Recent Post

Tuesday, August 25, 2015

Bahana Gula-Gula Hacks, Paha Menjadi Merah

Penulis berpeluang bertemu dengan seorang lelaki yang baru mencecah usia 50an. Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Encik Alias kepada penulis.

Cerita bermula apabila Alias pergi memancing bersama-sama temannya di Yan, Kedah. Sudah menjadi kebiasaan Alias sering membawa bekal gula-gula walau kemana sahaja dia pergi kerana Alias mengidap diabetes dan kadangkala berkemungkinan berisiko dengan keadaaan kekurangan gula dalam darah.

Sewaktu memancing ke sana, Alias menyimpan beberapa biji gula-gula Hacks didalam poket seluar. Ekspedisi memancing bermula pada hari Jumaat, namun pada pagi Ahad sewaktu hendak pulang ke Kuala Lumpur, Alias perasan pahanya menjadi kemerahan.

Berasa hairan, Alias pun memeriksa poket seluar dan mendapati gula-gula tersebut telah cair didalam poket seluar. Pada mulanya Alias berasa pedih, kini pada hari Selasa telah masuk dua hari, kini timbul rasa gatal-gatal. Akibatnya, sehingga sekarang Alias tidak berani untuk memakan gula-gula tersebut lagi.

Walau bagaiamanapun, hal ini mungkin berbeza mengikut individu. Hal ini kerana Alias merupakan pengidap kencing manis, mungkin juga hal ini berpunca kerana kulitnya sensitif dengan beberapa kandungan yang terdapat dalam gula-gula Hacks.

Ataupun mungkin bagi anda cerita ini hanyalah rekaan, mungkin anda boleh melakukan eksperimen ini sendiri. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasil kajian anda bersama kami.

Read more ...

Video: Warga Emas Dirempuh Dan Digilis Ketika Di Stesen Minyak

SEORANG warga emas nyaris maut apabila dia dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika mengisi minyak dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Rambutan, Kluang Utama, Isnin.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Haji Nasir, 70, patah tulang pinggul.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak terbabit, kelihatan dua wanita sedang mengisi minyak di kereta Perodua Kancil mereka.

Selesai sahaja mengisi minyak, dua wanita itu masuk ke dalam kereta berkenaan dan beredar dari stesen minyak terbabit.

Pakcik Kene Gilis Beb, Tapi Hidup Lagi oleh mynewshub

Namun, kereta itu secara tiba-tiba memecut dan melanggar lelaki yang sedang mengisi minyak di pam hadapan.

Dikatakan selipar suspek tersangkut pada pedal minyak yang seterus menyebabkan keretanya hilang kawalan seketika.

Mangsa diheret sejauh lebih semeter, sebelum digilis kereta Kancil itu yang terus memecut melepasi bebendul dan masuk ke kawasan berumput.

Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak di pam sebelah, segera memberi bantuan kepada mangsa yang terlentang di perkarangan stesen minyak berkenaan.

Tangan serta kaki mangsa patah dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Kluang untuk menerima rawatan.

pakcik

Haji Nasir mengalami kecederaan parah, tetapi kini dalam keadaan stabil.

Difahamkan, pemandu wanita itu telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, disebabkan kecuaian.-Mynewshub.cc

Oleh: hzq

Komen

comments

Read more ...

kanak perempuan dibunuh,dir0g0l dan mencab-l -kejam dan zalim

Anchorage (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang memperkosa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan kemudian membunuh kedua-dua moyang mangsa dijatuhi hukuman penjara 359 tahun.

Akhbar Alaska Dispatch News melaporkan, Jerry Active, 26, tetap berkata dia tidak bersalah ketika hakim membacakan hukuman ke atasnya.

Lelaki itu didapati bersalah membunuh Touch Chea, 61, dan isterinya Sorn Sreap, 73, di kediaman mereka di Anchorage pada Mei 2013.

Dia juga merogol Sorn dan cicit pasangan itu dalam satu serangan yang disifatkan pasukan polis Alaska sebagai 'paling keji dan zalim pernah mereka hadapi sepanjang karier mereka.'

Selain tuduhan membunuh, merogol dan mencabuli kanak-kanak, Active turut dituduh merompak.

Selain itu, polis turut mendakwa lelaki berkenaan menyerang seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia Jun lalu.

Active dibebaskan dari penjara beberapa jam sebelum menyerang keluarga Chea dua tahun lalu.

Dia dibebaskan s elepas menjalani sebahagian daripada hukuman penjara tujuh tahun kerana mengaku bersalah merompak sebuah rumah pada 2009.

Bercakap ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mahkamah Agung Anchorage Philip Volland berkata kepada Active: "Kekejaman kamu akan meninggalkan parut pada masyarakat di sini. Perbuatan kamu itu terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal." - Agensi

Read more ...

BIADAP !!! Tak Sampai 24 Jam Peluk Islam, Stacy DIKECAM Dan DIHINA Dengan Teruk

Susulan tersebarnya berita mengenai penyanyi Stacy AF telah memeluk agama Islam, netizen dari seluruh negara memberikan reaksi yang tidak dijangkakan.  Meskipun ramai umat Islam yang menyambut baik berita itu, namun ada juga netizen yang beragama Islam mempertikaikan niat Stacy memeluk agama Islam. Sementara itu pula, bagi yang bukan Islam melemparkan komen-komen yang berbentuk sindiran yang tidak sewajarnya di laman Facebook sehingga membuatkan anda menggelengkan kepala. 

"Stacy, kalau kamu masuk agama Islam disebabkan kamu rasa agama itu lebih baik dari agama asalmu, saya salute kamu. Tapi kalau kamu memeluk agama Islam disebabkan berkahwin dengan lelaki Islam, saya pasti kamu akan ada penyesalan di suatu hari nanti,"

- Laimah Kenneth.

"Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi,"

- Benert Ben.

"Kenapa bah kau berubah? Kenapa bah kau berubah?, lagu Stacy untuk Stacy,"

- Victor Valdes.

"Jangan kau masuk Islam Stacy. Ada DNA babi darah kau. Haram,"

- Leo Pardino.

Alangkah sedihnya melihat komen-komen sebegini. Lihatlah, inilah cabaran buat saudara baru yang baru sehari memeluk Islam.  Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen-komen positif.

"Convertlah, apa mau bising. Kalau lama dah tak masuk gereja, masuklah masjid. Jangan tak ada agama, nanti lepas mati orang tidak tau mau letak di mana. Lepas mati mana ada bak bapa dia kisah sama dia lagi,"

- Alexious Stephen.

"Ibu Stacy sendiri yang bukan beragama Islam itu relaks saja boleh teman lagi anak dia pergi Jabatan Agama. Kamu orang pula yang sibuk-sibuk bertelagah, tak malukah?"

- Zizie Mohd Yusoff.

"Syukur Stacy, kamu mendapat hidayah dari Allah. Biarkan orang lain mencaci maki kamu. Yang penting Allah ada bersama kamu. Akim, jaga Stacy baik-baik. Semoga kekal hingga akhir hayat,"

- Jsk Rahman.

Sungguh speechless membaca reaksi dari netizen. Janganlah begitu wahai manusia. Itu adalah pilihan beliau untuk memeluk agama Islam dan seharusnya kita menghormati apa yang dia pilih. Tidak wajar melemparkan sebarang kenyataan yang biadab dan kurang ajar terhadap Stacy dengan alasan tidak dapat makan babi dan sebagainya. Tidak akan matinya manusia itu kalau tak makan daging babi. Sebagai peminat, anda sepatutnya memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Stacy dan seterusnya pada hubungan beliau dengan Akim.
Read more ...

KES KHALWAT : GAGAL HADIR - PUTRI MARDIANA DIKENAKAN WARAN TANGKAP

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Klik gambar untuk size besar

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.

Pada 23 Jun lalu, Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, mengaku tidak bersalah atas t uduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 17 Disember 2014, Mardiana dalam kenyataan memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Arsenal, Liverpool kongsi mata

London: Arsenal dan Liverpool terpaksa berkongsi satu mata selepas perlawanan di Stadium Emirates yang berkesudahan 0-0 awal pagi tadi.

Dengan ketiadaan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny akibat kecederaan untuk mengemudi bahagian pertahanan Arsenal membolehkan Liverpool mendominasi babak pertama dengan beberapa percubaan menarik dengan aksi cemerlang Petr Cech menafikan percubaan Christian Benteke.

Pada aksi babak kedua, Arsenal mendominasi perlawanan dengan percubaan dari Alexis Sanchez tetapi Liverpool dapat mengekangnya sehingga tamat perlawanan membolehkan The Reds menduduki tangga ketiga dengan perbezaan dua mata di belakang pendahulu liga, Mancester City.- AFP

Read more ...

iSelamat.my salur info jenayah lebih mudah dan pantas

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh terus mendapatkan maklumat dan panduan pencegahan jenayah lebih mudah dan pantas melalui laman web iSelamat.my, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jelas Abdul Rahman, projek perintis secara bersama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini menyediakan maklumat hotspot jenayah meliputi 14 kawasan pihak berkuasa tempatan di empat negeri yang ringkas untuk keperluan individu dan komuniti.

"Maklumat-maklumat penting keselamatan seperti nombor telefon Balai Polis dan personel PDRM, pihak berkuasa tempatan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan Rukun Tetangga turut disediakan bagi memudahkan perhubungan pantas antara komuniti dan pihak penguasa keselamatan," ujarnya dalam ucapan pelancaran laman web iSelamat.my di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Halimah Sadique yang mewakilinya melancar kan program tersebut.

iSelamat.my mensasarkan orang awam, dimana ia boleh diakses tanpa sebarang syarat melalui komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar.

"Negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Netherlands dan Australia telah membangunkan laman web seumpama ini.

"Sebagai contoh di United Kingdom, laman web www.police.uk  yang dibangunkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyediakan maklumat jenayah kepada orang awam dan memudahkan penduduk berhubung dengan pihak polis di peringkat komuniti," katanya lagi.
Read more ...

Temui Mayat Bayi Dalam Tandas Wanita

MUADZAM SHAH - Mayat seorang bayi ditemui dalam sebuah plastik hitam di tandas wanita di Masjid Muadzam Shah, pada jam 2.40 petang kelmarin.  Menurut Setiusaha Masjid Muadzam Shah, Alwi Husin, dia dimaklumkan oleh seorang kakitangan masjid pada jam 3 petang di mana seorang wanita menemui mayat bayi dalam tandas wanita yang dibungkus dengan plastik sampah berwarna hitam. "Saya meminta wanita itu membuat laporan polis kerana beliau yang menemui mayat bayi tersebut," katanya. Wanita yang menemui mayat bayi itu pada mulanya membiarkan saja bungkusan plastik hitam tersebut diletakkan di tepi mangkuk tandas. Namun kerana sifat curiganya yang tinggi, lalu dia memeriksa kandungannya dan terkejut menemui mayat bayi berkenaan. Pihak masjid telah meneliti rakaman kamera litar tertutup dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Berdasarkan rakaman, tiada kelihatan individu yang mencurigakan membawa bungkusan hitam masuk ke tandas.  Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk proses bedah siasat. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Middle class may need housing subsidies if property sector not reformed, say researchers

Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median of RM274,000 per unit, a study by the Khazanah Research Institute notes. – The Malaysian Insider file pic, August 25, 2015.Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median of RM274,000 per unit, a study by the Khazanah Research Institute notes. – The Malaysian Insider file pic, August 25, 2015.Middle-class Malaysians may end up needing government subsidies for housing if current property prices continue to increase, a report by the Khazanah Research Institute (KRI) said, calling for immediate intervention by all stakeholders to transform the housing sector in Malaysia.

KRI research director Dr Suraya Ismail said the median price range for housing was "skewered" towards the smaller portion of Malaysia's population, or those in the higher-income bracket.

If this continued, social housing benefits would need to be applied to households earning up to RM10,000 a month, which fall in the middle-class category.

This means not only the bottom 40% of households, but also the middle 40% of the Malaysian population, would need subsidies for affordable housing if current prices prevail.

The government has undertaken initiatives such as 1Malaysia People's Housing Programme (PR1MA), as well as loans, to increase home affordability in an increasingly congested property market.

In Kuala Lumpur especially, no new projects below RM500,000 were launched last year, despite the maximum house price median of RM274,000 per unit.

This price is based on the median income of the city's residents, Suraya said yesterday at the launch of KRI's latest research report, "Making Housing Affordable".

Suraya and KRI's managing director Datuk Charon Mokhzani said urgent intervention is needed to rectify the situation.

He urged the government to move away from relying on social housing or the provision of homes by the state, to creating an environment where housing prices are affordable for everyone.

Charon said giving more loans will not help solve housing woes, as it would only result in people getting mired in more debt.

Instead, the industry itself can ensure effective and productive demand for housing without compromising on profits, KRI's report said.

According to the, although construction costs have been going down, this has been reflected in house prices which kept rising exponentially last year.

Charon said the perception that land prices are going up and in turn pushing housing prices upwards was also untrue.

"What happens is developers who intend to sell the properties at a certain price and value are capable of bidding higher for land and that's when land prices become high," he said.

KRI, in its report, cited a positive case study from the Philippines, where a company called 8990 Holdings recorded a profit of US$76 million (RM315 million) in 2013 despite only building low-cost houses catering to the lower income category.

In fact, half of its buyers had been those earning RM2,000 and below in the Philippines.

This was made possible with an innovative construction process using a technology called pre-cast, allowing the company to complete townhouses and single attached units within eight to 10 days.

But such efficacy requires everyone involved in the construction process – from designers, contractors, to developers – to work hand in hand to ensure effective production, KRI said.

"The innovation needs to start with developers asking for this to happen, to allow them to have a more productive delivery system," Suraya said, citing the Industrialised Building System (IBS), which has been long mooted but yet to be implemented in Malaysia.

IBS involves the use of prefabricated components that can be installed on site.

Although many developed countries resorted to social housing to ensure a roof over everyone's heads, the report noted that not all households received a home due to population growth.

"It makes more economic sense to ensure that the purchase of a home is financially viable to the general public than it does to rely on existing models on provision of social housing," the report said.

The institute suggested new production methods employed by developers by being more innovative, and also asked that a moratorium be imposed on house prices under a new scheme until a new stock of affordable houses is made available.

It also called for a national data repository to properly plan for areas in need of housing and the amenities surrounding them. – August 25, 2015.

Read more ...

Pasaran saham AS jatuh hari ini

NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) jatuh dalam dagangan awal hari ini berikutan penurunan besar dalam saham China.

Purata perindustrian The Dow Jones jatuh lebih 1,000 mata dalam dagangan awal dan indeks Standard & Poor 500 jatuh ke dalam wilayah pembetulan, kejatuhan Wall Street itu sukar difahami oleh pihak lain bagi penurunan sebanyak 10 peratus atau lebih daripada paras tertinggi, baru-baru ini.

Perbendaharaan melonjak apabila pelabur membeli aset kurang berisiko.

Kebimbangan meningkat mengenai kelembapan di China sudah mengoncang pasaran di seluruh dunia pada Jumaat lalu, memacu pasaran saham AS lebih rendah dengan ketara.

Penjualan besar saham China hari ini menyebabkan kejatuhan berterusan. - AP

Read more ...

'Stacy Peluk Islam, Tak Dapat Lagi Kau Makan B****' - Benert Ben

Susulan tersebarnya berita mengenai penyanyi Stacy AF telah memeluk agama Islam, netizen dari seluruh negara memberikan reaksi yang tidak dijangkakan.  Meskipun ramai umat Islam yang menyambut baik berita itu, namun ada juga netizen yang beragama Islam mempertikaikan niat Stacy memeluk agama Islam. Sementara itu pula, bagi yang bukan Islam melemparkan komen-komen yang berbentuk sindiran yang tidak sewajarnya di laman Facebook sehingga membuatkan anda menggelengkan kepala.  "Stacy, kalau kamu masuk agama Islam disebabkan kamu rasa agama itu lebih baik dari agama asalmu, saya salute kamu. Tapi kalau kamu memeluk agama Islam disebabkan berkahwin dengan lelaki Islam, saya pasti kamu akan ada penyesalan di suatu hari nanti," kata Laimah Kenneth. "Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi," kata Benert Ben sambil ketawa. "Kenapa bah kau berubah? Kenapa bah kau berubah?, lagu Stacy untuk Stacy," sindir Victor Valdes. "Jangan kau masuk Islam Stacy. Ada DNA babi darah kau. Haram," kata Leo Pardino. Sumber laman Facebook Berita Harian Alangkah sedihnya melihat komen-komen sebegini. Lihatlah, inilah cabaran buat saudara baru yang baru sehari memeluk Islam.  Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen-komen positif. "Convertlah, apa mau bising. Kalau lama dah tak masuk gereja, masuklah masjid. Jangan tak ada agama, nanti lepas mati orang tidak tau mau letak di mana. Lepas mati mana ada bak bapa dia kisah sama dia lagi," kata Alexious Stephen. "Ibu Stacy sendiri yang bukan beragama Islam itu relaks saja boleh teman lagi anak dia pergi Jabatan Agama. Kamu orang pula yang sibuk-sibuk bertelagah, tak malukah?" kata Zizie Mohd Yusoff. "Syukur Stacy, kamu mendapat hidayah dari Allah. Biarkan orang lain mencaci maki kamu. Yang penting Allah ada bersama kamu. Akim, jaga Stacy baik-baik. Semoga kekal hingga akhir hayat," kata Jsk Rahman. Sumber, laman Facebook Berita Harian Sungguh speechless membaca reaksi dari netizen. Janganlah begitu wahai manusia. Itu adalah pilihan beliau untuk memeluk agama Islam dan seharusnya kita menghormati apa yang dia pilih. Tidak wajar melemparkan sebarang kenyataan yang biadab dan kurang ajar terhadap Stacy dengan alasan tidak dapat makan babi dan sebagainya. Tidak akan matinya manusia itu kalau tak makan daging babi. Sebagai peminat, anda sepatutnya memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Stacy dan seterusnya pada hubungan beliau dengan Akim.  - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Jangan Terkejut,KUCING Comel Ini Mempunyai Kad Pelajar High School California.

Jangan Terkejut,KUCING Comel Ini Mempunyai Kad Pelajar High School California… Lucu pun ada juga apabila kucing menjadi pelajar sekolah bersama manusia. Bubba si kucing comel yang sangat popular di Leland High School di San Jose, California telah diberi kad ID sebagai pelajar.

Bubba bukanlah kucing jalanan yang suka berlegar-legar mencari makanan. Dia adalah kucing yang tinggal bersebelahan dengan sekolah. Keluagra Marienthal yang memiliki kucing ini.

"Kami cuba biarkan dia untuk tinggal di dalam rumah sahaja tapi dia taknak." Jelas Amber Marienthal.

Semua orang di sekolah tersebut memberi kebebasan kepada Bubba untuk keluar masuk sesuka hatinya."Setakat ni kami tak pernah dapat apa-apa aduan."tambah Marienthal

"Dia duduk atas riba saya dan tidur sementara saya menduduki peperiksaan akhir Bahasa Sepanyol" kongsi salah seorang pelajar di situ.

Bubba merupakan yang pertama sampai disekolah dan akan duduk di depan pintu sementara menunggu cikgu-cikgu dan para pelajar yang lain. Bubba juga kini mempunyai Facebook sendiri yang sudah ada 5000 orang peminat.

Tags: , , , ,

Category: Dunia

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *