Recent Post

Tuesday, December 22, 2015

Anggota polis dipercayai lemas selepas disedut kipas turbin

Mayat seorang anggota polis yang dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki bersama birasnya disedut kipas turbin stesen janakuasa.
Read more ...

Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata รข€“ Izzue Islam

Sudah dua tahun pasangan Izzue Islam serta Awin Nurin mendirikan rumah tangga dan persoalan untuk mereka menimang cahaya mata sering ditanyakan kepada mereka.

Tidak marah apabila didesak dengan soalan sebegitu, Izzue menerusi portal Astro Gempak menganggap beliau dan isteri masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.

Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah.

Dalam perkembangan lain, Izzue dan Nurin baru-baru ini telah berkesempatan untuk bercuti ke Itali bersama peminat  beliau. Buat Izzue, aktiviti berkenaan dapat mendekatkan diri serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan individu-individu yang selalu menyokong kerjayanya.

Percutian di Itali sangat menggembirakan. Cuacanya sejuk sekali dan saya begitu seronok melawat tempat bersejarah bersama peminat. Apa yang penting, percutian ini dapat merapatkan ukhwah antara saya dan peminat.

Soal anak ini memang tidak dapat dijangka, apa yang penting teruskan bersabar dan jangan pernah putus asa untuk berusaha serta berdoa agar permintaan itu dikabulkan. Relaks la, baru dua tahun sahaja perkahwinan Izzue dan Awin.

Sumber Berita: Astro Gempak

Related Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Gaya Rambut Pendek Azrinaz Sangat Cun!

Murai Batu sejak kebelakangan ini terpegun dengan gaya rambut baru bekas personaliti TV iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.
Read more ...

5 GAMBAR - WAJAH COMEL ANAK ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA

Menerusi laman Instagram Ashraf Muslim, dia telah memberitahu nama penuh anak ketiganya yang lahir pada 10 Disember lalu.

Untuk makluman, anak lelaki ini merupakan anak sulung buat Noor Dayana Lokman, 28, setelah empat tahun menanti penuh sabar.

"Assalamualaikum semua! Hari ni (18 Disember) genap 7 hari saya melihat dunia sebenar.. Saya memperkenalkan diri saya ANAS ASHRAF BIN MOHD ASHRAF. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan mempunyai keluarga yang bahagia," ujar Ashraf di laman IGnya.

Dalam pada itu, bapa kepada Dayana iaitu Tuan Haji Lokman turut berkongsi beberapa keping gambar cucu keduanya di IG.

Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminatnya geram dengan kecomelan Anas ini. Siapa yang tidak geram dengan bayi comel, bukan?

Semoga kelahiran cahaya mata baru ini juga harapnya bakal membuatkan rezeki keluarga Ashraf ini semakin melimpah di samping dipermudahkan segala urusan.

Jom kita tengok wajah si comel ini!

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MY ARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Adira Tidak Kisah Bergelar Isteri Kedua

Penyanyi wanita Adira atau nama sebenar Adira Suhaimi 24, akui sudah bernikah dan tidak kisah dengan status menjadi isteri kedua kepada suaminya Datuk Seri Adnan Abu 37.

Kenyataan Adira di Utusan Online memberitahu pernikahan mereka terpaksa dilangsungkan di Songkla  kerana terdapat masalah dokumentasi oleh kedua-dua pihak.

Tambah dia lagi, dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan suaminya selepas 3 minggu berkenalan dan amat sukar baginya untuk menyediakan dokumen berkaitan dengan poligami.

Adira juga tidak kisah dengan tanggapan negatif dengan mana-mana pihak kerana perkahwinan mereka direstui oleh pihak keluarganya.

Dia juga redha dengan ketentuan oleh-Nya dan perkahwinannya ini tidak ada kena mengena dengan punca perpisahan dengan bekas tunangnya iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin.

Apa-apa pun keputusan telah dibuat, jadi kepada peminat setia Adira sama-samalah kita doakan yang terbaik. Siapalah kita nak menghukum seseorang mengenai soal jodoh, maut dan ajal.

Sumber Utusan OnlineDiolah Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 22 Dis 2015

 

 

 

 

 

Read more ...

11 Perkara Anda JANGAN BUAT Sewaktu Travel

Banyak info pasal travel terangkan apa korang kena buat kan? Kali ni aku nak share perkara korang JANGAN BUAT pulak.

1. Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong.by logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tau yang pelancong ni takkan datang balik, jadi depa tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logik kan?

2. Jangan tukar duit di airport.Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal. Jadi untuk menampung kos, depa akan kenakan caj tambahan setiap kali kita nak tukar duit.Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit sebelum tukar di bandar.

3. Jangan abaikan travel insurans.Travel insurans personal dengan airlines insurans tak sama. Sebaiknya beli Travel insurans khas. Ia boleh cover semua kejadian yang tidak diingini sewaktu berada di luar negara. Kecederaan, kehilangan harta dan flight delay semua dah cover.Travellah dengan hati yang tenang. Baru kita dapat sesuatu dari hasil travelling kita nanti.

4. Jangan abaikan penginapan di hostel.Apabila disebut hostel, kerap kali kita terbayang suasana asrama sekolah yang tidak terurus dan toilet yang kotor. Di Eropah, penginapan di hostel telah menjadi trend di kalangan traveller. Selain harganya yang murah, banyak kemudahan seperti memasak dan melepak disediakan. Kita juga berpeluang mendapat ramai kawan baru. Mana tau tulang rusuk korang ada kat situ kan? Rambut blonde dan mata biru lagi.

5. Jangan naik teksi.Sebaiknya elakkan teksi kecuali korang dalam kumpulan yang ramai atau dah lewat malam.Tak kira teksi tu guna meter atau tidak, yang pasti ia akan memakan bajet yang besar dalam kos travel anda. Sedaya upaya cuba cari public transport yang lain dulu.

7. Jangan tukar atau ganti masa korang dengan wang ringgit.Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat sekitar rm100, korang sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit. Adakah berbaloi rm100 dengan korang terpaksa letih dan macam2 ragam kat airport lagi. Ya, ia berbaloi kalau korang jalan kaki 10 minit berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat penilaian wajar antara masa dan wang.

8. Jangan tempah terlalu awal.Ok.. aku faham. Korang excited gila nak travel dan tak nak kelam kabut keja last minute. Tapi kadang2 persediaan terlalu awal boleh sebabkan korang bayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan letakkan harga base on permintaan.

9. Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg korang tak masuk dulu.Ada kemungkinan orang di belakang kita ada bawak barang terlarang. Dia akan try and error letak barang di tray kita. Kalau tak sangkut di mesin, dia akan ambik balik. Kalau sangkut kita jenuh nak menjawab. Sentiasa beringat sikit kita kat negara orang. Macam-macam boleh jadi.

10. Jangan kedekut duit RM10.60 per bag untuk wrap bag korang kat KLIA. Ada kemungkinan beg pecah atau barang korang kena rembat agak masa loading bag masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda benda tak seronok berlaku. Just ambik langkah pencegahan je. RM10.60 sahaja.

11. Jangan abaikan tourist info.Tempat yang paling selamat untuk korang bertanya arah dan tempat menarik adalah di sini. Mereka dibayar gaji untuk bagitau korang perkara terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawat. Secara amnya, mereka tau keseluruhan tentang bandar tersebut dan info biasanya tepat dan pasti korang takkan kena scam punya. Try ni ya.. korang takkan sesat.

P/s: Nota ini dikarang di ketinggian 39000 kaki atas flight Airbus A330-400 seat nombot 43K dari CTS ke KUL.

Sebahagian info ni diambil dari sumber asal Nomadic Matt.com dan diolah semula dalam bahasa yang mudah difahami.

Jika bermanfaat, sila kongsi kepada kawan2 korang. Enjoy travelling !!

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Jangan Bebankan Lelaki Dengan Meminta Wang Hantaran Tinggi

Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa yang dia mampu sebagai hadiah dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah² paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan duit hantaran mahupun barang hantaran tidak wajib. Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi. Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali).  Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu. Mudahkan perkahwinan, hayati kebahagiaan, moga diberkati. - Nurhanie Syuhada

Read more ...

Ikhlas Dakwa 2 Kilang Untuk Monopoli Perisa Vape Akan Dibina, Salah Satunya Milik Orang Politik

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape di dua lokasi akan dibina tidak lama lagi yang dipercayai milik individu berkepentingan di dalam kerajaan.

Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, Ikhlas percaya bahawa pembukaan kilang itu bertujuan untuk memonopoli industri yang kini membawa pulangan sebanyak RM2.8 billion setahun kepada pengusaha yang sedia ada.

"Kilang berkenaan akan dibina di Johor dan juga Shah Alam, kita (Ikhlas) percaya ia akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.

"Menurut sumber, kilang di Shah Alam dimiliki oleh seorang ketua bahagian parti politik ma­nakala di Johor pula merupakan jalinan kerjasama antara pelabur luar dengan rakyat tempatan," ka­tanya menerusi satu sidang akhbar semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan pengusaha vape di sekitar Lembah Klang bagi membincangkan perkara tersbeut.

Antara keputusan yang diambil adalah merancang untuk mengumpul kira-kira 10,000 pengusaha vape bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa.

"Kami merancang untuk ber­kumpul tetapi belum lagi memutuskan di mana, sama ada di Parlimen, Bukit Aman ataupun Pejabat Perdana Menteri. Ia bergantung kepada keputusan yang bakal di­buat.

"Selain itu, Ikhlas juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat orang politik yang terlibat di dalam kes ini," katanya.

Mohd Ridzuan turut berkata pengusaha vape sedia ada yang terdiri dari 98% belia bumiputera memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan.

"Ini soal periuk nasi pengusaha belia, saya menggesa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memainkan peranan membantu perniagaan mereka yang kini sudah terjejas hampir 80 peratus," katanya.

Dalam pada itu, Ridzuan turut menggesa agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam segera mengeluarkan kenyataan berikutan perkara tersebut. - Siakapekeli.my

Read more ...

Pesilat disaran pakai pakaian pelindung

Setiap pesilat yang ingin melakukan petunjukan perlu memakai pakaian perlindung dan sentiasa diawasi jurulatih, kata penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim.

Ini susulan kejadian seorang remaja yang meninggal dunia akibat tikaman keris sewaktu membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di Labuan, Sabtu lepas.

Mohd Amil Zulkarnain Jafar, 17, maut setelah tertikam oleh pasangan silatnya dengan keris ketika melakukan pertunjukan di majlis perkahwinan di KampungPatau-Patau, Labuan.

"Penggunaan jaket perlindung harus diperketatkan untuk mengelak perkara sebegini daripada berulang.

"Selain itu, jurulatih harus memastikan mereka yang akan membuat pertunjukan mempunyai pengalaman dalam pengunaan senjata tajam dan sentiasa dipantau persembahan mereka," katanya.

Sementara itu, Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu semua pengamal silat yang membuat demonstrasi seni mempertahankan diri itu supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Namun Presiden Pesaka Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata persatuan tidak bercadang melarang penggunaan senjata dalam pertunjukan silat kerana ia merupakan tradisi yang dipraktikkan sejak sekian lama.

Menurutnya, penggunaan keris hanya dilarang digunakan di sekolah bagi tujuan pertunjukan atau latihan.

"Saya meminta semua pesilat supaya lebih berhati-hati ketika membuat pertunjukan menggunakan keris agar kejadian tidak diingini seperti yang telah berlaku tidak berulang lagi.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kejadian seperti ini sangat jarang berlaku," kata Mohd Ali.

- Bernama

Read more ...

SS DATO DR ASRI-KERANA LISAN RUMAH TANGGA BERANTAKAN

Onekuliah SS DATO DR ASRI-KERANA LISAN RUMAH TANGGA BERANTAKAN
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *