Wednesday, December 09, 2015
MT UMNO putuskan hanya Najib sampaikan ucapan penggulungan
Siti Nordiana Belum Sedia Terima Sebarang Lamaran, Ingin Fokus Pada Anak Dan Kerjaya
Semenjak menyertai Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana mula melonjak naik dan kembali popular sehingga jumlah pengikut beliau di Instagram juga bertambah.
Walaubagaimanapun, soalan bilakah beliau akan berkahwin lagi sering menjadi perhatian ramai sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini dilamar seorang ustaz.
Mengakui selesa dengan kehidupan beliau sekarang, Siti Nordiana menerusi portal Harian Metro berkara beliau masih belum sedia untuk menerima sebarang lamaran perkahwinan dan ingin fokus kepada anak serta kerjayanya buat masa ini.
Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang.
Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.
Meskipun sudah 6 tahun beliau hidup solo, Siti Nordiana belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius akan gosip ataupun usikan daripada rakan-rakan mengenai jodoh beliau.
Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun.
Bakat Siti Nordiana akhirnya di sedari ramai pihak selepas membuktikan beliau mampu memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu di pentas Gegar Vaganza 2. Mampukah Nana menjadi juara?
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.DEMI RIZMAN RUZAINI - SITI NURHALIZA BUKA TOCANG, LANGGAR PANTANG
Tanpa sahabat siapalah kita!
Demikian jugalah halnya dengan Dato' Siti Nurhaliza yang tetap hadir ke majlis meraikan ulangtahun ke 10 Rizman Ruzaini meskipun masih dalam pantang akibat keguguran baru-baru ini.
Majlis yang bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur itu turut dihadiri artis lain seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziana Zain, Anuar Zain, Fazura, Ning Baizura, Elfira Loy, Cik Puan Azhrinaz dan ramai lagi.
"Siti memang tengah pantang. Kat rumah pakai kain batik, rambut ikat tocang, boring tak buat apa di rumah. Tapi Siti nak datang juga sebab nak meraikan majlis ini untuk sahabat Siti.
"Demi sahabat saya Rizman Ruzaini, saya langgar pantang 1 hari. Selamat Ulangtahun ke 10 sahabatku," ujar Siti dipetik sebagai berkata.
Pada majlis itu, Siti telah menyanyikan sebuah lagu iaitu 'Kenangan Terindah' sambil buat catwalk bagi memperagakan baju ciptaan Rizman. Lebih menarik, Datuk Aliff Syukri tertarik dengan baju yang dipakai oleh Siti itu lantas membelinya dengan harga tinggi.
Cayalah Siti!
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomTauke Tak Sangka Tangguh Pertunangan Ada Hikmah Dengan Pemergian Yus Jambu
Pelawak Tauke Jambu tidak menyangka keputusan untuk menangguh pertunangannya daripada 29 November kepada 6 Disember seperti ada hikmah disebaliknya dengan pemergian rakan seperjuangannya Yus Jambu.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, bersyukur pertunangannya sebelum ini ditangguhkan jika tidak mungkin dia tak berpeluang menatap wajah arwah Yus Jambu kali terakhir serta menolong menguruskan jenazah sebelum dia pergi buat selamanya.
"Sepatutnya tarikh pertunangan kami lebih awal seminggu tetapi tak tahu ketika itu hati saya tidak sedap dan mahu tangguhkannya sedikit daripada tarikh asal."Tak sangka pula ada hikmah saya tangguhkan pertunangan kami. Sempat lah saya menguruskan jenazah Yus . Jika tidak mungkin ketika pemergian Yus, saya di Terengganu sedang membuat persiapan pertunangan," katanya kepada murai.com.my
Tauke dan Nadia melangsungkan pertunangan di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.
Mengulas mengenai pertunangannya, Tauke memberitahu dia dan tunangnya, Nadia sudah berkenalan lebih 4 tahun lalu namun baru sebulan lalu merancang untuk bertunang.
"Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerja.
"Tiada niat pun hendak sorok tetapi memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja," katanya.
Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Dalam pada itu, Tauke berkata mereka merancang untuk berkahwin sebelum Disember tahun hadapan.
"Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.
"Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.
"Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat," ceritanya lagi.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Rabu, 9 Disember 2015
Majlis Nikah Nad Zainal Tertutup Tanpa Liputan Media
Pelakon Nad Zainal akan melangsungkan majlis pernikahannya dengan Muhammad Faliq Amirudin, 27, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 18 Disember ini termasuk tiada liputan media.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, memberitahu perlu menghormati permintaan pihak keluarga yang mahukan privasi pada majlis istimewa itu.
"Majlis akad nikah akan diadakan selepas Zuhur di Bukit Jelutung dan ia akan dijalankan secara tertutup untuk ahli keluarga kami sahaja. Manakala majlis persandingan atau resepsi pula pada sebelah malam akan diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana saya menjemput teman rapat, sanak saudara dan rakan media," ujarnya kepada mStar Online.
Nad dan Muhammad Faliq yang berkerja sebagai pekerja belakang tabir mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu. Kata Nad, sikap sederhana dan berpendirian membuatkan dia yakin dengan keputusannya mendirikan rumahtangga dengan pemuda tersebut. Tambahnya, Faliq juga mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang layak dijadikan suami.
"Sudah sampai seru, jodoh agaknya. Dia seorang yang bersederhana dan berpendirian, lebih-lebih lagi dia selalu berada di sisi saya ketika saat susah dan senang. Alhamdulillah, dia juga banyak membantu dan menerima saya seadanya," ujar Nad.
Dalam pada itu, Nad meluahkan rasa syukur sudah lebih 70 peratus persiapan dilakukan dengan bantuan keluarga kedua-dua belah pihak. Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya selepas mendirikan rumah tangga, Nad akan terus aktif dalam lakonan seperti biasa.
"Insya-Allah selepas berkahwin saya akan terus berlakon seperti biasa, tiada yang berubah, lagi pula bidang lakonan sudah menjadi sumber pendapatan saya," ujarnya.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar ya.
Sumber: Mstar Online
Komen via FacebookKomen
— 198 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Fazura Hilang 200,000 Pengikut Instagram Kerana Isu KimK
Berpunca daripada salah faham di antara kenyataan peminat di Instagram berkaitan isu KimK tempoh hari, Fazura kehilangan kira-kira 200,000 peminat di laman Instagramnya. FollowersFazura di Instagram sebelum ini sudah mencapai 1.8 juta, kini berkurang kepada 1.6 juta.
Manakala wanita yang menjadi perhatian kerana isu tersebut dengan menggunakan nama – vii.narza di Instagram kini sudah pun mencapai 32,000 pengikut. Okay, followers pun sudah ramai, apa lagi, boleh buat IG Review berbayar. Gurau saja.
Sementara itu, reaksi peminat di laman Instagram Fazura masih lagi tidak henti-henti mempertikaikan tindakan pelakon dan juga penyanyi tersebut yang masih tidak mahu meminta maaf berhubung isu berkenaan. Fazura pun ambil keputusan untuk berdiam diri.
Apa yang pasti, perkara ini sekaligus memeriahkan industri seni tanah air ketika ini selain menghiasi kalendar hiburan sepanjang 2015. Moga apa yang berlaku di antara dua insan ini akan berakhir dengan sesuatu yang baik.
Incoming search terms: Berita berkaitan:Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star
ABPBH: Tolak Jika Menang Kategori Lawak ABPBH
[ Tahniah ] Rozita Che Wan Sah Mengandung
Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – Aliff Aziz
Puteri Sarah Nafikan Rumah Tangga Bermasalah
Komencomments
Shafie: Buktikan RM2.6b digunakan untuk Umno
Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.
"Beliau perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.
"Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima RM2.6 bilion dari sumber asing itu, sesuatu yang boleh diterima.
Katanya, ia bukannya persoalan sama ada boleh diterima atau tidak, tetapi ia adalah persoaalan mengenai akauntabiliti.
Najib telah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik kepada Umno dan program tanggungjawab sosial korporat.
Bagaimanapun, Shafie yakin bahawa RM2.6 bilion itu tidak ada dalam penyata akaun parti.
"Jumlah itu tidak ada dalam penyata akaun (Umno). Memang tak bentang pun.
"Ia tidak masuk ke dalam akaun Umno. Ia masuk dalam akaun beliau (Najib). Jadi, saya pasti ia tidak dalam akaun Umno," katanya.
Shafie yang digugurkan sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada bulan Julai, berkata beliau juga telah membangkitkan perkara itu dalam kabinet.
Bagaimanapun, katanya, beliau hanya diberitahu bahawa wang itu datang dari seorang "penderma Arab" dan setakat itu sahaja.
KimK: Fazura Hilang 200,000 Followers Di Instagram
Najib jelas soal RM2.6b, 1MDB, ekonomi kepada perwakilan UMNO
PANAS! Lakonan Syarul Ridzwan Dikritik Peminat
PANAS! Lakonan Syarul Ridzwan Dikritik Peminat
Pelakon yang sedang meningkat naik, Syarul Ridzwan yang sebelum ini pernah digosipkan dengan Mia Ahmad nampaknya mula menceburi diri dalam bidang teater pula. – Mia Ahmad Mengaku Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?
Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, yang sering dilihat berlakon dalam drama tv seperti Kau Aku Kita, Street Vendette, Hati Perempuan dan lain-lain mula mengorak langkah ke bidang teater. Namun, ramai yang memberi komen negatif tentang lakonannya dalam pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah.
Beliau mengatakan sebagai seorang pendatang baru dalam bidang pementasan teater dia akui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selain menganggap teguran tersebut sebagai membina.
"Secara jujurnya saya tidak berfikir panjang apabila ditawarkan berlakon dalam teater ini kerana saya tahu ini adalah medium terbaik untuk saya mengasah bakat lakonan."
"Sebenarnya pandangan setiap individu berbeza tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk watak Putera Raja dan mengambil teguran itu untuk memperbaiki mutu lakonan saya."
Teater Bawang Putih Bawang Merah diarahkan oleh Erma Fatima turut menampilkan barisan pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Juliana Evans, Fathia Latiff, Beto Kusyairi, Nabila Huda, Ungku Ismail dan Dafi. Ia sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga hari ini.
Syarul juga menyatakan ketika menjalani sesi latihan, dia berasa lega kerana dikelilingi oleh orang- orang yang berpengalaman dan ramai membantunya untuk menjiwai watak tersebut.
"Rasanya sayalah yang paling banyak bertanya kerana saya tidak pernah berpuas hati dengan mutu lakonan saya."
"Seperti kritikan lakonan saya kurang menyerlah saya akan bertanya lagi kepada pengarah dan rakan-rakan pelakon apa yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki persembahan."
"Alhamdulillah mereka semua banyak membantu dan tidak lokek ilmu."
Tambahnya lagi, beliau mengatakan kritikan yang diterima itu tidak melemahkannya malah menguatkan lagi semangatnya utuk terus menyertai dalam bidang pementasan ini.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Apapun, kami mendoakan kejayaan Syarul dan semoga dia terus tabah untuk berkarya dalam bidang seni ini.
14,171 total views, 14,171 views today
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...