Recent Post

Wednesday, September 16, 2015

Jerebu: Sekolah seluruh negara dibuka semula esok

Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.
Read more ...

'Abah Tengok Tu, Diorang Guna Stroller Murah !'

Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng.  Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan? Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya.  Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak. Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan.  Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau. Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat. Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa. - Norfaradina
Read more ...

"MEREKA TIDAK FAHAM TUGAS CHE TA SEBAGAI WAKIL ORANG AWAM" - RAMLI MS

Sebelum ini, Edry Abdul Halim mengalu-alukan langkah Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 42, menarik diri dalam program berkenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan

Terkini, pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry menegur cara kritikan Che Ta di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.

Menurut Ramli, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas Che Ta yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.

Klik gambar untuk size besar

"Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.

"Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

"Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam," tegas Ramli.

Terdahulu Che Ta telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik selepas berasa terhina dengan teguran Edry terhadapnya di khalayak selepas dia memberi komen negatif terhadap peserta AF 2015 siaran musim keenam Ahad lalu.

Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.

"Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

"Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.

"Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini," jelasnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

[4 FOTO] Mayat Kevin Morais Akhirnya Ditemui Dalam Tong Konkrit Dalam Keadaan Amat Menyayat Hati

Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini.  Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.  Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi. Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.

Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi.  Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi.  Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun.  Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.  Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Read more ...

(Video) 'Pergi Balik Sebelum Aku Rembat Korang!'

Video sekumpulan remaja lelaki merokok dan berjudi di sebuah restoran mamak, viral di laman sosial. Video berdurasi 57 saat yang dirakam dan dimuat naik oleh Norhafiza Hasrudin di laman Facebook, menarik perhatian netizen.  "Sedih apabila saya sendiri melihad di depan mata ada sekumpulan anak-anak muda yang masih lagi bersekolah sedang leka bermain judi dan menghisap rokok di depan anak-anak saya dan juga orang awam. "Sehingga suami saya bertanya, 'kenapa awak menangis?'. Lalu saya berkata saya sedih melihat anak bangsa sendiri leka dan bangga dengan apa yang mereka lakukan. Lalu suami saya pun terus memarahi dan menasihati anak-anak muda tersebut. "Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak-anak bangsaku. Engkau peliharalah mereka dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan ke jalan yang Engkau redhai. Amin," katanya. Berdasarkan rakaman video tersebut, sudah agak baik cara lelaki itu menegur sekumpulan anak muda itu. Namun, reaksi yang diberikan oleh mereka, amatlah mengecewakan.  Langsung tiada menunjukkan mereka serik dan insaf dengan teguran itu. Sebaliknya dipamerkan wajah yang menyampah dan benci terhadap lelaki dewasa berkenaan. Di zaman kita, di usia seperti mereka, kita berada di rumah membantu ibu bapa. Hendak melepak di kedai mamak pun, wang tak ada. Jika ada sekali pun, cuma cukup untuk perbelanjaan hari esok di sekolah. Malangnya generasi zaman ini sudah berjinak-jinak dengan pelbagai aktiviti. Dari merokok. minum arak, berjudi dan lain-lain yang akhirnya akan menyebabkan mereka lalai dan terjerumus ke lembah kehancuran akhlak . Hendak mengharapkan pihak berkuasa, tiada gunanya. Jadi, terpulanglah pada kita sendiri, apa yang kita akan lakukan jika terlihat situasi seperti ini. Nak berikan teguran atau hanya membutakan mata? - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Muhasabah bangsa Melayu demi Malaysia

Saya seorang Melayu dan saya bangga dengannya. Saya mahu bangsa saya berjaya agar tidak merempat di negara ini. Dan saya mahu bangsa saya dihormati dan pantang jika dihina. Saya juga mahu budaya dan bahasa bangsa saya terus dipelihara.

Namun, jika saya berbangsa Cina atau India atau mana-mana bangsa sekalipun, tentu sekali saya mahukan perkara yang sama. Hakikatnya setiap bangsa mahukan yang terbaik untuk memelihara identiti masing-masing. Ini adalah normal dan tiada yang pelik dan jelik untuk sesebuah bangsa berjuang demi survivalnya.

Kepelbagaian bangsa di Malaysia tentu sahaja akan mewujudkan pelbagai tuntutan. Acap kali tuntutan-tuntutan ini bertembung di antara satu sama lain. Kepelbagaian pastinya akan melahirkan perbezaan.

Perbezaan akan mencipta konflik yang akhirnya menjadi krisis sekiranya tidak ditangani dengan segera dan bijaksana. Cabaran utama bukanlah untuk mencari dan meraikan persamaan, tetapi adalah untuk memahami dan menghadapi hakikat perbezaan.

Malaysia masih belum menjumpai formula yang ampuh untuk menangani kemajmukan rakyatnya. Hubungan antara kaum di Malaysia masih diselubungi prejudis yang tebal. Ini berlaku sekalipun Malaysia telah menginjak usia lebih separuh abad.

Sejarah menyaksikan, proses kemerdekaan dan penubuhan Malaysia tidak hanya melibatkan bangsa Melayu tetapi turut disertai oleh wakil sah daripada bangsa lain. Pemimpin bangsa Melayu pada ketika itu sedar dan insaf bahawa kehidupan pascamerdeka dan penubuhan Malaysia, tidak akan rukun sekiranya bangsa lain tidak dilibatkan bersama.

Kewujudan mereka adalah terlalu signifikan untuk dikecualikan. Sekiranya bangsa bukan Melayu dikecualikan, ia akan mengakibatkan masalah yang mungkin lebih dahsyat daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Kegagalan tangani isu perbezaan kaum

Kekecohan di pusat membeli-belah Plaza Low Yat beberapa bulan yang lalu dan provokasi perkauman oleh kumpulan himpunan Baju Merah merupakan di antara contoh kegagalan menangani isu perbezaan kaum di Malaysia.

Ia menunjukkan betapa sesetengah golongan lebih senang menyelesaikan perbezaan dengan cara kekerasan dipandu sentimen perkauman sehingga sanggup menghamburkan gelaran seperti "pendatang‟ dan "penumpang" terhadap bangsa lain.

Ingatlah sabda Rasulullah: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada asabiyyah atau marah kerana asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah." (Riwayat Muslim)

Dalam konteks hari ini, gelaran "pendatang" atau "penumpang" kepada bangsa lain adalah salah. Kewarganegaraan mereka telah diiktiraf dan hak mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang induk negara ini.

Anak-cucu keturunan mereka telah pun lahir, hidup dan mati di tanah air ini. Malaysia menjadi sebahagian daripada mereka sebagaimana mereka menjadi sebahagian daripada Malaysia, Ini terbukti melalui kesetiaan dan sumbangan mereka kepada negara. Mereka bukan lagi pendatang dan tentu sekali bukan penumpang di negara ini.

Hakikatnya pada suatu masa, kita semua adalah pendatang di tanah air ini. Yang membezakan bangsa Melayu dengan bangsa lain yang datang terkemudian adalah sumbangan sejarah dan akhlak yang membentuk jati diri dan identiti kemelayuan di tanah air ini.

Tangani dengan beradab

Inilah yang menjadi asas kepada hak dan keistimewaan bangsa Melayu sebagaimana yang diiktiraf oleh perlembagaan negara ini. Namun pengiktirafan hak dan keistimewaan bangsa Melayu tidak seharusnya menzalimi hak bangsa lain.

Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)." (Riwayat Ahmad)

Setiap warganegara Malaysia seharusnya berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia merupakan sebuah perjanjian, manifestasi daripada toleransi antara kaum di negara ini. Proses menderafnya mengambil masa yang panjang melibatkan wakil sah yang membawa kepentingan majoriti bangsa masing-masing.

Sebagaimana toleransi yang ditunjukkan oleh para pimpinan kita terdahulu, semangat ini harus diteruskan oleh pewaris mereka pada hari ini.

Sekiranya bangsa hak dan keistimewaan orang Melayu terancam, ia harus ditangani dengan beradab. Ancaman melalui hamburan penghinaan dan kekerasan fizikal adalah suatu yang dikeji.

Kebiadaban orang lain bukan lesen untuk Melayu menjadi bangsa biadab. Melayu dan mana-mana bangsa sekalipun bukan maksum, pasti ada ruang untuk penambahbaikan.

Daripada menuding jari tuduh menuduh dan cabar mencabar bangsa lain, adalah lebih baik jika orang Melayu memperbaiki diri mereka sendiri terlebih dahulu.

Datuk Onn Jaafar dalam perhimpunan agung Umno pada tahun 1948 pernah menyatakan: "Melawan Malayan Union itu perkara kecil dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat dan kelakuan Melayu sendiri."

Krisis perkauman di Malaysia mutakhir ini ibarat sebuah bom jangka. Ia berlanjutan tanpa usaha jelas di pihak berwajib untuk menyelesaikannya. Dasar-dasar kerajaan untuk membentuk perpaduan dirumuskan oleh kementerian secara berasingan dan dilaksanakan secara berpisah tanpa naungan sebuah gagasan besar.

Amatlah rugi, gagasan Bangsa Malaysia yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pimpinannya tidak dimanfaatkan sebaiknya. Natijahnya, sehingga kini usaha-usaha yang dibuat kerajaan seumpama tikus membaiki labu.

Mengapa terus dimomokkan?

Keadilan sosial yang digembar-gembur untuk merapatkan jurang ekonomi bangsa Melayu dengan bangsa lain tidak berlaku. Tidakkah kita hairan, kenapa bangsa Melayu masih dimomokkan dengan kemunduran di sudut ekonomi sekalipun menikmati hak dan keistimewaan yang tiada pada bangsa lain?

Apa yang lebih jelas kelihatan, hanya segolongan yang berada di kedudukan penting dan kekuasaan politik sedang menikmati hasil-mahsul negara. Rakyat pula dibiarkan berantakan dengan sentimen perkauman melalui prejudis yang mungkin sengaja ditanam.

Dalam mendepani kemelesetan ekonomi dan ketidaktentuan politik pada hari ini, kesatuan dan perpaduan rakyat yang sedia retak akan menjadi lebih rapuh.

Sentimen perkauman akan menjadi lebih tebal menatijahkan kebencian dan persengketaan akibat tindakan pihak yang suka menangguk di air yang keruh.

Tambah memburukkan keadaan, krisis keyakinan terhadap perdana menteri menjadikan sebahagian kita mungkin hilang pengharapan terhadap kerajaan.

Ketika semua harapan nampak menghilang, rakyat perlu menjadi kuasa pembaharuan. Institusi rakyat adalah harapan yang sentiasa hidup demi masa depan Malaysia yang lebih baik untuk semua. Tidakkah kita mengambil iktibar daripada perjuangan kemerdekaan Malaysia?

Ketika kekuasan berada di tangan penjajah, institusi rakyat lah yang bangkit menyelamatkan maruah dan kedaulatan bangsa dan negara.

Jika dahulu, bangsa Melayu boleh bangkit mengetuai perjuangan kemerdekaan, kenapa tidak sekarang? Krisis perkauman bukan isu terpencil. Ia adalah masalah negara dan masalah kita bersama. Berikanlah percontohan yang baik kepada bangsa lain.

Jangan semarakkan nyalaan api perkauman, hulurkanlah tangan dan selesaikan dengan bijaksana.

Rakyat daripada apa bangsa sekalipun tidak boleh membiarkan Malaysia terjerumus lebih jauh ke dalam krisis perkauman. Pokoknya setiap seorang daripada kita harus berpegang teguh dengan nilai-nilai mulia yang menjadi pegangan setiap agama dan bangsa.

Dengan persetujuan majority rakyat, sebuah formula untuk hidup rukun sebagai sebuah Bangsa Malaysia harus dirumuskan segera.

Sekalipun berbeza kaum, kita tetap Bangsa Malaysia yang sayangkan negara ini. Menjadi Bangsa Malaysia tidak bermakna kita mengorbankan identiti asal bangsa masing-masing. Kita berkongsi persamaan dan bertoleransi di dalam perbezaan yang wujud.

Setiap pembaharuan wajib bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Perjuangan untuk beroleh kehidupan yang lebih baik di Malaysia adalah perjuangan kita bersama.

Bak kata penyair Jalaluddin al-Rumi: "Semalam, diriku seorang yang pandai dan aku berhasrat mengubah dunia. Hari ini pula, diriku seorang yang bijaksana dan aku mahu mengubah diriku sendiri."

KHAIRUL ANWAR SHAZALI seorang peguam syarie di Sarawak.

Read more ...

'Sudah Lama Saya Perhatikan Dia Beri Komen Tak Berasas' - Edry

Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry Abdul Halim mengalu-alukan penarikan diri Rozita Che Wan sebagai pengkritik tetap program realiti itu kerana tugas itu tidak layak dibuat pelakon tersebut, lapor mStar Online. "Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberikan komen yang tidak berasas dan saya juga setuju tentang hal itu," katanya. Sebelum ini, Rozita mendakwa dia diherdik oleh Edry di khalayak ramai, antara punca penarikan dirinya itu dibuat. Edry bagaimanapun menafikan dakwaan mengherdik pelakon itu, sebaliknya hanya sekadar memberi teguran kerana tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan. "Sudah lama saya perhatikan komen yang dia berikan terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tadbir. "Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada teguran. "Bagaimanapun, saya tidak mengherdik dia seperti yang didakwa dan pada masa yang sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu," katanya. "Saya tiada masalah dengan dia secara peribadi. Sekiranya kami berjumpa di majlis atau di mana-mana, saya boleh saja duduk semeja dengannya. Cuma mungkin kami tidak sesuai bekerjasama dalam sesebuah program berkaitan muzik," ujar Edry. - MSTAR ONLINE / THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Kualiti udara di Singapura kekal tidak sihat

SINGAPURA: Keadaan berjerebu masih berterusan di republik ini dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *