Recent Post

Wednesday, July 27, 2016

(VIDEO) Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin & Amyra Rosli

Tanggal 22 Julai lepas merupakan detik cukup bermakna buat pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bertunang didalam satu majlis tertutup berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati.

Tidak banyak foto pertunangan mereka  dikongsikan kepada umum  tetapi terbaru menerusi akaun Instagram Amar, beliau ada memuat naik video sekitar majlis pertunangan beliau dan Amyra.

Video hasil kerja Autkaz Film memperlihatkan keindahan serta kemeriahan majlis pertunangan pasangan selebriti yang cukup popular ini

Khas buat peminat Amar dan Amyra berikut kami sertakan video sekitar majlis pertunangan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit video : Autkaz Film

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Ketua Polis Negara minta senarai ' gangguan' terh... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 26 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Sini 'tembak' sana..sana 'tembak' sini.

Malah semasa zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu Tun Dr Mahathir Mohamad kena lanyak cukup sakan oleh puak pembangkang dan sewaktu dengannya.

Tentu semua ingat gelaran paling top terhadapnya waktu itu ialah 'Mahafiraun' dan ' Mahazalim'.

Juga demonstrasi segala macam tak habis-habis di serata pelusuk negara.

Jadi apa sangat ' gangguan' yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri  sekarang hingga menggangu kehidupan keluarga dan sahabat handainya sekarang?

Ini dakwanya untuk menutup mulutnya dari mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasal 1MDB

Antaranya yang beliau sebut masa sidang akhbar di Jakarta baru-baru ini dan dilapor oleh akhbar The Straits Times Singapura ialah konon pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri  'melawat' keluarga dan sahabat handainya.

Sebelum ini paling tidak Dr Mahathir menerima kunjung polis untuk dapatkan keterangan beliau.

Itupun kerana beliau membuat tuduhan terbuka yang berbau hasutan dan sebagainya.

Bukan Dr Mahathir saja…siapa saja yang membuat kenyataan atau tindak tanduk yang dirasai salah diambil keterangan polis.

Bayangkan semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar misalnya beliau membuat dakwaan tidak masuk akal langsung gelar Najib sebagai  'Idi Amin Malaysia'.

Malaysia bukan police state macam disesetengah negara dimana polis dan tentera berkawal sekat sana sini.

Semua orang bebas ke mana saja.Lihat sekeliling suasananya terus aman damai dari dulu sampai sekarang.

Apa lagi…apakah soal pembiayaan kecil kerajaan pada Yayasan Kepimpinan Perdana yang ditarik balik boleh dikira satu 'gangguan'.

Juga pasal jawatan Pengerusi Petronas dan Proton.

Ada sesiapa ingat semasa Anwar menentang dan mempertikai beliau dulu,bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus dilayan istimewa dan pegang macam-macam jawatan dalam kerajaan?

Hakikatnya beliau sudah seberang jambatan dan kini duduk dengan pembangkang dan kaki hentam kerajaan serta mahu kerajaan BN tersungkur kalah.

Secara keseluruhan apakah Dr Mahathir tidak bebas bergerak sana sini,adakan ceramah,sidang akhbar segala macam.

Bukankah beliau boleh terus bercakap… dan bercakap serta menuduh apa saja termasuk minta negara luar malukan Perdana Menteri kerana isu 1MDB.

Semua orang tahu anak-anak beliau berniaga besar dan kaya raya.

Atas sebab itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya mengenai dakwaan ' gangguan' itu pada sidang akhbar selepas satu majlis Selasa meminta  wartawan bertanya balik pada Dr Mahathir apa jenis ' gangguan' dihadapinya.

Selepas dapat senarai ' gangguan' itu beliau minta mereka datang serah padanya.

Kata Khalid beliau tidak sedar langsung ada 'gangguan' seperti didakwa oleh Dr Mahathir  itu.- 26/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey รข€“ Filem NERVE

Budiey dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem thriller yang mendebarkan yang diadaptasi dari sebuah novel berjudul NERVE lakonan Emma Roberts, Juliette Lewis, Dave Franco, Emily Meade, Samira Wiley, Kimiko Glenn dan ramai lagi.

Kami mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Poster NERVE

Kalau nak tahu, filem arahan Ariel Schulman ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 11 Ogos 2016. Jadi, jangan berlengah lagi ya untuk menonton filem ini nanti. Skrip ditulis oleh Jessica Sharzer, filem NERVE diproduksi oleh LionsgateJadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh gelak ketawa ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer NERVE yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda meniti detik cemas dan pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem NERVE

Nerve, adalah sebuah permainan online yang menyiarkan secara langsung sebuah permainan anonim dan dapat dilihat oleh semua orang, semacam reality show. Vee terpilih menjadi salah satu pemain dalam game itu, dan dia menemukan bahwa permainan itu mengetahui dirinya.

Para gamer kemudian menggoda Vee dengan hadiah yang diambil dari laman ThisIsMe, dan memberikan godaan lain yakni memberikannya pasangan seorang pria keren bernama Ian. Awal yang sangat menggairahkan, para pendukung Vee dan Ian mulai menaburkan tawaran taruhan yang lebih tinggi.

Namun game itu justru berjalan tidak seperti yang mereka harapkan setelah kedua gamer itu memutar memasuki sebuah lokasi rahasia bersama dengan lima gamer lain dalam mencapai Grand Prize (hadiah utama). Mendadak, mereka berada dalam dilema, antara bermain total atau tidak sama sekali, dan masalahnya nyawa mereka jadi taruhannya.

Apakah Vee akan tetap ikut dalam permainan ini atau meninggalkan Nerve demi keselamatannya? 

Pada dasarnya Vee bukanlah orang yang berani mengambil risiko, biasanya teman-temannya yang lebih berani darinya, namun suatu hari Vee memutuskan untuk keluar dari kebiasaannya dan mengikuti permainan Nerve. Dia sudah diingatkan untuk tidak lagi mengikuti game itu, namun tawaran hadiah menggoda itu membuat Vee tak kuasa menolak. Dia ikut lagi dan ikut lagi, demikian dengan tawaran hadiah yang semakin menarik saja. 

Peraduan Tayangan Premiere Filem NERVE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 50 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:9 Ogos 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:8.00 malam

Tayangan Filem:9.00 malam

Tempat:TGV Cinemas Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere NERVE – Budiey.com di TGV Cinemas Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #NerveMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #NerveMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem NERVE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere NERVE – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere NERVE

Tarikh tutup peraduan:

8 Ogos 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 11 Ogos 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

NERVE

NERVE

NERVE

NERVE

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Ahli Perniagaan Terkedu Kereta Lamborghini RM800,000 Dibawa Lari

Serdang, 27 Julai: Seorang ahli perniagaan terkedu apabila kereta mewah model Lamborghini yang berharga RM800,000 dilarikan oleh tiga penjenayah yang bersenjatakan parang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, 31, berkata dia dirompak oleh pnejenayah-penjenayah itu ketika memandu bersendirian di Jalan Wawasan, Puchong di sini.

Harian Metro melaporkan sumber berkata, mangsa dieekori oleh suspek yang memandu kereta mewah model BMW.

Menurutnya juga, suspek berpura-pura melanggar Lamborghini mangsa sehingga menyebabkan mangsa berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan yang dialami.

"Salah seorang suspek kemudian keluar dari kenderaannya dan 'berlakon' berbincang dengan mangsa berhubung kerosakan kereta 'sport' itu.", kata sumber itu.

TMO pula melaporkan Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alis berkata salah seorang suspek bercakap dengan mangsa dan mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar kerosakan.

Dua lagi suspek kemudian keluar dari BMW itu dengan parang ketika mangsa mengambil foto kedua-dua kereta itu.

Mangsa kemudian melarikan diri apabila diancam oleh suspek sebelum mereka melarikan kereta Lamborghini milik mangsa. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian MetroTMO

Read more ...

Timbalan IGP disebut ambil alih jawatan ketua p'jaya SPRM

Timbalan Ketua Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim disebut-sebut dinamakan sebagai pengganti Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang bersara pada bulan Ogos.

Kerajaan sedang mencari pengganti itu berikutan keputusan Abu Kassim untuk bersara awal, lapor akhbar berbahasa Cina Oriental Daily yang memetik sumber.

Tawaran itu dikatakan dibuat ketika Noor Rashid dalam lawatan rasmi ke London bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak terus menerima tawaran itu kerana mahu lebih masa untuk mempertimbangkan, lapor akhbar itu lagi.

[Baca berita penuh] 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *