Recent Post

Wednesday, November 04, 2015

Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak bermotif keuntungan - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan bahawa hasrat kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bermotifkan 'keuntungan perniagaan'.
Read more ...

Amyra Rosli Nafi Gosip Sedang Bercinta Dengan Anak Kerabat Diraja

Amyra Rosli memang cantik orangnya. Sekali pandang, memang boleh jatuh cinta. Disebabkan kejelitaannya juga, ramai yang tertanya-tanya benarkah hati Amyra Rosli masih pun dimiliki oleh mana-mana jejaka. Kalau dahulu pernah digosipkan bercinta dengan Amar Baharin, terbaru ada desas-desus mendakwa pelakon ini sedang dilamun cinta dengan seorang anak kerabat diraja. Fuh!!! Bukan calang-calang gosip nie.

amyra rosli

Namun menurut empunya badan, gosip ini hanyalah gosip liar semata-mata dan tiada kebenarannya. Terang Amyra Rosli:-

Cakap saja dengan siapa? Seab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta.

Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja.

Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat.

amyra rosli

Satu ketika dahulu, Neelofa juga pernah digosipkan bercinta dengan kerabat diraja.Namun ternyata ia adalah palsu. Abang Nara cuma tertanya-tanya ramai sangat ke kaum kerabat diraja di Malaysia ini kerana hampir kesemua artis yang cun melecun pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan mereka. Mungkin siapa yang tahu susur galur boleh kongsikan di ruangan komen. Apa pun, Amyra Rosli masih single mingle dan ini bermakna anda masih ada peluang untuk mencuri hatinya. Sumber Berita Harian.

Related Category : Malay 5 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

ISU TUMBUK: ROSYAM NOR AKUI TERKEJUT, ARAH PENGGAMBARAN DRAMA DITANGGUHKAN

Datuk Rosyam Nor selaku penerbit bagi drama 'Dawai Asmara' akui dirinya terkejut apabila pelakon Ika Nabella, 26, ditumbuk oleh pengarah drama itu Azma Aizal Yusoof.

Disebabkan insiden tersebut, Rosyam telah mengarahkan penggambaran drama 'Dawai Asmara' ditangguh bagi pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Rosyam berkata dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.

"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,.

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran dr ama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.

Tambah Rosyam, drama yang turut dibintangi oleh Sherry Merlis dan Mahmud Ali Basha itu bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan untuk TV3.

Terdahulu, Ika mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.

Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada malam hari kejadian.

Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengar ahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.

Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.

Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.

"Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.

"Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," jelasnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Dihujani Tawaran Menjadi Duta, Mia Ahmad Enggan Tamak

Pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Mia Ahmad enggan tamak walaupun dirinya dihujani dengan tawaran untuk menjadi duta untuk beberapa buah produk. Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, mengakui yang tawaran datang mencurah selepas dia dikenali menerusi drama bersiri Hati Perempuan.

"Saya terharu apabila pengeluar pelbagai produk mahu melamar saya sebagai duta. Bagaimanapun, saya tidak mahu gelap mata. Setakat ini, saya hanya memilih tiga jenama berbeza iaitu untuk tudung, busana dan produk penjagaan kulit.

"Saya banyak menerima tawaran menjadi duta selepas fenomena drama Hati Perempuan, namun saya tidak mahu tamak. Saya bimbang tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya jika sibuk di lokasi penggambaran," kata Mia yang merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia X.

Bersandarkan drama bersiri Hati Perempuan, graf populariti Mia terus meningkat naik. Mempunyai hampir 900 ribu pengikut di laman Instagram, gadis manis bertudung litup itu buka n saja tidak menang tangan menerima tawaran lakonan, malah Mia turut menjadi buruan usahawan pelbagai jenama produk untuk melamarnya sebagai duta.

"Saya pernah lebih sebulan tidak menerima tawaran lakonan kerana terikat dengan jadual promosi sebagai duta. Sebenarnya, keutamaan saya masih sebagai pelakon dan menjadi duta hanya rezeki sampingan," kata Mia lagi.

Terbaru, Mia kini dilantik menjadi duta bagi jenama kecantikan tempatan, Pesona Ayu Skincare. Tidak mahu menipu peminat di luar sana, Mia telah terlebih dahulu mencuba dan merasakan keberkesanan produk ini.

"Sejak dulu saya mahu menjadi duta produk kecantikan. Ada beberapa jenama pernah merisik tetapi kurang menarik perhatian saya. Bagaimanapun, produk Pesona Ayu Skincare berbeza. Saya sudah menggunakannya sejak beberapa bulan lalu.

"Tidak mudah untuk saya menerima tawaran sesuatu produk. Prinsip saya kena cuba dulu. Saya bimbang nama saya terpalit dengan pelbagai komen kurang enak jika pengguna tidak berpuas hati. Setakat ini, produk ini telah memberi kesan positif terhadap kulit saya," jelas Mia mengakhiri perbualan.

Artikel oleh: Kamaruddin Razal.

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 4 November 2015.

Read more ...

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem WHO’S YOUR DADDY

Premiere With Budiey terus menghangatkan sinema Malaysia, Budiey.com dengan kerjasama SQUARE BOX PICTURES mahu tampilkan kepada anda semua sebuah filem komedi mencuit hati berjudul WHO'S YOUR DADDY di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Seronok kan? Haa, tentulah seronok!

Kalau nak tahu, filem tempatan arahan Boris Boo ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 10 Disember 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem bergenre drama komedi ini bersama beberapa selebriti yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer WHO'S YOUR DADDY yang telah diriliskan di dada Youtube saluran Budiey.com.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem komedi yang mencuit hati ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

WHO'S YOUR DADDY

Sinopsis Filem WHO'S YOUR DADDY

Feature film 'Who's your daddy' is a comedy film about two guys (an uncle and a nephew) who live their lives day to day, with no hope and goals. One day, they happened to meet their dream girl and willing to offer anything to please her. The story emphasizes the relationships amongst characters, responsibilities in various stages of life, tolerance between loves and family that everyone tends to be running away in the modern society. HUI lives in a small village in Northern Malaysia. A guy who is in his 30s with no achievements while he enjoy his quiet life with his grandmother, who tends to save him from trouble time-to- time. His village lives ends when he put himself into a huge debt and decided to go to KL and look for his uncle, Wai. WAI is smart, self-centered, and good with petty tricks which help him to get away from time-to- time troubles. His stylish look and cheerful characters makes him popular amongst his friends. He shared his wealthy, modern life style with Hu i when he arrives but soon Hui found out these were all lies and got to find a way to make some money before they starve to death. Whereas they are striving for money through sale scams, selling private DVD, even down to blood donation! A leaflet flew along and says 'If you're a man; If you're willing to sell, you will be guaranteed for wealth and luxury', selling 'SPERM' at the artificial insemination center became one of their last resolved. They bumped into their dream girl, SHUNA through many incidents and found out she was undergoing an artificial insemination. Without hesitation, both of them were very eager to become the father of the child and decided to visit the center as frequent as possible in order to hit the jackpot. A couple of months later, they rescued Shuna from a bunch of gangster in a mall and found out she is under pregnancy. Both of them strongly believe they are the father of the child, they decided to let Shuna moved in with them and take up the r esponsible of looking after her. They start off fighting each other over what's best for Shuna, moreover, to proof themselves as a better dad by leaking each other secrets, deceive each other, bringing little surprise to Shuna, but gradually, their relationship starting to change with the problems they face as they sense the responsibility of becoming a father and the importance of supporting each other as a family. Two guys and a woman under one roof, a mixture of romance, friendship, parenthood and what's more, Hui's grandmother decided to visit and adds in the relationship between mother-in- law and daughter-in-law. Grandmother discovered Shuna's child does not belong neither to Hui or Wai as days goes by but slowly, she realized Shuna has her own difficulties and willing to support her. However, complexity keeps on growing stronger and stronger within Shuna after she gave birth as the child didn't bring her the wealth and status as she planned. Meanwhile, an offered of starring at an overseas' movie came along, will Shuna stay for the baby? Will Hui and Wai be able to stop her leaving? A decision between romances, parenthood, family love… What would be the final decision for Shuna?

Sensasi Selebriti dengan kerjasama SQUARE BOX PICTURES ingin menghadiahkan tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada: Tarikh: 8 Disember 2015 (Hari Selasa) Masa Pendaftaran: 8.00 malam Tayangan Filem: 9 malam Tempat: (TBC) Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere WHO'S YOUR DADDY – Budiey.com di (TBC) . Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WhosYourDaddy Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/squareboxpics & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf. Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #WhosYourDaddy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama dalam filem WHO'S YOUR DADDY 2. Sila emelkan jawapan & slogan anda: Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere WHO'S YOUR DADDY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) Sertakan juga maklumat peribadi: Nama: Twitter: Alamat surat menyurat: Email: Nombor telefon: Hantarkan jawapan anda kepada: dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere WHO'S YOUR DADDY – Sensasi Selebriti Tarikh tutup peraduan: 9 Disember 2015 Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter. Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait? Terima kasih kepada SQUARE BOX PICTURES dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu la gi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 10 Disember 2015. Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/squareboxpics Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan. WHO'S YOUR DADDY

WHO'S YOUR DADDYWHO'S YOUR DADDY

WHO'S YOUR DADDYWHO'S YOUR DADDY

WHO'S YOUR DADDYWHO'S YOUR DADDY

WHO'S YOUR DADDYWHO'S YOUR DADDY

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Fazura Anggap Gosip Buat Pembedahan Plastik Paling Mengarut

5-Fazura-Anggap-Gosip-Buat-Pembedahan-Plastik-Paling-Mengarut

Bermula dengan rancangan Facing Up To Fazura, pelbagai pendedahan telah dilakukan dan baru-baru ini melalui satu temuramah bersama The Star, pelakon dan penyanyi ini telah mendedahkan antara perkara yang pernah membuatkannya sakit hati satu ketika dahulu.

"Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli. Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu dan punggung"

"Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya," jelasnya kepada The Star. Selain itu, Fazura juga menyatakan bahawa dia kini berasa selesa hidup solo malah apa yang diimpikannya sebelum ini turut tercapai.

Sementara itu, berbicara mengenai lelaki, Fazura menjelaskan bahawa dia sering kali berhadapan dengan lelaki yang hanya datang di dalam hidupnya hanya kerana paras rupa sedangkan pelakon ini mendambakan lelaki yang bijak dan juga tahu menghormati wanita.

Incoming search terms:
  • brrita harian hiburan
  • Kosmo!Hiburan
  • Berita berkaitan:

    Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?

    Azean Irdawaty meninggal dunia

    Nikah 2 Mei Ini, Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin

    Zain Saidin Mahukan Kejutan

    Isteri bergaya seksi, Farid terkilan

    Komen

    comments

    Read more ...

    'Siang Malam Mak Menjaga Aku Yang Menghidap Kanser Hidung Tahap 4'

    Gambar kiri hiasan sahaja Aku ditakdirkan menghidap kanser hidung tahap empat. Doktor memberitahu aku bahawa aku hanya dapat hidup dalam tempoh setahun saja lagi. Bagai nak kelam saja dunia apabila mendapat keputusan biopsi itu.  Aku disarankan oleh doktor untuk membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Aku turutkan sahaja agar aku dapat sembuh.  Semasa sesi kemoterapi, siapa yang temankan aku siang dan malam? Yang jaga makan minum aku? Yang tidak pernah berhenti berdoa untuk aku? Yang sentiasa membelai aku tanpa jemu? Yang sentiasa memberikan senyuman dan semangat pada aku?  "Mak aku.." Mak sanggup turun beli makanan yang aku dapat walaupun aku tahu mak takut gunakan perkhidmatan lif. Mak menasihatkan aku agar berpantang dari makan ayam dan telur. Jadi, mak mengorbankan dirinya siang dan malam turun membeli makanan untuk aku.  Malam, bila aku terjaga dari tidur, mak pun terjaga juga. Mak akan usap dan belai aku. Bila aku muntah darah, mak akan ambil plastik tahan muntah. "Terima kasih mak.." Mak yang uruskan semua hal-hal di hospital. Selesai sesi kemoterapi dan radioterapi, aku dibenarkan pulang ke rumah. Aku ingatkan sudah habis ujian aku tetapi rupanya belum.  Dua bulan selepas itu, kanser merebak ke tulang. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Siang dan malam aku sakit dan tidak dapat tidur. Siapa temankan aku? Mak. Aku tak dapat tidur, mak pun tak akan tidur. Mak akan usap badan aku sampai aku tertidur.  Bila aku menangis menahan sakit, mak pun akan menangis sama. Macam-macam mak masak untuk aku makan walaupun aku tahu mak penat. Mak nak aku sembuh. Bila aku berputus asa, mak akan bagi semangat. Mak tak pernah jauh dari aku sehinggalah saat ini aku masih lagi bertarung dengan kanser aku. Mak akan sentiasa di sisi. "Terima kasih mak.." Aku sentiasa berdoa kepada Allah, andai aku dipanjangkan umur dan sembuh, aku akan menjaga mak sebaiknya. InshaAllah. - Muhammad Al Fatih. Difahamkan, Muhammad Al Fatih adalah seorang guru yang ditugaskan di sekolah di Sarawak. Pernah memohon untuk bertukar ke tempat asalnya namun permohonannya tidak dilayan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meskipun alasan untuk bertukar adalah amat serius. Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Senarai Jenama Rokok Naik Harga Bermula Pada 4 November 2015

    Beberapa jenama rokok kini telah diumumkan kenaikan harga bermula pada 4 November 2015. Pengumuman tersebut dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD.

    Pada kenaikan harga kali ini beberapa jenama rokok naik mendadak dengan harga RM18.00 sekotak dan paling rendah adalah pada harga RM15.50 sekotak. Kenaikan harga ini berkuatkuasa  pada hari Khamis 4 November 2015.

    Berikut adalah senarai jenama rokok yang terlibat. — Siakapkeli.my

    Read more ...

    'Anda nampak saya? Saya OK'

    Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kemunculan terbuka di majlis awam untuk kali pertama sejak dipecat baru-baru ini.

    Bagaimanapun, selain daripada soalan hadirin menenai keadaan kesihatannya, Abdul Gani berkali-kali menolak sebarang pertanyaan yang tiada kaitan denan topik majlis berkenaan.

    Abdul Gani hadir untuk menyertai perbincangan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 atau lebih dikenali sebagai Sosma.

    "Mengenai isu lain tentang keadaan saya, saya OK. Saya menjalani dialisis tiga kali seminggu, saya masih perlu membaca, saya masih buat 'kerja' - bukan di pejabat tapi menjaga cucu.

    "Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertuga di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis.

    "Saya rasa saya ada merurusan denan beberapa presiden dan beberapa presiden lalu walaupun saya menjalani rawatan dialisis.

    "Sekarang saya di sini. Anda nampak saya? Saya sihat, terima kasih," katanya.

    Majlis itu dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam ini.

    [Baca berita asal]

    Read more ...

    Que Haidar Sekeluarga Pakai Costume Halloween Dikritik Netizen

    Tersebarnya gambar Que Haidar dan keluarganya memakai costume syaitan dan iblis di media sosial mendapat kritikan netizen. Costume yang dikenakan itu bersempenakan pesta Halloween itu mengundang banyak kritikan netizen yang menganggap pesta itu adalah haram disambut oleh umat Islam.  "Kawan aku yang beragama Kristian pun tak sambut pesta Halloween. Dia cakap, celebrating Halloween means menaklukkan jiwa sendiri pada iblis tanpa kita sedari," kata Mohd Zulkepli Omar.  Menyedari gambar itu telah menjadi bahan bualan netizen di media sosial, Que Haidar segera membuang gambar berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Saya ok, jalani dialisis tiga kali seminggu - Abdul Gani

    KUALA LUMPUR: "Saya ok, saya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu... masih membaca dan melakukan beberapa kerja lain termasuk melayan cucu-cucu saya."
    Read more ...

    Pengakuan Tergempar Ika Nabella Berhubung Insiden Dipukul!

    Pengakuan Tergempar Ika Nabella Berhubung Insiden Dipukul!

    Berhubung insiden PANAS! Ika Nabella Dipukul, Gagal Penuhi Permintaan Pengarah, beliau kini mengesahkan sudah membuat laporan polis.

    "Semalam selepas berehat seketika, sekitar jam 12 tengah malam saya ditemani kawan dan adik membuat laporan mengenai insiden itu di Balai Polis Hulu Klang.

    "Saat ini, saya hanya menunggu siasatan lanjut pihak berkuasa. Penggambaran drama itu juga dihentikan," katanya ringkas kepada BH Online.

    ika nabella buat laporan polis setelah dipukul

    Menurut Ika Nabella, dia akui mengalami trauma dengan kejadian yang menimpa. Tambahnya lagi selama berlakon, dia tidak pernah melalui insiden sebegitu.

    "Memang saya sedikit trauma dengan kejadian itu. Selama ini sejak berlakon tak pernah saya melalui insiden sebegitu," katanya.

    9,824 total views, 9,824 views today

    Read more ...

    Harga Rokok Naik Mulai Esok 4 Nov 2015

    CELAH GELEGAR Harga Rokok Naik Mulai Esok 4 Nov 2015 PETALING JAYA: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.

    Harga baharu itu berikutan kenaikan duti eksais sebanyak lebih daripada 40 peratus, kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos inflasi.

    Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:

    Rangkaian Dunhill - RM17.00

    Rangkaian Kent RM17.00 Benson & Hedges RM17.00 Rangkaian Peter Stuyvesant RM15.50 Rangkaian Pall Mall RM15.50 Lucky Strike Plain RM17.50 Rangkaian Shuang Xi RM18.00

    Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.

    Read more ...

    Jom Belajar Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi

    Memotong kuku cara sunnah Nabi Cara memotong kuku kaki dimulai daripada kelingking kaki kanan dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri mengikut tertib semua jari.

    Sementara kuku tangan pula;

    dimulai dengan kuku telunjuk jari kanan,

    kemudian jari tengan, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari tangan kiri, kemudian jari kelinking tangan kiri, kemudian jari manis tangan kiri, kemudian jari tengan tangan kiri, kemudian jari telunjuk tangan kiri dan diakhiri ibu jari tangan kanan.

    begitulah susunan memotong kuku setiap jari kita.. Subhanallah… Islam mengajar segala-galanya.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *