Recent Post

Friday, September 18, 2015

Silat diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara

Seni mempertahankan diri Melayu, Silat, hari ini diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia.
Read more ...

MASYAALLAH ! Sepupu Hijab Terbuka Kongsi Pengalaman Nampak Kapten MH370

Read more ...

BERGELAR BAPA KALI KEDUA - JIMMY TIDAK BERNIAT SOROKKAN ANAK

Pada bulan 23 Mei lalu, isteri Jimmy Shanley iaitu Mariam Jamilah Abdul Jalil telah selamat melahirkan seorang anak perempuan.

Untuk makluman, anak perempuan Jimmy dan Mariam ini diberi nama Hannah Shanley yang kini sudah pun berusia empat bulan.

"Kenalkan anak kedua saya, Hannah Shanley yang kini berumur empat bulan yang dilahirkan pada 23 Mei lalu. Jujurnya walaupun sudah dua kali bergelar bapa, namun kali ini saya merasai sendiri pengalaman dalam bilik bersalin dan sama-sama dengan isteri untuk membesarkan anak kami.

Klik gambar untuk size besar

"Sebenarnya bukanlah saya mahu menyorokkan Hannah, kalau ada yang mengikuti laman Instagram saya, pasti perasan ada gambar bayi di situ. Cuma untuk berkongsi terlalu banyak gambar sebelum ini memang saya hadkan memandangkan anak saya masih kecil," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Jimmy juga menyatakan bahawa dia mahu anaknya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Malah dia juga dalam masa yang sama turut berharap agar dikurniakan anak lelaki pula selepas ini dan tidak akan kalah mencuba untuk membesarkan keluarganya.

Untuk rekod, Jimmy berkahwin dengan Mariam pada 7 Jun 2014. Sebelum Mariam, Jimmy pernah mendirikan bersama dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Mereka mempunyai seorang anak perempuan Zahrah Rania Shanley hasil daripada perkahwinan tersebut.

Anak kedua Jimmy - Hannah Shanley

Anak pertama Jimmy Shanley - Zahrah Rania Shanley< a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnO4VOUh1NuEFWigyxz_uRg0gJ9fSOi9PS_6JgMlNua1jBdVMbnZuXl5KCWh8GHxnwoPLSAeX8L1fz3XW_JUU8r8oueLzRsftUp4cZE3y4o_0UdTuc1nMSlWlJfbNloyHYrGQjqM2_qH2V/s1600/Image_8.jpg" imageanchor="1">

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

MASYAALLAH ! Sepupu Hijab Terbuka Kongsi Pengalaman Nampak Kapten MH370

Read more ...

Tangguh Kahwin, Kekasih Gelap Potong Alat Sulit Teman Lelaki

BEIJING - Gara-gara menangguhkan hasrat untuk menceraikan isteri, alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun dipotong kekasihnya. Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan  berjaya yang dikenali dengan nama keluarga Liu itu, menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu 5 tahun lalu. Difahamkan, lelaki itu telah berjanji akan berkahwin dan membina hidup baru dengannya selepas menceraikan isterinya.  Dia juga memberitahu wanita yang 30 tahun lebih muda daripadanya itu bahawa dia dan isterinya tidak lagi hidup sebagai suami isteri meskipun masih tinggal di rumah yang sama di bandar Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, timur China. Lapor Daily Mail, mangsa telah bertemu dengan suspek di sebuah hotel pada 13 September lalu dan mendakwa dirinya telah diberikan dadah sehingga tidak sedarkan diri.  Suspek dilihat membawa senjata yang digunakan untuk memotong alat sulit mangsa Lokasi kejadian dipenuhi dengan darah Sebaik saja tersedar, mangsa terkejutnya yang dirinya dibasahi dengan darah dan mendapati alat sulitnya telah dipotong.  Mangsa cuba mencari alat sulitnya, namun gagal dan segera mendapatkan bantuan. Pihak berkuasa di negara itu kini sedang giat memburu wanita berkenaan.  - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Baju merah ganggu forum BERSIH di Bayan Baru

Forum BERSIH di Bayan Baru malam tadi terganggu selama kira-kira 30 minit ekoran kemunculan sekumpulan berbaju merah.

Sekumpulan kira-kira 50 orang, yang diketuai oleh ketua penerangan Umno Bayan Baru, Ridzwan Bakar dan ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim, masuk ke dalam dewan lebih satu jam selepas forum itu bermula.

Forum itu bermula pada pukul 8 malam di Dewan MBPP, Pasar Bayan Baru di Pulau Pinang.

Aktivis pelajar Adam Adli berhenti bercakap apabila kumpulan baju merah itu berjalan masuk pada kira-kira pukul 9.30 malam.

Moderator forum itu, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, menyambut kehadiran kumpulan itu dengan berkata mereka dialu-alukan dan "kita boleh berkongsi pandangan kita".

Selepas Adam selesai bercakap, Sim menjemput Ridzwan untuk berucap di forum itu.

Pemimpin Umno itu mengambil mikrofon dan menimbulkan tentang masalah setinggan di kawasan Sim.

Dalam ucapannya, Ridzwan memberi jaminan kepada hadirin bahawa kumpulan itu tidak berada di situ untuk menimbulkan kekecohan tetapi untuk mendengar ucapan penceramah.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya jangan lagi memijak gambar pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datil Seri Abdul Hadi Awang.

"Tiada siapa yang memijak gambar pemimpin anda semasa perhimpunan kami, jadi jangan lakukannya kepada pemimpin kami," tegasnya disambut laungan ' Allahuakbar' dari penyokongnya.

BERSIH telah menafikan ia terlibat dalam kejadian itu.

Selepas ucapan Ridzwan, kumpulan baju merah kemudiannya mengelilingi Adam (foto) dan menuntut untuk tahu mengapa dia menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa satu perhimpunan di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Kumpulan itu juga mensasarkan jeritan mereka terhadap pembantu Sim dan seorang lagi pemimpin PKR kerana didakwa "memfitnah" perhimpunan baju merah dalam Facebook.

Anggota polis yang hadir di ceramah tersebut, campur tangan apabila keadaan menjadi tegang.

Sebelum kumpulan baju merah itu beredar, Sim menjemput Ridzwan dan Rafizal untuk bergambar bersamanya.

Forum itu disambung semula selepas kumpulan baju merah itu beredar dari tempat tersebut.

Penceramah di forum itu termasuk pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, pengurus BERSIH Mandeep Singh dan Fariz Musa dari Jingga 13.

Bercakap kepada pemberita selepas forum itu, Sim berkata beliau tidak akan membuat laporan polis kerana kumpulan itu tidak ganas.

Ditanya sama ada beliau berasa terancam dengan kejadian itu, Sim berkata "tidak", sambil menambah beliau akan terus berdialog dengan mereka.

Maria berkata, walaupun baju merah terus menimbulkan masalah kepada BERSIH atau membuat kekecohan semasa aktivitinya, acara itu mesti diteruskan.

"Kita mesti terus untuk berdialog dengan mereka, agar mereka memahami perjuangan kita," katanya.

[Baca berita penuh/asal]

Read more ...

Akhirnya Lisa Dan Yusri Kongsi Gambar Anak Mereka. Tengok Gambar Yang 1st Tu.! Paling Comel!

gambar anak lisa surihaniAkhirnya yang dinanti-nanti telah pun tiba. Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun berkongsi gambar anak sulung mereka. Cahaya mata perempuan ini telah dilahirkan di Pantai Medical Centre Bangsar dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September kira-kira jam 11.44 malam. Lisa dan anak telah pun pulang ke rumah. Kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.
Read more ...

10 Fakta Tentang Mr. Bean Yang Ramai Belum Tahu

Sambut ulang tahun ke 25, ini 10 fakta Mr. Bean yang anda tidak tahu | Siapa yang tak kenal dengan watak komedi Mr.Bean? Hanya dengan gerak tubuh dan mimik muka, watak itu mencipta fenomena yang sangat luar biasa di seluruh dunia memetik Astro Awani. Sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta tentang Mr.Bean yang anda mungkin tidak tahu. 1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979. 2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka. 3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean. 4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990. 5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya. 6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London. 7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992. 8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia. 9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta. 10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *