Recent Post

Monday, October 17, 2016

GegarVaganza 3 Kembali Menggegar, Siti Sarah Ungguli Minggu Pertama

Penantian hampir setahun berakhir jua apabila konsert pertama GegarVaganza 3 telah berlangsung semalam. Abang Nara dari pukul 830 malam dah tercongok depan televisyen. Memang tak sabar. Ternyata konsert pertama GV3 tidak mengecewakan dari segi persembahan peserta, lawak Nabil dan Jihan serta interaksi para juri dan juga Dato' Vida. Semuanya memberi kombinasi yang cukup awesome untuk para penonton menghiburkan diri di hujung minggu.gegar vaganza 3Seperti musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika dahulu. Orang kata ini lagu "makanan". Semua persembahan best-best belaka tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti S arah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini. Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.

gegar vaganza 3

Seperti biasa juga minggu pertama tiada sebarang penyingkiran berlaku. Semuanya masih tengah panaskan badan jadi tak adil lah untuk singkirkan sesiapa. Adakah anda turut sama menonton konsert pertama GegarVaganza 3 semalam? Kalau iye, persembahan manakah yang menjadi feveret anda? Siapakah yang mempunyai aura juara? Siapa pula yang akan tersingkir awal? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa bahawa Abang Nara dan Astro akan memberikan 3 keping tiket khas menonton konsert GegarVaganza 3 setiap minggu. Kena nantikan artikelnya setiap hari Khamis.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Timbalan pengarah, dua lagi suspek turut dibebaskan - Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 17 Okt. - Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan, ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang akauntan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna dana kerajaan telah dibebaskan hari ini.

Timbalan pengarah dan ahli perniagaan tersebut yang juga abangnya dibebaskan masing-masing dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua orang penjamin.

Akauntan tersebut pula dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 berserta dua penjamin.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kira-kira pukul 10 pagi ini.

Semalam, pengarah sebuah agensi kerajaan yang turut ditahan bersama ketiga-tiga suspek pada 4 Oktober lalu telah dibebaskan dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua penjamin.-UTUSAN ONLINE 

Read more ...

Review Hotel Adimulia Managed by Topotels, Medan

Kedudukan bandar Medan yang sangat dekat dengan Malaysia sebenarnya menjadikan destinasi di Indonesia ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang kian popular di Asia Tenggara.

Biarpun ramai yang berkunjung ke Medan dan menjadikannya sekadar persinggahan sementara untuk ke Danau Toba dan kawasan wisata lain yang berada di luar kota Medan, Medan sendiri sebenarnya sebuah kota yang sesuai untuk bersantai sambil membeli-belah atau mencuba makanan tempatan.

Dan jelas kelihatan pembangunan Medan semakin pesat kerana ia telah membawa kepada pembinaan banyak hotel di kota tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya.

Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik mewah yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Restaurant-warm

Hotel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel terbaru yang dimaksudkan adalah Hotel Adimulia yang terletak di salah sebuah kawasan utama kota Medan.

Hotel ini yang terinspirasi dari unsur-unsur kemewahan merupakan sebuah bangunan yang gah dan mirip sebuah rumah agam yang besar. Ia mempunyai jumlah bilik yang banyak dan setiap bilik mempunyai kategori tertentu (dan senireka dalamannya yang mewah dan tersendiri sejajar dengan hotel-hotel mewah antarabangsa). Terdapat enam kategori utama bagi setiap bilik iaitu bilik Deluxe, Executive Deluxe, Family Suite, Junior Suite, Business Suite, serta Presidential Suite. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, dan semestinya sambungan wi-fi percuma.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti spa, kelab kesihatan untuk bersenam, dan macam-macam lagi. Malah, salah satu kemudahannya yang sangat popular dan sering dikongsi di media sosial adalah kolam renangnya yang cantik.

Berlatarbelakangkan kota Medan, ia dihiasi tiang-tiang Rumawi (Roman pillars) untuk menyerlahkan lagi kemewahannya.

Sudah tentu seperti hotel-hotel mewah lain hotel ini juga mempunyai sebuah restoran hebat iaitu Cafe de Palmo yang menyajikan aneka hidangan menyelerakan.

Ia juga mempunyai sebuah Restoran Cina iaitu Jasmine Chinese Restaurant dan juga sebuah Sports Bar untuk bersantai sambil menonton acara sukan pilihan. Di samping bilik-bilik mesyuarat untuk penganjuran seminar dan juga Grand Ballroom untuk acara-acara yang lebih besar, ia turut mempunyai sebuah Taman Bumbung (Roof Garden), Kids Club untuk anak-anak serta lebih menakjubkan adalah hotel ini juga mempunyai helipadnya sendiri sekiranya ada tamu penting yang ingin tiba dengan menaiki helikopter!

Kesimpulannya, hotel ini benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kemewahan dalam penginapan kala bercuti pada harga yang berpatutan.

Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain. Andai berpeluang ke Medan, bermalamlah di hotel Adimulia untuk mengalami keunikan mewahnya!

poolweb

Lobby 16-9 warm

deluxe

AdimuliaHotelbuilding

oleh Shah Shamshiri

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Anak Gajah Bergegas Masuk Sungai Untuk Selamatkan Lelaki 'Lemas'

Siapa kata gajah bukan sejenis haiwan yang bijak?

Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick.

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:

Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan di 2015.

Pada usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick.

Sumber: Metro.co.uk

Read more ...

Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.

Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.

Mahdzir dilaporkan berkata isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.

Lee seterusnya berkata isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantungan sekolah selama setahun yang dicadangkan menurutnya satu jalan penyelesaian yang kurang berkesan.

"Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantungan sekolah bukan satu penyelesaian. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhkan tahap disiplin di sekolah pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata pelajar yang cenderung melakukan tindakan buli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.

Lee menegaskan pihak bertanggungjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah yang semakin meruncing itu.

"Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit (buli), kita mesti tahu tanda-tanda (simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan," katanya.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *