Recent Post

Wednesday, March 09, 2016

Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS

Operasi yang bermula 1 Feb lepas dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan.
Read more ...

Respon Atita Haris Bila Dituduh Mengandung Oleh Netizen

Majlis resepsi perkahwinan Atita Haris dan Deejay Nas T berlangsung meriah Ahad lepas. Atita telah mengenakan busana berwarna putih rekaan Wajie Ibrahim yang mengikut bentuk badan. Ada yang berpendapat pakaian tersebut menampakkan perut Atita seolah-olah buncit seperti wanita sedang hamil. photo 12819076_901539349944710_995133402_n.jpgSehubungan itu ada yang mendakwa Atita telah mengandung dan ada juga yang bertanyakan soal itu kepada Atita di akaun Instagram miliknya.

 photo Screen Shot 2016-03-09 at 3.57.01 PM.pngTidak melenting dengan pertanyaan mahupun tuduhan itu, Atita mendakwa perutnya hanya buncit dan akan kempis selepas membuang air besar.  photo Screen Shot 2016-03-09 at 3.57.36 PM.png

Keselambaan Atita ini mengingatkan kami kepada respon Izara Aishah tentang pertanyaan di Twitter sama ada dia mengandung disebabkan perutnya kelihatan buncit semasa menghadiri Anugerah MeleTOP ERA 2016.

Iyalah, perut buncit selepas makan atau makan banyak memang sesuatu yang normal. Tidak semua wanita yang berperut buncit itu sedang mengandung, bukan? Justeru perlu berhati-hati membuat kenyataan berkenaan selebriti kerana apa yang disampaikan mungkin satu fitnah. Diharap lebih ramai selebriti bersikap selamba seperti Atita dan Izara Aishah selepas ini.

Giliran Randai tawan IB! Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 24 February 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TERKENANG DOSA LALU - REMY ISHAK SERONOK DAPAT TUNAI UMRAH

Remy Ishak yang baru-baru ini selesai menunaikan umrah bersama ibunya, merasa seronok walaupun dia terpaksa menolak sebarang tawaran kerja ketika diberi peluang ini kerana perkara tersebut telah lama dihajatkan di hati.

"Alhamdulillah, saya rasa seronok. Saya nak cakap pasal benda ni pun susah jugak sebab saya rasa kalau orang nak tau perasaan dia, kena pergi kat sana sebab dia adalah satu tempat yang sangat tenang yang membawa kita lebih mengenali agama Islam.

Remy yang enggan berkongsi hajat apa yang didoakan di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah bersama ibunya baru-baru ini, dalam masa yang sama turut menjelaskan apa yang dilalui di sana adalah sangat istimewa dan sukar untuk didapatkan di tempat lain.

"Saya rasa kat sana dia buat kita lebih dekat mengenang dosa-dosa kita yang telah kita lakukan dalam nak mencari kebaikanlah, untuk hari yang kemudian," ujar Remy dipetik sebagai berkata.

Selain itu, ditanya mengenai jodoh, katanya dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

#AADC 2 Bakal Ditayangkan Serentak Di Indonesia, Malaysia & Brunei

Berita baik buat semua penonton yang tidak sabar untuk menonton Ada Apa Dengan Cinta 2 (#AADC2).

Filem ini akan  tayangkan di pawagam pada 28 April depan di ketiga-tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Pelakon yang membintangi filem ini ialah Nicholas Saputra, Dian SastroWardoyo dan ramai lagi.

Pengumuman ini dibuat menerusi Instgram milik Dian, sekaligus mempromosikan filem ini secara online.

Dalam pada itu,  Melly Goeslaw sekali lagi diamanahkan sebagai pencipta lagu runut bunyi yang bakal menjadi hits dan popular.

Jadi kepada anda jangan lupa tonton filem ini yang bakal meruntun jiwa dan hati.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 9 Mac 2016

Read more ...

Rio selamat bagi atlet Olimpik - Kosmo!

Rio selamat bagi atlet Olimpik

09/03/2016 12:13pm

Brazil memberi jaminan risiko pelancong dijangkiti Zika ketika melawat negara itu rendah.

KUALA LUMPUR - Dengan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung wabak Zika di Brazil, kedutaan negara Amerika Latin itu di Malaysia berkata. keselamatan atlet yang mengambil bahagian dalam sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 adalah terjamin.

Menteri Penasihat Kedutaan Brazil, Daniel Falcon Lins berkata, kemungkinan bagi seseorang melawat Brazil dijangkiti Zika virus adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain yang dijangkiti virus disebarkan nyamuk Aedes.

"Saya berani mengatakan kemungkinan seseorang yang melawat Brazil untuk mengambil bahagian atau menonton Sukan Olimpik dijangkiti Zika adalah jauh lebih kecil berbanding dengan banyak negara-negara yang terjejas dengan wabak itu.

"Kami akan berusaha untuk mengelak kes-kes itu. Tidak ada negara yang mengambil begitu banyak langkah berjaga-jaga untuk membanteras nyamuk seperti Brazil.

"Memandangkan usaha membuat vaksin masih di peringkat awal, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah untuk melawan nyamuk, pembawa virus. Kerajaan Brazil telah mengambil langkah-langkah berterusan untuk menghentikan pembiakan termasuk usaha tambahan di bandar sukan Rio di mana pegawai-pegawai diletakkan di kawasan perumahan untuk memerangi virus itu," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.

Beliau juga menyatakan acara Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diadakan semasa musim sejuk di negara ini pada Ogos dan September, di mana suhu akan jauh lebih rendah yang mengurangkan pembiakan populasi nyamuk.

Mengulas lanjut, Lins berkata, kira-kira 220,000 anggota tentera dan 300,000 kakitangan jabatan kesihatan dan juga sukarelawan di seluruh negara berganding bahu untuk memerangi kawasan pembiakan vektor yang membawa maut di negara seluas 3.288 juta batu persegi itu. - Bernama

Read more ...

BANANANA! Hari Kantin 2016 Diraikan Lebih 15,000 Pengunjung

Hari Kantin 2016 anjuran Media Prima Berhad menerusi penjenamaan kanak-kanak popular, Bananana! kembali buat edisi ke-3 dengan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga dengan skala yang lebih besar.

Hari Kantin 2016 Bananana! edisi ke-3 yang telah diadakan di Esplanade Alamanda Putrayajaya telah menerima 15,000 pengunjung dan membawa kelainan berbanding tahun 2013 dan 2014 yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Meneruskan objektif utama penganjurannya, Hari Kantin 2016 memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah. Sembilan buah sekolah terpilih kali ini dan mereka dikehendaki membuka perniagaan kecil di tapak acara dan memperkenalkan perniagaan mereka kepada para pengunjung.

BANANANA! Hari Kantin 2016 Diraikan Lebih 15,000 Pengunjung Tidak lari dari keseronokan jenama 'Bananana!', Hari Kantin 2016 juga membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung yang hadir. Antaranya ialah aktiviti pentas yang bakal dikelolakan oleh pengacaranya yang penuh keletah Acap (Tokan) dan Muadz (Hip TV). Penampilan maskot Awang Khenit dan Boboiboy juga pasti menceriakan para peminat animasi ini.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan para pelakon yang turut turun padang membantu jualan murid-murid pada hari tersebut. Antara pelakon yang hadir ialah Azrel Ismail, Aidil Aziz, Niezam Zaidi, Farah Nabila, Harris Alif, Erynne Erynna, Afieq Shazwan, Firdaus Ghufran, dan Syamiem Elnisa.

Malah para pengunjung juga menyaksikan pertandingan bakat yang disertai oleh peserta-peserta cilik. Acara pentas itu juga dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi Eleena Harris yang menyanyikan dua lagu iaitu lagu beliau sendiri 'Terlalu Rindu' dan lagu popular NanaSheme, 'Hantu Atau Buaya' dan Sissy Iman yang mempersembahkan lagu 'Entah Apa Rasa' dan 'Mungkin Kamu'.

Sembilan buah sekolah yang terlibat itu membawakan konsep perniagaan mereka yang kreatif selain menyertai acara perbarisan khas. Beberapa kategori pertandingan juga diwujudkan agar mereka lebih berdaya saing. Kategori yang dipertandingkan adalah Jualan Terbaik, Gerai Tercantik, Pembentangan Terbaik, Perbarisan dan Kostum Terbaik dan Persembahan Bakat Terbaik.

SK Ampang memenangi tiga acara yang telah dipertandingkan – Gerai Jualan Terbaik, Perarakan dan Kostum Terbaik dan Persembahan Bakat Terbaik. Manakala SK Seksyen 19, Shah Alam dan SK Jalan 4, Bangi memenangi Gerai Jualan Terbaik dan Pembentangan Terbaik.

Selain semangat keusahawanan yang cuba diterapkan, para peserta juga dipupuk nilai murni iaitu berbakti kepada masyarakat. Ini adalah kerana hasil kutipan mereka bakal diserahkan kepada rumah kebajikan yang telah mereka pilih.

Berikut adalah senarai sekolah yang mengambil bahagian dan rumah kebajikan pilihan mereka:

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Puan Zurina Othman, Hari Kantin kini memasuki edisi ke-3 penganjurannya. Kami menerima sambutan yang baik setiap tahun dan kami yakin kali ini bakal lebih meriah. Sebelum ini kami hanya mengadakan acara ini di pekarangan Sri Pentas, namun kerana jumlah pengunjung yang semakin bertambah berdasarkan rekod 2013 dan 2014, kami membuat keputusan untuk menjadikan skala acara ini lebih besar di Esplanade, Alamanda Putrajaya pada tahun ini.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Vitagen kerana sekali lagi menjadi penaja utama bagi Hari Kantin 2016 yang juga menyokong kami sejak tahun 2013 dan 2014. Kami berharap murid-murid yang terlibat akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyemai semangat keusahawanan mereka. Kami juga menjangkakan ramai pengunjung akan bergembira bersama seisi keluarga di acara ini", tambah Zurina.

Hari Kantin 2016 berlangsung pada Sabtu, 5 Mac 2016, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Esplanade, Alamanda Putrajaya dan diaktifkan oleh Vitagen.

HARI KANTIN 8

HARI KANTIN 1

HARI KANTIN 2

HARI KANTIN 3

HARI KANTIN 4

HARI KANTIN 5

HARI KANTIN 6

HARI KANTIN 7

HARI KANTIN 9

HARI KANTIN 10

HARI KANTIN 11

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Bayi yang Diselamatkan Semasa Runtuhan Highland Tower Berjaya Ditemui Semula dan Dihubungi Pegawai Bomba

Sebelum ini pihak Siakap Keli ada menyiarkan seorang pegawai bomba meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi berusia 18 bulan, Nur Hamidah yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower suatu ketika dahulu.

Baca: Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Selepas itu daripada likers, memberi maklumat bahawa seorang pengguna Facebook dari Indonesia mungkin gadis tersebut berdasarkan segala maklumat yang terdapat pada Facebook beliau sangat tepat dengan butiran-butiran siasatan yang dibuat terhadap bayi tersebut semasa kejadian.

Baca: Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?

Perkara ini juga telah diteri ma oleh pihak bomba setelah orang ramai menghantar maklumat tersebut. Bagaimanapun dengan segala butiran yang tepat itu masih menjadi tanda tanya kerana Nur Hamidah yang kini berada di Indonesia tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Terkini, di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah mengesahkan bahawa Nur Hamidah telah berjaya dihubungi dan sememangnya beliau adalah insan yang dicari oleh pegawai bomba, Norizan, 46 yang mana telah menyelamatkannya ketika kejadian tersebut. Pihak Siakap Keli tidak lupa mengucapkan kepada Mohd Haizal yang mana beliau adalah penyumbang maklumat awal berkenaan Nur Hamidah. — Siakapkeli.my

Berikut adalah petikan dari Facebook Jabatan Bomba:

Alhamdulillah..... Nur Hamidah seperti didalam gambar yg T n Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ni tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dgn masa tragedi).Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tn Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah. Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.Berkongsi bersama info (screen capture) dari Fb Nur Hamidah.

Read more ...

SPRM umum pertukaran enam pegawai kanan

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Datuk Simi Abd Ghani adalah antara enam pegawai kanan SPRM yang ditukarkan ke negeri dan bahagian lain berkuat kuasa Selasa depan.

Simi akan menjadi Pengarah SPRM Johor, manakala tempatnya akan digantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) Datuk Norazlan Razali, menurut kenyataan SPRM semalam.

Selain itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya Datuk Moh Samsudin Yusoff bertukar sebagai pengarah SPRM Kelantan.

"Beliau akan menggantikan Datuk Abd Aziz Aban yang mengambil alih jawatan pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam Junipah Wandi pula dilantik sebagai pengarah BPIA baharu, manakala Timbalan Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias dilantik sebagai pengarah SPRM Melaka.

- Bernama

Read more ...

DUN Terengganu tolak usul undi tidak percaya MB

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyambung sidang petang ini, menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diusulkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada hari ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *