Recent Post

Friday, August 21, 2015

Kontroversi Wajah Lim Kit Siang

Melucukan! Ini sahajalah satu perkataan yang terpacul apabila melihat gambar Lim Kit Siang yang diedit oleh pihak-pihak yang 'nakal' untuk menjatuhkan Penasihat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kononnya wajah dibawah yang memakai uniform komunis ini adalah Lim Kit Siang. Menurut pemilik Facebook ini, wajah ini untuk tatapan mereka yang berusia 20an (termasuk penulis) untuk mengetahui siapa dia orang DAP (Lim Kit Siang) ini.

LKS 1

Tetapi penulis berasa agak musykil dan terfikir. Jika ini adalah wajah lebih dari 50 tahun yang lepas, mengapa Lim Kit Siang tetap kelihatan sama dengan wajah sekarang?

Secara logik, jika kamu semua mempunyai gambar-gambar ayah dan ibu kamu sewaktu zaman muda sudah semestinya wajah mereka kelihatan lain pada waktu muda dan sekarang bukan?

Kemudian penulis melihat pula status yang lain, dari Lan Ampang. Ternyata gambar diatas adalah gambar Chin Peng yang telah diedit dengan menggantikan wajah Lim Kit Siang.

11856433_1207746905918419_1846006940095109805_o

Terus terang penulis ingin katakan. Penulis tidak memihak dengan sesiapa didalam dunia politik ini. Tetapi, dalam kita berpolitik, janganlah sampai jadi 'kurang bijak'.

Jika hendak menjadi seorang penipu, memanglah tidak memerlukan Diploma & MUET tetapi sedikit kebijaksanaan itu haruslah ada.

p/s : Kalau nak edit gambar orang tua masa zaman muda, kena pandai edit kasi hilang kedut dulu baru 'share' tau?

Read more ...

Jangan Rosakkan Parti, Kembali Kepada UMNO

KOTA TINGGI – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua anggota UMNO yang tidak lagi memegang jawatan supaya kembali kepada parti dan bukannya merosakkannya.

Beliau berkata mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain untuk memperkuatkan parti.

Beliau berkata perlu ada kesalingan antara pemimpin atasan dan akar umbi demi memperkukuhkan semula parti, sekali gus memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata hubungan baik antara pemimpin dan ahli parti amat penting dalam menangani apa jua masalah kerana ia mustahil dapat diselesaikan tanpa kesalingan antara kedua-dua pihak.

"Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan ketika kita sedih kerana semua keputusan itu tidak rasional. Ingat, kita tidak hebat kerana yang meletakkan kita hebat adalah UMNO," katanya semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Delfa Lok Heng Timur, di sini.

"Kita duduk sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan MB (Menteri Besar) adalah kerana UMNO. Jadi, bila tiada jawatan, kenapa hendak cucuk, kita perlu terus kukuhkan UMNO," katanya.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman.

Menurut Ahmad Zahid, semua pihak perlu sedar bahawa bukan UMNO sahaja yang menghadapi masalah tetapi juga pembangkang dalam parti masing-masing kerana masalah dalaman parti adalah putaran hayat dalam politik.

Beliau dalam pada itu, turut mengingatkan anggota parti supaya tidak termakan dengan cucukan dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan parti menggunakan isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya beliau menyokong gagasan UMNO Johor yang mahu siasatan mengenai 1MDB diteruskan sehingga selesai seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid, yang sempat mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu, turut menyampaikan harapan Sultan Johor yang mahukan orang Melayu terus bersatu.

"Baginda pesan UMNO lahir di Istana Besar pada 11 Mei 1946. Baginda bukan orang politik dan tidak mahu campur tetapi harapan baginda orang Melayu bersatulah," katanya sambil berkeyakinan hanya UMNO yang dapat menyatupadukan orang Melayu. – BERNAMA

Komen

comments

Read more ...

Anak Gadis Lari Ikut Lelaki Nepal Utus Surat Ibu Jangan Report Polis Kalau Tak Saya Bunuh Diri

Sedih dan kecewa itulah yang dapat admin katakan apabila seorang anak gadis sanggup lari mengikut lelaki warga nepal.

info gambar ini telah dikirim oleh pengguna facebook di fanpage putera izman.com jadi anda baca sendiri surat anak gadis ini 

ucapan admin semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian ini kepada pembaca pula mohon jasa baik anda viralkan post ini semoga anak gadis ini dapat ditemui 

berikut kiriman faiz 

 assalammualaikum. mohon sebaran.gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga nepal dikenali sebagai RONNY lokasi terakhir Penang,bertatu dikedua-dua tangan ("I AM EVIL" ). Sila hubungi Ayah beliau di talian 012-4544659. TERIMA KASIH.

 

 
Read more ...

Pakai Headphone Kerana Tidak Mahu Dengar Doa Hindu ? - Ayah Tampil Dedah Punca Sebenar

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa India. Gambarnya, memakai 'head phone' di upacara kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman sosial. Jelasnya, 'head phone' yang digunakannya itu hanyalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon. "Ayah memang biasa gunakan 'head phone' itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas. "Sekiranya ada kata ayah pakai 'head phone' untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai 'head phone'pun dengar juga," katanya ketika dihubungi FMT. Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya. Katanya, mereka perlu berbangga kerana dia mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami budaya masyarakat di Malaysia. "Walaupun beliau berbangsa India, tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah. "Sepatutnya mereka suka orang Islam melawat ke pengebumian agama lain," katanya yang membahasakan diri sebagai ayah. Terdahulu di laman Facebook telah tersebar sekeping gambar yang mendakwa, "Ayahanda Kulop Kipidap pakai 'head fon' bagi mengelak dengar bacaan kitab selain Quran. Dibimbangi akidahnya terpesong ketika melawat kematian rakannya" tulis Era Pasca.
Read more ...

CHEF WAN LUAH RASA GERAM KEPADA 'ANJING' YANG INGIN MENYAMANNYA

Sebelum ini Chef Wan telah menegur ahli keluarga beliau yang pemalas langsung tidak membantu beliau dan bangun lambat pada Hari Raya Aidilfitri lepas.

Perkara tersebut telah menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarga Chef Wan telah tampil dengan kenyataan balas bahawa mereka sebenarnya terpaksa melayan peminat beliau yang tidak putus berkunjung ke rumah mereka.

Tidak mahu terus diperkotak-katikkan oleh Chef Wan, ahli keluarga yang telah dimalukan oleh chef selebriti itu bakal menyaman Chef Wan kerana telah memalukan, mengaibkan dan memfitnah insan-insan yang berada di dalam gambar tersebut.

Klik gambar untuk size besar

Melalui laman IG Chef Wan, beliau sekali lagi telah memberikan respon kepada m ereka yang ingin menyamannya dengan kata-kata yang cukup pedas.

"Cucu2 punya pasal. Malas ke tak kuasa ke or penat macam mana pun Atok masuk juga ke dapur buat Marinara Sauce tonight for their dinner. Alhamdullilah. Jgn dah besar buat perangai menyombong mcm si Anjing tu sudah la! Gelak saya mendengar why my sister kata he tried to influenced some of the nephew and nieces to raised money nak cari Lawyer to sue me!

"Non of them pay attention to his request. Masing2 nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaiyan dan esok lusa dah boleh buat roti jala lagi ada nak sue me? Choi buat sueh aja dengar pun kata Olang Cina! Dia lupa masa kecil makan dari tapak tangan saya dah besar boleh bersikap kurang ajar dan lupakan diri.

"This is an example to all anak2 muda bila orang tua menegur perkara yang tak baik kita laku kan ada sebabnya. Esok lusa kita jugak akan mengambil tanggungjawab menjaga anak2 kita sendiri atau pun cucu2 kita sendiri. Silap hari perbuatan kita itu esok Allah balas kan balik kena tepat pada batang hidung sendiri.

"Yang Mak bapak pulak jika anak tu buat kesilapan ada la tanggung jawab kita memperbetulkan ini dan bukan menyebelahi mereka. I am sure some of u who have been through this among our siblings knows exactly what im talking about," tulis Chef Wan di laman IGnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pertaruh terowong dasar laut

am@hmetro.com.my

Georgetown: Projek mega bagi membina terowong dasar laut yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau dijangka mengatasi masalah kesesakan jalan raya, di sini.

Kerja pembinaan terowong sepanjang 6.5 kilometer dari Bagan Ajam di Butterworth ke Persiaran Gurney dan dijangka bermula menjelang awal 2016 membabitkan kos RM6.3 bilion.

Pembinaan terowong itu merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu jalan berkembar sejauh 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang turut digunakan bagi kerja pembinaan terowong itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

Persepsi negatif terhadap ekonomi negara perlu segera dibetulkan - Mustapa Mohamed

KOTA BAHARU: Persepsi negatif terhadap ekonomi negara perlu segera diperbetul bagi menangkis kekeliruan yang wujud dalam kalangan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan mengenal pasti bahawa kedudukan ekonomi hari ini bukan satu krisis tetapi satu keadaan yang berpunca daripada persepsi dan sentimen.

"Umpamanya persepsi bahawa ekonomi negara kita terlalu bergantung kepada minyak. Ini tidak betul kerana 77 peratus daripada eksport kita terdiri daripada barangan pembuatan. Pergantungan kita kepada minyak, kelapa sawit dan getah cuma 23 peratus," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Mustapa berkata keadaan ekonomi berkemungkinan juga ada kaitan dengan politik namun faktor itu dilihat bersifat sementara.

Beliau berkata ekonomi negara masih kukuh seperti yang diumumkannya dua hari lepas iaitu Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan baharu diluluskan sebanyak RM113.5 bilion pada separuh p ertama tahun ini, dengan 81.1 peratus merupakan pelaburan domestik.

Dari segi pelaburan jangka panjang, beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang.

"Yang penting, kita perlu menguruskan persepsi sebaik mungkin, termasuk memperbaiki komunikasi supaya rakyat memahami keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usahanya menambah kemudahan kesihatan di Kelantan.

Katanya pembinaan Pusat Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan kos RM180 juta dan pembinaan hospital di beberapa daerah lain memberi peluang rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Perdana Menteri dijadual merasmikan Pusat Rawatan Harian HRPZ II itu, esok.

Read more ...

'Saya Tak Nak Disebabkan Awak, Saya Masuk Neraka'

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata, "Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak" Aku terdiam. "Hari ini dah hari keenam," kata aku dalam hati. "Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak," "Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?" Aku diam lagi. "Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun," "Sejuklah awak," jawab aku. "Okay kejap" Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter. "Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali," katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku. Aku mengelak. Tapi aku diam lagi. "Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata. "Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak" "Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak," "Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal," Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan? Dia datang dan belai lembut rambut aku. "Awak selalu kata 'kenapa kita tak dapat anak lagi'. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?" Aku mula bertanya. "Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?" "Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama. "Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah. "Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?" katanya Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa 'Ini semua ujian dari Allah,". 'Dah, bangun. Pergi mandi wajib'. Kredit -  Cik Atenn Azlan  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

PM: M'sia cadang kawal selia internet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar" pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di ibunegara malam tadi.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubahundang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa 'demokrasi di Malaysia sudah mati'.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

"Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya...tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah," katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

"Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet," katanya,

- Bernama

Read more ...

Can new Islamist party beat back ‘DAP proxy’ label?

Former PAS deputy president Mohamad Sabu, who leads a group of PAS progressives who lost their posts in the recent party polls. They are now gearing up for a new Islamist party, expected to be called 'Amanah', to be launched this month. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015.Former PAS deputy president Mohamad Sabu, who leads a group of PAS progressives who lost their posts in the recent party polls. They are now gearing up for a new Islamist party, expected to be called 'Amanah', to be launched this month. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015.As the New Hope Movement (GHB) rises to challenge Umno and PAS for the Malay vote, it has become the target of a smear campaign to check its influence, especially among middle ground voters who are key in the next general election.

The race card is being played up against the Islamist movement and its leaders, and supporters are being labelled as DAP proxies – people whose real aim is to bring the DAP into federal power.

This is to tap into strong artificial fears especially among rural and working class Malays, that the community will lose out in terms of jobs, education and political weight if the DAP, whose top leaders are overwhelmingly non-Malay, comes to power.

GHB leaders are confident the movement has Malay support judging from the turnouts at its roadshows. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015.GHB leaders are confident the movement has Malay support judging from the turnouts at its roadshows. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015.So even before the GHB launches its political party, there is the question of whether its leaders can actually make a splash in the Malay heartlands which it plans to capture from Umno and its former comrades in PAS.

PAS election director Datuk Mustafa Ali said that GHB stands very little chance of threatening PAS support among Malays, even if it is led by ex-PAS leaders who are the party's most recognisable figures and MPs.

"Before, when PAS worked with DAP, Umno labelled PAS as being the proxy of DAP, and that we would find it hard to get support. Now this new party will wear that label," the former PAS secretary-general told The Malaysian Insider last month.

Umno-owned daily Utusan Malaysia has also played up the spectre of DAP being the number one beneficiary of its tie-up with GHB.

Both parties, along with PKR, are expected to join forces to create a new opposition coalition to replace the now-defunct Pakatan Rakyat.

Former Johor DAP leader Norman Fernandez believes that the perception may stick.

"DAP desperately needs a Malay-Muslim party to help sway the Malay votes. In the past, the relationship with PAS benefited DAP tremendously.

"If not for PAS, DAP leaders could not have set foot and spoken in conservative, Malay villages and heartland," said Fernandez, who had quit the DAP over its relationship with PAS.

Old label 

Leaders of Amanah, the soon-to-be-launched new party, are confident the proxy label will not cost it Malay support, saying this could be seen from the turnout at its roadshows.

GHB deputy coordinator Salahuddin Ayub (2nd from right) doesn't believe the idea that many Malays would fall for the 'DAP bogeyman' trick against the new party. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015.GHB deputy coordinator Salahuddin Ayub (2nd from right) doesn't believe the idea that many Malays would fall for the 'DAP bogeyman' trick against the new party. – The Malaysian Insider file pic, August 21, 2015."At all the places we've visited, the majority of people who come out to see us are Malays, from all quarters. Young and old," said Salahuddin Ayub, who is GHB deputy coordinator.

"If most of them are non-Malays then we would worry, but that has not been the case," said the former PAS vice-president of GHB's roadshows in the Malay heartlands of Johor, Perlis and Kelantan.

He also disputed the idea that many Malays would fall for the DAP bogeyman trick. This is because PAS itself got a lot of support from Malays on the west coast of the peninsula when it was labelled a DAP proxy during the PR days.

"When we were in PR, we managed to extend our support outside of our traditional bases (of peninsular northeast)."

Another GHB leader, Khalid Samad, said voters in the next election, whether Malay or non-Malay, want a coalition that can actually challenge Barisan Nasional (BN) and form a new government.

This sentiment, he believes, will make them look past any racial rhetoric used against GHB.

More than any PAS leader, Khalid (pic, left) was a target of ugly racial epithets during the 13th general election as his rivals tried to unseat him from the Malay-majority parliamentary seat of Shah Alam.

"The Malaysian public is experienced enough to see through this strategy. It's been tried before but it was not as effective," said Khalid, who increased his winning majority in the 13th general election despite the racist campaign run against him.

Bigger problem

The race card still works among Malays, said Ibrahim Suffian (pic, right) who heads pollster Merdeka Center, but only to keep Malays who traditionally vote Umno from shifting support.

Umno voters make up 45% to 50% of the Malay population of any seat, he said.

"The race card is still significant because the Umno vote bank is large. That's why it will be difficult for any new party to carve a space in the elections."

For Ibrahim, this will be the new party's bigger problem.

If Umno manages to secure its vote bank by playing up racial rhetoric, the rest of the non-Umno Malay vote will be split if GHB's new party has to contend with PAS.

This is a real possibility, because the new party is expected to contest in the same seats as PAS and Umno.

Khalid realises this, but believes if it is a choice between PAS and GHB at the 14th general election, a non-Umno voter will choose the party that is part of a coalition which can form a government.

And right now, a future non-BN coalition is unlikely to include PAS. – August 21, 2015.

Read more ...

MyTeksi kumpulkan AS$350j pembiayaan tambahan

KUALA LUMPUR: GrabTaxi Holdings Pte Ltd, yang dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia, menerima dana tambahan sebanyak lebih daripada AS$350 juta, menjadikannya antara syarikat permulaan dengan pembiayaan yang terbaik di Asia Tenggara.

GrabTaxi dalam satu kenyataan hari ini, berkata dana itu datang daripada Coatue Management LLC, sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat yang melabur dalam teknologi di seluruh dunia.

"Coatue juga melabur dalam dana kekayaan kedaulatan China, China Investment Corporation dan rangkaian pengangkutan sehenti yang terbesar di China iaitu Didi Kuaidi, dengan sokongan daripada pemegang saham sedia ada.

"Ini telah membawa jumlah pembiayaan GrabTaxi kepada AS$700 juta.

"Pelaburan ini bukan saja membuktikan penguasaan GrabTaxi dalam rantau ini tetapi juga menunjukkan potensi pertumbuhan Asia Tenggara pada peringkat global," kata Ketua Pegawai Eksekutif, GrabTaxi Group dan Pengasas Bersama, Anthony Tan.

Selain teksi, dana itu akan digunakan untuk mengembangkan tawarannya seperti kereta persendirian dan motosikal yang dikenali sebagai GrabCar dan GrabBike.

"Dengan mempelbagaikan tawaran kepada kereta persendirian dan motosikal akan membolehkan kami menyentuh orang yang berbeza-beza dari segi tahap pendapatan serta keperluan berulang-alik.

"Dana itu juga akan digunakan untuk membangunkan teknologi dan mengembangkan pejabat kejuruteraan kami di Singapura, Malaysia, Vietnam dan China," katanya.

GrabTaxi yang dilancarkan pada 2012, mempunyai operasi di 26 bandar di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam dengan lebih daripada 110,000 pemandu di Asia Tenggara. - BERNAMA

Read more ...

Kalau Diberi Satu Peluang Apa Yang Anda Inginkan Dalam Hidup? Jawapan Mereka Akan Buat Anda Menangis…

Kalau Diberi Satu Peluang Apa Yang Anda Inginkan Dalam Hidup? Jawapan Mereka Akan Buat Anda Menangis...Jika anda diberi satu peluang atau impian yang pasti menjadi kenyataan, apa yang anda impikan? Adakah anda inginkan duit yang banyak? Kereta baru? Rumah baru?

Di saat kebanyakan orang mengimpikan sesuatu yang bersifat material dan pentingkan kesenangan diri sendiri, ramai di luar sana yang menginginkan sesuatu yang lebih daripada sekadar material. Anda akan mengalirkan air mata apabila mendengar dua jawapan berbeza daripada dua orang yang duduk bersebelahan apabila ditanya soalan yang sama.

Video ini menunjukkan bagaimana dua orang yang diletakkan bersebelahan dengan penghadang di tengahnya dan disoal dengan soalan yang sama. Jawapan yang mereka bagi ternyata berbeza.

Video ini menyedarkan kita bahawa betapa banyak lagi perkara penting yang bagi kita kecil dan remeh tetapi bagi mereka besar nilainya. Orang keliling kita berusaha untuk terus hidup dan hanya inginkan perkara asas yang kita ambil mudah.

Kita harus lebih menghargai dan cuba cari cara bagaimana untuk membantu mereka yang memerlukan di sekeliling kita. Kita tak akan menghargai sesuatu benda sehinggalah ianya hilang atau diambil dari kita.

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

Read more ...

Jadikan Pedoman! Kisah Sayu Kehidupan Imam Muda Asyraf Di Awal Perkahwinan

Baca luahan rasa Imam Muda Asyraf yang menceritakan kisah kehidupannya di awal perkahwinan bersama isteri. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman buat pasangan baru berkahwin yang lain: Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"... Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga. Nukilan : IMAM MUDA Asyraf
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *