Recent Post

Wednesday, October 07, 2015

Mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli hilang sejak 23 Ogos ditemui - Polis

Sejumlah tujuh murid dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah kerana bimbang dimarahi guru selepas mandi-manda di sungai berdekatan.
Read more ...

INILAH WAJAH ANAK EZAD EXIST YANG COMEL

Ezad Exist baru-baru ini telah sudi berkongsi gambar wajah anak lelakinya di laman Instagram.

Isterinya, Nor Azeana, 36, selamat melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan sekitar jam 1.10 petang kelmarin di Hospital Ampang, Selangor.

Ezad juga mengharapkan penyakit kanser yang dihidapi isterinya ketika mengandung akan hilang dan beransur pulih selepas ini.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

         ________________________FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

'Dua Kalimah Syahadah Terakhir Isteri Ku' - Luahan Suami Kehilangan Isteri. Al-Fatihah

Kuala Terengganu: "Dia seolah-seolah mengikut apabila saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum kaku," kata Wan Mohd Radhi Wan Derahman, 41, suami kepada Zaleha Awi, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi, Zaleha yang juga guru Tadika KEMAS Kampung Kuala Bekah, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kejadian itu berlaku ketika Wan Mohd Radhi dan Zaleha bersama anaknya, Wan Muhammad Irwan, 6, dalam perjalanan dari rumah mereka di Merbau Patah, di sini, menghala ke Pejabat KEMAS Setiu untuk menghantar mangsa menghadiri Seminar Prestasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu suami mangsa cuba mengelak kereta Proton Saga yang memotongnya di sebelah kanan menyebabkan kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi. Rempuhan itu menyebabkan penghadang besi terperosok ke dalam Perodua Viva dengan keadaan kenderaan berpusing ke arah laluan Kuala Terengganu dan pada masa sama, kereta berkenaan bergesel dengan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah sama. Wan Mohd Radhi berkata, mereka keluar rumah jam 7.30 pagi dan sebelum kejadian itu, isterinya ada memintanya tidak memandu laju kerana tidak perlu terburu-buru menghantarnya kerana waktu masih awal. Katanya, isteri mengajaknya bersarapan sebelum dikejutkan dengan kereta yang memotong. "Saya sendiri tidak tahu apa berlaku kerana sebaik tersedar daripada pengsan, saya dapati kereta Perodua Viva yang kami naiki tersadai di tepi jalan sementara isteri dan anak berlumuran darah. "Dalam keadaan masih terkejut, saya mengejutkan isteri dan anak, tetapi hanya arwah memberi tindak balas. Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sementara anak bongsu kami tidak sedarkan diri. "Saya keluar daripada kereta untuk mendapatkan pertolongan sementara anak yang cedera di kepala dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya yang luka ringan di lutut dan tangan kiri. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat yang ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, Zaleha berkhidmat hampir 16 tahun dengan KEMAS Terengganu dan disifatkan sebagai kakitangan cemerlang, sekali gus kehilangannya itu memberi kesan buat mereka. Menurutnya, pihaknya juga memberi sumbangan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban ditanggung mereka.
Read more ...

Wanita Didenda RM1,100 Bawa 2 Botol Air Kencing Lembu Dalam Bagasi

Gambar hiasan WELLINGTON - Seorang wanita warga India dikenakan denda sebanyak NZ$400 (RM1,100) atas kesalahan membawa dua botol air kencing lembu masuk ke New Zealand di dalam bagasinya. Lapor 3 News, wanita itu didenda oleh pengawal sempadan setelah gagal mengisytiharkan dua botol tersebut selepas pesawatnya mendarat di Wellington. "Anggota kami yang memeriksa bagasinya menemui dua botol air kencing lembu yang dipercayai untuk tujuan perubatan tradisional. Kesilapan ini biasa terjadi berikutan ramai yang menganggap produk haiwan bagi tujuan perubatan tradisional tidak perlu diisytiharkan. "Lazimnya orang menganggap begitu bagi barangan untuk tujuan keagamaan atau kebudayaan. Sedangkan pihak berkuasa masih perlu dimaklumkan mengenainya," kata seorang pegawai kanan, Anthony Owen. New Zealand dan juga Australia sememangnya terkenal dengan ketegasan pegawai di sempadan atau lapangan terbang yang melarang keras orang luar membawa masuk barang-barang yang tidak dibenarkan walaupun makanan jeruk atau makanan yang diberikan dalam penerbangan. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Bagaimana Wajah Artis-Artis Tempatan Kalau Bulu Kening Tak Pernah Wujud?

Pernah anda bayangkan bagaimana wajah anda tanpa kening?

Mungkin tak terjangkau dek akal, tapi nampaknya ada individu yang mengambil inisiatif cuba memadamkan kening daripada wajah-wajah artis tempatan dan memuatnya naik di media sosial.

Tak dapat dinafikan ada antaranya yang kelakar, pelik dan menyeramkan.

Kesemua gambar ini dimuat naik oleh akaun instagram, artistanpakening. Di ruangan about, profil instagram itu menulis " Janganlah butthurt. Saja suka-suka."

Apa-apa pun, memang 'perfect' apa yang diciptakan oleh Tuhan, tak ada satu anggota, terus pelik ghupanya!!!.

A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 6, 2015 at 7:28am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 6, 2015 at 4:51am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 6, 2015 at 2:01am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 5, 2015 at 8:08pm PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 4, 2015 at 9:07am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 4, 2015 at 9:29am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 4, 2015 at 4:46am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Oct 3, 2015 at 4:23pm PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Sep 30, 2015 at 9:20pm PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Sep 30, 2015 at 8:19pm PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Sep 30, 2015 at 6:09am PDT A photo posted by Artis Tanpa Kening (@artistanpakening) on Sep 30, 2015 at 8:58pm PDT
Read more ...

Undi tak percaya, PAS mahu diadakan perbincangan

PAS hanya akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai pakatan pembangkang, pihaknya sentiasa bersama untuk melihat usul itu.

Bagaimanapun, menurut Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan

secara teperinci.

"PAS terbuka untuk berbincang, namun terlalu awal untuk menyokongnya kerana kita mahu tengok dahulu usul tersebut. Apakah sekadar mahu PM letak jawatan.

"Bagi PAS kita lebih suka ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

"Kita kena bincang sampai habis, siapa akan ganti perdana menteri? Adakah saya," katanya kepada Malaysiakini dalam nada bergurau.

Sementara itu ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata secara prinsipnya parti Islam itu bersetuju dengan apa saja langkah yang bertepatan dengan Perlembagaan negara.

"Sehingga kini kami tidak dimaklumkan adanya usul tersebut. PAS hanya akan memutuskan bila mana adanya perbincangan berhubung perkara tersebut.

"Secara prinsipnya PAS bersetuju apa jua langkah yang bertepatan dengan peruntukan perlembagaan negara dan mengikut prosedur

perundangan," kata Nuridah kepada Malaysiakini,

PKR dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah, yang juga presiden parti itu, akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sesi Parlimen yang akan datang Parlimen yang bermula pada 19 Oktober

DAP telah mengumumkan bahawa ia akan menyokong usul itu.

Dengan hanya 88 daripada 222 MP di Dewan Rakyat, pembangkang tidak mempunyai majoriti untuk mendesak sebarang undi tidak percaya terhadap Najib.

Pakatan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang tidak termasuk PAS, mempunyai 72 Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya akan mengalahkan Najib melalui kaedah yang "sihat".

Read more ...

7 maut insiden bom di Yaman

DUBAI: Tujuh orang terbunuh semalam dalam insiden bom bunuh diri di sebuah masjid di ibu negara Sanaa, Yaman, menurut agensi berita dikendalikan Huthi dan kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Read more ...

Viral Hakim Dedahkan Punca Sebenar Penceraian Aidil Dan Rita! Aidil Tanggung Malu

Berhubung dengan tuntutan Rita Rudaini terhadap Aidil Zafuan, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi memerintahkan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan membayar kepada bekas isterinya RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000 yang dipohon Rita Rudaini sebagai mutaah. Memetik laporan daripada Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut. Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini. "Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula," katanya.
Read more ...

MP Umno Johor disiasat salah guna kuasa

CELAH GELEGAR MP Umno Johor disiasat salah guna kuasa Seorang anggota parlimen Umno dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkannya kepada Malaysiakini.

Dia, kini pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, ditangkap atas dakwaan menyalah guna kedudukannya.

Difahamkan dia ditahan pagi ini bersama lapan lagi individu.

Dalam perkembanagn terkini, sumber SPRM bagaimanapun menjelaskan anggota parlimen itu hanya disiasat dan bukan ditahan.

"Tidak tahan MP, tetapi siasatan sedang dijalankan berkaitan GLC," kata sumber itu. -MK

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *