Recent Post

Thursday, May 12, 2016

Episod Ke 3 Nara TV รข€“ Bagus Sangat Ke Korang Kutuk Wajah Orang Lain?

Baiklah, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Abang Nara mencipta NaraTV. Sebenarnya diri ini adalah seorang yang kelakar dan suka membuat lawak. Namun menerusi tulisan, agak sukar untuk menterjemahkan lawak-lawak tersebut. Jadi setelah berfikir panjang, Abang Nara muncul dengan idea membuat rumusan apa yang terjadi di dalam dunia hiburan tanah air sepanjang minggu menerusi video secara bersahaja, lawak dan editing yang sempoi.

nara tv

Diharap korang semua akan terhibur. Untuk makluman, musim pertama ini akan ada 8 episod di mana setiap episod akan dimuatnaik pada hari Isnin kira-kira jam 11 pagi. Jangan lupa untuk subscribe NaraTV di YouTube untuk memastikan anda tidak ketinggalan video-video dari Abang Nara. Awal-awal ini biasalah banyak try and error. Jadi kalau ada komen, dipersilakan. Jom kita tengok episod ke 3 NaraTV minggu ini.

Selamat menonton. PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dua rakan sekampung cuba rasuah anggota polis dipenjara tiga hari - Kosmo!

Dua rakan sekampung cuba rasuah anggota polis dipenjara tiga hari

12/05/2016 11:23am

Dua rakan sekampung didakwa cuba beri suapan RM500 kepada anggota polis. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Dua rakan sekampung masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah cuba merasuah seorang anggota polis yang mahu menahan mereka pada dua tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin juga mengenakan denda RM10,000 terhadap Mohd. Fadlil Hasan, 24, dan Faizal Mohamad Fauzi yang menetap di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut.

Kedua-dua tertuduh gagal membayar denda tersebut sekali gus perlu menjalani hukuman tambahan iaitu penjara selama sebulan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama cuba memberi suapan wang tunai RM500 kepada Inspektor Azizan Aziz sebagai dorongan tidak menahan mereka atas kesalahan disyaki memiliki dadah di Kampung Limbungan, Besut pada pukul 12.30 tengah hari, 9 Mac 2014.

Mohd. Fadlil dan Faizal didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - K! ONLINE

Read more ...

Jom Travel: Apa Yang Menarik di Temple Tree Langkawi?

Di tengah-tengah pulau Langkawi berdekatan pantai Cenang, tersergam indah sebuah hotel unik yang kukuh bak sebuah kampung dari masa lampau Tanah Melayu pada zaman dahulu. Ia dikenali sebagai Temple Tree, dan terletak tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa Langkawi.

Hotel unik ini mengekalkan senibina dan seni reka yang penuh dengan unsur sejarah warga Tanah Melayu dahulu kala walaupun kini dilengkapi dengan kemudahan moden yang lain.

Dan apa yang paling berbeza tentang Temple Tree berbanding dengan hotel-hotel mewah lima bintang yang lain, hotel ini tidak menawarkan bilik atau suite biasa tetapi penginapan rumah kampung tradisional peribadi buat kesemua tetamunya!

zc

Lebih menarik lagi, rumah-rumah ini merupakan rumah-rumah asli lama yang dibawa dari seluruh Malaysia (rumah-rumah ini berusia di antara 70 hingga 110 tahun!)! Rumah-rumah yang cantik ini telah dibeli dari beberapa negeri berlainan dan dipasang semula di Langkawi semata-mata untuk dijadikan sebuah hotel berkonsep tradisional yang mewah.Di Temple Tree terdapat 12 bilik, 13 suite dan 8 buah villa. Villa boleh disewa secara keseluruhan atau boleh juga disewa secara berasingan dengan hanya memilih bilik sahaja.

Setiap rumah mempunyai nama serta konsep berlainan yang bergantung pada senibina rumah tersebut. Antaranya adalah Straits Club House, Chinese House, Penang House, Black and White House, Colonial House, Estate 5, Plantation House, Ipoh House dan Yellow House.

Buat mereka yang tidak pernah mengalami suasana kampung, hotel ini merupakan pilihan penginapan yang paling sesuai kerana persekitarannya yang persis kampung halaman tradisional. Benar-benar seperti kisah kampung Melayu zaman dahulu, setiap ceruk digubah indah dan perkhidmatan pekerjanya sama sekali tidak mengcewakan.

