Recent Post

Sunday, April 17, 2016

Fizo Omar Mengaku Ada Pelanggan Yang Dibayar

Tidak mahu lagi nama beliau dan jenama Fareeda terus dipersalahkan sehingga hari ini, Fizo Omar mengakui ada pelanggan yang dibayar untuk beratur mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda tempoh hari sehingga ia menjadi viral.

Namun, pelanggan tersebut bukanlah dibayar oleh pihak Fareeda  tetapi dibayar oleh ejen-ejen yang akan menjual semula tudung tersebut.

Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai. Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran.

Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran.

Fizo juga menepis dakwaan kononnya beliau riak dengan memuat naik video rusuhan yang berlaku di akaun Facebooknya.

Sebagai ahli perniagaan, saya ingin berkongsi kemeriahan sambutan koleksi terbaharu tudung Fareeda bukannya hendak bersikap riak. Kami tidak menyangka video berkenaan menjadi viral dan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Pada pelancaran koleksi terbaru akan datang, Fizo memberitahu pihak Fareeda akan merancang untuk membuat acara itu di stadium pula secara besar-besaran dan mahu pelanggan merasa lebih selesa.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Jumpa 3 bahan letupan dalam kondominium - Kosmo!

Jumpa 3 bahan letupan dalam kondominium

17/04/2016 12:30pm

Penghuni berkumpul di luar kediaman masing-masing selepas diarahkan pihak bomba berbuat demikian

PETALING JAYA - Penghuni di Kondominium Metro Point Square, Damansara, di sini pagi tadi digemparkan dengan penemuan tiga unit bahan letupan di tingkat 17 bangunan Blok C kawasan kediaman tersebut.

Menurut jurucakap bomba, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.29 pagi.

"Kami telah meminta penghuni di bangunan berkenaan supaya mengosongkan kediaman masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan," katanya di sini sebentar tadi.

Difahamkan, unit pemusnah bom dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam misi mengeluarkan bahan letupan tersebut. - K! ONLINE

Read more ...

‘Indiana Jones’ Bosnia Temui Bola Batu Raksasa Tertua Di Dunia

semir SARAJEVO – Penyelidik arkeologi antarabangsa mengesahkan mereka telah merekodkan sebuah bola batu bersaiz raksasa misteri dijumpai dari perut bumi di sebuah hutan di Bosnia Herzegovina.

Bola keras tersebut didakwa sebagai yang paling besar pernah dibuat oleh manusia moden di benua Eropah dan tertua di dunia, dengan dianggarkan terbentuk kira-kira 1,500 tahun lalu.

Batu raksasa itu ditemui pakar arkeologi tempatan, Semir Osmanagich, yang juga diberi gelaran 'Indiana Jones Bosnia', menurut laporan portal International Business Times baru-baru ini.

Beliau menyatakan, bola batu itu adalah bukti sejarah lebih terperinci bahawa Eropah suatu ketika dahulu pernah memiliki peradaban maju yang sudah berjaya menggunakan teknologi inovatif.

Pada 2005, Osmanagich mendakwa, Lembah Visoko di Bosnia pernah menjadi tapak piramid kuno tersembunyi, yang dihubungkan terowong bawah tanah dan blok batu 12,000 tahun Sebelum Masihi.

Sebahagian besar dakwaannya itu telah menimbulkan skeptisme. Kebanyakan pakar arkeologi asing menyindirnya dan mendakwa Osmanagich telah melakukan suatu "fantasi yang cukup sempurna".

Malah Anthony Harding, Presiden Persatuan Arkeologi Eropah menyatakan: "Spekulasi Osmanagich bahawa mungkin ada struktur bangunan sebelum 12,000 tahun lalu adalah fantasi yang lengkap.

semir1

Sesiapa pun yang memiliki pengetahuan dasar arkeologi atau sejarah pasti mengakui itu, ujar beliau. Ironi, bola batu raksasa ditemui Osmanagich, 55; membuktikan teori tersebut adalah hampir betul.

Dijumpai sekitar Mac lalu, 80 kilometer utara Visoko, di sebuah hutan dekat kota Zavidovi, Osmanagich mendakwa bola batu itu dianggarkan seberat 60 tan dan dipercayai "bola batu paling besar di Eropah".

Penemuan bola-bola batu purba sebenarnya telah lama dikaitkan dengan peradaban manusia kuno dan contoh-contohnya dapat ditemui di kebanyakan tempat bersejarah ternama di seluruh dunia.

Bola batu terkenal pernah dijumpai pakar arkeologi ialah di Costa Rica, sebuah negara kecil di rantau Amerika Tengah; dengan penemuan 300 bola granit seberat keseluruhan sehingga 14 tan.

Lokasi penemuan batu itu terletak di Las Bolas, dipercayai diciptakan etnik Diquis yang sudah pupus. Osmanagich menyatakan, 80 bola batu Costa Rica diperlukan untuk menghasilkan satu bola batu di Bosnia.

Sebahagian besar bola batu Las Bogas hancur ketika tersebar khabar angin dalam kalangan penduduk setempat konon ada emas tersembunyi di dalamnya. Kini yang tinggal hanya lapan bola batu tersebut.

semir2

Bola batu di Bosnia itu sebaliknya kini mencipta rekod apabila menjadi yang terbesar. Osmanagich percaya batu tersebut adalah buatan manusia meskipun materialnya belum lagi dianalisis.

"Warna coklat dan merah pada bola batu ini menunjukkan kandungan amat tinggi daripada besi," katanya. Hasil penemuan terbaharu itu, Osmanagich yakin, peradaban teknologi maju pernah wujud di Bosnia.

Namun, pengkritik beliau menyatakan bola itu kemungkinan besar hasil daripada proses alami antaranya Mandy Edwards dari Sekolah Sains Bumi, Atmosfera dan Lingkungan di Universiti Manchester.

Beliau mendakwa: "Bola batu ini mungkin juga terbentuk akibat proses konkrit semula jadi. Ini bererti, batuan itu dibentuk oleh pengendapan simen mineral alami dalam ruang antara butir-butir sedimen."

Komen

comments

Read more ...

Kerajaan Negeri Terengganu Jadikan Nina Sebagai Anak Angkat

PERMAISURI: Kerajaan negeri Terengganu hari ini telah mengumumkan Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, telah menjadi anak angkat kerajaa negeri, lapor Berita Harian.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu dibuat kerana Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

Menurut beliau, anak kacukan Filipina ini perlu diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam.  "Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya," katanya di sini, hari ini.

Nina sebelum ini telah melafazkan Syahadah di hadapan 45 ribu orang hadirin yang dipimpin oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di da lam majlis ceramah umum bertajuk 'Muslim Choice - Da'wah Or Destruction' di Kemaman selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan. - Siakapkeli.my

Read more ...

TPM lawat MB Kelantan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba di hospital itu pada 5.50 petang, meluangkan masa lebih 10 minit untuk berbual dengan Ahmad yang semakin sembuh.

"Saya doakan agar Yang Amat Berhormat cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas melawat Ahmad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat,

Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohamad Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ahmad Zahid berkata doktor pakar yang merawat Menteri Besar Kelantan itu juga memaklumkan tahap kesihatan Ahmad bertambah baik.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada Rabu lepas setelah rasa sakit di bahagian kepala sejak seminggu lalu dan pihak hospital memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya.

- Bernama

Read more ...

Piala FA: Kedah tundukkan JDT di Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, di sini, sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *