Recent Post

Thursday, September 01, 2016

Kisah Ah Wong Ini Wajar Jadi Pengajaran Untuk Kita Semua

Ini Ah Wong.

ah wong digi

garang betul muka Ah Wong ini

Ah Wong seorang yang panas baran. Ah Wong juga suka menghakimi orang lain tanpa sebarang usul periksa. Tiada istilah memahami dalam hidup Ah Wong. Semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri sering menjadi mangsa penghakiman dan kemarahan Ah Wong.

ah wong digi

bini sendiri pun kena marah

Senang cerita, Ah Wong ada isu dengan semua perkara dan jarang merasai nikmat kegembiraan. Abang Nara kita pun kadang-kadang mempunyai perangai yang sama seperti Ah Wong. Tanpa usul periksa terus menghakimi orang lain. Terus marah-marah. Suatu hari, segalanya berubah buat Ah Wong apabila dirinya didatangi oleh seorang budak kecil.

ah wong digi

aik… macam muka Ah Wong masa kecik je

Apa yang terjadi kepada Ah Wong seterusnya telah menyebabkan air mata Abang Nara bergenang.

Secara jujur, Abang Nara juga kadangkala sering menghakimi orang lain tanpa sebarang usul periksa. Apabila melihat video Ah Wong di atas, terbayang kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan. Ah Wong telah berjaya #BukaLaHati bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia dan menjadi seorang manusia yang lebih baik. Anda pula bagaimana?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kes Zika pertama di MalaysiaĆ¢€¦wanita dari Klang - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 01 September 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Sebelum ini kita baca kisah virus ini melanda beberapa negara termasuk jiran Singapura.Kini…sudah ada kes pertama di Malaysia.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramanian umum seorang wanita berusia 58 dari Taman Botanic, Klang disyaki telah dijangkiti.

Wanita berkenaan dan suaminya melawat anak mereka ke Singapura pada 19 Ogos untuk melawat anak perempuan mereka yang sah mengidap Zika dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos.

Katanya wanita itu menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 28 Ogos dan dibawa ke sebuah klinik swasta pada 31 Ogos.

Pada hari sama dia diperiksa di Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing dapati positif.

Setakat ini suami wanita itu dan anggota keluarga yang tinggal satu rumah belum lagi menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.

Dr Subramanian juga kata maklumat yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Singapura mendapati terdapat lima rakyat Malaysia yang berkerja dan menetap di sana disahkan dijangkiti Zika.

Bagi tempoh 27 hingga 31 Ogos terdapat 115 kes Zika yang disahkan di Singapura.- 1/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Logo Fashion Lounge & Gallery Launches First Flagship Store At Evolve Concept Mall

LOGO, a retailer of international fashion brands, launched its first flagship store at Evolve Concept Mall in Ara Damansara today with The 500 Label Hunt. The first-of-its-kind concept store, LOGO boasts a collection of more than 500 international designer brands from around the world to cater for women, men, as well as children.

"At LOGO, we aim to provide unique retail concepts, lifestyle experiences and affordable designer fashion with excellent customer care," said Mr Chen Cheong Fat, Managing Director of LOGO Fashion Centre Sdn Bhd.

Logo Fashion Lounge & Gallery

The flagship store covers a total area of 100,000 square feet, housing established labels from countries such as Italy, France, London and other international countries. A number of brands are exclusive to Malaysia, including Dsquared2, Just Cavalli, Maison Martin Margiela, MM6, Marc Jacobs (Men), Cerruti, Viktor & Rolf, Vivienne westwood and many more. The selling price of merchandise is approximately 50% cheaper than retail price, with additional discounts, promotions, private sales and closed-door events for LOGO members.

The store has been designed to ensure a mix and match of collections from various international brands with different price ranges, even from as low as RM 50.

The store's decor is inspired by a mixture of minimalist and modern concepts, combined with an innovative design with shades of white, grey and stainless steel.

"The direction of LOGO is that 'behind every LOGO is a designer'. Our merchandising displays, stocks and activities evolve every week with new themes, trends, fashion shows, expositions, live DJ sets and so on. It's an exciting place to be and to shop," said Daniel Beltsos, Fashion Director of LOGO.

Logo Fashion Lounge & Gallery

With over 500 international designer brands at discounted outlet prices The first floor of LOGO @ Evolve Concept Mall is for women's garments, leather goods, handbags, accessories, footwear and also girls' fashion. The second floor is dedicated to men's collections and boys' fashion. LOGO also offers exclusive space for personal shopping services.LOGO has also launched two concept stores: one at Gurney Paragon Mall, Penang, and a recently opened boutique at Freeport Outlet A'Famosa in Malacca.

LOGO's concept has been envisioned around the customer's happiness through the accessibility of quality international brands at discount outlet prices, opening up the chance for the local market to own designer wear as there is no need to travel to Europe: they can shop for some of the best brands here at cheaper prices.

Allowing fashionistas to shop from the comfort of their own home, e-commerce is also available at www.logo-my.com

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Logo Fashion Lounge & Gallery

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

"Biarpun Basah Kuyup, Hujan Lebat, Dia Tak Heran", Mat Motor ini Jadi Inspirasi Selepas Fotonya Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral

Apa yang akan anda lakukan sekiranya ternampak seseorang mengalami masalah atau terlibat dalam kemalangan di atas jalan raya?

Biasanya, akan ada dua jenis manusia apabila berlaku kemalangan di atas jalan raya iaitu jenis pemerhati (yang akan berhenti / memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar / mengambil 'iktibar' / ingin tahu apa yang berlaku ) dan sejenis lagi iaitu jenis yang merasa bertanggungjawab (orang yang dengan serta merta menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan).

Seorang mat motor baru-baru ini menjadi inspirasi dan diangkat sebagai hero di media sosial Twitter apabila fotonya menolong mangsa kemalangan di sebuah lebuh raya menghala ke KLIA menjadi viral.

Menurut kisah yang diceritakan oleh mangsa, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaikinya termasuk ke dalam satu lubang besar dan mat moto itu tiba-tiba muncul untuk membantu biarpun keadaan ketika itu hujan lebat.

Ikuti perkongsian penuh kisah terbabit.

Mamat ni lah yang tolong kami pagi tadi. Hampir excident langgar divider. Keta masuk lubang besar. Hujan lebat kan. Ayah tak bape nampak, aku pun memang tak nampak ape.  Tetiba lalu lah mamat ni, die otw nak pergi kerja, sanggup berhenti buka helmet, basah kuyup. Gadaikan masa. Hujan lebat pun dia tak heran.  Dia ajar ayah cara nak keluarkan keta dari lubang besar tu. Siapa yang jalan highway nak menghala ke KLIA dari sepang tu, hati2.  Alhamdulillah Allah selamatkan kami dalam hujan lebat. Kalau ayah tak termasuk dalam lubang besar tu, dah tentu kami dah langgar divider tu. Hujan terlalu lebat. 

Moral of story, mamat motor ni terbaik. Sanggup basah kuyup hujan, yang naik keta? hanya mampu hon-hon kami. Takpe, kami fikir positif. Janganlah pandang semua mat motor ni mat rempit yang tahu weng-weng je. Terima kasih bro. Semoga Allah lindungi selalu.

Kisah tersebut mendapat lebih dari 5,000 retweet dalam masa kurang dari sehari ia dimuat naik dan mendapat pelbagai reaksi positif dari pengguna Twiter. - Siakapkeli.my

Sumber : Faez Mansur

Read more ...

Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1

Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) yang dirjuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC.

"Tetapi saya juga berkata, mengapa DOJ tidak menamakannya dengan nama yang betul. Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan .... dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagaimanapun berpendapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dana pelabruran negara itu.

"Beliau telah bertanggungjawab, dengan melantik pasukan baru di 1MDB.

"Tetapi hanya kerana sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang mendesak supaya beliau mengosongkan kerusinya, beliau tidak seharusnya berbuat demikian. Itu adalah melampau," kata rahman yang juga adalah pengarah komunikasi strategik BN.

Adalah dipercayai bahawa Najib adalah MO1 tetapi kerajaan tidak pernah mengesahkan identiti itu sejak DOJ memfailkan tuntutan mahkamah pada 20 Julai lalu.

Rahman Dahlan berkata adalah bukan rahsia mengenai siapa MO1 tetapi beliau tidak menamakan individu berkenaan.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.

"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.

Pada 20 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi dana yang diselewengkan daripada 1MDB. Ia merancang untuk mengembalikan hasil penjualan aset berkenaan kepada Malaysia.

DOJ tidak menamakan "MO1" tetapi menyifatkannya sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$ 681 juta di akaun bank peribadinya.

Riza Aziz, anak tiri Najib dan Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan rapat dengan keluarga perdana menteri, juga dinamakan dalam saman DOJ itu.

Turut dinamakan adalah pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan daripada sebarang salah laku berhubung wang AS$ 681 juta itu atas alasan ia adalah "derma" dari keluarga diraja Arab Saudi. Namun bagi DOJ, wang itu berasal daripada 1MDB.

DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB dan sedang berusaha menyita AS$ 1 bilion aset yang didakwa dibeli menerusi wang yang dicuri itu.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Read more ...

RON95, RON97 turun 5 sen tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi September 2016 turun sebanyak 5 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *