja 16 tahun hadapi 2 tuduhan rogol
Suami isteri jual air ketum diberkas di Besut
Komencomments
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...