Selain itu terdapat juga dua kolam renang yang luas khas buat kegunaan para tamu. Bagi tujuan menjamu selera para pengunjung, terdapat Straits Club yang menyediakan makanan enak dan eksklusif buat para tamu. Sarapan setiap rumah akan dihantar pada malam sebelumnya di dalam sebuah bakul dan tamu boleh menikmatinya pada keesokan hari.

Dihiasi dengan kawasan taman kampung yang lapang dan indah, kesemua rumah-rumah lama di sekitar kawasan hotel ini persis rumah-rumah kampung dari buku sejarah yang pernah kita lihat. Ini juga masih kelihatan dalam senireka dalaman setiap bilik yang sangat ekslusif dan mewah.

Keanggunan setiap bilik dengan gaya perabot yang digunakan pada zaman dahulu membuat anda berasa seolah-olah anda kembali ke masa silam dan hidup di dalam buku-buku sejarah Melayud.

Jadi sekiranya anda menyenangi penginapan unik serta masih kaya dengan nilai-nilai sejarah tersendiri selain sedikit unsur kemewahan, singgahlah untuk bermalam di Temple Tree di Pulau Langkawi.

Pengalaman bermalam di sini sahaja sudah seperti mengunjungi sebuah tapak bersejarah atau sebuah rumah kampung zaman penjajahan dulu. Selain lokasinya yang sangat strategik, berdekatan dengan kebanyakan kawasan tumpuan dan pusat pelancongan Langkawi, ia juga menawarkan perkhidmatan sejajar dengan hotel-hotel masa kini!

Colonial 2-Bedroom 2

Colonial 4-Bathtub

Colonial 4-Living Room

Colonial House-Common Living Hall 1

Swimming Pool-Next to Straits Club

Suasana Kampung di Temple Tree Langkawioleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kemaluan Perogol di Indonesia Akan Dikasi, Ditanam Cip di Kaki

JAKARTA, 12 Mei: Perogol yang didapati bersalah di Indonesia kini bakal menghadapi penalti yang lebih berat -- dipotong kemaluan dan ditanam mikrocip di kaki setelah mereka habis menjalani hukuman penjaran.

Menteri penyelaran Indonesia bagi pembangunan dan budaya manusia Puan Maharani berkata kerajaan telah bersetuju dengan hukuman itu yang dicadangkan pada mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo semalam.

Menurut laporan media online, Puan Maharani berkata, penggunaan mikrocip bertujuan untuk pemantauan dan membolehkan masyarakat tahu mereka adalah bekas perogol.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Manusia, Yasonna Laoly berkata 'pembuangan' kemaluan itu akan dibuat secara chemical. - Siakapkeli.my

Sumber : therakyatpost

Read more ...

Spekulasi Amiruddin mungkin letak jawatan ketua pembangkang Kedah

Datuk Amiruddin Hamzah - ketua pembangkang di Kedah - telah meletakkan jawatan sebagai ketua PAS Kuala Kedah.

Amiruddin enggan memberikan sebarang sebab beliau meletakkan jawatan tersebut.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Amiruddin juga akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di negeri itu tidak lama lagi.

Dipercayai beliau tidak gembira dengan perkembangan terkini dalam PAS, yang baru-baru ini mengumumkan pemecatan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa kerana mengkritik parti itu secara terbuka.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau meletak jawatan ketua PAS Kuala Kedah kerana kes Husam, Amiruddin hanya berkata: "Tidak".

Ditanya sama ada beliau juga akan meletak melepaskan jawatan ketua pembangkang di negeri itu, Amiruddin menjawab: "Sila rujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan."

Dalam satu kenyataan ringkas, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata parti itu mengambil maklum keputusan Amiruddin untuk meletak jawatan itu.

Ahmad mendakwa, ADUN Anak Bukit ituakan kekal sebagai ketua pembangkang di negeri itu, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2013, selepas BN berjaya menawan semula negeri itu daripada PAS.

Ahmad berkata Amiruddin juga akan terus kekal sebagai pengerusi Kompleks Pembangunan PAS Kedah.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *