Thursday, February 25, 2016
Zulfahmi tidak sabar tunggu permulaan musim
Ucapan Romantis Aeril Zafrel Buat Wawa Zainal Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 4
Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan antara pasangan yang cukup romantis bersama dan saling menghargai.
Berkahwin pada tahun 2012, semalam pasangan ini telah meraikan ulangtahun ke 4 perkahwinan mereka.
Semakin bahagia bersama dengan dua orang cahaya mata. Aeril telah memuat naik satu video romantis bersama ucapan yang cukup menusuk kalbu buat Wawa menerusi akaun Instagramnya.
Selamat Ulangtahun ke-4 Pernikahan Kita : @waw4_zainal ……
Rupanya waktu dan tanggal yang sama ini, masih basah kenangan 2012 itu – saat dikau kuperisterikan dengan penuh cinta kasih dan itu tak kan pernah berubah dan terkurang. Melainkan kian bertambah bila kita diamanahkan putera-puteri untuk dididik mencintai ALLAH & RASUL serta menyayangi agamanya.
Terima kasih sayang kerna sudi terima diri ini menjadi pembimbing zahir batinmu. Perjalanan kita dan pelayaran bahtera perkahwinan masih jauh dan mudah mudahan tetap utuh. Doakanlah diri ini kelak dapat menuntun dirimu bersama anak anak kita menuju dan masuk ke SURGA ABADI nanti.
Untungnya dapat suami macam Aeril Zafrel kan? Ye lah, isteri mana yang tidak cair dan terharu apabila membaca ucapan seperti ini. Semoga mereka kekal bahagia sehingga jannah!
[jetpack-related-posts] PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Pelakon Sanggup âDriveâ Jauh, Jumpa Kekasih Songsang?
LEPAS FOTO KEMALUAN, FOTO BERCIUM AHYA PULA TERSEBAR
Belum sejuk cerita mengenai penafian gambar kemaluan yang dipaparkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay, terkini timbul pula isu hangat gambar berkucupan dengan seorang wanita berpakaian mandi di tepi laut juga melibatkan anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Ahya Ulumuddin Rosli, 29.
Artikel terdahulu:
Mungkinkah gambar tersebut hanya sekadar lakonannya dalam drama atau filem? Atau mungkinkah ia sekadar gambar yang diambil secara suka-suka sahaja?
Jawapannya, hanya Ahya sahaja yang dapat menjelas dan menafikannya.
Sumber: Media Hiburan
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomRobert Kuok kekal individu paling kaya di Malaysia - Berita Harian
SINGAPURA: Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion.
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.
Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga AS$7.4 bilion.
Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.
Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.
Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menguncup kepada AS$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini. Hong Leong Co (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.
Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 adalah tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.
Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.
Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.
Tahun lepas aset bersih beliau bernilai AS$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkan keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya. Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat. Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada AS$725 juta.
Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini. Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas, 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.
Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset AS$900 juta, menyertai Goh yang hilang status bilionair, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan AS$975 juta.
Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak AS$1.45 bilion, susut daripada AS$2.9 bilion.
Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.
Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai AS$1.1 bilion, menyertai senarai baharu bilionair, meningkat berbanding AS$120 juta tahun lepas.
Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son yang turut terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan AS$255 juta.
Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:
1) Robert Kuok ASS$10 bilion
2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion
3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion
4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion
5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion
6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion
7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion
8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion
9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion
10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion
- BERNAMA
Zarina Kini Jadi Penyampai BestFM
Hari ini bersamaan 24 Februari 2016, melalui sidang media yang bertempat di MATIC Jalan Ampang, BestFM sekali lagi mencatatkan sejarahnya dengan pengumuman penyampainya yang terbaharu dari kalangan selebriti dan gandingan penyampai sedia-ada yang akan memantapkan lagi keseluruhan barisan penyampainya.
Hampir 2 minggu para pendengar setia Best Pagi BestFM berteka-teki siapakah yang punya suara DJ Misteri atau "DM" yang telah menemani penyampai Zairi setiap pagi. "DM" yang dimaksudkan ini berasal dari Johor merupakan seorang pelakon, model dan juga penyanyi. Beliau juga pernah menyertai sebuah pertandingan reality TV yang popular. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Zarina Zainoordin.
Pada kali ini gandingan Zairi dan Zarina atau dengan nama 'catchy' mereka "DOUBLE Z" bakal membuatkan BestFM kini lagi BEST dalam Best Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6pagi hingga 10pagi.
Selain daripada itu, segmen perdana yang lain seperti "Best Petang" (4ptg – 8mlm) dihoskan oleh penyampai sedia ada yang sinonim dengan jenama "Azieqa" juga cukup dikenali di kalangan pendengar selatan tanah air. Manakala segmen-segmen yang lain seperti "Best Hits" dihoskan oleh Fiezah (10pagi – 1tgh hari), "Best Café" (1tgh hari – 4ptg) yang popular dengan slot Best Karoks dihoskan oleh Helmi. Segmen terbaharu di BestFM, "Best Cinta" (8mlm – 10mlm) dikendalikan oleh ZZ kini semakin menjadi "favourite" dengan seleksi lagu lagu cinta yang hits dan terkini.
Best FM juga telah merancang beberapa siri jelajah seperti Konsert Pentas BestFM di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada bulan Mac, Roadshow Pentas BestFM 2016 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada bulan April dan di KipMart Segamat pada bulan Mei 2016 ini. Best FM tahun ini melalui beberapa strategi promosi dan pembaharuan yang dibuat untuk terus kekal sebagai Stesen Radio Tertinggi No 1 Dari Segi Jumlah Masa Mendengar Paling Lama di Malaysia berdasarkan kajian pendengar oleh RAM Nielsen baru-baru ini.
Tentang BestFM
Best FM dahulu dikenali sebagai Best 104 adalah merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia yang telah bersiaran semenjak tahun 1989. Setelah melakukan penjenamaan semula pada Februari 2014, kini di kenali dengan nama "Best FM – Terbaik Untuk Harimu" .Best FM stesen radio berbahasa Melayu yang bersiaran selama 24 jam dari studio utamanya di Pasir Pelangi Johor Baharu, kini berwajah baru dengan imej yang lebih segar dan lebih versatile mengikut peredaran masa dan citarasa sasaran pendengar dari peringkat umur 20 hingga 39 tahun yang berkonsepkan program yang lebih ceria, interaktif, dan menghiburkan .Best FM yang sinonim dengan frekuensinya 104.1 FM boleh didengari di Johor Bahru, Singapura, Kepulauan Riau Indonesia dan juga di Lembah Kelang sehingga ke Selatan Perak dan Pahang Barat. Best FM juga dapat didengari di Melaka dan Negeri Sembilan melalui frekuensi 94.8 FM dan di Johor Timur pada frekuensi 102.5 FM. Sepertimana stesen lain Best FM juga boleh didengari s ecara Online melalui websitenya di www.best.com.my dan juga mempunyai platform interaktif digital fb, twitter, Instagram di @bestfmmalaysia .Best FM memutarkan lagu-lagu popular sekitar tahun 90an, 2000, dan terkini disamping mengekalkan keunikan sedikit lagu-lagu tempatan seperti irama keroncong moden dan lagu etnik irama Malaysia yang membezakan ianya dari stesen–stesen nasional yang lain.
Komen via FacebookKomen
— 160 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Ular Sawa Gigit Kepala Budak Sedang Tidur
Kejadian tersebut disedari oleh ibu kanak-kanak tersebut, Tammy, selepas mendegar jeritan kuat kanak-kanak itu.
Tammy bertindak pantas dengan merentap ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler, dalam satu kejadian yang berlaku pada Khamis lepas.
Selain kepala, Tammy juga memberitahu paramedik bahawa anaknya itu luka di bahagian tangan akibat digigit.
Kejadian tersebut dikongsi ke Facebook berserta gambar seorang lelaki yang sedang memegang bangkai ular terbabit yang telah pun dibunuh.
Sementara itu, keluarga Tammy menafikan bahawa ular tersebut adalah binatang peliharaan mereka. - Siakapkeli.my
Saksi nampak wanita lontar belon kuning
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini bahawa dia melihat seorang wanita melontar belon kuning dari aras lima dalam sebuah kompleks beli belah pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri.
Konstabel Polis Bantuan di Pavillion, Irmalinda Zaimardy, 27, berkata ketika bertugas untuk menjaga keselamatan di tingkat dua bangunan berkenaan, beliau nampak tiga belon kuning dilontar oleh wanita itu.
Saksi pertama pendakwaan itu berkata beliau kemudiannya diarahkan untuk memeriksa aras lima bangunan berkenaan dan ketika menaiki tangga bergerak ke aras lima, beliau turut melihat empat lagi belon yang tertera perkataan "Democracy", "Free media" dan "Justice" dilontarkan oleh wanita yang sama, dan jatuh di belakang skrin berhadapan tempat duduk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
"Pada mulanya, tiga belon jatuh dan kemudian empat lagi belon jatuh di belakang skrin tersebut dan jarak belon itu hanya lebih kurang 10 kaki (tiga meter) dari tempat saya berdiri," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz.
Irmalinda berkata apabila sampai di aras lima, beliau melihat seorang wanita sedang meniup belon berwarna kuning yang tertera perkataan "Democracy" sambil memegang satu plastik lut sinar yang mengandungi satu lagi belon yang tertera perkataan "Free Media" yang belum ditiup.
"Saya kemudiannya menahan wanita itu dan terus membawanya ke bilik gerakan polis bantuan di kompleks beli belah berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya pada hari pertama perbicaraan kes penari Bilqis Hijjas, 37, semalam yang didakwa berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri.
Ketika ditanya Norakmal sama ada beliau melihat wajah wanita tersebut, Irmalinda berkata beliau tidak melihat dengan jelas tetapi hanya melihat lengan baju merah jambu wanita berkenaan.
Bilqis yang juga anak perempuan arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi, yang diwakili peguam Michelle Yesudas, kelihatan tenang di kandang tertuduh.
Bilqis didakwa berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan sehingga keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, pada 3.15 petang, 31 Ogos tahun lepas.
Bilqis, yang juga dikenali sebagai 'Gadis Belon' selepas insiden itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos tahun lepas, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli belah itu sewaktu Najib dan Rosmah menonton persembahan tarian pembukaan acara "DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur."
Perbicaraan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail bersambung pada 18 April depan.
- Bernama
Lelaki ancam letup kediaman PM ditahan di Perak
Makna Nama Menyimpang, Syarul Ridzwan Tukar Nama Asal Selepas Ditegur Ustaz!
Makna Nama Menyimpang, Syarul Ridzwan Tukar Nama Asal Selepas Ditegur Ustaz! | Sejak semalam, pelakon Syarul Ridzwan mula menukar nama di laman Instagramnya menjadi @saharulridzwan. Ini berikutan beliau telah menerima teguran daripada seorang Ustaz memaklumkan makna sebenar di sebalik nama komersial yang digunakan oleh beliau.
Artikel menarik:- Biodata Syarul Ridzwan Hero Drama Hati Perempuan TV3
Pemilik nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan berkata, beliau berbuat deimikian atas nasihat seorang Ustaz yang bertugas di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Rawang, Selangor.
"Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja.
"Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya," katanya kepada BH Online.
Bahaya juga ni bila dah jadi kes macam ni. Nasib baiklah ada yang menegur. Moga kejadian ini lebih membuatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menggunakan nama untuk tujuan komersial.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-
1) Syarul Ridzwan tampil memohon maaf kepada Qaabila Deena Emir
2) Syarul Ridzwan Popular Menerusi #HatiPerempuan Bukan Syarat Untuk Demand Bayaran?
3) Syarul Ridzwan Berazam Elak Babak Keterlaluan Dalam Lakonan
POLITIK RETORIK AZMIN MAKAN DIRI!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...