Recent Post

Wednesday, August 12, 2015

Watak ‘ Anonymous Malaysia ‘ Di Dalam Video Adalah Seorang Wanita?

Satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia memuatnaikkan sebuah video berdurasi 8 minit untuk Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia dengan mesej meminta Perdana Menteri, Najib Razak untuk berundur.

Jika diamati secara halus, identiti watak Anynomous didalam video ini seperti seorang wanita tetapi memakai topeng Guy Fawkes dengan pakaian ala Grim Reaper dan menggunakan suara auto-tune. Jika pembaca menonton video dibawah, watak didalam video ini memiliki bentuk tubuh dan jari jemari tangan yang halus, bahasa tubuh, liang liuk dan lentoknya seperti wanita.

Bunyinya kedengaran lucu, tetapi itulah pengamatan penulis apabila menonton video dibawah ini :

Buat kamu yang kurang jelas dengan tuturan didalam video diatas, antara mesej yang jelas di dalam video ini ialah :

1.Anonymous akan melancarkan peperangan internet terhadap Kerajaan Malaysia, yang merupakan serangan internet terbesar dalam sejarah Malaysia pada 30 Ogos 2015 selama 48 jam.

2. Meminta Najib untuk berundur

3. Menarik semula waran tangkap untuk editor Sarawak Report

4. pembunuhan Altantuya Shaariibuu

5. 1MDB

6.  Pemindahan dana ke dalam akaun peribadi Najib

7. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

8. Konspirasi disebalik MH370

9. Kecewa dengan Najib Razak dan minta supaya beliau berundur.

Antara laman web yang akan menjadi sasaran Anonymous Malaysia termasuklah laman web 1MDB, Najib Razak, SPRM, PDRM dan 150 laman web yang lain lagi yang berkaitan dengan kerajaan.

Read more ...

Apa Sudah Jadi? Gadis Berbaju Kurung Syok Isap Vape

ENTAH bermula sejak bila, tiba-tiba rokok vape (vaporizer) menjadi satu fenomena dan kegilaan ramai sehingga kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat di mana-mana.

Barangkali, ramai yang memuji rokok vape ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok biasa. Namun, sejauh mana manfaat rokok jenis elektonik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya.

Peliknya, gara-gara persepsi dan anggapan bahawa alat ini 'selamat' untuk digunakan, ramai anak gadis berani turut serta merasai sendiri kenikmatan menghisap rokok vape.

Lebih kronik, jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar ditemui, kini mereka tanpa segan silu dan tiada perasaan malu untuk menghembuskan asap rokok vape dikhalayak ramai.

Malah, ada juga gadis yang bangga berkongsi gambar selfie sambil menghisap rokok vape seolah-olah bangga dengan aksinya yang disifatkan cool.

Buktinya, lihat aksi tidak tahu malu beberapa gadis Melayu yang sama-sama 'berjemaah' menghasilkan hembusan kepulan asap tebal menggunakan rokok vape.

unnamedTak pasal-pasal aksi mereka itu menerima kritikan dan tohmahan seantero Malaysia selepas berkongsi gambar tersebut menerusi laman sosial lalu tersebar luas menjadi viral.

Alahai, elok-elok manis mengenakan baju kurung dan bertudung litup, habis hilang semua elemen kesantunan dan kesopanan.

Malah, para lelaki sendiri termasuk penghisap rokok tegar mengakui tidak suka melihat gadis yang merokok kerana berpendapat gadis seperti ini bagaikan tiada tarikan.

Bila tersebar hal-hal seperti ini, sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej wanita Melayu yang cukup terkenal adab sopannya.

Apa pun, semoga kisah viral 'gadis-gadis vape' ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mengikut jejak langkah yang memalukan seperti ini.

– MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

Read more ...

hukuman 20 tahun kerana 2x mer0g0l nenek sebab berkemban

Seremban: Bapa kepada seorang anak dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang nenek berusia 61 tahun, tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman selepas mendengar rayuan tertuduh Muhammad Firdaus Muniandy Abdullah, 39, yang juga pemungut sampah selain mengambil kira pengakuan dibuat.

Muhammad Firdaus yang juga mualaf sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang tukang cuci warga emas di bilik sewa wanita terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol wanita terbabit dalam sebuah bilik di Jalan Rasah, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi pada 10 Disember 2014.

Berikutan kesalahan itu, Muhammad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh tinggal bersebelahan ketika itu hanya bertuala sebelum menolak pintu bilik mangsa.

Tertuduh menolak mangsa hingga terjatuh. Mangsa menjerit meminta bantuan, namun ditampar sebelum melakukan perbuatan kejinya.

Selepas kejadian itu, tertuduh kembali ke biliknya sebelum mangsa membuat laporan dan sepasukan polis menahan tertuduh di bilik sewanya.

Read more ...

[VIDEO] Ngeri !!! Video Kemalangan Seorang Jururawat Maut Terperosok Di Bawah Bas

Kuala Lumpur: Seorang jururawat yang menaiki motosikal bersama suaminya maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuh mangsa terperosok di bawah sebuah bas persiaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam, mangsa, Nurul Ashikin Ahmad,33, dan suaminya, Qamarul Hazimin Ramlan,29, terbabit kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Difahamkan kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang pasangan itu terjatuh sebelum dilanggar bas persiaran yang berada di belakang mangsa.

Rakaman Video:

Rakaman kemalangan ngeri seorang jururawat maut terperosok di bawah basBerita Penuh : http://bit.ly/1h4jOyY Posted by Berita Malaysia Kini on Tuesday, July 28, 2015

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu menarik keluar kedua-dua mangsa yang tersepit di bawah bas itu.

Bagaimanapun Nurul Ashikin disahkan maut manakala suaminya yang bertugas sebagai seorang tentera mengalami kecederaan parah.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu menarik keluar kedua-dua mangsa 
Read more ...

LUAHAN ANAK DIDIE ALIAS SETELAH BERGELAR ISTERI BUAT RAMAI SEBAK

Anak sulung kepada pelakon dan pelawak Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, 22, baru-baru ini telah memuat naik gambar dan kapsyen di Instagram.

Kapsyen yang ditulis Niya ini sangat menyentuh hati dan sesiapa yang membacanya pasti berasa sebak.

Untuk info, Niya telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik pada 8 Ogos lalu.

Klik gambar untuk size besar

"This one for you mummy. To be honest kakak type caption ni sambil meleleh leleh air hingus air mata.

"Sebak rasanya nk type ni..

"Tulang belakang kakak dr umur kakak 0 tahun sampai lah 22 tahun. Kakak tak pernah jauh dari mamy, org selalu cakap kakak PA mamy sbb asyik berkepit pergi mana man a. Sampai adik adik pun cakap anak manja sbb tak pernah duduk asrama asyik dkt rumah je. Sekolah dkt dgn rmh, sampai lah dah college pun dekat dgn rmh tak boleh duduk jauh.

"Kalau kakak demam, mamy jelah yg akan melayan kakak hantar pergi klinik. Haha demam sikit je pdhl (ni pun adik adik sakit hati je). Kalau shopping pun, "asyik kakak je dpt barang" kata suara org jealous dkt rumah. Punya lah malas nk pergi saloon, mamy jugak yg potong kan rambut. Sampai lah hari sebelum nk nikah, mamy pun cakap "aik nk kahwin dah pun asyik mi mi mi je"

"Mamy dah berkerja keras nk besarkan kakak dgn adik adik sorang sorang sampai kita kena tidur dalam satu bilik 6 beranak. Tapi sikit pun kiteorg tak merungut. Sampai tahap skrg org selalu ingat mam y dah senang.. mamy senang pun, senang utk anak anak.

"Mamy tak pernah nk tanya kakak psl kerja sekolah ke, homework ke, belajar ke.. mamy tak pernah paksa. Tapi kakak buat semua tu tanpa paksaan sbb nk balas balik budi mamy sampai lah skrg baru kakak terasa pandai sikit. Boleh lah kakak bagi segulung diploma & sijil sijil kecemerlangan akademik.

"Kakak mmg taknak orang lain yg jadi wedding planner kakak sbb kakak percaya mamy boleh buat sorg sorg. Dr dulu lagi mamy dah bergerak solo. Nasib baik ada aunty enot banyak tolong teman mamy sana sini utk make sure mamy tak buat keje sorg sorg smp demam satu hari terbaring je. Thank you mamy, thank you :'))))) Alhamdulillah.. Habis dah tanggungjawab mamy dkt kakak. Skrg kakak kena taat d kt iman pulak mcm mana kakak taat dkt mamy selama ni.

"Thank you mamy, majlis nikah & sanding semua berjalan dgn lancar. Kakak happy sgt bila mamy happy. Kakak pun sedih bila mamy sedih. (Yg lain lain kakak sambung nnti, dah panjang sgt kalau nk type hihi)

"Malam td baru terasa jauh sgt dgn mamy, kesian iman kena pujuk anak mamy ni. Nnti kakak hadiahkan mamy cucu eh? he he h," luah Niya.

Kredit foto: Teddyfilm.co

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

DJ radio ‘ghaib’ cari siput

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Kapar: "Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni," itu antara mesej sempat dihantar seorang penyampai radio, Azhar Muhammad, 45, kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp sebelum hilang di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan itu untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berhampiran.

Bagaimanapun mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam selepas turut sempat menghubungi isterinya dan memberitahu akan pulang tidak lama lagi.

Rakan baik mangsa, Ahmad Ridzwan Yahya, 35, berkata, mangsa dipercayai menghantar mesej itu selepas tersesat di kawasan hutan bakau itu.

"Mangsa juga sempat menghantar pesanan "sebelum bateri telefon bimbit ini habis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan ini".

Read more ...

Fokus kerajaan kini untuk pastikan ekonomi negara bertambah baik - Salleh

KUALA LUMPUR: Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak. 

"Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain," katanya.

Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini hari ini.

Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.

Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya. 

Menyentuh mengenai Penolong Pengarang Utusan Ku Seman Ku Hussain yang mencabar Salleh dan Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu RM2.6 bilion, Salleh berkata biar pembaca yang menilai kebenarannya.

"Mungkin kita ada pendapat yang berbeza, beliau melihat dari perspektif (tertentu) manakala saya melihat dari sudut yang berdasarkan fakta," katanya.

Read more ...

'Lebih 100 Lelaki Telah Melanggan Saya'

KELANTAN - Seorang gadis berusia 21, sanggup menjual dirinya demi menyara kehidupan selepas terlanjur bersama teman lelaki dan dihalau oleh keluarganya. Gadis yang hanya ingin dikenali dengan nama Sa itu berasal dari Bachok berkata, dia terpaksa melakukan pekerjaan terkutuk itu setelah dijual kepada bapa ayam oleh rakan lelakinya yang dikenalinya. Menurut Sa, pada awalnya dia memang mencari pekerjaan setelah dihalau keluar dari rumah kerana bergaduh dengan adik beradik.  "Saya telah berhenti sekolah sejak darjah enam. Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan saya adalah anak kelapan dari sembilan beradik. Kehidupan yang susah memaksa kami mencari kerja sendiri demi sesuap nasi," katanya ketika ditembual pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Penjara Pengkalan Chepa, baru-baru ini. Jelas Sa, dia teruja apabila dimaklumkan oleh rakan lelakinya itu bahawa ada perkerjaan yang sedang menantinya di Kota Bharu. Namun dia tidak tahu bahawa dirinya bakal dipergunakan oleh lelaki hidung belang untuk mendapatkan wang. Sudah terlajak dan tidak dapat berpatah balik, Sa telah diserahkan kepada seorang lelaki 'Bapa Ayam' dan dari situ bermulalah kehidupannya sebagai kupu-kupu malam yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang diperolehi dari lelaki-lekaki yang membayar perkhidmatannya. "Nampak mudah, saya hanya perlu melayan lelaki yang mahukan perkhidmatan saya. Apabila selesai, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan. Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya dapat RM400 hingga RM500. Bayaran akan berganda apabila tibanya musim perayaan. "Saya tidak mampu lari dari terus melakukan kerja itu sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki yang berusia 20 tahun di dalam sebuah rumah pada empat bulan yang lalu. Di atas kesalahan itu, saya dipenjarakan," katanya. Sa turut terkejut apabila dia disahkan positif HIV setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan ke atas dirinya.  "Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama. "Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Tanding p'raya, GHB masih berteka-teki

Gerakan Harapan Baru (GHB) masih lagi berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS.

Bagaimanapun, menurut Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara berhubung meletakkan calon pilihan raya masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini. 

Katanya, keputusan untuk meletakkan calon di sesebuah kawasan memerlukan perbincangan dari segi teknikal daripada semua parti pembangkang.

Ia bagi memastikan asas utama gerakan itu bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mengalahkan BN dan bukan parti pembangkang yang lain, kata Mujahid.

Justeru itu, pengerusi penaja GHB Pulau Pinang itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk memastikan bahawa di sesebuah kawasan yang ditandingi tidak akan menguntungkan BN.

"Secara umumnya, dalam konteks pilihan raya, perkara itu perlu perbincangan dan persefahaman. Yang asasnya kita berdepan dengan BN. Bukan dengan PAS, PKR, DAP.

"Strateginya pe rlu dijadikan asas. Selagi menguntungkan BN, sudah tentu tak mahu ia berlaku. Tetapi ada juga keadaan kalau tak masuk (bertanding) akan untungkan BN.

"Itu adalah isu teknikal. Saya rasa belum ada asas lagi (untuk berbincang sama ada meletakkan calon atau tidak), Yang penting kena pastikan apa yang berlaku tak akan untungkan BN," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya negeri tersebut dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN.

Exco Selangor itu juga berkata, sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda politik mereka, gerakan itu perlu fokus menarik pengundi BN dan atas pagar.

GHB Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

Selain itu, ketika ditanya tidakkah GHB bimbang sekiranya berlaku pemecahan undi jika meletakkan calonnya, bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata perkara itu akan cuba dielakkan.

Ia bagaimanapun terpulang kepada hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu DAP dan PKR, katanya.

"(Pecah undi) pasti akan berlaku. Tetapi perlu lihat juga ruang-ruang lain supaya tak ada pertembungan. Kita juga terikat dengan DAP, PKR. Semua itu perlu ambil kira. Kita tak mahu keuntungan akan beri kemenangan pada BN dan pada masa sama, tak mahu pecahkan undi Pakatan. Perlu ada keseimbangan," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan GHB untuk menjadi sebuah parti politik, ahli parlimen Parit Buntar itu berkata, pada waktu ini, pihaknya mempunyai dua pilihan.

Selain daripada m endaftar sebagai sebuah parti baru, GHB juga akan cuba mengambil alih parti politik sedia ada, selain menggunakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

"Kita ada dua pilihan. Sama ada daftar parti baru yang pernah dibuat sebuah parti sebelum ini dan memakan masa dua tahun. Satu lagi pilihan yang pernah juga dibuat oleh PKR ialah mengambil parti yang sedia ada dan tukar perlembagaan mereka dan dibuat sebagai parti baru. Itu saya rasa lagi mudah.

"Itu pilihan yang kita ada. Kita akan guna dua-dua. Dari sudut parti mana itu, kita memang ada banyak pilihan. Walaupun ada yang kata parti KITA, itu hanyalah sebahagian dan salah satu pilihan. Ada parti lain juga yang berada dalam radar kita.

Read more ...

Agencies told to beef up cyber security against threat from Anonymous

Published: 12 August 2015 7:34 AM

A recent video circulating online shows the Anonymous hacker group making threats about hacking into key agencies in Malaysia. – YouTube screenshot pic, August 12, 2015.A recent video circulating online shows the Anonymous hacker group making threats about hacking into key agencies in Malaysia. – YouTube screenshot pic, August 12, 2015.All entities under the Critical National Information Infrastructure (CNII) have been urged to beef up cyber security to protect themselves against hackers.

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Wilfred Madius Tangau in a statement yesterday said the step was necessary in the wake of the Anonymous hacker group making threats about hacking into the systems of these entities.

"As the ministry responsible for ensuring Malaysia's cyberspace is secure against cyber threats, Mosti (Ministry of Science, Technology and Innovation) through CyberSecurity Malaysia and Mimos Berhad (Mimos) is continuing to take proactive measures in combating cyber threats," he said.

CyberSecurity Malaysia provides technical support to 10 sectors under the CNII, namely defence and security; finance and banking; information and communication; energy; water; transportation; health; food and agriculture; government services and emergency services, as contained in the National Cyber Security Policy.

Mimos as an ICT research and development agency also develops advanced technology to protect IT infrastructure in organisations to ward off cyber attacks and also tracks movement of leaked sensitive documents or information in cyber space.

Members of the public are urged to report incidents of cyber attacks to the relevant authorities or Pusat Bantuan Cyber999 via e-mail to cyber999@cybersecurity.my. – Bernama, August 12, 2015.

Read more ...

Kesan penyusutan ringgit terhadap ekonomi masih boleh diurus - RHB Research

KUALA LUMPUR: Penyusutan ringgit belum memasuki tahap kejatuhan di luar kawal dan kesannya terhadap ekonomi dijangka boleh diurus, menurut RHB Research.

Menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini, walaupun penyusutan ringgit ketara sebanyak 19.7 peratus bagi tempoh 12 bulan namun, rizab pertukaran asing negara masih memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh setakat akhir Julai 2015.

Menurutnya, paras berkenaan masih dianggap tinggi oleh piawaian antarabangsa iaitu tiga hingga empat bulan import tertangguh, dan berbanding 2.6 hingga 4.3 bulan yang dicatatkan semasa tempoh krisis 1997-98.

"Perbezaan penting antara pada masa ini dan krisis 1997-98 adalah peraturan yang mengawal selia ringgit berubah secara ketara, pendekatan membenarkan pembelian berskala besar mata wang tempatan telah dihentikan.

"Ini disebabkan pengenaan kawalan modal terpilih (dimansuhkan pada 2003) dan pelaksanaan mekanisme kawalan pertukaran asing yang dikendalikan oleh Bank Negara," kata RHB Research.

Dari aspek hutang dalam ekonomi, firma itu menyatakan hutang korporat kekal stabil namun, hutang isi rumah dan kerajaan telah meningkat.

"Pinjaman isi rumah adalah tinggi dan adalah jaringan yang paling lemah namun tidak berkemungkinan berubah kepada krisis perbankan, kecuali jika terdapat pemberhentian pekerja secara besar-besaran dalam ekonomi yang kita tidak menjangka berlaku," menurutnya.

Tambahnya, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pengembangan pasaran bon korporat mata wang tempatan.

"Selepas krisis kewangan Asia, pembiayaan korporat telah menjadi lebih sama rata antara bank domestik dan pasaran modal," menurut RHB Research.

- BERNAMA

Read more ...

'Memang Saya Bodoh Upload Gambar Itu Tetapi Fizz Fairuz Berbohong!' - Fara

KUALA LUMPUR - Kecewa dengan penafian pelakon, Fizz Fairuz, suami kepada Almy Nadia, kononnya tidak mengenali dirinya, sekali lagi Fara Mendoza tampil bersuara menafikan pembohongan artis itu. Berkata kepada Berita Harian, Fara menjelaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh bahawa lelaki itu mengenali dirinya berdasarkan bukti perbualan mereka di WeChat. "Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya? Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar? "Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tidak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tidak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat sehingga menjadi besar sebegini.  "Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu dia (Fizz) agar jangan menganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. "Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Panas!! Hanya Kerana Sticker “Dot Dot Dot” Perempuan Ini Disoal Siasat POLIS.

Panas!! Hanya Kerana Sticker "Dot Dot Dot" Perempuan Ini Disoal Siasat POLIS….

Untitled

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Inilah HASRAT Rita Rudaini Terhadap Anak Lelakinya... Inilah PUNCA UTAMA Brunei Tak Nak Join Malaysia Ya... Inilah KATA-KATA Nasihat Alvin Tan TERKINI Yang Ba... Inilah SURAT Seorang Wanita Kepada Ziela Jalil Ber... Seorang Lelaki Menaiki MAS Dari London Ke KL&#8230... Terkini.. Inilah Komen PEDAS Nur Jazlan Yang Telah... 15 GAMBAR… PUNCA SEBENAR Pergaduhan Besar Be... STATUS Terkini Amran Fans Ini Bakal Buat Ramai Tep... AWAS!! Bagi Pasangan Yang SUKA Berkongsi KEBAHAGIA... Akibat Memalsukan Dokumen Untuk FITNAH 1MDB…... Terkini… Selepas DS Rosmah… Inilah KATA-KATA... Inilah RESPON MENGEJUTKAN Dari Nabil Ahmad Selepas...

Tags: , , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *