Recent Post

Thursday, June 16, 2016

Saya Tidak Sindir Sesiapa, Cuma Teringat Kontroversi Dulu รข€“ Faye Kusairi

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi didakwa menyindir Elly Mazlein dalam muat naik terbaru beliau di Instagram.

Walaubagaimanapun, Faye menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan beliau menulis status tersebut kerana teringat kembali beberapa kontroversi yang melanda hidupnya. Ia juga sekadar peringatan untuk dirinya.

Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

Faye berharap perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana beliau sememangnya tidak pernah mempunyai niat sebegitu.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah.

Sebenarnya ramai yang hanya bertanya jika status itu berbaur sindiran ataupun tidak, bukan niat untuk mendakwa Faye Kusairi.  Jangan mudah melatah..

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Jenazah atase pertahanan selamat tiba di Melaka - Kosmo!

Jenazah atase pertahanan selamat tiba di Melaka

16/06/2016 12:43pm

MELAKA - Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Brig. Jen. Datuk Jalaludin Md. Yusof yang diterbangkan khas dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Jakarta, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini tepat jam 11.27 pagi tadi.

Pesawat yang membawa jenazah turut dinaiki isteri Allahyarham, Datin Sadaah Mohamad serta beberapa pegawai kanan tentera.

Ketibaan jenazah Allahyarham disambut ahli keluarga dan sahabat rapat yang berada di lapangan terbang.

Turut hadir memberi penghormatan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia dari Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah.

Allahyarham Jalaludin, 57, dilaporkan rebah ketika berjalan keluar dari dewan utama di kedutaan negara selepas majlis berbuka puasa anjuran kedutaan itu, lewat petang semalam.

Jenazah akan disolatkan di Masjid As Syuhada Kem Terendak, sebelum dijangka dikebumikan petang ini di kampung halamannya di tanah perkuburan Pusara Abadi Sungai Udang di sini. - K! ONLINE

Read more ...

Sinar FM Ajak Pendengar Sertai FREE MARKET SINAR Sabtu Ini

Tidak perlu membeli dan bukan untuk dijual! Segala barangan diberikan percuma kepada pengunjung yang hadir. Begitulah suasana Free Market Sinar yang bakal digambarkan, iaitu sebuah projek kolaborasi Sinar FM dan Kengkawan Project sempena bulan Ramadan ini.

Sekiranya anda ada barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik atau apa sahaja barangan keperluan harian yang ingin disumbangkan kepada mereka yang memerlukan, Sinar FM ingin mengajak pendengar untuk sertai mereka sempena projek Berikan Masa untuk Free Market Sinar!

FREE MARKET SINAR

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Sinar FM mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk mendaftarkan diri di laman web Sinar FM (www.sinar.fm ) untuk menjadi sebahagian penyumbang kepada sesiapa yang memerlukannya. Orang ramai juga dijemput hadir ke acara tersebut untuk mengambil barang-barang yang akan diberikan oleh peserta.

FREE MARKET SINAR

Penyampai-penyampai Sinar FM seperti, Shuib, Rahim, SY, Abby Fana, Feeya Iskandar, Jamal Jamaluddin dan ramai lagi akan berada di lokasi-lokasi Free Market Sinar. Sabtu lalu, mereka turut memberikan masa di lokasi pertama iaitu seawal jam 9 hingga 11 pagi bertempat di Taman Permainan Taman Muhibbah, Kajang.

Lokasi seterusnya, Free Market Sinar akan menemui orang ramai bertempat di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6 pada 18 Jun nanti. Ayuh! Semarakkan Ramadan ini dengan menyertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar anjuran Sinar FM dan Kengkawan Project.

Bagi yang berminat untuk sertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar, boleh la berdaftar maklumat- maklumat seperti nama penuh, nombor telefon, alamat,jenis sumbangan dan segala maklumat yang diperlukan melalui laman web Sinar FM.

FREE MARKET SINAR

FREE MARKET SINAR

FREE MARKET SINAR

FREE MARKET SINAR

FREE MARKET SINAR

FREE MARKET SINAR

Related

Komen via Facebook

Komen

— 19 Bacaan
Read more ...

Facebook Lancar Permainan Bola Sepak di Messenger, Ini Cara Bagaimana Nak 'Unlocknya'

Euro 2016 sudah pun bermula dan musim demam bola sudah pun bermula.

Tidak mahu terlepas dengas kemeriahan Euro2016, Facebook melancarkan permainan bola di aplikasi Messenger miliknya.

Namun, seperti permainan bola keranjangnya sebelum ini, pengguna perlu mengikuti beberapa langkah khas untuk 'unlock' permainan itu.

1 - Update Messenger 2 - Hantar emoji bola sepak kepada seorang rakan 3 - Tap pada emoji yang telah dihantar itu. 4 - Mula bermain

Bersedia untuk menghabiskan masa-masa terluang anda dengan permainan ini nanti.
Read more ...

PAS: Tiada tindakan terhadap Dr Rani

Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Dr Abdul Rani Osman yang hadir ke program anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) kelmarin, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, kehadiran calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar itu adalah atas kapasitinya selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dan bagi meraikan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kita sudah bincang sebelum itu, dan kita memang merasakan bahawa calon kita patut pergi (ke program) itu, sebab yang hadir adalah menteri besar dan kalau kita lihat menteri besar hadir kelmarin pun beliau tidak pakai baju parti," katanya dalam sidang media di markas induk parti itu di Simpang Lima, di Sungai Besar semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran Dr Abdul Rani ke program anjuran Amanah yang turut dihadiri Mohamed Azmin, kelmarin.

Pada program itu, Azmin menyatakan sokongannya kepada calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur untuk PRK itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan yang terbaik untuk Dr Abdul Rani.

Mengenai penyebaran mesej palsu menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan keputusan Dewan Ulamak PAS Selangor yang kononnya kecewa dengan tindakan Dr Abdul Rani itu, Iskandar berkata ia adalah tindakan terdesak pihak yang sengaja mahu mengeksploitasi isu tersebut.

- Bernama

Read more ...

Bayaran haji kekal RM9,980

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *