Recent Post

Thursday, June 23, 2016

Abang Nara Yang Terlebih Excited Dengan Animasi The Lion Guard Ini

Masa kecil-kecil dahulu, salah satu kartun kegemaran Abang Nara ialah The Lion King. Setiap kali The Lion King keluar dalam tv, mesti Abang Nara akan duduk tengok tak gerak-gerak. Seronok tengok keletah, dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh Simba sebelum menjadi raja binatang.

the lion guard

Pengembaraan Simba di dalam filem The Lion King banyak mengajar Abang Nara tentang erti persahabatan, keberanian dan juga kepentingan hubungan kekeluargaan. Senang cerita, The Lion King adalah salah satu filem Disney kegemaran Abang Nara. Selama 22 tahun (The Lion King ditayangkan pada tahun 1994) Abang Nara menunggu sambungan filem ini, akhirnya penantian tersebut berakhir jua.

the lion guard

Jeng, jeng, jeng. Mempersembahkan The Lion Guard!!! Yeahhh~~~ Abang Nara excited tak ingat nie. The Lion Guard mengisahkan liku-liku perjalanan Kion (anak kepada Simba dan Nala) serta rakan-rakannya sebagai ahli The Lion Guard yang merupakan pelindung kepada Pride Lands, tempat tinggal mereka. Animasi terbaru ini telah mula ditayangkan di Disney Junior pada Isnin 20 Jun tepat jam 9.30 pagi. Abang Nara akan pastikan Aariz dan Arissa menjadikan The Lion Guard sebagai salah satu kartun feveret diorang. Hehehe.

the lion guard

inilah Kion, watak utama The Lion Guard

Walaupun watak utama animasi The Lion Guard ini adalah Kion dan rakan-rakannya seperti Bunga, Fuli, Beshte dan Ono, watak-watak daripada filem The Lion King seperti Simba, Nala, Raffiki, Zazu, Mufasa, Timon, dan Pumbaa akan membuat kemunculan istimewa serta memberikan nasihat kepada Lion Guard yang baru. Bolehlah mengubat rindu di hati ini melihat aksi Simba. Mesti Simba dah besar, gagah dan matang dah.

the lion guard

Animasi The Lion Guard ini mengajar erti semangat berpasukan, persahabatan dan juga kepelbagaian. Di dalam setiap episod, Kion dan rakan-rakannya akan menggunakan kelebihan masing-masing untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Lion Guard. Kion dengan kebengisannya, Bunga dengan keberaniannya, Fuli dengan kepantasannya, Beshte dengan kekuatannya dan Ono dengan ketajaman matanya. Mereka bekerjasama, bersatu dan menggunakan keistimewaan yang dimiliki untuk melindungi tempat tinggal mereka. Bagus kan?

the lion guard

Sekali lagi diingatkan, episod The Lion Guard akan ke udara menerusi Disney Junior setiap hari daripada Isnin sehingga Jumaat tepat jam 9.30 pagi. Abang Nara memang akan pastikan Aariz dan Arissa tidak akan terlepas satu episod pun animasi ini. Lepas korang dah tengok cerita The Lion Guard, Abang Nara nak tanya, ahli The Lion Guard yang mana satu pilihan anda dan kenapa? Mana tahu korang punya pilihan sama dengan Abang Nara, boleh kita kongsi pendapat sikit.

Kalau dulu Abang Nara peminat setia The Lion King, kali ini Abang Nara nak 2 orang anak tercinta menjadi peminat setia The Lion Guard pula. Turun-temurun gitu. Untuk maklumat lanjut layari www.disneyjunior.asia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Abu Kassim berhenti KP SPRM 1 Ogos atas permohona... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 23 Jun 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Ini adalah atas permohonan beliau sendiri untuk menamatkan perkhidmatan dan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan itu.

Hal ini diberitahu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pagi Khamis.

Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.

Katanya Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.

Beliau berkata dalam tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.- 23/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

RTM Pilih Tema SEINDAH SYAWAL Sempena Hari Raya 2016

SEINDAH SYAWAL telah dipilih sebagai tema menerusi rangkaian televisyen; TV1, TV2 dan TVi juga radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), bersempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV1, TV2 dan TVi telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, majalah & dokumentari, program hiburan, juga tayangan filem menghiburkan untuk seisi keluarga.

babak dalam Hero Raya

Pada tahun ini, TV1 akan menyiarkan telemovie penuh keinsafan bertajuk "Dengan Beetle Kami Beraya" lakonan Ajak Shiro dan Sharifah Sakinah, juga "Stesen Serunding Sampan Seringgit"; kisah tentang silaturahim dan kemaafan dua kanak-kanak bersaudara kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Syawal anda pasti lebih ceria dengan tayangan majalah khas di TV1 seperti "Ketuk-Ketuk Syawal", "Syahadah Raya", "Teh Tarik Che Ta Syawal", dan "Panorama Khas Raya". Tidak ketinggalan, program hiburan dan candawara iaitu "Istimewa Lebaran : Kimcy & The Majistret", "Konsert Sentuhan Listrik" dan "Atok VS Opah Nak Raya". Sebuah drama bersiri 26 episod, "Pergilah Air Mata" turut menemui penonton menggandingkan pelakon popular Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, dan Izreen Azminda.

TV2 juga turut menyediakan program hiburan, majalah, telefilem, candawara dan filem terbaik seperti "Siaran Langsung : Salam Aidilfitri", "Muzikal Raya : Hari Ini Hari Raya", "Indahnya Lebaran Ikon Siarawan", dan "M.Nasir With The MPO". Tidak ketinggalan juga program majalah seperti "Kecoh Dapur Khas Raya" dan majalah kanak-kanak, "Parlimen Mini".

Bakal bersiaran telefilem menarik "Makbul Sekerdil Doa", "Kecoh-Kecoh Raya", "Roti Canai Kuah Rendang", "Janji Hati", "Berhantunya Raya", "Rekah" dan "Stailista Cinta". Begitu juga candawara bertajuk "Raya Oh Raya", juga filem "Mencari Cinta" gandingan Nora Danish dan Rusdi Ramli.

Sementara itu, TVi meneruskan tradisinya menyediakan empat drama eksklusif iaitu "Kelap-Kelip" (Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Nas T), "Kecoh-Kecoh Raya" (Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz), "3 Hari 7 Likur" (Uqasha Senrose, Shah Iskandar), dan "Seronding Daging Abang Sado" (Mustaqim Bahadon, Najua P.Ramlee).

TVi turut memaparkan program majalah iaitu "Kuih Raya Nik Micheal", "Kecoh Dapur Khas Raya", "Cerita Raya Kita", "Teh Tarik Che Ta Syawal" dan "Ikan Di Laut Asam di Darat" juga menghangatkan malam raya program siaran langsung, "Salam Aidilfitri".

Sebagai melengkapkan lagi kemeriahan sambutan 1 Syawal dan memenuhi selera pendengar setia saluran radio RTM iaitu NASIONALfm, RADIO KLASIK, KLfm, TRAXXfm, ASYIKfm, AIfm, dan MINNALfm turut berkongsi rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Aidilfitri ini. Begitu juga saluran radio negeri-negeri turut mengudarakan program-program khusus buat peminat setia mereka sepanjang musim perayaan ini.

NASIONALfm menyediakan rancangan ceramah "Semurni Syawal : YBhg. Ustaz Muhammad Hafiz b. Muhamad Haneefa"; 6 dan 7 Julai, 6.30 petang, drairama "Nur Aidilfitri"; 7 Julai, 3.30 petang dan bual bicara "Raya @ Kafe Gen Y"; 10 Julai, 12.15 tengah hari.

Menerusi RADIO KLASIK pula berhibur dengan program hiburan "Ketupat Rendang"; 6 Julai, 12.00 tengah hari, "Jenakaria Aidilfitri"; 7 Julai, 12.00 tengah hari dan drama khas Aidilfitri, "Hajat Mak"; 8 Julai, 3.00 petang.

Saluran KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan menampilkan program hiburan menjelang Syawal "Antara Dua Benua"; 5 Julai, 8.00 malam dan drama bertajuk "Bujang Raya KL"; 8 Julai, 11.30 pagi.

Saluran berbahasa Inggeris TRAXXfm pula menghiburkan pendengar dengan program siaran langsung "Titian Senada RTM/RTB"; 6 Julai, 8.15 malam dan "Asean : 10 Countries 1 Festive"; 7 Julai, 11.15 pagi. Manakala radio ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program hiburan interaktif secara langsung "Riuh Asyik Edisi Raya"; 6 dan 7 Julai, 8.00 pagi dan "Unplugged Edisi Raya"; 6 dan 7 Julai, 3.30 petang.

Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm berkongsi program "Ucapan Hari Raya"; 6 Julai, 12.05 tengah malam dan drama khas "Bunga Padang Pasir"; 6 Julai, 4.30 petang diikuti AIfm, saluran radio Mandarin dengan drama khas "Penghantaran Istimewa"; 4 hingga 12 Julai, 1.15 petang dan dokumentari "AI Aksi"; 4 Julai, 9.15 pagi.

babak dalam drama Stesyen Serunding Sampan Seringgit

Telemovie Dengan Beetle Kami Beraya di TV1

MAWI DAN FILSUF DALAM MELODI KUN ANTA

Hafiz Hamidun dalam Melodi Kun Anta

babak dalam telemovie Atok VS Opah Nak Raya di TV1

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Pengerusi NGO Berpangkat Datuk Ditahan Dipercayai Terlibat Jenayah Peras Ugut

KUALA LUMPUR,  23 Jun: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan jenayah malam tadi.

Dipercayai, lelaki berpangkat Datuk yang berusia 32 tahun itu terbabit dalam aktiviti peras ugut.

Kata Khalid, suspek ditahan ketika bersama mangsa yang digugut supaya membayar sejumlah wang jia tidak mahu aktiviti haram mangsa didedahkan kepada media atau pihak berkuasa.

"Saya sahkan tindakan menangkap suspek dilakukan berdasarkan laporan mangsa yang sering menerima ugutan. "Lelaki itu ditahan ketika menerima wang daripada pengadu (mangsa)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, suspek ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.50 malam tadi bersama wang tunai berjumlah RM25,000, dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.

Wanga tunai RM16,000 di dalam Toyota Velfire yang dinaiki suspek juga turut dirampas.

Selain suspek, pemandu suspek turut sama ditahan.

Suspek dan pemandunya yang ditahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kanun sama, akan direman di Mahkamah Seremban, hari ini.

Pihak polis meminta individu yang pernah menjadi mangsa suspek berkenaan berhubung kegiatan peras ugut, diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. - Siakapkeli.my

Read more ...

PDRM, Cybersecurity M'sia perlu kerjasama kesan aktiviti pedofil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia bagi mengesan aktiviti jenayah terancang seperti pedofil di negara ini.

Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi Universiti HELP, Datuk Akhbar Satar berkata mereka yang terbabit dalam aktiviti pedofilia ini menggunakan platform internet iaitu 'dark web', yang merupakan jaringan sejagat (wwww) dengan jaringan tindihan menggunakan internet awam menerusi perisian tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

"Segala aktiviti seperti gambar dan video mangsa pedofil dimasukkan ke dalam'dark web' dan banyak lagi aktiviti yang menyalahi undang-undang dibuat menerusi talian itu.

"Oleh itu, kaedah penyiasatan tradisional seperti soal siasat secara bersemuka tidak lagi berkesan dalam era globalisasi ini," katanya kepada Bernama selepas program Ruang Bicara Bernama News Channel yang bertajuk "Pedofil: Awasi Anak Anda" yang dihoskan Sherkawi Jirim di ibunegara malam tadi.

Selain itu, Akhbar mencadangkan pihak berkuasa menggunakan khidmat penggodam profesional di Malaysia untuk mengenal pasti penjenayah itu.

"Malaysia mempunyai banyak penggodam beretika dan tidak salah jika agensi penguat kuasa mendapatkan khidmat mereka untuk selesaikan isu ini," katanya.

Pada 5 Jun lepas, Richard Huckle, seorang warganegara Britain, dikenakan hukuman penjara seumur hidup sebuah mahkamah di London selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Media Britain melaporkan Huckle, 30, dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup dan akan meringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya 23 tahun atas jenayah yang dilakukannya terhadap mangsa yang berasal dari keluarga miskin berusia enam bulan hingga 11 tahun.

Huckle mengaku bersalah terhadap 71 kesalahan dan polis menemukan lebih 20,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer dan kameranya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.

Baru-baru ini, media Britain melaporkan Huckle, seorang jurufoto bebas, mungkin melakukan penderaan seksual melibatkan 200 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun dari 2006 hingga 2014.

Sebanyak 91 pertuduhan dikenakan terhadapnya dan kebanyakan mangsa adalah daripad a golongan miskin di Kuala Lumpur.

- Bernama

Read more ...

Difteria: Pastikan anak dapat imunisasi vaksin 5 serangkai

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *