Recent Post

Sunday, September 04, 2016

Syamsul Menang Atas Usahanya Sendiri รข€“ Datuk Yusof Haslam

Sejak dari awal lagi, pencalonan filem Munafik di FFM 28 telah dihimpit pelbagai kontroversi. Semalam, filem itu menang besar didalam FFM 28 kerana berjaya mengungguli  kategori utama iaitu Filem Terbaik Nasional dan lima lagi kategori lain.

Oleh itu, masih ada lagi beberapa pihak mencetuskan spekulasi kononnya kemenangan Syamsul itu adalah kerana pengaruh bapanya.

Menjawab tuduhan liar berkenaan, Datuk Yusof Haslam memberitahu setiap anugerah yang diterima oleh filem Munafik tidak ada kena mengena dengan dirinya. Menurut Yusof beliau tidak terlibat dengan sebarang proses penilaian untuk FFM 28.

Saya tidak terlibat dengan proses penilaian dan sebenarnya saya sendiri baru diberitahu siapa barisan juri yang mengadili semua filem yang dipertandingkan.

Perkara tentang pertikaian ini bukan perkara baru dan Syamsul sendiri kecewa bila terlalu banyak tomahan dan pertikaian yang datang dari orang industri sendiri.

Pada masa yang sama, Yusof menegaskan beliau tidak ingin ambil peduli lagi dengan kritikan dan pertikaian orang ramai kerana ia langsung tidak membantu untuk meningkatkan lagi kemajuan filem negara.

Orang yang kritik filem saya itu sendiri tidak menunjukkan kemajuan dan hanya bersuara apabila ada penganjuran festival-festival begini.

Mereka tidak sedar perkara utama bukanlah tentang kemenangan tetapi bagaimana untuk meraih penonton datang menonton di pawagam.  Saya bersyukur filem-filem kami mengutamakan nilai kormersial dan kemenangan ini hanya satu bonus sahaja.

Syamsul menerusi filem Munafik juga berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik. Karya itu juga memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Semua pihak perlu bekerjasama kawal wabak - Berita Harian

KAKITANGAN Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Mohd Ramzan Azizi Mohd Amin (kiri) dan A Genasan (kanan), membuat pemeriksaan kawasan pembiakan nyamuk di sekitar perumahan Taman Botanik berikutan seorang penduduk disahkan mendapat virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura. - Foto Faiz Anuar

ZIKA adalah contoh penyakit penularan merentasi sempadan yang mampu disebarkan secara cepat melalui infeksi vektor nyamuk aedes seperti juga demam denggi yang berlaku di negara kita. Penyakit ini mula tersebar dari Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lain termasuk jangkaan empat juta penduduk di Amerika bakal dijangkiti hingga akhir 2016, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Justeru, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga sudah mengeluarkan senarai negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutama Caribbean dan Amerika Latin.

Pihak Kementerian Kesihatan kita juga sudah menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan. Tindakan ini selaras dengan kenyataan WHO bahawa virus ini mampu merebak secara cepat jika tidak dilakukan pencegahan awal. Daripada laporan negara yang telah terjangkit, virus zika boleh menyebabkan ibu hamil melahirkan anak dengan kepala kecil (microcephaly) serta memiliki kelainan kepala sehingga perkembangan otaknya terganggu.

Mereka yang terkena jangkitan pula akan mengalami gejala seperti demam, jangkitan kulit, sakit sendi serta infeksi pada mata (conjunctivitis) selama beberapa hari atau minggu.

Kes pertama

Maklumat terkini Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenal pasti dijangkiti virus zika selepas pulang melawat anaknya di Singapura, menjadi kes pertama wabak itu di Malaysia. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan daripada 115 kes, 57 ialah warga asing sehingga tarikh 31 Ogos lalu. Separuh daripada kes jangkitan zika di Singapura membabitkan warga asing yang menetap atau bekerja di negara itu dengan enam daripadanya rakyat Malaysia.

Langkah kawalan yang boleh dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan aedes, membasmi larva nyamuk dan semburan kabus racun serangga selain mereka yang mempunyai hubungan terdekat dengan pesakit, diperiksa serta dipantau sama ada mengalami demam atau simptom zika yang lain.

Begitu juga nasihat perjalanan terhadap rakyat harus dilakukan kerana kes pertama zika yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura. Selain itu, peranan setiap individu dan masyarakat perlu ditingkatkan dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes yang menjadi vektor pembawa penyakit zika. Nyamuk aedes juga vektor utama untuk penyakit seperti denggi dan chikungunya yang sangat mudah dijangkiti oleh orang ramai.

Edar risalah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah, juga telah mengarahkan pihak kementerian untuk mengedarkan risalah mengenai pencegahan jangkitan zika di dua pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura. Kawalan melalui pintu masuk ke negara jiran ini sebagai langkah awal dan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia serta warga asing yang masuk ke negara kita. Langkah kesiapsiagaan pemantauan itu termasuk menyediakan kumpulan paramedik di pintu masuk bagi menguruskan perkara selanjutnya jika terdapat pelawat yang menunjukkan tanda jangkitan. Beliau menegaskan sejak Februari lalu, kementerian juga mempergiatkan pemantauan serta langkah pencegahan dan kawalan vektor di semua pintu masuk antarabangsa bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali dari negara yang mempunyai jangkitan virus Zika.

Langkah kawalan ini termasuklah pemantauan di pintu masuk jalan darat dari negara jiran. Bagi pelawat yang tiba dari negara yang ada kes jangkitan Zika, Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) akan diberikan sebagai panduan dan tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala jangkitan setelah kembali dari negara berkenaan.

Sebagai rakyat yang prihatin dan sayang kepada negara, kita perlu sama-sama berganding bahu dan menyokong usaha pengawalan ini secara berterusan. Wabak ini boleh dikawal sebaik mungkin jika perancangan kawalan ini mendapat kerjasama semua pihak.

Pendedahan dan penularan penyakit berjangkit yang tersebar di merata kawasan seperti wabak virus zika ini, dan ada pula yang 'merentas' sempadan negara sebenarnya menjadi ancaman kepada kita semua. Rakyat yang berpenyakit secara fizikalnya akan lemah, kesihatan mental juga turut terjejas dan kualiti kehidupan sesuatu bangsa juga akan terancam.

Read more ...

Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Maut Selepas Terkena 'Batu Terbang'

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki oleh mangsa dan keluarga ketika melalui Jalan Taman Saujana, Kota Tinggi.

Mangsa, adik Afiq Qayyum, 3, menaiki kereta tersebut bersama dua adik beradik, ayah serta ibunya ketika kejadian.

Menurut bapa mangsa, Mohd Faizal Selamat, 35, anak bongsunya itu dipangku oleh isterinya yang duduk di bahagian penumpang, sementara dua lagi anaknya berada di tempat duduk belakang.

"Saya dari Kota Tinggi selepas bercuti di kampung beberapa hari, namun dalam perjalanan pulang semalam (Jumaat) ke Larkin pada jam 2 petang, secara tiba-tiba entah dari mana tingkap depan saya pecah.

"Ketika itu, saya yang memandu kereta itu baru sahaja pergi melepasi Taman Saujana dan menuju ke arah Kem Tentera Pulada," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Mohd Faizal menambah, kemudian dia terdengar isterinya menjerit dan terlihat anak bongsuny a itu berlumuran darah serta tidak bertindak balas ketika dipanggil

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian datang membantu dan menelefon ambulans untuk membawa anak saya ke hospital.

"Afiq Qayyum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia pagi tadi walaupun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya," katanya.

Kata beliau lagi, dia tidak pasti dari arah mana batu itu datang dan telah membuat laporan polis.

"Batu itu adalah untuk besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya.

"Cuma mungkin ada lori besar yang membawa batu besar melalui kawasan itu dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan diharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online
Read more ...

'Tak pandai bahasa Melayu nak jadi rakyat M'sia?'

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) membantah sekiranya 100,000 individu yang didakwa belum mendapat kerakyatan di negara ini diberi status berkenaan.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata mereka tidak perlu diberi kewarganegaraan sekiranya tidak dapat mengikut perkara 16 perlembagaan negara.

Antara lain, katanya, pemohon hendaklah bermastautin selama tujuh tahun sebelum tarikh permohonan dan mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa Melayu.

"Jadi jika merujuk kepada perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara, adakah semua yang disebut telah dipatuhi? Jika tidak bagaimana kerajaan dapat meluluskan permohonan mereka.

"Jika ya mereka harus melalui aturan operasi standard atau S.O.P yang ditetapkan. Bukan hanya melepasi sebahagian perkara yang disebut sahaja dalam perlembagaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Irwan berkata, Pheng menyebut pemohon sukar mendapat kelulusan kerakyatan akibat gagal temuduga kerana tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

"Dalam perkara ini yang paling penting adalah pengetahuan dalam bahasa Melayu. Jika tidak ada pengetahuan bagaimana dengan mudah mereka mendapat kerakyatan negara ini," jelasnya.

Tambahnya, Pheng mungkin terlepas pandang dalam perkara 16 perlembagaan yang menyebut mengenai kemahiran dan pengetahuan asas bahasa Melayu sebagai syarat diterima sebagai warganegara.

"Apalah ertinya warganegara Malaysia tidak tahu dan mahir dalam bertutur bahasa Melayu.

"Bagaimana nanti kita mahu menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tapi tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu. Perkara ini akan memalukan negara kita," katanya.

Read more ...

TMJ akui tiada bukti rasuah dalam pendrive

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan isi kandungan pendrive yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti rasuah yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *