Recent Post

Wednesday, September 21, 2016

Datuk Hans Isaac Sudah Peluk Agama Islam?

Ini satu berita yang agak mengejutkan kami pada hari ini tetapi pada masa yang sama timbul rasa gembira pula apabila kita berkemungkinan sudah ada saudara baharu didalam Islam.

Ada khabar angin terbaru yang mengatakan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac telah memeluk agama Islam pada awal tahun ini.

Berita tersebut disiarkan oleh Miss K di portal Astro Gempak dimana sumber beliau memberitahu Hans telah memeluk Islam di sebuah negeri  terletak di pantai timur.

Ianya tidak mustahil juga kerana Hans sebelum ini dikatakan sedang mendalami agama Islam.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi jika ia sesuatu perkara yang sah kami bersyukur kerana pintu hati Hans telah terbuka untuk menerima ajaran Islam. Apa-apapun kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

MCA, Gerakan jangan gusar persempadanan pilihan raya - TPM - Utusan Malaysia

NEW YORK 21 Sept. - MCA dan Gerakan tidak perlu gusar dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikatakan akan menjejaskan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi mereka kerana perasaan itu turut dikongsi oleh UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak fikir parti-parti pembangkang akan bersetuju dengan syor persempadanan yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu yang tentu sekali akan diteliti rapi kerana melibatkan kawasan yang akan dikecil dan ditingkatkan jumlah pengundinya.

"(Bagi BN), saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku Pengerusi BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada hujung minggu ini untuk membincangkannya.

"Saya juga percaya satu tempoh yang secukupnya akan ditetapkan oleh SPR untuk menentukan ketidaksetujuan syor itu diterjemahkan dalam bentuk bantahan," kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di sini hari ini. -Utusan Online.

Read more ...

Yang Menarik Tentang BINTANG KECIL 2016 Peringkat Kebangsaan

Enam peserta yang melayakkan diri bakal bertanding dalam Bintang Kecil 2016 Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada bulan November 2016 telah pun diumumkan sewaktu berakhirnya Debarang Bintang Kecil 2016 Zon Semenanjung berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Tuah nyata memihak kepada peserta dari Perak iaitu Muhammad Danial Hafiz bin Mohamed Zaharim, Dania Zafirah Sulaiman (Negeri Sembilan), Putri Anis Elyssa Roslee (Perlis), Muhammad Aiman bin Mohd Zain (Selangor), Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Melaka) dan Arif Mukhriz bin Affandi Mokhtar (Pahang).

BINTANG KECIL 2016

Kemantapan vokal mereka dinilai juri iaitu Jari, Dia Fadilla dan LY menerusi lagu Tiada Lagi Kidungmu oleh Muhammad Danial Hafiz bin Mohamed Zaharim, Dania Zafirah Sulaiman (Hajat), Putri Anis Elyssa Roslee (Anggapanmu), Muhammad Aiman bin Mohd Zain (Seroja), Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Jagalah Diri) dan Arif Mukhriz bin Affandi Mokhtar (Laksamana Raja di Laut).

Pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini semakin menghampiri kemuncaknya dengan objektif mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-11 tahun ini telah dimulakan dengan ujibakat di seluruh negara bermula bulan April yang lepas. Sehingga kini, RTM terus konsisten, menyemarakkan pentas industri seni dan budaya tanah air.

Pertandingan di peringkat Kebangsaan melibatkan 3 zon iaitu zon Sabah, zon Sarawak dan kini zon Semenanjung diwakili oleh enam peserta berbakat tersebut.

Menampilkan gandingan dua pengacara juruhebah KLfm, DJ Sonic dan DJ ND, Debaran Bintang Kecil 2016 Peringkat Semenanjung turut diserikan dengan persembahan artis jemputan Mark Adam, Elena Haris dan Ernie Zakri yang menghiburkan penonton dengan lagu popular masing-masing.

Enam (6) peserta terbaik membawa pulang trofi dan wang tunai RM2000.00 setiap seorang berserta sijil penyertaan, manakala enam (6) peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM500.00 setiap seorang berserta sijil penyertaan.

Turut bertanding Hafi Danishalili Mohd Hafiz (Terengganu), Intan Nursyuhada Mohd Suhaimi (Kelantan), Muhammad Zamir bin Jumari (Johor), Dinie Nur Afriena Rizwan (Kedah), Muhammad Ammar Hakim bin Muhammad (Pulau Pinang) dan Oh Wei Na, satu-satunya peserta berbangsa Cina mewakili Wilayah Persekutuan.

BINTANG KECIL 2016

BINTANG KECIL 2016

BINTANG KECIL 2016

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Mesej Dan Audio Viral Pencerobohan Lahad Datu dan Sandakan Tidak Benar - Wan Abdul Bari

Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid LAHAD DATU 21 Sept. - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.

Wan Abdul Bari berkata, ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali dan beliau menafikan juga viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom, lapor Utusan.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya...Abaikan WhatsApp viral sedemikian," katanya, hari ini.

"Kami tiada buat latihan pun...tiada apa yang berlaku...selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah untuk kesahihannya," katanya lagi.

Tambahnya lagi, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan m aklumat sahih.

Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan.

Read more ...

'Ratu Naga' dibawa ke balai tengah malam untuk soal siasat

'Ratu Naga' sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah malam semalam, kira-kira sebulan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

Dia yang nama sebenar Syarul Ema Rena Abu Samah memberitahu Malaysiakini, mereka datang kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam (Selasa).

"Mereka berpakaian biasa tetapi memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

"Saya katakan kepada anggota polis terbabit saya masih dalam pantang namun mereka bertegas mahu bawa saya ke balai polis Klang Selatan. Saya pun bagi kerjasama (dengan mengikut mereka)," katanya.

Syarul Ema menambah dia tidak dimaklumkan tujuan untuk dibawa ke balai.

Dia juga memaklumkan anggota polis berkenaan masuk ke rumahnya di Jalan Kelang Lama untuk melihat sendiri bayinya sedang tidur dalam bilik.

Ketika itu selain Syarul Ema ada dua abangnya di rumah berkenaan, manakala suaminya berada di negeri lain kerana bertugas.

Tidak mahu memanjangkan perkara, Syarul Ema kemudian mengikut lima anggota polis berkenaan ke balai, dengan ditemani abangnya.

"Saya terpaksa tinggalkan anak saya yang baru sebulan dengan seorang lagi abang sulung," katanya.

Di balai, katanya, dia sekali ditanya berhubung posting berkaitan Sultan Pahang dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis rumah terbuka Datuk Seri Najib Razak di Pekan sempena Aidilfitri lalu.

Polis juga, kata Syarul Ema, mahu merampas telefon bimbitnya namun dia membantah kerana jika diambil juga ia adalah untuk kali ketiga.

"Saya meninggalkan balai polis itu kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Sementara itu Syarul Ema berkata dia dimaklumkan polis akan menyiapkan laporan dan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2 Ogos lalu seramai 14 anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyerbu rumah Syarul Ema ekoran laporan polis terhadap posting di Facebooknya serta tiga akaun lain.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *