Recent Post

Wednesday, October 12, 2016

Fattah Amin Dipulau Rakan-Rakan Selepas Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Amboi. Terasa macam percintaan zaman sekolah pulak. Ala, bila kita putus cinta dengan seseorang, lepas itu semua kawan-kawan si awek/pakwe itu terus tak kawan dengan kita sebagai tanda protes. Ingatkan budak sekolah je buat macam itu. Rupa-rupanya orang dewasa pun sama jugak. Kesian Fattah Amin apabila di"pulau" oleh rakan-rakannya yang juga merupakan rakan-rakan Sherry Ibrahim selepas mereka berdua putus cinta. Sadis.

fattah amin

Namun bak kata Fattah Amin, hidup mesti terus. Kita kena jadi profesional. Hubungan cinta dan hubungan dengn rakan seharusnya tidak dicampur adukkan. Tak nak kawan pun tak apalah. Bukan rugi apa-apa pun kan? Kata Fattah Amin:-

Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, saya tak ada hak untuk memaksa mereka. Kalau tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap. Lagipun, saya ada kawan-kawan lain. Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak pernah mencampuradukkan soal kerja dan peribadi

fattah amin

Kepada Fattah Amin, diharap bersabar. Kawan-kawan sebegini bukanlah kawan sejati. Tak ada pun tak apa. Anda tak akan rugi apa-apa. Teruskan berlakon dan berkarya. Yang penting kita gembira dengan hidup kita. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

RNR Gurun Selatan Johan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri - Bernama

Berita UtaraOctober 12, 2016 11:43 AM

RNR Gurun Selatan Johan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri

GURUN, 12 Okt (Bernama) -- Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun arah selatan bukan sahaja menjuarai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, malah muncul sebagai johan peringkat kebangsaan, bagi kategori bangunan swasta.

Pengurus Wilayah Utara Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, kemenangan itu memang sesuatu yang tidak diduga selepas banyak kali mencuba, namun ia sangat bermakna serta memberi nilai tambah kepada RnR Gurun.

"Usaha yang kami lakukan ini merupakan komitmen dan emosi yang dizahirkan setiap kali tibanya Bulan Kebangasaan dan selepas berkali-kali mencuba, akhirnya kami menang pada tahun ini.

"Dari segi dekorasi, RnR Gurun arah selatan ini turut menerapkan sejarah kesultanan dengan memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama hingga yang terkini," katanya kepada Bernama selepas Majlis Apresiasi Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2016 d i RnR Gurun arah selatan di sini, malam tadi.

Sementara itu, pemenang bagi kategori individu, Azizan Kasa, 51, dari Kampung Pulau Siputeh, Kodiang berkata, beliau tidak menyangka penyertaannya di peringkat kampung membawa kepada kemenangan di peringkat negeri.

"Sebagai guru sejarah, ilmu saya manfaatkan sebaiknya untuk menjana idea dan menghias rumah dan persekitarannya. Saya gembira kerana ini bukan sahaja mendapat sokongan keluarga tetapi, penduduk kampung," katanya menambah inisiatif berkenaan turut menjadi teladan kepada generasi muda.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, termasuklah wang tunai berjumlah RM9,500, disempurnakan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia negeri Kedah, Aziman Hasan.

Aziman berkata, sebanyak 70 penyertaan diterima pada tahun ini melibatkan pelbagai kategori dan ia diharap akan bertambah pada tahun akan datang.

"Apa yang utama dalam sambutan ulang tahun kebangsaan negara adalah semua rakyat menterjemahkannya dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran.

"Inilah yang perlu dilakukan generasi pasca merdeka, iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang tidak ternilai harganya," katanya.

Pada majlis sama, Kolej Komuniti Sungai Petani diumumkan sebagai pemenang kategori bangunan kerajaan manakala Sekolah Kebangsaan Selama, Serdang dan Desa Keda Singkir Badong, Merbok, masing-masing memenangi kategori sekolah dan kampung.

Kategori pintu gerbang dimenangi Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh, Serdang manakala Felda Teloi Timur muncul johan kategori Anjung Komuniti 1Malaysia.

-- BERNAMA

Read more ...

Single BULAN BINTANG Taruhan Izzmad Harun

Izzmad Harun, atau nama sebenarnya Mohammad Hazwan Bin Harun, berumur 22 tahun anak ke tiga dari empat orang adik beradik, dilahirkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Bulan Bintang, adalah taruhan lagu terbarunya ciptaan dan penulis lirik dari Aesar Mustafa pnyanyi dan komposer dengan susunan muzik oleh Nick Cdrw yang berkonsepkan Pop rock terbitan dan dibawah naungan syarikat sendiri Zizzra Red Entertainment dengan sokongan edaran dan nada deringan digital oleh Warner Music Malaysia.

Izzmad Harun

Lagu Bulan Bintang, mempunyai jiwa pop rock ala-ala JRock sangat bersesuaian dengan jiwa dan vokal Izzmad Harun terkini jika dibandingkan dengan mini album terdahulu yang mempunyai 4 buah lagu berkonsepkan pelbagai versi genre nyanyian dan suara Izzmad seperti lagu-lagu Sahabatku, Inilah Cinta, Aiziah dan Saat Ini ciptaan dan penulis lirik Rosli Ahmad , Nira Aira dan Faizul Rock dibawah kelolaan Rosli Ahmad dari Radical Studio terbitan syarikat sendiri iaitu Zizzra Red Entertainment.

Izzmad Harun, berharap para pendengar dapat menerimanya seadanya dan memberi sokongan terhadap lagu Bulan Bintang dengan hati yang lebih terbuka kerna komennya lagi muzik adalah sangat universal, setiap individu mempunyai citarasa muzik yang sangat berbeza serta mudah berubah mengikut peredaran semasa tambahan lagi dengan kemudahan teknologi maya yang serba canggih masa kini. Jangan lupa muat turun nada deringan lagu-lagu Izzmad tau ujarnya lagi.

Juga harapan Izzmad terhadap klip video muziknya digandinkan bersama pelakon dan model Neera Azizi, 20 tahun arahan pengarah versatil Shuhaimi Lua, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd mendapat sokongan padu dari semua lapisan masyarakat diseluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia jua.

Keseluruhan lagu Bulan Bintang jika didengar berkali-kali akan memberi sentuhan qalbu yang sangat mendalam jiwanya hanya mereka yang memahami bait-bait lirik akan merasai sentuhan hingga ke qalbu dan lagu ini akan digunakan sedikit dalam telemovie ditv9 "Cik Celah Bedah" tayangan pada 31hb Oktober 2016, katanya lagi.

Dari segi vokal Izzmad Harun telah menunjukkan kematangan suaranya serta cara penyampaiannya sudah jauh berbeza.

Izzmad sangat berterima kasih diatas sokongan padu serta kritikkan yang membina dari rakan-rakan terdekat serta teman-teman dari media, artis & pelakon dengan jolokkan perkataan "sahabatku" untuk melihat beliau terus maju dalam industri hiburan.

Aktiviti-aktiviti terbaru, Izzmad Harun, juga menceburi dan mengasah bakatnya didalam dunia lakonan juga, yang baru-baru ini beliau telah diberi peluang dan dicungkil bakatnya oleh pengarah versatil Shuhaimi Lua Abdullah dalam telemovie "Jangan Ambil Botol Itu", Pujaan Malaya" tayangannya ditv9 dan yang terbaru ditv3, drama episod "Lara Cinta Ameena" yang memegang watak sokongan sebagai Spy, walaupun berdialog ringkas tetapi Izzmad Harun amat bersyukur kerna wataknya banyak berinteraksi dengan pelakon hebat seperti Fazlina Ahmad Daud a.k.a Kak Baby yang saya amat kagumi – katanya lagi dengan penuh keterujaan.

Inshaallah ada lagi lagu terbarunya yang sudah selesai dirakam ciptaan / penulis lirik dan penyanyi terkenal Hazami untuk drama episod ini bakal digunakan – tunggu yaaa tambahnya lagi dengan wajah keterujaan.

Bagi Izzmad Harun, cabang seni tidaklah terhad dibidang nyanyian saja dan beliau yakin jika diberi peluang lagi dalam bidang lakonan beliau akan membuat yang terbaik lagi dimasa akan datang dan beliau sangat berterima kasih dengan pengarah Shuhaimi Lua kerana mempercayai bakat lakonannya serta pengurus saya, abang ianzfaris yang banyak membantu serta berkorban masa dan tenaganya untuk menjayakan karier saya katanya.

Juga tidak ketinggalan keluarga tercinta saya, sanak saudara, teman-teman dan yang paling istimewa sekali para peminat dan penyokong Izzmad Harun selama ini, yang menjadi tunggak tulang belakang serta semangat jatinya untuk bergerak maju kehadapan sebagai insan seni, jutaan terima kasih semoga semuanya dirahmati, ujarnya sambil terus menadah tangan berdoa.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Selamat Dalam Dakapan Mayat Bapa Selepas 12 Jam Tertimbus Dalam Runtuhan

China, 11 Okt - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui selamat selepas terperangkap selama 12 jam dalam runtuhan bangunan di China yang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 maut.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu ditemui oleh penyelamat dalam keadaan didakap erat oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung.

Menurut laporan, penyelamat percaya bahawa Wu Ningxi terselamat dari runtuhan itu kerana dilindungi oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung dari satu serpihan besar dalam kejadian runtuhan tragis yang berlaku di bandar Wenzhaou.

Ibu Wu juga dilaporkan mati dalam kejadian itu dan dijumpai dalam kawasan ruang tamu rumah, tidak jauh dari kawasan dua beranak itu ditemui .

Wu ditemui dalam serpihan bangunan enam tingkat itu 12 jam selepas kejadian. Setakat ini, hanya enam orang berjaya dikeluarkan dengan selamat dari serpihan tersebut.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang terlibat dalam insiden itu namun kerja menyelamat masih lagi diteruskan.

"Kanak-kanak itu ditemui masih hidup kerana bapanya guna badan untuk sediakan ruang bagi anak perempuannya." kata seorang penyelamat.

Sumber : Mirror
Read more ...

Dr M: Majoriti rakyat hargai apa yang saya lakukan sebagai PM

EKSKLUSIF Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - bagi kebanyakan orang - sama ada anda membencinya atau menyayanginya.

Mereka yang membenci Mahathir menuduhnya menggunakan 22 tahun beliau memegang jawatan itu untuk memperkayakan dirinya, keluarganya dan kroninya, dan menyebabkan negara berdepan dengan masalah-masalah yang dihadapi hari ini, termasuk genggaman kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Mahathir percaya majoriti rakyat menerimanya dengan baik.

"Saya rasa, walaupun saya - mungkin pada sesetengah orang - telah melakukan sesuatu yang salah, tetapi di mata majoriti rakyat, saya fikir mereka menghargai apa yang telah berlaku kepada mereka," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Beliau mengakui terdapat beberapa dasar yang tidak baik semasa beliau menjadi ketua kerajaan, tetapi beliau menegaskan bahawa ini tidak menghalang pertumbuhan negara.

"Ada rasuah, sebagai contoh, tetapi tidak sampai ke tahap di mana ia menyekat pembangunan negara ini.

"Orang beritahu saya bahawa mereka mendapat manfaat, mereka masih berkata 'terima kasih' kepada saya.

"Negara ini berkembang lebih cepat semasa pentadbiran saya berbanding sebelumnya, dan itu adalah kerana beberapa dasar yang baik dilaksanakan," kata Mahathir.

Secara bergurau beliau berkata, ada orang yang bertanya kepadanya: "Hey, kenapa berundur cepat sangat."

[Baca berita penuh] 

Read more ...

Gadis pekerja spa disahkan mati dibunuh

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan gadis pekerja pusat spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, dekat sini dibunuh sebelum mayatnya ditemui pada Ahad lalu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *