Recent Post

Sunday, October 23, 2016

Kerajaan ada duit untuk tampung Bajet 2017 - Zahid - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 22 Oktober 2016 By ROSLI ISMAIL

Ada-ada saja usaha untuk merobek Bajet 2017 dengan berbagai dakwaan untuk menghilangkan keyakinan rakyat pada kerajaan.

Bayangkan kerana nawaitu politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah duduk dalam kerajaan cakap kononnya Bajet 2017 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai semua inisiatif yang diumumkan.

Sebagai menjawab semua ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas.

Beliau berkata dana kerajaan mencukupi untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran seperti yang terkandung dalam Bajet 2017.

Zahid menyatakan demikian kepada wartawan  selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson Sabtu.

"Dalam penyediaan bajet, lazimnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah melakukan engagement dengan pelbagai pihak dan memperoleh maklum balas mengikut sektor atau kumpulan sasaran yang mahu diagihkan dana seperti dalam belanjawan berkenaan.

"Bagi tujuan itu, tentunya beberapa konsultasi telah diadakan bukan hanya dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Malaysia tetapi juga dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta, sektor perbankan, institut penyelidikan dan sebagainya.

"Di dalam tiap-tiap belanjawan ini tentu ada unsur-unsur yang mengambil kira keberhasilan seperti berapa hasil yang diperoleh kerajaan dan tentunya ada anggaran untuk perbelanjaan," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata walaupun bajet yang dibentangkan semalam adalah bajet defisit, tetapi kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran.

"Defisit itu merupakan peratusan yang kecil, tentu perkara ini difahami orang berkenaan tetapi apabila berada di sebelah sana seolah-olah mengkaburkan matanya untuk menerima hakikat inilah persediaan dan penyediaan belanjawan yang berlandaskan kedudukan kewangan fiskal (negara).

"(Ia) juga (berlandaskan) pada keadaan kewangan negara berdasarkan pendapatan negara yang diperoleh daripada beberapa sumber daripada cukai korporat, cukai pendapatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan, cukai eksesais dan pelbagai sumber lain," katanya.- 22/10/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Astro Lancar Saluran Baru TARA HD

Astro telah melancarkan sebuah saluran Hiburan Hindi Umum yang berdefinisi tinggi (HD) baharu iaitu TARA HD (Saluran 108). Semua pelanggan yang memiliki dekoder Astro B.yond akan menikmati akses pra-tonton percuma ke saluran ini sehingga 20 November 2016.

Para penggemar hiburan Bollywood pasti akan teruja untuk menyaksikan pelbagai rancangan yang disajikan menerusi saluran ini termasuklah hiburan terkini dari dunia Bollywood seperti filem-filem klasik, rancangan siri televisyen, program realiti, rancangan bual bicara dan drama televisyen menerusi dua saluran jenama Hindi terkini, iaitu TARA HD dan BollyOne HD (Saluran 251).

Launch of TARA HD_Dr Rajamani and Hemalatha

Sejurus tempoh pra-tonton percuma di saluran ini tamat, TARA HD boleh dinikmati oleh pelanggan Astro menerusi pakej Astro Family HD dan boleh turut disaksikan menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG), selain turut terkandung di dalam pakej pra-bayar bagi pelanggan NJOI.

Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Pelanggan India, Dr. Rajamani Chellamuthu berkata, "Kami di Astro sentiasa mahu memberikan kandungan hiburan berbahasa India terbaik kepada para pelanggan. Pada tahun 2014, kami telah melancarkan BollyOne HD, iaitu sebuah saluran hiburan berbahasa India tanpa henti di mana kami memaparkan filem-filem Hindi terkini, dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelanggan. Kini dengan adanya TARA HD, kami akan bawakan lebih banyak hiburan Hindi hebat kepada penonton termasuklah pelbagai jenis drama, filem, konsert, program anugerah berprestij, program realiti, dokumentari dan program bual bicara.

TARA HD hanya menawarkan hiburan Bollywood terbaik kepada pelanggan dan sesuai ditonton oleh setiap peringkat usia. Kami juga turut telah memilih pelbagai jenis filem dan drama dari beberapa saluran terkenal seperti Colors, Star Gold dan Star Plus untuk disiarkan bagi memastikan setiap pelanggan kami menerima hanya kandungan hiburan yang terbaik serta hebat dari kami".

TARA HD turut menawarkan drama bersiri terbaik, selain rancangan aneka ragam, dan program muzik yang dibawakan khas dari India dan Pakistan. Antara program menarik yang pasti menarik perhatian penonton adalah beberapa judul drama seperti 'Chakravarthi Ashok Samrat', 'Nagin', 'Yeh Hai Mohobattein', 'Ishqbaaaz' dan 'CID'; selain drama bersiri seperti 'Yudh' yang dibintangi Amitabh Bachchan. Selain itu juga antara program menarik lain yang boleh disaksikan menerusi saluran baharu ini adalah rancangan bual bicara popular seperti 'Koffee with Karan' dan 'The Kapil Sharma Show' selain beberapa rancangan variasi yang lain seperti 'Bolly Stars', 'Bolly Dance', dan 'Comedy Nights Bachaq'.

Tayangan filem blockbuster dan pelbagai rancangan menarik bersempena sambutan perayaan Deepavali

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati pra-tonton percuma saluran TARA HD ini sehingga 20 November 2016. Namun setelah tamat tempoh pra-tonton tersebut, saluran ini boleh dinikmati dengan melanggan pada harga RM 7.00 untuk tempoh masa 3 hari, RM 10.00 untuk tempoh masa 7 hari dan RM 25.00 bagi tempoh masa 30 hari. Selain itu, TARA HD juga boleh disaksikan oleh pelanggan Astro menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD).

Langganan AOTG ini adalah termasuk di dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej yang lain, ianya boleh dibeli pada harga RM 10.60/sebulan.

Kesemua program yang disiarkan di saluran TARA HD juga turut disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk keterangan lanjut mengenai TARA HD, sila layari http://www.bollyonehd.com/bollywoodnews. Untuk melanggan sebarang pakej di Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03 -9543 3838.

Opening performance by Desi Dance group

Group picture with local talents and host

Dr Rajamani with Local artist

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Ketahui 4 Elemen Penting Dalam Menjadikan Penulisan Lebih Berpengaruh Serta Mendapat 'Share' Yang Tinggi

Sudah semestinya jika kita ingin menyampaikan sesuatu, mengenai insiden atau produk mahu pun situasi, ianya membuatkan kita teruja untuk menulis, lebih-lebih lagi di media sosial, supaya orang ramai tahu, dan boleh mendapat perkongsian yang banyak. Namun begitu, ada kalanya, sukar untuk kita mempromosikan sesuatu perkara itu, lebih-lebih lagi jika sudah membuat penulisan yang menerangkan akan apa yang berlaku. Ianya, membuatkan kita keliru, mengapa hanya beberapa sahaja yang membaca, dan mendapat perkongsian yang sedikit sahaja.

Ingin tahu mengapa ianya berlaku sebegitu, admin kongsikan bagaimana untuk memastikan penulisan anda menjadi lebih berpengaruh, dan mungkin menjadi bualan ramai, serta mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat, apa yang perlu dilakukan, hasil penulisan dari saudara, Khairul Hakimin Muhammad.

Sepanjang kita bermain Facebook, kita pasti mahukan impak pada setiap kali kita muat naik status. Sama ada berbentuk like, share atau mahu berkomunikasi dalam bentuk komen-reply. Ada satu lagi bahagian yang cukup menyeronokkan dalam kita bermedia sosial, terutamanya di Facebook.

Ia bukan sahaja menambah nilai baik dalam setiap perkongsian, ia juga membantu ekonomi Negara. Wah. Pasti teruja, bukan?

Baik, setiap kali kita muat naik status tentang lokasi, tempat, makan-makan, atau muat naik gambar tentang satu-satu hal, ada banyak perkara yang kita mahu sampaikan. Ada kalanya terlalu banyak dan meleret-leret hinggakan pembaca jadi bosan. Lalu tinggalkan penulisan kita.

Ada juga yang menulis tanpa meletakkan isi, hanya sekadar ekspresi seperti "seronoknya!" bestnya!". Juga masih belum dapat impaknya ke hati pembaca.

Baik, hari ini saya kongsikan salah satu rahsia saya bagaimana saya menulis satu-satu perkara itu menjadi ilmu dan akhirnya dikongsi oleh ramai pema in Facebook di dalam dan luar negara.

Kita akan menyusuri kaedah yang saya lakukan ini selama lebih 10 bulan dan berjaya mengumpulkan lebih 90,000 pengikut hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja kawan-kawan, saya cukup berpuas hati kerana berjaya menjadi lubuk untuk membantu rakan-rakan lain menguasai ilmu ini bagi menaikkan ekonomi rumah tangga, ekonomi syarikat, serta membantu menaikkan perniagaan di mana-mana lokasi.

Hasilnya, ia juga membantu menaikkan kuasa beli dan menjana ekonomi negara.

Saya akan gunakan contoh paling mudah, iaitu masakan Asam Pedas Ikan Siakap. Ia boleh dibuat dengan apa pun subjek yang kita mahukan. Seperti ulasan terhadap tokoh, tempat, lokasi pengembaraan, kedai runcit, makcik jual nasi lemak, atau apa sahaja.

Baik, menjadi kebiasaan, apabila kita menulis, kita hanya fokus kepada meluahkan apa yang patut dikongsi. Sebagai contoh, ia sedap, ia enak, ia buat kalian rasa nak menambah-nambah dan sebagainya.

Secara jujur, ada empat (4) elemen penting dalam setiap penulisan kita untuk menjadikan penulisan kita itu berpengaruh, seterusnya mendapat 'share' yang tinggi kerana isi dan elemen dalam penulisan tersebut.

1. FAKTA

Sebagai contoh, asam pedas ini saya makan di Restoran Khairul yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Jika kalian biasa ke Bangi Sentral, ia betul-betul sederet dengan Butik Rina Salleh.

Fakta yang kita masukkan ialah: Lokasi - Seksyen 9 dan sebaris dengan butik.

Boleh juga dimasukkan fakta seperti, harganya ialah RM8.00 sepotong ikan siakap. Ikan ini juga dimasak dengan cukup sempurna, rasa masam dan kepedasannya juga lengkap menyebabkan kita rasa asam pedas ini terbaik.

Atau, restoran ini punya kawasan yang luas dan punya banyak meja untuk sekeluarga datang makan. Ada ruang khas untuk mereka yang merokok di bahagian luar.

Apabila memasukkan fakta-fakta begini, maka penulisan kita akan dipenuhi dengan ilmu dan pengetahuan. Ia menambah nilai kepada pembaca dan memberi impak kepada peniaga juga kepada para pelanggan baru.

2. Masukkan Emosi

Kemudian, kalian boleh tambah emosi dalam setiap penulisan sebegini. Sebagai contoh, makanan ini sedap, rasa mahu menambah sepinggan dua lagi.

Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta.

Emosi hanya boleh ditambah dalam 1 hingga 3 ayat sahaja. Ia bersifat pendapat dan perlu sangat minima dalam satu-satu penulisan.

Cuma, kalian perlu beringat. Pastikan masakan tersebut (atau apa pun subjek) memang betul sedap. Barulah menulis dengan betul. Sekiranya sebaliknya, tidak perlu tulis, hanya perlu maklumkan kepada pemilik restoran sahaja.

Ingat, tulis yang baik-baik sahaja.

3. Jaga Bahasa

Maksud menjaga bahasa ini ialah, menjaga ejaan. Langsung tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form, bahasa sms dan sebagainya. Eja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun.

Kesemua ejaan yang betul ini boleh diterjemah melalui 'see translation' yang disertakan di dalam setiap satu posting yang dibuat. Ia akan memudahkan perkongsian di lakukan.

Awalnya, hanya jaga ejaan. Kemudian belajarlah menggunakan tatabahasa dengan betul pula.

Oh ya, jika kalian nak gunakan bahasa inggeris, atau bahasa lain. Tidak jadi masalah. Yang penting, ejaan tetap dijaga dengan baik.

4. Impak Positif

Akhir sekali, pastikan posting yang kita muat naik ini mempunyai impak positif.

Sekiranya posting kita tersebut akan dikongsi kerana kebaikan yang kita tulis, maka klik butang post. Jika tidak, tak perlu muat naik.

Impak positif sangat diperlukan bagi satu-satu penulisan media sosial. Ia bukan sahaja akan dikongsi, malah ia akan jadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai contoh, masakan asam pedas dari Restoran Khairul ini punya elemen positif apabila dimuat naik di Facebook.

Ia akan beri kesan pengikut (follower) akan turut mahu rasa masakan tersebut.Maka, jualannya bertambah. Jualan ikan siakap di pasar juga bertambah. Dan jualan ikan di jeti serta pelabuhan juga bertambah. Maka, ekonomi kita akan bertambah dengan baik.

Tidak salah untuk hebahkan atau ulas makcik yang menjual nasi lemak dalam bentuk penulisan sebegini, juga sesiapa sahaja yang berniaga.

Ia membantu ekonomi kalian, ekonomi jiran. Serta yang paling bagus ialah ia memberi maklumat tentang perkara kebaikan yang ada di setiap genab sudut dalam dan luar negara.

Tulis kebaikan dan perbanyak perkongsian, Tuhan akan murah-murahkan rezeki kepada saya dan kalian. - Siakap Keli

Read more ...

Malaysia terus tunjuk disiplin fiskal, kata firma pelaburan global

Malaysia terus menunjukkan disiplin fiskal dengan berjaya mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur sejak krisis kewangan global hingga ke hari ini.

Kejayaan itu dicapai dengan pelaksanaan pelbagai langkah memeritkan seperti memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan, mengurangkan subsidi bahan api serta mempelbagaikan ekonomi.

Firma pelaburan global, Franklin Templeton Investments berkata, Bajet 2017 bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui perbelanjaan berhemat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama memberi perhatian rapi kepada kesejahteraan rakyat.

"Ia adalah imbangan yang baik, tetapi jika ia dilaksanakan dengan baik iaakan menawarkan pelincir kepada enjin ekonomi bagi menjana aktiviti ekonomi dan merangsang keyakinan perniagaan," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pendapatan Tetap serta Sukuk Franklin Templeton Investments Malaysia, Hanifah Hashim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan itu percaya jumlah defisit fiskal 2016 sebenar akan menjadi sekitar 3.0 peratus dan ia kadar yang masih boleh diterima oleh agensi penarafan antarabangsa berikutan iklim ekonomi global yang mencabar.

Kedudukan fiskal negara pada separuh kedua 2016 dan awal 2017 juga dijangka bertambah baik kerana kerajaan sedang mencari pendapatan lain.

"Terdapat tanda-tanda terdapat laluan ke arah ekonomi maju dan padapandangan kami, Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi yang kompetitif di kalangan pasaran sedang muncul lain," katanya.

Lebihan dagangan negara juga kekal sihat, dengan rizab asing yang boleh menyokong 8.5 bulan import tertangguh dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar setahun penuh 2016 akan mencatat 4.0 peratus, sesuatu yang boleh dipuji berikutan pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Hanifah berkata, dengan permintaan domestik yang lebih lemah, data eksport dan inflasi yang rendah, Franklin Templeton Investment menjangka pertumbuhan Malaysia akan menurun dan dasar monetari akan terus akomodatif sehingga 2017, dengan potensi satu lagi pemotongan kadar dasar semalaman mungkin berlaku.

"Projek pembangunan infrastruktur adalah satu daripada perbelanjaan fiskal utama yang kami percaya akan memanfaatkan ekonomi dan rakyat jika ia disasar dan diagihkan secara telus berikutan kesan penggandanya ke atas sektor lain seperti pembinaan, pengeluaran dan perkhidmatan.

"Pengumpulan dana juga akan merangsang bekalan pasaran bon dan sukuk, yang menawarkan tempat yang baik kepada pengurus pelaburan dengan portfolio tempatan seperti Franklin Templeton, untuk melabur," katanya. -Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *