Recent Post

Thursday, August 04, 2016

Zainal Abidin Mahu Bersara Dari Bidang Muzik

Sebut sahaja nama Zainal Abidin tentu ramai yang akan ingat dengan lagu popular beliau iaitu Dekat Tapi Jauh. Malah, Zainal merupakan penyanyi yang cukup berkaliber sehingga kini.

Namun,  Zainal baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk bersara kerana ingin membuka ruang dan peluang untuk penyanyi lain menempa kejayaan.

Menurut Zainal, beliau kini dalam perbincangan untuk mengeluarkan album antarabangsa dan selepas itu beliau akan memperlahankan kerjaya didalam bidang muzik tempatan.

Saya sedang berbincang dengan sebuah label muzik antarabangsa iaitu Abien Music untuk menghasilkan sebuah album antarabangsa. ?Selepas itu, saya akan adakan sebuah konsert solo di Kuala Lumpur dan Johor bersempena 35 tahun perjalanan saya dalam industri muzik.

Bersara itu bukan bermaksud saya tidak menyanyi tetapi jika ada tawaran persembahan di luar negara, saya tetap akan terima cuma untuk dalam negara, saya akan kurangkan .

Kami yakin keputusan yang dibuat oleh  Zainal Abidin ini sudah difikirkan secara masak-masak. Bak kata beliau, mungkin sudah tiba masa untuk artis lain pula mencipta nama ke tahap yang lebih hebat ataupun setanding dengan beliau. Masih ada lagi bakat diluar sana yang cukup berkualiti.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Malaysia dipilih Presiden Majlis Keselamatan PBB - Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 3 Ogos – Malaysia sekali lagi dipilih memegang jawatan Presiden Majlis Kese­lamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk sepanjang bulan ini bermula 1 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan kali kedua Malaysia memegang jawatan tersebut sejak dilantik sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Kese­lamatan PBB untuk tempoh 2015 hingga 2016.

Jelas kenyataan tersebut, sebagai presiden organisasi itu, Malaysia mengadakan Mesyua­rat Majlis Keselamatan PBB Me­ngenai Isu Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata bermula semalam.

"Dalam mesyuarat itu, Se­tia­usaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijangka membentangkan laporan tahunan berhubung pencabulan serius ke atas kanak-kanak ketika situasi konflik bersenjata.

"Negara-negara anggota PBB akan membincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam mengukuhkan perlindungan ka­nak-kanak dalam situasi konflik dan cara menangani serta mengatasi cabaran terkini," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan berkenaan memaklumkan, Malaysia merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja Majlis Keselamatan PBB mengenai Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata untuk tahun 2015 dan 2016.

Selain itu, Wisma Putra menjelaskan, Malaysia bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Keselamatan di peringkat menteri berkaitan ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran pada 23 Ogos ini.

"Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan ancaman-ancaman dan cabaran-cabaran terkini bagi mencegah ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran serta teknologi dan bahan-bahan berkaitan," ujar kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan itu memberitahu, isu-isu lain akan turut dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB yang dipengerusikan oleh Malaysia termasuk isu Palestin, Yaman, Syria, Lebanon, Libya, Kosovo, Sudan dan Guinea-Bissau.

"Selaku Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Malaysia akan turut memainkan peranan aktif dalam proses pemilihan Se­tiausaha Agung PBB yang baharu, memandangkan penggal perkhidmatan Ban Ki-moon dijadualkan tamat pada akhir tahun ini.

"Malaysia akan terus me­ngetengahkan pendirian ke­se­derhanaan, penyelesaian kon­flik secara aman, perlindungan orang awam semasa konflik dan kedaulatan undang-undang sebagai asas dalam penyelesaian konflik antarabangsa," tambah kenyataan itu.

Read more ...

Penyanyi Datuk Dahlan Zainuddin Sedang Sakit Tenat

Dahlan Zainuddin Sedang Sakit Tenat. Beliau adalah penyanyi tempatan pertama yang diberi peluang mengadakan konsert di Stadium Negara iaitu pada tahun 1978…bukan sekali, tetapi dua kali! Masa dulu kalau kau dapat buat konsert kat Stadium Negara kau kira abis championlahkan.

Sekadar nak bagitahu, dia juga pernah mengadakan konsert di Dewan Malaysia di Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom (UK) pada tahun 1976.

Sekadar nak bagitahu, era kegemilangannya, lelaki ini dikenali sebagai SUPERSTAR kerana kehebatannya beraksi sehingga diundang menyanyi di hotel-hotel antarabangsa 5 star di Kuala Lumpur.

Lagunya seperti Kisah Seorang Biduan terus popular hingga ke hari ini.

Sekadar nak bagitahu, lelaki ini sedang sakit kerana diserang angin ahmar. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesembuhan untuk lelaki ini.

Lelaki ini adalah Abang Dell @ Datuk Dahlan Zainuddin.

Sumber: FB Syahril A Kadir

Related

Komen via Facebook

Komen

— 186 Bacaan
Read more ...

(Video) GTA Dunia Nyata? Kemalangan Kecil Bertukar Jadi Episod Keganasan Atas Jalan Raya

China - Satu rakaman dramatik yang merakamkan aksi tegang satu pergaduhan di atas lebuhraya di wilayah Guandong di sini menjadi viral di media sosial sehingga ada yang menyifatkan adegan di dalam video itu seolah-olah seperti permainan video 'Grand Theft Auto' (GTA).

Menerusi rakaman video itu, kelihatan sebuah kereta putih tiba-tiba masuk ke 'lane' kiri dan berhenti secara tiba-tiba, menyebabkan kereta di belakangnya terlanggar bahagian belakang kereta itu.

Dari situ, bermula episod pergaduhan besar di atas lebuhraya tersebut.

Detik tegang bermula apabila pemandu kereta putih terbabit keluar dari kereta dan melompat ke atas bonet hadapan kereta yang melanggarnya.

Lebih teruk, lelaki terbabit kemudian masuk semula kedalam kereta putih itu, membuat pusingan U dan melanggar kereta itu dari hadapan beberapa kali. Ouch.

Selepas beberapa siri pelanggaran kejam itu, seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta yang dilanggar muncul di dalam video itu dengan memukul cermin hadapan kereta berkenaan dengan kayu besbol. Video tersebut menjadi viral di Weibo dan menimbulkan persoalan tentang undang-undang yang disifatkan 'tidak cukup' untuk mengajar pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.
Read more ...

MB Perlis: Sekalipun mohon maaf, saya berhak saman blogger

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau masih berhak menyaman blogger yang menuduh beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri sekalipun blogger itu sudah memohon maaf.

"Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat... tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya," kata Azlan.

Menteri besar itu berkata fitnah yang sengaja ditimbulkan blogger itu adalah serius kerana ia tidak hanya melibatkan rakyat di Perlis tetapi juga seluruh Malaysia.

Azlan menyatakan hal ini kepada pemberita sejurus selepas penangguhan persidangan hari kedua Dewan Undangan Negeri semalam.

Menteri Besar berkata, "Walaupun dia dah mohon maaf tetapi ramai yang telah membaca tulisannya dan membuat pelbagai andaian.

"Malah apabila dia memohon maaf secara menulis di blog sahaja, pasti ada yang baca dan tidak membacanya.

"Apa pun perbuatan itu telah memburukkan imej saya, dan saya mahu dia menerbitkan permohonan maaf dan menarik semula dakwaan jahat beliau terhadap saya menerusi media elektronik dan cetak, sebolehnya di semua laman media sosialdengan serta merta," tegasnya.

Azlan berkata tulisan blogger itu nyata bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri.

"Bagaimana dia boleh mendakwa saya tidak menyokong perdana menteri sedangkan saya merupakan pemimpin utama di Perlis yang tanpa berbelah-bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Saya pernah tegaskan bahawa di dalam konteks Umno, kita mesti setia kepada kepimpinan," kata Azlan.

Beliau ber kata, blogger tersebut telah membuat permohonan maaf menerusi blognya pada 31 Julai lepas.

- Bernama

Read more ...

Suasana politik Terengganu stabil - Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU: "Saya rasa tak ada apa-apa, itu hanya pandangan peribadi beliau dan kita hormat," kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman ketika merujuk kenyataan seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mempertikaikan kepemimpinan dan pentadbirannya.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *