Recent Post

Wednesday, August 26, 2015

Ladybeard lelaki berbulu yang menjadi kegilaan Jepun

Jangan terkejut lelaki berbulu ini yang sentiasa tersenyum dan sering memakai kostum animasi Jepun  untuk karakter perempuan menjadi kegilaan yang terbaru di Jepun.

Lelaki yang berasal dari Australia ini bernama Richard Magarey, tetapi boleh juga dipanggil Ladybeard. Lelaki ini mempunyai kepelbagaian bakat dan kelihatan 'boleh tahan' apabila berpakaian seperti wanita.

Ya! Dialah pelakon, dialah ahli gusti, dialah pengamal seni mempertahankan diri dan penyanyi muzik metal! Kesemua rangkuman ini menjadikannya berguna untuk menjadi seorang idola.

"Saya telah memakai pakaian ini (pakaian wanita) di parti-parti dan persembahan Rock dalam beberapa tahun yang lepas. Ia sesuatu yang menghiburkan dan setiap orang lebih teruja apabila melihat lelaki dalam pakaian sebegini dimana-mana parti", ujarnya kepada Tokyodesu.

"Saya telah diserang beberapa kali, tetapi saya tidak merasakan reaksi ini dipanggil aneh, sekurang-kurangnya bukan di Australia", tambah Ladybeard.

 Sewaktu dia berusai 23 tahun, dia berhijrah dari Australia ke Hong Kong untuk mengejar cita-citanya sebagai dalam drama Kung Fu. Oleh kerana dia merupakan pengamal seni mempertahankan diri, dia mendapat latihan untuk aksi lagak ngeri (stunt).

Ladybeard 1

"Saya lebih cenderung kepada gusti kerana ia menggabungkan kesemua benda yang saya suka seperti seni mempertahankan diri, persembahan karakter dan segalanya".

Ladybeard 2

"Apabila saya mula bergusti, saya nekad untuk memakai pakaian sebegini dan menggunakan nama Ladybeard supaya semua orang menyukainya".

Ladybeard 3

"Selepas saya mula bergusti, saya masih lagi mahu menyanyikan lagu-lagu Heavy Metal, jadi saya turut mengekalkan watak sebegini kerana saya sudah mempunyai peminat-peminat asal dengan gaya sebegini. Saya telah membuat lagu metal dalam Bahasa Kantonis sambil memakai kostum ini".

Ladybeard 4

"Setiap kali selepas persembahan, orang ramai akan datang kepada saya sambil berkata,' Gila lah! kamu patut pergi ke Jepun kerana masyarakat disana pasti menggemarinya".

Ladybeard 5

Kemudian, Ladybeard mula muncul di majalah-majalah di Jepun dan ditawarkan untuk membentuk Ladybaby, merupakan kawaii metal band bersama dengan dua remaja lagi.

Ladybeard 6

Ladybeard, Rie dan Rei telah melancarkan single pertama mereka sebagai Ladybaby pada Julai lepas, dan semenjak itu mereka tidak berhenti menjelajah ke serata tempat.

Ladybeard 7

Apabila ditanya apakah perancangan masa depan, dia hanya menjawab, "Ladybeard merancang untuk menunggang triseratop robot apabila kesemuanya telah dicipta".

Ladybeard 8

Harap-harap, suatu hari nanti kita dapat melihat Ladybeard berada diseluruh dunia juga. 

Ladybeard 9

Jom kita lihat video klip dari Ladybaby ini.

Read more ...

Tingkah Laku Balotelli Di Milan Akan Diperhati

MILAN – Kontrak penyerang kontroversi, Mario Balotelli bersama AC Milan ditambah dengan klausa tingkah laku baik yang menghalangnya daripada menggayakan potongan rambut dan pemakaian yang pelik.

Selain itu, dia juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Akhbar sukan harian Itali, Gazzetta dello Sport berkata Ketua Pegawai Eksekutif Milan, Adriano Galliani menggunakan klausa peraturan yang dikenakan kepada sesiapa yang berkhidmat dengan tentera udara Itali.

Pemain berusia 25 tahun itu sentiasa berdepan kritikan atas persembahan buruknya dan kembali ke Milan selepas setahun beraksi di bawah tahap sebenar bersama kelab Inggeris, Liverpool.

Pemain kebangsaan Itali itu menjalani ujian perubatan di Milan, semalam dan dijangka akan kembali secara pinjaman sekalipun perjanjian itu masih belum disahkan.

Menurut Gazzetta, Balotelli tidak boleh merosakkan imej kelab itu menerusi sebarang paparan di laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram dengan kesemuanya akan diperhatikan.

Dia juga dilarang menggayakan potongan rambut dan pemakaian yang pelik, merokok, pergi ke kelab malam dan perlu tiba di latihan pasukan tepat pada masanya.

Tabiat minum minuman keras juga dihadkan. Balotelli beraksi cemerlang pada musim pertamanya bersama Milan dengan rekod jaringan yang boleh dibanggakan sekalipun melakukan beberapa kesalahan.

Dia pernah hilang sabar di depan kamera selepas prestasinya dikritik televisyen Itali dengan memberitahu pengkritiknya mereka tidak memahami bola sepak dan mencampak mikrofon yang dipegangnya.

Selain itu, dia juga dikenakan tindakan kerana menunjukkan kelakuan tidak senonoh kepada penyokong kelab Cagliari selain digantung tiga perlawanan kerana merokok. – Reuters

Komen

comments

Read more ...

gangguan s3ks di kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan

ALOR SETAR - Kesedaran masyarakat terutamanya golongan wanita terhadap kes gangguan seksual di Kedah berada pada tahap membimbangkan iaitu di bawah 30 peratus, kata Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Datuk Suraya Yaacob.

Beliau berkata, peratusan rendah itu adalah disebabkan masih ramai yang tidak memahami apa itu gangguan seksual selain berasa takut untuk melaporkan kepada pihak tertentu kerana bimbang dengan pandangan negatif daripada masyarakat.

"Masih ramai yang tidak jelas skop berkaitan gangguan seksual kerana mereka merasakan ia hanya melibatkan gangguan yang berbentuk fizikal seperti sentuhan sedangkan percakapan yang boleh menjatuhkan aib kaum wanita juga termasuk dalam skop gangguan seksual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wanita Merdeka di sini, hari ini.

Suraya berkata, wanita masih kurang mendapat gambaran yang jelas tentang hak mereka, justeru katanya pendedahan dan pengetahuan berkaitan gang guan seksual perlu dipergiatkan lagi bagi menerangkan mengenai undang-undang yang boleh melindungi mereka.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negeri untuk merangka program-program dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat terutama golongan wanita berkaitan gangguan seksual di pejabat.

"Apabila terlibat dengan gangguan seksual di pejabat, kita bimbang mereka akan bekerja dalam keadaan tertekan dan akan menyebabkan produktiviti kerja mereka menurun jadi jika tidak mahu melaporkan, sekurang-kurangnya boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi membantu mengurangkan bebanan," katanya.

Katanya, selepas ini diharapkan semua masyarakat Kedah menjadi lebih prihatin supaya kes-kes berkaitan gangguan seksual dalam kalangan wanita dapat dikurangkan dan dibendung daripada terus berlaku. - BernamaTag : Berita

Read more ...

Tasha Shilla Dikecam Kerana Keluar Kenyataan Mempersendakan Hukum Allah Selepas Berpakaian Seksi

Terkedu kami dibuatnya bila lihat gambar pelakon Tasha Shilla ni, manakan tidak sebelum ini dia pernah dilanda dengan kontroversi mengenai penyebaran foto bogel yang mendakwa bahawa itu adalah gambarnya kali ini dia dengan beraninya tampil dengan imej sebegini. Kalau sebelum ini,  foto Diana Danielle untuk sebuah majalah cetus kontroversi kali ini giliran Tasha Shilla pula, tanpa segan silu menunjukkan gambarnya berpakaian jarang sehingga jelas nampak bra untuk cover majalah tempatan. Hmm, dalam kapsyen tersebut dia awal-awal dah beritahu followernya kalau tak boleh berfikiran positive, tak perlu kata apa-apa. If You Have Nothing Nice To Say, Say Nothing At All. Im Being Myself My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! Thank you to all cosmo team and also one only super talented #hanyakhirkhalid for your magical touch.I like it and love it so much. If you have nothing nice to say, say nothing at all. Im being myself.If you cannot be positive, than at least be quiet. Lets sit back and relax, prepare for the rise of the keybord warrior! ????????????  Hopefully, everything is fine. #StayPositive#SelamatHariWanita #BeStrong #BeReal#BeYourself Ekoran dengan tidakan itu, Tasha Shilla dikritik tetap oleh peminatnya di Instagram. Bagaimanapun ada beberapa komen yang telah dipadam.
Read more ...

INFO - SALURAN BAHARU BOOMERANG 555 DI HYPPTV

Bertempat di Jungle Gym (Level 4), Bangsar Shopping Centre, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya telah melancarkan Boomerang saluran baharu 555 khusus buat pelanggan HyppTV.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Mark Eyers, Ketua Pegawai Kandungan bagi Kids Network di Asia Pasifik, Turner International.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Hunny Madu dan Fazreen Rafi.

Klik gambar untuk size besar

Bagi memeriahkan lagi acara, HYPPTV turut menganjurkan aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan maskot-maskot Boomerang iaitu Mr. Bean dan Scooby-Do, buat j ulung kalinya di Malaysia.

Apa yang menarik di Boomerang saluran 555 HyppTv ini ialah ia dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) dan boleh didapati dalam dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Antara rancangan kartun yang ada di dalam Boomerang ini ialah 'Tom and Jerry', 'Looney Tunes', 'Garfield', 'Pink Panther and Pals', 'Strawberry Shortcake', 'My Little pony', 'Inspector Gadget', 'Turbo Fast', Wabbit, 'Mr Bean', 'Be Cool', 'Scooby-Doo', 'Dragon: Rider Of Berk' dan Dragon: 'Defenders Of berk'.

"Boomerang adalah sebuah saluran baharu dan belum pernah ditonton sebelum ini di Malysia. Uniknya mengenai saluran ini adalah ia didatangkan dengan dua pilihan audio iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

"Sal uran ini menawarkan kandungan secara eksklusif dan pertama kalinya termasuk pembikinan semula dan episod-episod kartun terbaharu seperti 'Tom and Jerry', 'The Looney Tunes' dan 'Scooby-Doo', serta program-program premium seperti 'Garfield', 'Pink Panther', 'Strawberry Shortcake', 'My Little pony', 'Mr Bean', 'Inspector Gadget' dan banyak lagi.

"Ia amat bersesuaian untuk golongan kanak dan seisi keluarga. Boomerang pastinya akan mempertingkatkan pengalaman tontonan bersama keluarga dan kami amat berbesar hati untuk menawarkan saluran ini di platform HyypTV.

"Di HyppTV, kami akan terus membawakan kepada penonton di Malaysia saluran-saluran menarik unik dan bertaraf antarabangsa untuk memenuhi kehendak mereka.

"Pelanggan HyppTV k ini boleh menikmati pelbagai jenis kartun Boomerang yang menarik di HyppTV dengan fungsi-fungsi 'time shift' dan catch-up' atau menerusi aplikasi mudah alih. HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store bagi pengguna peranti pintar dan versi WebTV bagi pengguna PC," ujar Jeremy Kung dalam ucapannya.

Tambah Jeremy, pelanggan HyppTV turut berpeluang untuk menyertai peraduan hebat dan memenangi hadiah percutian ke luar negara sekiranya mereka melanggan mana-mana HyppTV Value Pack, serta melanggan kandungan Video On Demand (VOD) di HyppTV.

Untuk makluman lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv.

Artikel: Nur AinFoto: Man Lada

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kenali Senarai Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Ikan Paling Mahal Di Malaysia Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah. Jadi di sini disenarai tiga ikan paling mahal di Malaysia. Ikan Empurau Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja. Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin. Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan 'Engkabang Fruit' sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram. Ikan Jelawat Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini. Ikan Semah Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo. Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini. Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.  Ikan Patin Muncung Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.  Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram. Ikan Ketutu Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat. Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.
Read more ...

Perut memboyot layan syabu

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang wanita sarat mengandung yang dijangka melahirkan bayinya kelmarin, dikesan masih sempat mengambil dadah syabu dengan alasan untuk menghilangkan tekanan apabila ditemui dalam keadaan khayal ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Wanita berusia 32 tahun yang sepatutnya melahirkan anak keenam itu ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar/Pokok Sena bersama sepupunya berusia 27 tahun yang juga hamil tujuh bulan serta ibunya berusia 48 tahun.

Dalam serbuan jam 3 petang, sepasukan anggota AADK menyerbu rumah berkenaan dan mendapati ketiga-tiga mereka disyaki khayal sambil berehat kerana dipercayai baru selesai mengambil dadah berkenaan.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiganya positif dadah methaphetamine.

Wanita terbabit yang mempunyai lima anak mengaku mengambil dadah selepas berpisah dengan bekas suaminya enam tahun lalu.

Katanya, dia mula mengambil syabu sejak bekerja di pelantar nelayan di Kuala Kedah, di sini, dan turut menjalin hubungan dengan penagih dadah sebelum hamil luar nikah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

ATM, JDT II layak ke Piala Malaysia 2015

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam tadi.

ATM menewaskan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix menerusi kemenangan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu gagal membuat penampilan dalam saingan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut.

Penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam muncul wira pasukan ATM menerusi dua jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti dan gol padang pada minit ke-62 serta gol daripada Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-38.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan JDT II menerima tentangan sengit daripada pasukan Liga Super, Sime Darby FC sebelum menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Shafiq Shaharudin pada minit ke-45 perlawanan.

Kemenangan malam ini menyaksikan ATM dan Sime Darby FC mengiringi 14 pasukan lain iaitu 10 pasukan Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana untuk majlis undian kumpulan Piala Malaysia 2015 di salah sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Khamis ini.

Senarai pasukan Piala Malaysia 2015:-------------------------------------

Pasukan Liga Super:Johor Darul Ta'zim, Pahang, Selangor, Terengganu, Felda United, Polis Diraja Malaysia, Lions XII, Perak, Kelantan, Sarawak.

Pasukan Liga Perdana:Kedah, Pulau Pinang, T-Team, PKNS FC

Pemenang perlawanan kalah mati: ATM dan Johor Darul Ta'zim II.
Read more ...

'Perkataan 'Bodoh' Tak Boleh, Tapi Bangsat Boleh Pula?' - Afdlin

Susulan penggunaan perkataan 'Bangsat' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki, mempertikaikan mengapa perkataan itu dibenarkan sehingga tercetak di dada akhbar tempatan. "Nak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau Censorship Board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tidak adil," katanya. Kenyataan itu dimuat naik di laman Facebook Afdlin malam tadi mencetus kritikan netizen yang menganggap 'Lembaga' berwajib mengamalkan dasar 'Double Standard' hanya kerana kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Larangan menggunakan perkataan 'bodoh' dalam drama/filem jelas sekali menunjukkan LPF sangat-sangat ketinggalan dalam soal penapisan yang mengikut standard 'orang lama'. Perkataan bodoh adalah kata-kata yang biasa digunakan oleh masyarakat berbanding kata-kata penggantinya, 'Kurang Cerdik' atau 'Kurang Pandai'. Terdahulu, Najib pernah mengungkap bahawa bangsa Melayu akan menjadi Bangsa Terbangsat jika UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum akan datang. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Share ya.. Muslim Yang Suka Makan Kikil, Harus Tau Ciri-Ciri Kikil Babi Berikut

Share ya... bagi temen-teman yang suka membeli atau makan kikil terutama yang muslim harap berhati-hati ya. Teliti sebelum membeli atau makan sesuatu, ini ada contoh kikil babi di pasaran, lihat secara teliti. Ada 3 titik yang berkumpul, kikil ini adalah kikil babi.

Share ya.. Yang Suka Makan Kikil, Harus Tau Ciri-Ciri Kikil Babi Berikut

Share ya.. Yang Suka Makan Kikil, Harus Tau Ciri-Ciri Kikil Babi Berikut

Saya sertakan juga foto kulit babi yg dijadikan dompet. Cirinya hampir sama, ada pola tiga titik yang berkumpul. Biasanya digunakan sebagai jok, pelapis bagian dalam sepatu, ikat pinggang, dompet, jaket, tas, dll.

ciri kulit babi

Telitilah sebelum membeli, jangan sampai ki ta beribadah sambil membawa atau mengenakan yang haram. semoga bermanfaat.

Share ya.. Muslim Yang Suka Makan Kikil, Harus Tau Ciri-Ciri Kikil Babi Berikut 2015-08-25T05:57:00-07:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Deriz R
Read more ...

Interfaith council urges temples, churches to open doors to Bersih 4 rally goers

Three Bersih supporters representing different races pose for a picture during a forum in Ipoh, Perak on August 19. The national interfaith council is appealing to non-Muslim places of worship in Kuala Lumpur to allow Bersih protesters seek shelter if needed during the weekend rally. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 26, 2015.Three Bersih supporters representing different races pose for a picture during a forum in Ipoh, Perak on August 19. The national interfaith council is appealing to non-Muslim places of worship in Kuala Lumpur to allow Bersih protesters seek shelter if needed during the weekend rally. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 26, 2015.The national interfaith council will appeal all places of worship in Kuala Lumpur to open their doors to Bersih 4 participants this weekend, despite Putrajaya's declaration th at the two-day rally is illegal.

Throwing their support behind the Bersih 4 rally, the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) said the rally was to demand the people's rights and not about going against the government.

MCCBCHST acting president Datuk R.S. Mohan Shan said this after three Catholic churches offered their grounds as "sanctuary" for the participants.

"We will request for the temples in the city area to open their doors for participants to rest and use the washrooms.

"This is a rally asking for rights, it's not about being against the government, so nothing wrong for places of worship to open their doors to them," Mohan told The Malaysian Insider.

In confirming that three Catholic churches will open their doors to rally goers, Kuala Lumpur Archbishop Julian Leow (pic, left) said a place of worship is not only a house of prayer but also a place of rest for the weary and needy.

"It is in this great spirit of compassion that the Catholic church has decided to allow St. John's Cathedral in Bukit Nanas, St. Anthony's Church in Pudu and Church of Our Lady of Fatima in Brickfields to be places of sanctuary during Bersih 4 rally," said Leow.

The archbishop said the Catholic church is not aligned to any political party, but added that in the month leading to Merdeka Day celebrations, Christians have been praying for the nation and its leaders.

The weekend rally is organised by electoral reforms coalition Bersih 2.0, and is called Bersih 4 as it is the fourth such public gathering in Malaysia.

The previous gatherings were only held in Kuala Lumpur, but this weekend's rally will also be held in Kuching and Kota Kinabalu.

The rally in Kuala Lumpur is scheduled to last 34 hours from Saturday afternoon to demand for reforms in the election system, governance, freedom to protest, parliamentary democracy and the economy.

Lawyers and the police have been at odds over the rally's legality. While the authorities are not allowing it to proceed, constitutional lawyers say participants will not be flouting any laws as long as they assemble peacefully and avoid causing serious public disorder.

Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah had previously said that the Kuala Lumpur mayor had told Bersih 2.0 that no permission was needed, since the rally was not going to be held within Dataran Merdeka, the venue of the Merdeka celebrations.

She had also assured that Bersih 4 rally would not disrupt preparations for the celebrations and would instead gather in the vicinity on nearby streets around the square.

Yesterday, however, Home Ministry secretary-general Datuk Seri Alwi Ibrahim said Bersih 4 was causing uneasiness and worry among Malaysia's multi-racial citizens.

"The Home Ministry has investigated Bersih 4 and found that it is not a registered organisation.

"As such, the ministry is requesting the public not to attend the gathering on August 29 to 30 as it did not obtain the authorities' approval, and it is organised by the unregistered organisation," he said.

In response, Maria accused Putrajaya of trying to confuse the public by declaring the rally  an "illegal organisation".

She pointed out that Bersih 4, like its previous three other rallies, is an event.

"Bersih 4 is an event, how do you define it as illegal? I think they got it wrong. Are they saying we have to register with the government for every event we want to do?

"They are trying to confuse the situation," she told The Malaysian Insider.

On support for the event so far, Maria said that since the announcement of Bersih 4 and the appeal for donations, more than RM1.5 million has been collected.

"Due to the overwhelming support, we now have more than enough funds to cover the expenses of Bersih 4.

"We are overwhelmed by the support the rakyat have shown for Bersih 2.0's calls and actions for reforms in Malaysia," said Maria, adding that the balance of funds will be used for efforts in electoral reforms.

Read more ...

MAS lantik kaunsel eksekutif, ketua pemasaran

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAS) telah melantik Nik Azli Abu Zahar sebagai Kaunsel Eksekutif berkuat kuasa 1 November 2015 dan Charles D McKee sebagai Ketua Pemasaran berkuat kuasa 14 September 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu menyatakan Nik Azli akan membantu mewujudkan penyelarasan dalam pengurusan, rundingan, kemasukan kontrak dengan pelbagai rakan kongsi perniagaan syarikat.

Beliau mempunyai lebih 19 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan pengurusan.

Sementara itu, McKee mempunyai latar belakang dalam menerajui pasukan pemasaran dalam industri syarikat penerbangan, hospitaliti dan pemasaran destinasi.

Menurut MAS, pengalamannya selama 27 tahun dalam pemasaran dan menguruskan jenama pengembaraan kelas dunia akan membolehkan syarikat penerbangan itu kekal mendahului persaingan dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

"Kedua-dua individu akan membawa banyak pengalaman yang akan menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia Airlines sebagai satu daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller.

- BERNAMA

Read more ...

'Stop Share & Padam Video Dirakam Tanpa Kebenaran Itu' - Akim

Semalam 1Malaysia digemparkan dengan berita penyanyi Stacy AF memeluk agama Islam.  Dari gambar, sehinggalah ke rakaman video yang dirakam secara curi-curi tersebar di media sosial yang mengundang komen-komen baik dan ada juga yang negatif.  Ekoran tersebarnya video rakaman itu, kekasih kepada penyanyi wanita itu, Akim Ahmad, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Akim, melalui laman Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan amanah yang telah diberikan kepada pegawai di pejabat Jabatan Agama Islam di Johor.  "Kalau rasa hormati orang, stop share dan padam video yang dirakam tanpa kebenaran. Haram faham privacy. "Privacy orang jangan dishare. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti, tanpa kebenaran. Sila tampil. "Pihak yang tidak bertanggungjawab sebarkan lagi. Sebelum apa-apa berlaku, saya rasa lebih baik yang merakam (video itu) tampil. Saya tahu anda bertudung pink," katanya.  Menurut Akim, ibu bapa Stacy telah meminta dan melarang agar pihak Jabatan Agama Islam Johor tidak melakukan sebarang rakaman. "Mak ayah dia dah pesan jangan rakam, tapi degil. Amanah orang itu dipermainkan. Apa itu contoh baik?" katanya membalas pertanyaan Najman Hamdi di Twitter. "Harap janganlah ada yang buat silap macam ini lagi. Saya merayu, sama-samalah kita mengingatkan ye. Saya bukan marah, tapi kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sanagat kecewa," katanya.  Walaupun perkhabaran Stacy memeluk agama Islam itu adalah baik, namun jika dipinta untuk tidak dirakam dan disebarkan, kita harus menghormati kehendaknya. Cukuplah sekadar kita mengetahui bahawa beliau sudah memilih agama Islam untuk menjadi pegangan dan amalan hidupnya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

PERBUATAN Warga Emas Ini Mendapat PUJIAN Ramai Orang Dan Menjadi VIRAL Di Laman Sosial.

PERBUATAN Warga Emas Ini Mendapat PUJIAN Ramai Orang Dan Menjadi VIRAL Di Laman Sosial…Kisah ini merupakan perkongsian dari seorang pengguna facebook dengan nama akaun Melody Zaccheus yang memuatnaik status tentang seorang warga emas Singapura ini yang membantu sekumpulan warga asing yang tidak dikenali ketika berada di dalam pengangkutan awam.

Pengguna Facebook ini berada di dalam keretapi dan ketika itu merupakan waktu puncak di mana kebanyakan orang ramai pulang dari tempat kerja. Dia terserempak dengan seorang warga emas dan sekumpulan warga asing yang merupakan pekerja pembinaan sedang menawarkan tempat duduk mereka kepada orang ramai yang berada di dalam keretapi itu.

Kemudiannya, warga emas yang bernama Mr Rimy Lau, 68 tahun ini melakukan sesuatu yang tidak diduga serta perbuatannya mendapat pujian dari pengguna laman sosial.

Mr Lau mengarahkan tiga orang pekerja pembinaan itu untuk duduk di tempat mereka sendiri dan tidak perlu memberikan tempat duduk mereka kepada orang ramai.

"Awak semua boleh duduk. Tidak perlu beri tempat duduk awak terutamanya kepada golongan lelaki dalam keretapi ini. Kami tahu awak bersusah payah membina rumah kami, jadi awak juga ada hak untuk duduk dalam keretapi ini" kata Mr Lau kepada salah seorang dari pekerja pembinaan itu yang fasih berbahasa Inggeris.

Selepas itu pekerja tersebut seolah tergamam dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mr. Lau dan terpacar kegembiraan di wajah pekerja itu kerana masih ada lagi orang yang sanggup menghargai pertolongannya walaupun dia bukan rakyat Singapura.

Pekerja asing yang bernama Saravanan Samidurai, 28 itu mengambil gambar bersama Mr. Lau dan berbual sesama mereka. Mr Lau juga tunjuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja asing ini tentang penggunaan pengangkutan awam di Singapura. Pekerja asing ini baru sahaja 3 hari sampai di Singapura dan mereka masih tidak mahir lagi dalam menggunakan pengangkutan awam di sini.

Mr Lau yang bekerja dalam sektor perhotelan menyatakan perbuatannya ini adalah sebagai tanda menghargai dan mengalukan kedatangan mereka yang bersusah payah mencari rezeki di Singapura dan secara tidak langsung pekerja ini akan merasakan  diri mereka diambil berat serta dihormati.

Posting yang dimuatnaik ini menjadi viral dan mendapat hampir 13000 perkongsian oleh pengguna Facebook.

Screen Shot 2015-08-25 at 11.48.18 AM

Sumber dari Facebook Melody Zaccheus

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Dunia

Read more ...

Pramugari Dilihat Menangis Sebelum Ditemui Mati Jatuh Tingkat 4

Pramugari Dilihat Menangis Sehari Sebelum Ditemui Mati Jatuh Tingkat 4 Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam. Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang. Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil. "Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan. "Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh. "Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam," katanya. Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan. Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku. "Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa. "Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh," katanya. Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri. Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. ‪#‎infoBSKHKUcrew‬
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *