Recent Post

Saturday, December 05, 2015

Saya dikatakan 'kuat kipas' PM - Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap UMNO dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read more ...

6 GAMBAR - HAFIZ SUIP DAN KELUARGA TUNAI UMRAH

"At last...tercapai hasrat dan niat ku..," demikian kata Hafiz Suip apabila dia dan keluarga kini sedang berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Difahamkan, Hafiz dan keluarganya berangkat ke sana pada dua hari lalu dan akan berada di sana selama 2 minggu.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Hubungan Suami Isteri Fasha Sandha – Jejai Goyah?

Keadaan rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, 39, dikhabarkan semakin goyah.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.

Namun tidak dipastikan kunjungan Fasha ke pejabat agama Islam itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling perihal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.

Menurut sumber sahih, keretakan rumah tangga aktres itu dan Jejai disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.

Salah satu screen shot komen Nora yang dikatakan menjadi punca konflik rumah tangga Fasha dan Jejai.

Menurut sumber itu lagi, bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish didakwa turut terlibat sama dalam hal ini.

"Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.

"Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," kata sumber tersebut kepada MStar Online.

Tambahnya, isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka.

Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.

Su mber: Mstar Online.

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 4 Disember 2015.

Read more ...

Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s Tukar Lokasi

Pada hari ini penganjur memaklumkan bahawa Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80's yang dijadualkan berlangsung pada 25 Disember 2015 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru telah bertukar lokasi ke tapak baru di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru. Tarikh dan masa pintu dibuka bagaimanapun tidak berubah pada 25 Disember 2015 jam 4 petang.

Pertukaran ini dilakukan memandangkan pada hari tersebut seperti sedia maklum adalah cuti umum Krismas. Lokasi Dataran Bandaraya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dikhuatiri akan berlaku kesesakan yang melampau kerana lokasinya yang 'hotspot', selalu menjadi tumpuan ramai dan berdekatan dengan Kompleks CIQ Sultan Iskandar. Kesesakan juga dijangkakan berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor Bahru sempena cuti perayaan Krismas.

Keadaan ini tentunya akan menyukarkan peminat-peminat yang datang untuk menyaksikan konsert ini terutamanya yang datang membawa kenderaan sendiri. Setelah pertimbangan teliti dibuat, kami memutuskan untuk memindahkan lokasi konsert ke lokasi baru di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru yang dirasakan lebih sesuai dan memudahkan semua pihak.

Konsert ini adalah kesinambungan daripada konsert yang telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober yang lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sokongan dan momentum padu yang diterima daripada peminat-peminat yang hadir ke konsert tersebut membuatkan konsert ini akhirnya dibawa untuk tontonan khalayak di Johor Bahru pula dengan penaja utama iaitu " Agetech".

Format konsert yang sama dirancang akan dipersembahkan di Johor Bahru ini seperti kumpulan-kumpulan Indie Bands dan Super Friends serta slot istimewa Wings bersama-sama Ex-Wings. Namun kami tidak bercadang untuk mengumumkan barisan artis-artis yang bakal terlibat dalam konsert ini. Pengumuman berkenaan artis-artis yang terlibat akan dilakukan pada sidang media yang akan diberitahu kelak.

Untuk makluman, tiket-tiket bagi menyaksikan konsert ini dijual pada harga RM 65.00 (normal), RM 100.00 (rockzone) dan RM 600.00 (VIP). Bagi pelajar pula, mereka layak membeli tiket khas RM 35.00 dengan syarat kad identiti pelajar hendaklah ditunjuk ketika pembelian tiket.

Keistimewaan pemegang tiket VIP adalah mereka akan memperolehi cenderahati istimewa Konsert 30 Tahun Wings, tempat duduk bernombor di atas platform khas dan juga 'post-party' bersama-sama Wings selepas tamat konsert. Maklumat lanjut berkenaan tiket boleh didapati di laman sesawang Tiket Hotline www.tickethotline.com.my atau hubungi di talian 03-77251166/03-77251177,stokis-stokis Agetech di Seremban(Agetech-Above Pustaka Alam) atau hubungi Cik Nani 018-9777825,Melaka (Adam & Eve Boutique Collection) atau hubungi Puan Sarah 019-6242067,Kluang (SNR Legacy) atau hubungi Encik Asyraf 012-9596377,Pasir Gudang (Jambangan Rimba Spa) atau hubungi Encik Zack 019-7731472 dan Johor Bahru (Brigade Crew ) atau hubungi Encik Sien 016-6550065 Facebook 'Sayap-Sayap Wings' atau laman sesawang www.sayap2wings.com atau hubungi 012-2666877 (Zul-Azri) dan 019-3681917(Zan Zaini).

Komen via Facebook

Komen

— 300 Bacaan
Read more ...

'Kalau Tak Mampu, Tak Payah Cari Henna Artis!'

Yes! Saya belum sampai tahap profesional!! Tetapi tak perlu nak mengutuk hasil kerja orang lain kalau awak rasa awak itu profesional sangat.  "Ehh Kak Aira? Oh I see. Mahal sangat eh my package? Hihi. If you rasa tak mampu dan tak jadi, let me know aerlier okay and beradab. Sebab you tanya I, I jawab dengan baik lagi sopan. Tapi bila I bagi respond and you can't afford it you blah gitu je?? LOL! Bukan tinggalkan bluetick and FYI my henna art ini bukan cikai tepi jalan macam ni ye. Lukis macam tak professional. If you are not afford then buat kat bazar karat or etc. Bukan macam ni. I have to cancel my cust semata-mata you cakap urgent nak henna artist. Kalau tahu you tak mampu, I dah ambil yang bayar beratus itu. Please don't be backout customer and kumpul duit dulu baru sibuk cari henna artist. I tunggu macam apa, where's your manners sis? Let me know if you had a problem with the budget, bukan tinggalkan macam itu saja. Eh, you Aira ke? Bukan kan? So better shut up!" - Sapar Emma Subhannallah, saya hanya mencari rezeki yang halal, tak ada rasa busuk hati. Tetapi disebabkan awak cakap seperti ini, saya dan pelanggan terguris. Sila jaga percakapan awak dik, jangan bangga sangat dengan diri seperti diri itu terlalu bagus.  Dunia ini seperti roda, sekarang roda awak di atas, saya di bawah. Dalam sesaat saja Allah cakap kun fa ya kun dik.  Belajar dari pengalaman, tak perlu awak nak hentam pelanggan kalau dia tak ambil servis awak. Tak semua orang mampu dan cuma bertanya tentang harga pakej awak saja sudah melenting sebab tak pilih awak. "Tak boleh begitu!" Awak kata awak Pro Henna Artis Malaysia, takkan hanya kerana seorang pelanggan begini pun awak tak boleh terima? Nak berniaga tetapi kalau takut pelanggan lari, jangan berniaga dik. Saya dah biasa dan pernah lalui situasi seperti ini tetapi saya berfikiran positif. Rezeki itu allah yang tentukan.  Saya minta maaf pada semua pelanggan SheQyn HennaArt yang lepas-lepas atau yang bakal menjadi pelanggan jika henna saya ini tidak profesional dan tahap tepi jalan dan bazaar karat. Mohon maaf ye. Alhamdulillah. - ShyeQyn HennaArt Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Ahli Perniagaan Malaysia Mati Ditembak Di Hat Yai

ALOR SETAR: Seorang ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hat Yai pada tengah hari semalam, dan dipercayai akibat pertikaian tentang urusan perniagaan. Mangsa dilaporkan berasal dari Alor Setar, Kedah dan berumur 44 tahun. Selain lelaki tersebut, turut menjadi mangsa tembakan adalah isterinya. Kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Hat Yai. Perbuatan dipercayai dilakukan oleh dua lelaki. Mangsa berhijrah ke Bangkok sejak tiga tahun lalu kerana terlibat dengan urusan perniagaan berkenaan hartanah di sana. -Siakapkeli.my
Read more ...

Langgar disiplin punca jururawat diberhenti

Hospital Damai Service di Taman Melawati mengakui mereka tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang.

Bagaimanapun, pemecatan salah seorang jururawatnya kelmarin bukan disebabkan cara pakaian itu, kata Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram.

Menurut Regina, pemecatan Naziah Sauni Samat sebaliknya berpunca daripada masalah disiplin, iaitu tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

"Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

"(Disebabkan itu) kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

"Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Naziah dalam sidang media bersama Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan semalam mendakwa beliau dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Naziah mendakwa, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

Bukan isu agama, kaum

Sementara itu, Regina berkata hospital yang telah beroperasi sejak 1989 itu sememangnya menetapkan garis khusus untuk jururawat Muslim dan bukan Muslim.

Katanya, bagi jururawat bukan beragama Islam, mereka dikehendaki memakai seragam seluar panjang dan kemeja lengan pendek.

Untuk jururawat beragama Islam pula, kata Regina, pakaian yang ditetapkan iaitu berseluar panjang, kemeja pendek dan boleh memakai anak tudung.

"Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja," katanya.

Menurut Regina, pihak pengurusan hospital berkenaan telah memberi penjelasan bahawa pemakaian seragam berlengan panjang memang tidak dibenarkan dan peraturan begitu tiada tertakluk kepada mana-mana akta yang ditentukan kerajaan.

Sebelum ini, katanya, pihak hospital turut memberikan ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

Namun kata Regina, Naziah datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ia telah melanggari peraturan pemakaian hospital.

Sementara itu, Regina menolak sebarang unsur perkauman dan agama di sebalik isu ini dan menegaskan bekas pekerjanya perlu memahami etika pemakaian yang telah ditetapkan.

"Jangan bangkitkan isu perkauman atau agama, ini yang cuba dilakukan oleh Naziah sebelum ini," katanya.

Bulan lalu juga Regina membuat laporan polis mengenai kehadiran PPIM yang diketuai Nadzim ke hospital itu.

Regina dalam laporan polis itu dipetik berkata, pihak PPIM cuba mengugut akan menghebahkan isu itu sebagai perkauman sekiranya tidak membenarkan Naziah meneruskan kerja dengan berseragam lengan panjang.

Read more ...

'Saya Buka Tudung Kerana Mencari Rezeki'

Sumber gambar, mStar Online Kenyataan seorang pelakon wanita, "Saya buka tudung kerana mencari rezeki," semalam mencetuskan rasa kurang senang peminat dunia hiburan di media sosial.  Normah Damanhuri, 61, bagaimanapun menjelaskan bahawa dia hanya berbuat demikian sekiranya dipinta oleh pengarah.  Dalam kenyataan kelmarin, Normah menyedari ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya membuka tudung dalam drama 'Tuan Anas Mikael', sedangkan dia sudah mula berhijab semenjak pulang dari mengerjakan umrah pada 2011. "Saya sebenarnya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak. "Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik," katanya.  Netizen pula tidak ketinggalan meluahkan pendapat mereka. "Di Palestin, wanita sanggup ditembak mati semata-mata tidak mahu membuka tudungnya. Tetapi kita di sini pula sudah terbalik," kata Bro Jaa.  "Terperanjat membaca kenyataan pelakon ini. Sepatutnya dalam usia 61 ini, anak-anaklah yang menanggung emak dan kalau nak berlakon pun pilihlah yang bertudung. Kenapa pengarah drama ini suruh dia buka tudung? Takut rezeki yang diperolehi itu tidak berkat," kata Wan Mahani Mohamed. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Sesi persekolahan 2016 bermula 3 dan 4 Januari

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan bagi 2016 di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan bermula pada 3 Januari, manakala bagi negeri lain adalah pada 4 Januari.
Read more ...

NURUL IZZAH TAK YAKIN PAKATAN BOLEH MENANG KE???

SEMUT HITAM NURUL IZZAH TAK YAKIN PAKATAN BOLEH MENANG KE??? Itu je soalan yang timbul apabila anak kepada Si Ketua Penipu tu membangkitkan isu mengenai persempadanan semula yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini. Cadangan persempadanan semula semalam telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Neger Sarawak dimana ianya menyaksikan pertambahan sebanyak 11 buah kerusi DUN. Berikutan persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR itu, DUN Sarawak yang kini mempunyai 71 kerusi bertambah kepada menjadi 82 menjelang Pilihan Raya Negeri awal tahun depan. Yang herannya, kenapa pulak Si Nurul Izzah ni sibuk nak mempertikaikan mengenai cadangan yang telah dibuat oleh SPR dan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri semalam? Dalam satu kenyataan yang dibuat, Si Nurul Izzah ni mendakwa KONONnya persempadanan semula itu hanya sekadar talian hayat yang menguntungkan Barisan Nasional. "Apa yang dilakukan oleh SPR pada ketika ini dikenali sebagai Gerrymandering, di mana SPR melakar sempadan daerah undi supaya peluang kerajaan untuk memenangi kuasa tanpa perlu memenangi undi popular. "Ia digunakan SPR untuk memberikan talian hayat kepada BN. Setiap kali diadakan persempadanan semula ia memberi kelebihan kepada BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Persoalannya, kenapa pulak ianya hanya menguntungkan Barisan Nasional sedangkan Pakatan Haprak tu kata diorang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk merampas kuasa di Sarawak? Adakah dengan pertambahan kerusi itu tidak memberi sebarang kelebihan kepada Pakatan yang yakin mereka mampu untuk menundukkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri kali ini? Si Nurul Izzah tu perlu ingat. Pilihan Raya di Malaysia ni lebih mengutamakan jumlah kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti bagi membentuk Kerajaan. Bukannya berdasarkan undi Popular.  Kot kalau Pakatan Haprak tu mampu menang 70 peratus Undi Popular sekali pun, tapi diorang hanya dapat SATU kerusi je, baik tak payah!!! Ternyata itu semua alasan Si Nurul Izzah dan puak - puak Pakatan tu nak tutup kemaluan mereka sendiri je!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *