Sunday, October 11, 2015
Indonesia sedia terima cadangan Malaysia bina telaga tiub cegah kebakaran hutan
4 GAMBAR - AKSI COMEL HAYLA, ANAK KEDUA WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL
Pasti yang ramai yang ingin melihat perkembangan terkini anak kedua Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang bernama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Disini kami kongsikan beberapa aksi comel Hayla yang kini berusia sebulan lebih.
"Cinta ayah tak kalah besar dengan cinta ibu. Ayah juga akan relakan hidupnya demi anaknya, tanpa harus memperlihatkan derita yang ditanggungnya...," tulis Aeril di laman IGnya.
Dalam pada itu, Aeril juga telah menulis ayat yang sangat 'sweet' buat isteri tercintanya.
"Wahai isteri yang aku cintai keranaNya... Dalam diam aku tatap kasih syurgawi yang dikau sulam pada putra putri kita tanpa jenuh - tanpa alpa... Membuat suamimu ini mahu terus memohon pada Tuhan...
"Semoga dianugerahkan pada aku hati yang sungguh mencintamu, sehingga aku dapat menyayangimu dengan cintaNYA... Berikanlah sifatmu yang lembut sehingga kecantikanmu datang dariNYA bukan dari luar diriku.
"Agar diizini diri ini menadah tangan untuk aku selalu mampu berdoa untukmu - agar DIA menjaga dan melindungimu setiap detik.
"Moga dipinjamkan kepada diri ini penglihatanNYA sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirimu.
"Mudah mudahan DIA hiasi bicara dan dadaku penuh dengan kata- kata kebijaksanaanNYA dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendokongmu setiap hari, dan aku dapat tersenyum padamu setiap pagi serta saling menegur kekhilafan penuh hikmah.
"Betapa diri ini berharap bila kita ber dua dapat mengatakan kepadaNYA "Betapa cintanya Engkau Ya ROBB telah memberikan kepadaku dia yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"," tulis Aeril di laman IGnya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomKeluarga KECEWA ! Berita PALSU TERSEBAR ! Keluarga Mangsa RAYU Hentikan SEBAR Berita PALSU !
Dalam kemalangan tersebut, pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, kemalangan itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Kejadian ini telah menjadi bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada berita yang tidak enak didengar apabila menjadi viral sejak semalam satu berita kononnya pengantin perempuan telah meninggal dunia.
Berita ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps.Kerana penyebaran berita berkenaan yang ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa terguris dilihat semakin meluas, kakak ipar kepada pengantin perempuan telah menafikan berita berkenaan.
Kakak ipar mangsa, Puan Noraizan Bte Awang berkata berita tentang kematian adik iparnya itu adalah tidak benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau memberitahu keluarga nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini tengah bersedih dengan kehilangan pengantin lelaki dan adik iparnya pula kini masih kritikal di hospital.
"Saya harap sangat kepada sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya memadamnya kerana berita itu tidak betul.""Suami saya kini berada di HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris kepada adik," katanya yang keletihan semasa dihubungi Siakapkeli.
Beliau meminta kepada semua diluar sana supaya mendoakan adik iparnya itu selamat dan cepat sembuh seperti sediakala.
Penafian juga turut dimuatnaik kelaman Facebok Puan Norizan Selain itu, kami turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di mana pegawai penyiasat dari balai berkenaan menafikan kesahihan berita palsu tersebut.Bayi Minum Cecair Pencuci Ketuhar Melecur & Buah Pinggang Gagal Berfungsi
Keluarga Kecewa, Tersebar Berita Palsu Dakwa Pengantin Perempuan Meninggal Dunia
Dalam kemalangan tersebut, pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, kemalangan itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Kejadian ini telah menjadi bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada berita yang tidak enak didengar apabila menjadi viral sejak semalam satu berita kononnya pengantin perempuan telah meninggal dunia.
Berita ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps.Kerana penyebaran berita berkenaan yang ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa terguris dilihat semakin meluas, kakak ipar kepada pengantin perempuan telah menafikan berita berkenaan.
BACA: (Gambar&Video) Rombongan Pengantin Kemalangan, Pengantin Lelaki Dan 3 Orang Yang Lain Terkorban
Kakak ipar mangsa, Puan Noraizan Bte Awang berkata berita tentang kematian adik iparnya itu adalah tidak benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau memberitahu keluarga nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini tengah bersedih dengan kehilangan pengantin lelaki dan adik iparnya pula kini masih kritikal di hospital.
"Saya harap sangat kepada sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya memadamnya kerana berita itu tidak betul." "Suami saya kini berada di HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris kepada adik," katanya yang keletihan semasa dihubungi Siakapkeli.
Beliau meminta kepada semua diluar sana supaya mendoakan adik iparnya itu selamat dan cepat sembuh seperti sediakala.
Penafian juga turut dimuatnaik kelaman Facebok Puan Norizan Selain itu, kami turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di mana pegawai penyiasat dari balai berkenaan menafikan kesahihan berita palsu tersebut. - Siakapkeli.myDr M enggan buat laporan polis terhadap Najib
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tak pernah membuat laporan polis ke atas sesiapa," katanya apabila ditanya sama ada beliau yang juga perdana menteri selama 22 tahun itu bercadang merujuk kepada polis seperti yang pernah dilakukan sesetegah individu.
Ditanya lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, dia tidak mempunyai cukup bukti bagi mengemukakan aduan berkenaan.
"Saya tahu duit sudah hilang tetapi saya tak tahu duit itu ada di mana," katanya selepas menerima Anugerah Presiden daripada Pertubuhan Akitek Malaysia malam ini.
Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menyatakan wang apakah yang dimaksudkannya itu, sama ada merujuk kepada dana 1MDB atau sumbangan bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai kaedah yang boleh diambil bagi menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri.
Dan sekali lagi pengkritik tegar Najib itu berkata, satu-satunya cara untuk memaksa Najib berundur adalah melalui undi tidak percaya.
"Namun ia memerlukan jumlah yang mencukupi," akuinya.
Beliau memang menjadi pengkritik lantang terhadap kerajaan Najib dan tidak menyembunyikan sebarang keinginannya untuk memaksa anak bekas perdana menteri itu berundur.
Sebelum ini Dr Mahathir turut menggesa supaya pengundi di Pekan tidak mengundi Najib dalam pilihan raya umum akan datang sebagai langkah mengetepikan Presiden Umno itu.
'Alhamdulillah, Jackie Chan Sudah Menjadi Muslim', Gadis Sebar Berita Palsu
5 juta sertai Hari Sukan Negara, cipta sejarah
Ini Punca Sebenar Pemandu Teksi Yang Menghantar Mangsa Culik Turut DITAHAN Polis
Pasti Anda Terkesan - Permintaan Adik Yang Hilang 48 Hari Buat Ramai Tersentuh Hati
Berikut adalah kisahnya yang ditulis di mStar Online.
DIA baring di atas riba saya, badannya kelihatan kurus kering dan matanya merenung ke arah saya.
Ketika saya mengusap dahinya, dia sekadar melemparkan senyuman yang lemah dan terus mengenggam tangan saya dengan erat.
Kemudian dia berbisik: "Saya nak makan ayam."
Kata-kata itu pastinya cukup menyentuh hati sesiapa sahaja.
Kanak-kanak perempuan itu adalah Miksudiar Aluj yang saya kenali sebagai Ima.
Malah, saya kecewa apabila gagal memberikan sebarang makanan untuk dinikmati Ima.
Dia kelihatan begitu lemah dan bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya.
Jadi, dia tidak boleh makan apa-apa.
Namun saya puas hati. Kami berjaya menyelamatkan dua kan ak-kanak perempuan yang hilang selama 46 hari di dalam hutan tebal Pos Tohoi.
Segalanya bermula pada pukul 8 pagi Khamis apabila saya diminta untuk membuat liputan mengenai misteri kehilangan tujuh kanak-kanak orang asli selepas penemuan satu mayat.
Kami tiba di Hospital Gua Musang pada pukul 2.30 petang.
Ahli keluarga kanak-kanak orang asli itu telah mengenal pasti mayat kanak-kanak yang pertama ditemui sebagai Sasa.
Ia ada hari yang penuh duka untuk semua.
Kami mendekati bapa dan ahli keluarga mangsa serta mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah.
Beliau menegaskan operasi mencari dan menyelamat akan ditingkatkan.
Kemudian, satu lagi mayat berjaya ditemui dan dalam perjalanan ke hospital.
Kali ini, mayat tersebut hanya tinggal rangka sahaja.
Pasukan Video The Star bergegas ke kenderaan Land Rover polis untuk merakamkan detik penemuan mayat kedua itu.
Mayat tersebut yang hanya tinggal rangka disimpan di dalam kotak yang telah ditutup.
Wartawan berpengalaman dan pemberita semuanya berada di sana.
Dan kami semua diam membisu, tragedi tersebut terlalu berat untuk dipikul.
Sekali lagi, Saiful Bahri berkata polis mulai menaruh harapan tinggi bahawa baki lima lagi kanak-kanak itu akan ditemui.
Pada Jumaat, harapan lebih tinggi untuk terus menjejaki kanak-kanak itu.
Namun, tiada siapa tahu sekiranya mereka ditemui dalam keadaan selamat.
Kami akan dibawa ke lokasi penemuan dua mayat kanak-kanak tersebut.
Kami tiba di Pos Tohoi dan terus bergerak ke Sg Perias, lokasi di mana mayat Sasa ditemui.
Ketika kami bergerak ke lokasi seterusnya, radio polis berbunyi dan akhirnya membawa khabar gembira.
Mereka berjaya menemui tiga lagi kanak-kanak, dua daripada selamat.
Pengamal media kelihatan teruja.
Ketika kami dalam perjalanan ke Pos Tohoi, saya gagal mengawal emosi.
Saya terlihat dua kanak-k anak itu dan mereka kelihatan kurus kering.
Penerbit Eksekutif kami, Mohamad Azam, memeluk saya dan berkata: Kuatkan semangat."
Saya seorang ibu. Dan ibu tidak boleh melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Ia seolah-olah saya berjaya bertemu kembali dengan anak saya yang hilang.
Juruvideo kami, Juliana Fauzi cuba untuk mengawal emosi tetapi akhirnya menitiskan air mata.
Kami bernasib baik kerana berjaya sampai ke Gua Musang dengan menggunakan kereta Azam dan dibawa ke Pos Tohoi.
Pegawai di lokasi, Inspektor Harris, mahukan sebuah kenderaan untuk membawa salah seorang kanak-kanak itu kembali ke SM Kuala Betis, lokasi ambulans sedang menunggu untuk membawa mereka ke Hospital Gua Musang.
Azam bertanya kepada saya sekiranya saya bersedia untuk memangku salah seorang kanak-kanak itu.
Sedia? Saya begitu teruja dan berkata:"Sudah tentu, mari kita pergi."
Dia dibaringkan di atas riba saya dan apa yang bermain di fikiran saya adalah bagaimana m ereka boleh menyelamatkan diri dalam hutan selama 46 hari.
Dia kelihatan lemah dan tidak boleh bercakap.
Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.
Ketika bertanya siapa rakan-rakan yang ditemui bersamanya, Ima hanya terdiam.
Dia terus mengadu mengenai keadaan yang panas dan berkata "saya lapar, saya lapar."
Dia meminta ayam goreng, nasi goreng dan telur serta buah oren.
Saya berkata:"Adik, anda tak boleh makan semuanya sekarang kerana perlu pergi ke hospital dahulu."
Akhirnya kami tiba di sekolah. Kanak-kanak itu dipindahkan ke dalam ambulans.
Ima kini berada di hospital. Saya berharap agar dia kembali sihat dan pergi ke sekolah.
Kemudian, saya akan kembali ke Pos Tohoi. Saya berjanji untuk membelikan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren untuknya.
Saya akan tunaikan janji terhadap Ima.
Popular Posts
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...
-
27 September yang lalu, pelakon Adam Corrie, berkongsikan satu ilmu mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Char Kuey...
-
HENDAK belajar cara-cara membuat wang palsu? Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat tempahan paten ink pada roller yang berbentuk wan...
-
A Molotov cocktail was thrown into the compound of a Penang senior immigration officer's house at Taman Permai, Bukit Mertajam, earl...