Wednesday, March 16, 2016
Cadangan tubuh jawatankuasa khas hadapi cuaca panas dibawa ke kabinet - Wan Junaidi
Dah 6 Tahun Saya Miliki Kereta Tu, Banyak Berjasa Pada Saya â Remy Ishak
Menjelaskan perkara tersebut kepada media, Remy memberitahu ketika itu beliau baharu sahaja pulang daripada latihan teater Cindua Mato.
Akibat penat menjalani latihan teater, kakinya terseliuh dan beliau pergi ke kedai berhampiran untuk membeli ais. Selepas keluar daripada kedai, Remy mendapati keretanya sudah dicuri.
Ketika itu, saya baru pulang daripada latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya (IB). Dalam latihan malam tadi, kaki saya terseliuh. Lalu saya pergi ke kedai serba guna terbabit untuk membeli ais. Kereta saya letakkan di hadapan premis berkenaan. Tak sangka selepas keluar dari kedai itu, kereta saya lesap.
Remy merasa ralat kerana kenderaan jenis Mitsubishi Trition itu sudah dimilikinya sejak 6 tahun lepas dan banyak berjasa kepadanya.
Sudah enam tahun saya memiliki kereta itu.Banyak jasanya kepada saya. Sebab itu saya tidak menjualnya. Memang saya berharap mendapatkan semula kereta itu. Saya serahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasat.
Bersabarlah Remy, mungkin ini salah satu ujian olehNya untuk anda. InshaAllah, siapa tahu boleh dapat balik kereta kesayangan anda tu.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.DUGAAN REMY ISHAK - BALIK KERJA KERETA LESAP
Jika sebelum ini, ramai artis kita yang kehilangan kereta, kali Remy Ishak pula yang kehilangan kereta miliknya akibat dicuri.
Difahamkan, Remy ketika itu baru sahaja pulang dari kerja dan menyedari kereta Mitsubishi Triton miliknya telah hilang.
Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis juga turut membantu memuat naik status Remy di laman sosial mereka bagi menyebarkan berita mengenai kehilangan kereta Remy.
"Aku penat baru balik kerja, kau curik kereta aku. Jika ADA siapa-siapa ternampak sila call +60136293825. Tolong saya," ujar Remy di laman IGnya.
Kami berharap agar Remy Ishak bersabar dengan ujian ini dan semoga berjaya menjumpai ker eta tersebut secepat mungkin.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomPuas, Makan Mewah Tapi Harga Berpatutan
Siapa yang mampu menolak jika dihidang dengan makanan seperti berada di restoran mewah dan enak tetapi hanya perlu membayar dengan harga yang sangat berpatutan.
Anda pasti tak sangka di café gaya elegan baru dibuka lebih kurang sebulan yang lalu iaitu 13 Thirteen Street Café ini menyediakan pelbagai menu yang enak mengikut apa jua citarasa dengan harga yang sangat berpatutan.
Meskipun Suudu hanya dihidangkan 4 menu sahaja oleh pemiliknya ketika berkunjung ke café ini, namun sudah cukup penulis ishtiharkan ia antara café atau restoran yang akan menjadi kegemaran ramai tak kira usia.
Penulis kata begitu kerana di 13 Thirteen Street Café mempunyai konsep ' semua ada' apabila menyediakan makanan daripada makanan tempatan, makanan barat, ikan bakar serta pemanis mulut.
Malah makanannya juga cukup rasa dan sungguh enak sebaik sahaja ia masuk ke mulut penulis serta boleh dikatakan semua memenuhi citarasa atau tekak anda.
Penulis mulakan dengan menu Special Waffle Ice Cream. Saat ia dihidang depan mata, dekorasi pemanis mulut ini sahaja sudah mula membuat penulis terpukau. Rasanya pula memang tidak disangkal lagi, memang enak dan cukup rasa lemak waffle apabila dimakan bersama aiskrim vanilla serta sedikit rasa masam buah beri yang dihidang bersama.
Hidangan kedua adalah Nasi Daging Air Asam. Nasinya sahaja sudah cukup rasa dengan rempah ratus dimakan pula dengan daging bakarnya ia bagai melengkapi makan tengahari anda. Hidangan mewah sebegini hanya berharga RM10.50.
Seterusnya, Grilled Chicken Chop. Daging ayam ini sangat lembut dan rasa rempah marinated cukup sempurna dimakan sekali dengan mash potato dan sos lada hitam.
Andai kata mahukan kemewahan, Suudu cadangkan anda pilih Combo BBQ Ribs & Lamb Shank. Saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang cukup berpatutan, hanya RM65.90. Bahagian luarnya dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupan pada setiap gigitan. Menu ini disajikan bersama spaghetti, kentang putar, salad dan sos lada hitam.
Café milik Fauziah Din dan anak saudaranya Muhammad Izzul Haziq itu dibuka setaip hari ekcuali Isnin bermula sarapan pagi pada jam 9 hingga 10.30 malam.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Foto kredit Shahril Azman Zain
Artikel ini disiarkan pada Rabu, 16 Mac 2016
Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April ini - Kosmo!
16/03/2016 1:01pm
fenomena El Nino kini berada dalam fasa menurun.
KUALA LUMPUR - Cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini diramal beransur baik menjelang April ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, musim peralihan monsun itu akan menyebabkan cuaca di negara ini akan kembali lembap dan mengurangkan suhu panas yang dialami ketika ini.
"El Nino yang melanda negara sejak Disember dan Januari lepas merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun," katanya.
Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Fredolin Tangang pula berkata, fenomena El Nino itu kini berada dalam fasa menurun.
"Kita mengalami keadaan panas luar biasa dalam fasa penurunan fenomena ini terutamanya dalam bulan ini," katanya. - Bernama
Transitions® Signature⢠Lenses Mengubah Gaya Hidup Budiey
Dah masuk dua tahun, kaca mata Budiey tak berganti. Patutlah rasa tak selesa pakai. Rasanya, power pun macam dah naik je ni. Maklumlah kerja pun sentiasa kena berdepan dengan komputer atau skrin TV. Nak buat macamana, memang kerja.
Jadi, untuk tahun 2016 ini, Budiey ambil keputusan untuk buat cermin mata baru yang lebih advanced. Lebih canggih sikit kata orang. Rasanya nak cari yang lebih fleksibel di mana kita boleh pakai di luar dan di dalam rumah.
Masalah sekarang ini yang lebih ketara ialah jadi lebih kronik bila Budiey mengalami silau yang sangat teruk juga. Jadi, terpaksalah memakai cermin mata gelap. Tapi takkan la nak kena tukar cermin mata pulak apabila kat luar.Itu pasalla Budiey kena pakai contact lens. Tapi sampai bila nak harapkan kanta sentuh je kan?
Menurut doktor, ada pengumpulan protein kat mata Budiey. Bahaya wooo! Ini menyebabkan curve eye ball dah berubah. Patutlah contact lenses tu asyik gerak-gerak je. OMG. very danger kan? Budiey dengar masalah ni boleh menjadi lebih teruk dan boleh mengakibatkan kita jadi buta. Arggh! takut!
Apabila dah selalu mengadap komputer, ginilah jadinya. Terbaru, Budiey dapat tahu daripada Facebook, yang sekarang ni Transitions® mengeluarkan kanta Transitions® Signature™ terbarunya. Memang Budiey nak cuba buat spek guna kanta ini.Apa yang Budiey faham tentang kanta Transitions® Signature™ terbarunya ni, warna akan berubah dari jelas menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari. Lebih banyak atau lebih terang cahaya UV masuk, lebih gelaplah warna akan bertukar. Sebaliknya, bila dah takde cahaya UV, warna akan kembali seperti asal dan menjadi clear… ya clear… jelas-sejelasnya.
Alang-alang, Budiey dan Cyrill buat cermin mata sama-sama. Sebab Cyrill punya pun dah lama juga tak bertukar kanta katanya.
Selama ini, Budiey tak tahu pun tentang perkara ini sehinggalah, baru-baru ini Budiey telah singgah di sebuah kedai optikal untuk mengetahui lebih lanjut samada betul atau tidak info dari kawan Budiey tu.
Menurut pembantu di kedai optikal tu, katanya kepada kami kanta terbaru ni menampilkan kanta adaptif paling responsif oleh Transitions® Optical setakat ini, kanta Transitions® Signature ™ revolusi baru dibangunkan daripada teknologi Chromea7 ™ terkini Transitions® Optical dan diuji dengan kaedah pengukuran eksklusif, Life360™.
Produk baru ini menjanjikan penyesuaian yang lebih besar kepada pelbagai jenis keadaan pencahayaan, sekali gus menyediakan pengalaman memakai unggul dan lebih selesa untuk semua pemakai kanta.
Sebenarnya, kanta ini khas untuk meningkatkan pengalaman visual pemakai kanta di Asia Pasifik katanya. Sebab kita kan beriklim panas kan? Selalu je keluar rumah dan kena cahaya UV matahari. Kanta Transitions® Signature™ baru dari Transitions Optical berada di luar sangat responsif dan merakam imej jelas, memberikan pengalaman visual yang selesa dan unggul kepada semua pemakai kanta.
Evolusi Dalam Teknologi Kanta Photochromic Baru-baru ini, Transitions® melancarkan Kempen #LifeInTheBestLight untuk memastikan pengguna tahu memilih dengan bijak bagi keselesaan mereka.Kanta Transitions® Signature ™ yang terkini mempunyai teknologi Chromea7 ™. Peralihan yang baru dipatenkan, rumusan pewarna eksklusif yang membolehkan kanta untuk menjadi lebih responsif kepada perubahan terkecil dalam keadaan cahaya di luar rumah sambil mengekalkan kejelasan dalam bangunan. Penemuan saintifik ini meningkatkan sensitiviti kanta Transitions® Signature ™ 'kepada cahaya – yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan baik dalam pelbagai keadaan persekitaran – dan warna menangkap dan imej yang lebih jelas; yang membawa kepada pengalaman memakai unggul dan lebih selesa seperti yang lain.
Photochromic lenses ni mulai ditemui pada tahun 1960-an lagi tapi hanya pada 1990-an ia diperkenalkan oleh syarikat Transitions® secara komersial.
Sebenarnya, banyak lagi brand-brand lain yang ada photochromic lenses, tapi disebabkan syarikat Transitions® adalah syarikat pertama yang memperkenalkannya sampai sekarang orang akan sebut Transitions® lenses bila merujuk pada photochromic lenses. Jenama Transitions® kini menjadi pembekal terkenal dan peneraju industri cermin mata seluruh dunia dan sangat dipercayai dan ada jaminan dari segi mutu kanta, keselesaan visual dan perlindungan mata, dan yang paling penting jenama Transitions® ini sangat berkualiti.
Untuk pengetahuan semua, kanta Transitions® Signature™ baru ini telah diuji tentang keberkesanannya. Apa yang Budiey dapat info, Transitions® Optical Inc sememangnya mempelopori kaedah Life360 ™ baru mereka – pendekatan yang lebih holistik berbanding model makmal pengujian tradisional semasa yang diamalkan dalam industri.Kanta Transitions® Signature ™ telah menjalani ujian yang ketat dan penilaian di lebih daripada 200 keadaan kehidupan sebenar dan 1000 senario di negara-negara yang berbeza, termasuk Thailand dan Filipina. Senario ini adalah gabungan terdiri daripada suhu yang berbeza, sudut cahaya, cahaya UV, keadaan cuaca dan lokasi geografi; yang meningkatkan aplikasi kehidupan sebenar kanta Transitions® Signature ™ dan memastikan ia digunakan secara fleksibel dan serba boleh di seluruh pelbagai keadaan untuk semua pemakai kanta.
Pengguna telah melaporkan kanta Transitions® Signature ™ menyediakan banyak sekali kelebihan yang cukup optimum iaitu kegelapan yang lebih baik di luar rumah, lebih baik responsif dalam lebih keadaan, kelajuan yang lebih cepat pengaktifan dan pudar kembali sambil mengekalkan kejelasan visi dalam rumah dan pada waktu malam – yang telah membawa kepada pengalaman visual yang lebih baik berbanding dengan set mereka yang sedia ada kanta jelas atau photochromic.
Dicipta Khas Untuk Pemakai Kanta Masa Kini & Moden Menyedari pemakai hari ini sentiasa di mana sahaja, menghadapi persekitaran yang berbeza dan luar negara untuk bekerja dan bermain, kanta Transitions® Signature ™ menampung gaya hidup yang semakin mudah alih pemakai kanta moden dengan kemajuan terkini dalam teknologi photochromic.Oleh itu, mereka bertindak balas dengan cepat kepada keadaan cahaya yang merentasi pelbagai lokasi luar dengan prestasi konsisten dalam semua suhu, meningkatkan pengalaman visual untuk pemakai kanta.
Setelah mendalami kelebihan kanta ini, tanpa menunggu lama, Budiey terus bersetuju untuk buat satu cermin mata dengan teknologi Transitions® Adaptive Lenses™. Sesuai dengan moto dan hashtag #LifeInTheBestLight yang diketengahkan oleh jenama Transitions® ini, Budiey yakin kanta mata ini dapat membantu Budiey melihat dengan lebih jelas.
Setelah kanta mata dah siap, Budiey pun cuba pakai untuk pertama kali kanta mata baru. Pergh, hasilnya… satu perbezaan ketara telah Budiey alami. Penglihatan lebih jelas, lebih hidup, lebih terang. Pendek kata, ianya sangat selesa.Kanta Transitions® Signature ™ juga sama dalam rumah, boleh menyesuaikan diri dan dalam keadaan cahaya rendah – boleh pudar dengan cepat dan kembali ke kejelasan – memastikan pengalaman visual yang terbaik untuk penggunanya. Di samping itu, kanta Transitions® Signature ™ melindungi pemakainya daripada sinaran ultraungu yang berbahaya (UV), di samping mengekalkan persepsi warna yang jelas dan tajam.
Kanta Transitions® Signature ™ sesuai digunakan untuk pelbagai jenis bingkai dan kacamata, serta apa jua bacaan 'power'. Ia juga boleh didapati di hampir semua kedai optikal terkemuka – untuk melawat kedai optikal terdekat, sila layari http://www.transitions.com/en-my/where-to-buy/
Pengalaman Sebenar Setelah Menggunakan Transitions® Signature™ Budiey rasa, dengan bertukar kepada Transitions® Adaptive Lenses™ memberikan satu kelebihan yang cukup berbeza berbanding dengan kanta biasa yang Budiey guna sebelum ini. Jika Budiey masuk semula ke dalam rumah, Budiey perhatikan kanta ini akan bertukar dengan cepat menjadi lebih clear, jelas!Selepas menggunakan kanta mata dari Transitions® beberapa hari, Budiey rasa Budiey tak lagi mengalami masalah keletihan mata dan rasa stress semasa membaca sebab pandangan visual sangat rasa 'nyaman' dan terang lagi jelas. Bila terlalu lama sangat mengadap kerja di komputer ni, memang akan memudaratkan kesihatan mata. Kesan yang positif ini membuatkan Budiey tak perlu lagi untuk berehat banyak kali semasa bekerja dan mengadap komputer. Sedikit sebanyak, kesan ini membantu Budiey buat kerja dengan cepat dan semua siap tanpa gangguan pada mata. Kalau korang perasan la kan, Budiey memang mengalami keletihan pada mata. Jadi, dengan adanya cermin mata seperti ini Budiey rasa ia banyak mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa berdepan dengan masalah penglihatan.
Pandangan yang jelas dan sharp adalah satu perkara yang sangat penting untuk seorang blogger tegar seperti Budiey. Kawan-kawan rapat Budiey akan memberi respon bahawa apabila mata saya bermasalah, Budiey akan jadi murung.
Budiey sebenarnya tak suka apabila Budiey tidak dapat melihat dengan jelas, dan ia akan menjejaskan produktiviti. Dengan mengunakan kanta ini, bukan sahaja memberikan saya visi yang jelas dalam rumah, ia juga memberikan saya penglihatan yang baik dan jelas di luar rumah. Kanta ini bagus untuk Budiey yang sentiasa bergerak dari dalam rumah untuk di luar rumah dan kembali ke dalam rumah banyak kali dalam sehari. Hanya kerana ia cepat boleh bertukar di luar rumah gelap, ia juga pudar kembali ke kejelasan cepat apabila saya kembali di dalam bangunan. Memang satu rekaan yang brilliant!
Di sinilah Budiey rasa pentingnya untuk kita semua menjaga kesihatan mata. Selain tidur yang cukup, makan makanan yang menyihatkan mata, Budiey rasa cermin mata yang kita guna juga sangat penting. Kalau boleh carilah yang bermutu dan memberikan kita rasa yang best semasa membaca.
Ye lah, korang pun mesti tahu kerja Budiey macamana. Pergi event, guna kamera untuk ambil gambar, balik rumah pula, Budiey kena ambil gambar, edit dan tulis entry kat blog dan ini semua menggunakan mata yang sihat dan penglihatan yang baik, betul tak. Jadi, Budiey berterima kasih kepada Transitions® kerana mengubah gaya hidup menjadi lebih baik. Hidup kita ni, biarlah lebih baik dari semalam. Kan? Kan?
Setelah seminggu menggunakan cermin mata ini, Budiey tak lagi menggunakan kanta lekap (contact lense) apabila keluar dari rumah. Sebelum ini, Budiey guna contact lens sebab mahu memakai cermin mata gelap. Sekarang tak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.transitions.com/en-my/.
Kepada pembaca yang mahu cuba kanta ni, boleh la tanya kat mana-mana kedai kaca mata dan optical. Mana tahu, sekarang ni ada promotions, boleh dapat dengan harga yang murah sikit. Transitions® lenses ni ada di semua optical stores di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui lokasi kat mana boleh buat spek ni, klik sini: www.transitions.com.my/Where-To-Buy
Dari segi harga pula, sangat berpatutan. Harga biasanya bergantung kepada pilihan jenama kanta, material kanta dan jenis kanta samada single-vision, bifocal atau progressive, juga bergantung kepada preskripsi dan pilihan coating untuk tambahan.
Satu demonstrasi maya kanta Signature ™ Transitions® baru boleh didapati di http://www.transitions.com/en-my/virtual-viewer/.
Komen via FacebookKomen
8 Benda Yang Boleh Anda Beli Jika Berhenti Merokok Mulai Hari ini
RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.
Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.
Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.
Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.
1 - Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.
2 - Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada. 3 - Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.4 - Jika anda berhenti selama 6 bulan : (RM 3,111)Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena 'topup' RM88 atau tahan lagi seminggu.
5 - Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC. 6 - Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor. 7 - Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji. 8 - Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.
El-Nino: S'gor bertindak hadapi kemungkinan kekurangan air
Kerajaan Selangor mengambil beberapa langkah proaktif bagi menghadapi kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air akibat fenomena El-Nino.
Ini termasuk menyediakan kolam-kolam alternatif di Lembangan Sungai Selangor yang mampu membekalkan sehingga 800 juta liter (JLH) air mentah sehari, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib.
Katanya, sebahagian daripada kolam berkenaan sedang dijalankan pembinaan projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) yang berperanan besar dalam mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber air mentah.
"Selain itu, projek pembenihan awan (cloud seeding) yang sentiasa dijalankan juga antara langkah kerajaan negeri memastikan bekalan air cukup bagi menampung keperluan air rakyat negeri ini.
"Projek ini dilakukan di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun begitu, beliau berkata Selangor masih mempunyai bekalan air yang mencukupi bahkan paras air empangan berada pada tahap yang amat positif.
Sehingga hari ini, katanya, kapasiti takungan semua empangan di negeri ini berada dalam keadaan baik melebihi paras 70 peratus, iaitu Empangan Sungai Selangor (86.51 peratus); Empangan Sungai Tinggi (88.21 peratus); Empangan Sungai Semenyih (85.32 peratus); Empangan Sungai Langat (70.16 peratus); Empangan Batu (83.36 peratus); Empangan Klang Gates (80.98 peratus) dan Empangan Tasik Subang (97.51 peratus).
Menurut Zaidy, Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi merupakan empangan utama dalam pembekalan air di negeri ini iaitu meliputi 60 peratus daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Berdasarkan rekod, penggunaan air per kapita bagi rakyat di Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru semua pengguna supaya menjimatkan per kapita penggunaan air setiap isi rumah.
"Ini adalah juga salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan bekalan air di Selangor pada masa akan datang," katanya.
- Bernama
Htin Kyaw dipilih sebagai Presiden Myanmar
Fathia Latiff Sangkal Dakwaan Bakal Nikah Dengan Baim Wong
Sebelum ini sebuah penerbitan ternama di Indonesia milik MNC Media, Okezone telah memetik kata kata Baim Wong yang mendakwa beliau bakal bernikah dengan gadis pilihan beliau sekitar tahun hadapan selain memohon doa peminat.
Artikel yang dikeluarkan pada Februari lalu itu turut memuatkan sekeping gambar Baim Wong bersama pelakon Malaysia, Fathia Latiff yang didakwa media tersebut sebagai bakal isteri Baim Wong — gambar itu juga didakwa diberi sendiri oleh Baim Wong.
Artikel menarik:- Fathia Latiff Akui Kini Sedang Mencari Kekuatan Untuk Berhijab
Setelah membiarkan teka teki menjadi persoalan, Fathia Latif akhirnya tampil menerusi kemaskini terbaru laman Instagram miliknya.
Pelakon drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi itu memuatnaik paparan skrin berita yang disiarkan di sebuah laman blog dan menyangkal dakwaan tersebut.
"Not true. Next time tanya dulu please. Tak baik sebarkan fitnah. Moga Allah lindungi kita semua dari fitnah. Amin," tulis Fathia ringkas.
Kapsyen Ig yang diambil dari Ig Baim WongSekitar dua bulan lalu, Fathia bersama Baim dan rakan-rakan artis lain seperti Remy Ishak, Syarul Ridzwan, Juliana Evans dan Nora Danish berlepas ke New York bagi menjalani penggambaran drama arahan sutradara Erma Fatima.
Sebelum ini, Baim pernah dikaitkan dengan pelakon Elfira Loy. Namun begitu, mereka senang menggelarkan hubungan yang terjalin sebagai teman rapat sahaja. Fathia pula kini kembali solo setelah putus cinta dengan aktor Aiman Hakim Ridza beberapa bulan lalu.
Syed Hassan dakwa Umno hasut ahlinya keluar PERKASA
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...