Sunday, November 08, 2015
Khairul Anuar tempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro
HAHA Datang Malaysia Sempena âLOVE 11â & Shocking Deals Mengkagumkan Daripada 11street
Seperti biasa setiap pagi rutin harian Abang Nara ialah membuka laman web www.11street.my. Tup-tup minggu ini ada terpampang wajah HAHA di muka hadapan laman membeli-belah online yang semakin dikenali ramai ini.
Setiap minggu Abang Nara dan wife memang akan bergelak tawa melihat gelagat HAHA dalam Running Man. Tahun lepas ketika HAHA hadir ke Malaysia, memang first class showmanship yang ditunjukkan. Kelakar tahap gaban!!!
Abang Nara pun apa lagi. Terus tekan la gambar HAHA di laman 11street nie. Rupa-rupanya HAHA akan hadir ke Malaysia pada 11 November ini bersempena dengan sambutan "LOVE 11" di Lot 10, di mana 11street akan memberi ganjaran dan giveaways sebagai tanda terima kasih kepada pengguna mereka. Menariknya, 11 November di Korea adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang yang tercinta.
Selain daripada giveaways dan hadiah bernilai RM1.1 juta (mak aih banyak gila nie) untuk dimenangi, "LOVE 11" yang bermula daripada jam 12 tengah hari sehingga 8 malam di Concourse LOT 10 ini bakal memberikan peluang kepada para peminat HAHA untuk bertemu selebriti dari Korea ini. Ini peluang sekali seumur hidup nie. Sila tonton video di bawah.
Lagi satu aktiviti menarik yang bakal diadakan ketika "LOVE 11" ini ialah pemberian Pepero percuma. Kalau korang tak tahu, Pepero ini memang popular sangat-sangat di Korea. Siap ada Pepero Day lagi kat sana. Selain itu ada "product booths", pemberiah hadiah "11street GENIE" serta pertandingan "Snap n Win" untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan. Senang cerita memang berbaloi-baloilah kalau korang pergi "LOVE 11" ini. Jangan lupa kosongkan tarikh 11 November ini. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Maklumat lanjut tentang "LOVE 11" sila klik di sini.Ok cukup bercerita tentang HAHA dan "LOVE 11". Abang Nara nak cerita tentang Shocking Deals di 11street.my yang pernah Abang Nara kongsikan dulu (kalau lupa boleh baca artikel ini). Makin hari makin menarik nampaknya Shocking Deals yang ada di 11street ini. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-
1. Winter Down Jacket dari RM200 didiskaun kepada RM39 sahaja. Sesuai sangat kalau pakai untuk pergi Korea musim sejuk ini
2. Kasut VINCCI cuma RM29 sahaja. Harga asal RM200. Tak payah berebut-rebut nak pergi beratur masa jualan gudang.
3. Apple iPad Mini 3 128GB ditawarkan pada harga RM2,199 berbanding harga asal RM2,499. Murah RM300 tue.
4. Jabra Bluetooth Headset ini memang sesuai sangat untuk digunakan ketika memandu kereta dan mereka yang sentiasa sibuk menerima panggilan. Kualiti terbaik!!! Harga asal RM99 tetapi selepas diskaun 56%, cuma RM46 sahaja.
5. Khemah macam playhut castle tent ini memang dah lama Abang Nara cari. Aariz dan Arissa mesti suka sangat. Bolehlah diorang berdua duduk dalam tue main lama-lama. Percuma 50 biji bola dan 'mat' lagi.
Nasihat Abang Nara, silalah sentiasa ushar Shocking Deals yang ditawarkan setiap hari di link ini. Shocking Deals ini tidak sentiasa ada dan akan tamat tempohnya. Jadi kalau ada yang berkenan, terus tekan butang beli je. Tunggu lama-lama nanti takut stok habis ataupun tempoh tawaran tamat. Dengan Shocking Deals ini, memang banyak yang kita boleh jimat. Takkan ada harga yang lebih murah ditawarkan berbanding Shocking Deals di 11street.my. Kalau ada, korang boleh tunjukkan bukti dan dapat kembali refund berdasarkan perbezaan harga. Power kan?Sila ingat apa yang Abang Nara dah tulis di atas. 11 November ini ramai-ramai kita meriahkan "Love 11" di Lot 10. Kalau nasib baik, boleh jumpa dan beramah mesra dengan HAHA. Sementara itu, jangan lupa untuk cekidaut Shocking Deals yang ditawarkan oleh 11street. Selamat membeli belah!!!
Related Category : Malay 0 Comment Tinggalkan komen anda di sini TAGS: 11street, 11street malaysia, haha, haha datang malaysia, love 11 PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.ISU TUDUNG MENYERUPAI RAHIB - NORA DANISH ENGGAN ULAS
Nora Danish yang baru sahaja melancarkan koleksi pakaian Muslimah dengan jenama sendiri iaitu Owl By ND telah dikecam oleh haters dengan teruk sekali malah rekaan tudungya yang menyerupai rahib gereja juga turut dipersoalkan.
Nora ketika dihubungi berkatayang dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak mahu memberikan komen mengenai rekaannya yang dipersoalkan itu.
Dalam pada itu, Nora ditanya apakah dia akan berhijrah dan mengenakan hijab selepas ini, dia menyuarakan hasratnya selain menjelaskan dia memulakan perniagaan busana muslimah itu dengan niat untuk memberi inspirasi kepada Muslimah lain.
"Insya-ALLAH (akan berhijab). Saya berharap agar dapat member i inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya," ujar Nora dipetik sebagai berkata.
Pada malam pelancaran tersebut, Nora ketika ditemubual berkata yang dia berhasrat untuk berhenti berlakon dan memberi fokus kepada perniagaan.
Katanya, dua perniagaan yang disukainya adalah restoran kerana keluarganya mempunyai restoran dan satu lagi adalah perniagaan pakaian.
"Saya akan tamat kontrak bersama MIG (Metrowealth) tidak lama lagi dan tidak terfikir untuk menyambung kontrak," katanya. Bagaimanapun ini tidak bermakna saya meletakkan noktah dalam karier lakonan.
"Sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan masa dan skrip yang menarik, saya sedia untuk mempertimbangkannya.
"Apat ah lagi, tiga lagi filem saya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam," jelasnya.
Sumber: SH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomSiti, Hetty & Ramli Cipta Magis Dalam Konsert Satu Suara Volume 2
Konsert tersebut melakar satu sejarah baru dalam catatan kerjaya Siti sebagai seorang penyanyi tersohor negara.
Dengan kehadiran Datuk Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang sebagai penyanyi undangan, konsert ini menyaksikan satu gandingan luar biasa yang belum pernah disaksikan di mana-mana pentas sebelum ini.
Gabungan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia benar-benar memberi impak apabila setiap dari nyanyian mereka, sama ada solo, duet mahupun bertiga meninggalkan bekas di hati penonton yang hadir.
Membuka tirai konsert dengan menyampaikan lagu Sendiri dari album Adiwarna, Siti seakan membawa barisan peminatnya yang berada di panggung untuk kembali ke tahun 1998 dengan alunan vokal memukau serta penghayatan sepenuh jiwa.
Menariknya, Siti turut memilih untuk mengalunkan lagu Bicara Manis Menghir is Kalbu yang jarang sekali dinyanyikan dalam konsert sebagai memenuhi permintaan peminatnya yang ingin mendengar lagu ciptaan Aiman itu dipersembahkan secara langsung.
Hetty Koes Endang berterusan mengekalkan momentum hebat konsert tersebut dengan lagu malar segarnya, Kasih dalam versi bossanova.
Fusion irama keroncong disuntik ke dalam lagu Bukan Cinta Biasa dan lenggok Melayu asli Hetty dan Siti sewaktu bergabung mendendangkan lagu ini memukau seisi panggung.
Pastikan, lagu berhantu dari album Transkripsi juga berjaya dilunaskan dengan baik oleh dua penyanyi wanita ini.
Seterusnya, persembahan Siti dan Ramli juga turut meninggalkan impak besar kepada semua penonton yang hadir.
Rendisi tersendiri Siti terhadap lagu Kamelia membuatkan penonton kaget seketika apabila vokal merdu anak jati Pahang itu memecah hening Panggung Sari, Istana Budaya.
Ramli yang terkenal dengan gelaran Papa Rock juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu Siti, Dialah Di Hati dengan cara tersendiri.
Pertembungan irama rock and roll menerusi lagu It Takes Two dan Teratai duet antara Siti dan Ramli memperlihatkan lagi versatiliti Siti sebagai penghibur serba boleh.
Konsert diakhiri dengan segmen bersama ketiga-tiga lagenda tersebut. Lagu ciptaan Yassin, Lagu Rindu disampaikan mereka bersama dengan cara tersendiri. Konsert tersebut ditutup dengan persembahan lagu Temasya Desa Gemalai.
Kemerduan suara Siti, kelincahan tenaga Hetty dan kemampuan persembahan Ramli meletakkan konsert ini di tahap tersendiri. Raut wajah kegembiraan terpancar pada setiap penonton yang hadir.
Konsert Satu Suara Volume 2 Dato' Siti Nurhaliza berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada 7 dan 8 November 2015.
Terdahulu, Siti pernah tampil dengan Konsert Satu Suara Volume 1 sekitar Februari 2010. Konsert tersebut menampilkan Faizal Tahir dan Aizat Amdan sebagai penyanyi undangan.
Kredit gambar: Instagram @haizalzainal.
Artik el oleh: Kamaruddin Razal.
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 8 November 2015.
Ulasan Konsert Satu Suara Vol. 2 Persembahan Lima Bintang
Budiey percaya, ramai peminat Dato' Siti NUrhaliza di luar sana merasa sangat teruja menonton Konsert Satu Suara Vol. 2 di Istana Budaya yang berlangsung semalam dan hari ini. Kalau tidak teruja takdelah ada peminat yang sanggup datang jauh-jauh. Ada yang sanggup terbang dari Singapura, Brunei, Indonesia dan jangan terkejut kalau ada yang sanggup datang dari Jepun. Hehe. Begitulah setiap kali figura ternama ini buat konsert. Tidak lepas dari mendapat tumpuan dan sokongan peminat tegar Sitizoners.
Foto kredit: Malaysian Gazette
Ramai yang bertanyakan kepada Budiey di laman sosial, apa pendapat saya tentang konsert semalam. Jawapan Budiey ringkas, sebuah konsert yang luar biasa kerana menggabungkan tiga orang ikon seni suara yang sukar untuk dicari ganti. Korang akan rasa konsert yang berlangsung selama 2 jam lebih itu sepantas kilat berlalunya. Setiap momen seakan mahu dirakam agar tidak mahu terlepaskan dari ruang ingatan.
Dengan mempertaruhkan orang lama (orang purba bak kata Datuk Ramli Sarip) dua otai lama dari dua buah negara jiran, Indonesia dan Singapura seakan menyatukan muzik serumpun. Kolaborasi yang cukup istimewa. Pemilihan yang cukup tepat, penyanyi bersuara emas Ibu Hetty Koes Endang dan Papa Rock, Dato Ramli Sarip menjadikan konsert ini wajib ditonton oleh peminat. Begitu juga pemilihan lagu di mana mereka bertiga berbincang secara teliti lagu mana yang perlu dialunkan untuk kepuasan peminat.
Terus terang, ini adalah kali pertama Budiey menonton persembahan Ibu Hetty Koes Endang di Malaysia. Pernah sekali menonton persembahan seniwati ini di Singapura di sebuah showcase persembahan makan malam. Namun kali ini, dalam nuansa yang cukup menggelegak dan cukup energetik. Ya, tenaganya cukup kuat dan auranya memang merangkumi keluasan satu Panggung Sari. Beliau betul-betul dirasuk dan terbawa oleh rentak muzik dan alunan suaranya memang lantang dan dramatik sekali.
Memukau dan bertenaga. Selayaknya saya meletakkan persembahan beliau sebagai "spectacular" . Pernah pada dalam satu sesi duet tak silap semasa Medley Bukan Cinta Biasa dan Pastikan bersama Ibu Hetty Koes Endang, Dato' Siti Nurhaliza sendiri mengakui beliau "terpelanting" dengan persembahan Ibu Hetty. Terpelanting kemudian bangun balik, terpelanting lagi dan Siti bangun balik. Begitulah kaedahnya.
Budiey tidak mengatakan persembahan Dato' Siti Nurhaliza tenggelam, namun apa yang Budiey katakan, corak gaya yang bertenaga penuh energy dari Hetty Koes Endang menjadikan penonton sangat terhibur. Bukan sekadar lontaran vokal yang cukup tepat memukau, malah Hetty Koes Endang sendiri mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan penonton dengan berseloroh, berlawak dan celotehnya mengundang tawa penonton.
Persembahan Dato' Siti Nurhaliza sendiri tidak kurang hebatnya. Membuka persembahan dengan lagu SENDIRI di mana pembukaan yang mana beliau tidak "Bersendirian", persembahan kali ini punya kelainan. Diteruskan dengan lagu TERBAIK BAGIMU dan menyanyikan sebuah lagu Hetty Koes Endang berjudul HATI LEBUR JADI DEBU sebagai pemanas pentas. Dato' Siti sempat bercerita semasa beliau di zaman kanak-kanak agak pemalu untuk menyanyi di hadapan orang ramai. Selalu menyanyi sorang-sorang di depan cermin dan antara gaya penyanyi yang sempat ditiru adalah Hetty Koes Endang yang turut digemari oleh ibu beliau.
Hetty Koes Endang seterusnya mengambil alih pentas dengan membawa dua buah lagu iaitu HADIRLAH KASIH dan KASIH.
Foto kredit: Malaysian Gazette
Kemudian, rangkaian lagu yang sangat dinantikan oleh Budiey iaitu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU dan KESILAPANKU KEEGOANMU yang dinyanyikan oleh Dato' Siti.
Lagu KESILAPANKU, KEEGOAANMU turut diberi susunan baru yang lebih segar dan bertenaga oleh pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito. Walaupun mengekalkan komposisi seperti yang dipersembahkan di konsert di Plenary Hall, KLCC namun Budiey kira ia menebus beberapa kesilapan (rujuk kepada video lagu ini di Youtube).
Dato' Siti turut melantunkan lagu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU lagu yang jarang sekali ada dalam senarai lagu persembahan konsert beliau.
Medley lagu Dato' Siti iaitu BUKAN CINTA BIASA dan PASTIKAN dari album Transkripsi dinyanyikan berduet bersama Hetty Koes Endang sangat sempurna. Ia seolah satu pertarungan vokal. Kedua-duanya tak mahu kalah. Lagu gempak apabila mereka berdua membawa lagu Medley PEDIHNYA RASA dan RINDU.
Untuk slot seterusnya, Dato' Siti membuka kata dengan lagu KAMELIA sebagai tanda beliau mahu menjemput Papa Rock, Datuk Ramli Sarip ke pentas. Yang lucunya, beliau menggantikan Kamelia dengan Khalid Jiwa.
Lagu wajib untuk duet bersama Datuk Ramli Sarip ialah lagu DOA BUAT KEKASIH yang mana menurut Dato' Siti lagu ini ada kenangan buat beliau yang sering mendendangkan lagu ini untuk pertunjukan majlis perkahwinan. Lagu asal duet bersama Datuk Khatijah Ibrahim ini turut mendapat sambutan dari penonton yang turut menyanyikan bersama.
Kalau dah nama Papa Rock, tidak sah la kalau tak bawa lagu rancak Rock n Roll, dan persembahan dimeriahkan dengan paduan suara rock Datuk Ramli Sarip dan Dato' Siti dalam lagu IT TAKES TWO.
Untuk persembahan solo, Dato' Ramli memmilih lagu JIKALAU KEKASIH dan lagu BUDAYA.
Kemuncak konsert ini, sekali lagi Dato' Siti sekali lagi menjemput Hetty Koes Endang membawa lagu yang cukup meriah dan Budiey rasa semua penonton tak asing dengan lagu KUDA HITAM dan sebuah lagu yang rancak dangdut iaitu BERDIRI BULU ROMAKU.
Dato' Siti tampil dalam beberapa persalinan. Tak silap 3 busana indah dipakai malam ni. Antara pereka terlibat ialah Rizman Ruzaini dan Ezuwan Ismail.
Secara keseluruhan konsert malam ini dengan alunan lebih 22 buah lagu ia merupakan konsert yang terbaek Dato' Siti selepas Konsert Unplugged beliau pada April lalu. Best giler kami kasi 🌟🌟🌟🌟🌟
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Izreen Azminda Cari Lelaki Berduit, Mampu Bimbing Dalam Soal Agama
Mengakui tidak meletakkan penghalang untuk kembali bergelar isteri, Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sukakan lelaki yang mampu memberikan sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin dirinya.
"Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik. Sekarang ini semua perkara perlukan duit"
"Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama," jelasnya kepada portal Mangga Online.
Bagaimanapun, menurut Izreen, waktu sekarang adalah masa untuk dirinya memberi seluruh tumpuan dan juga fokus kepada bidang kerjaya dan tidak mahu terburu-buru mengenai soal jodoh. Bahasa mudahnya, Izreen tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
Berita berkaitan:Konsert Destini UiTM Berjaya Kutip RM2 Juta
David Teo Tak Halang Yana Samsudin Berkahwin
Misha Omar Kahwin Mei 2014?
Jaga Anak Buatkan Wawa Zainal Makin Kurus
Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini
Komencomments
LaFerrari RM6.55 Juta Baru Keluar Kedai Terlibat Dalam Kemalangan
Pak Menteri, Cuba Turun Rasai Hidup Seperti Rakyat Biasa Selama Seminggu
Kebanyakkan mereka menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati dan sudah pasti ramai yang terasa terbeban dengan tindakan kerajaan ini akan menyokong.
Terbaru, satu status Facebook luahan rasa rakyat marhaen bernama Muhd Syazni Idris telah memuatnaik luahannya di laman Facebook miliknya di maan ia menjadikan kehidupan hariannya sebagai contoh.
Berikut adalah luahannya:
Ketika saya memandu ke tempat kerja, saya sering bangun pada jam 5.45 pagi dan keluar ke temapt kerja jap 6.30 pagi dalam keadaan tergesa-gesa. Saya perlu menyediakan RM80 untuk pertol dan RM35 untuk tol dalam tempoh seminggu, itupun tidak termasuk cas tempat letak kereta.
Apabila subsidi petrol telah diambil, saya diberitahu untuk mengubah gaya hidup saya dan saya i kut apa yang diberitahu.
Rutin saya sekarang pukul 4.40 pagi saya akan ambil tren ke KL Sentral pada jam 5.47 pagi.
Tiba di KL Sentral sejam kemudian saya akan mengambil LRT untuk ke Bangsar dan bertukar pula ke bas Rapid KL T634 untuk ke Jalan Dungun dan tiba di pejabat saya pada jam 7.40 pagi.
Keseluruhannya, saya perlu menghabiskan masa saya hampit 2 jam untuk perjalanan sejauh 35 kilometer dengan keluar 4 jam lebih awal. Tulisan ini bukan bermaksud untuk berkasar tetapi ia masih relevan berbanding memandu pada awal pagi yang sesak.
"Saya boleh membaca, saya boleh tidur, saya boleh, saya boleh bermain game dan saya boleh "troll"
Tetapi, Encik menteri, jangan bercakap seolah-olah kita tidak terkesan dengan kenaikan kadar baru tol dan harga baru tambang pengankutan awam.
Cuba 'turun' rasakan apa yang kami rakyat lalui ini selama seminggu kemudian anda buat keputusan berdasarkan teraf pendidikan anda atauTetapi, Encik Menteri, jangan bercakap seolah-olah kita tidak menghadapi cukup dengan kenaikan harga baru-baru ini tol dan bayaran pengangkutan awam. Lepaskan kekaki anda dan hidup dalam kasut kami selama seminggu. Kemudian, anda mempunyai pilihan sama ada memberikan pendapat yang berdasarkan teraf pendidikan. - Siakapkeli.my
Merah, kuning, putih tak kiralah...
Biro Tatanegara menyokong penuh tindakan kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika terbukti bersalah terlibat dalam acara politik sekali gus mencetuskan ketegangan perkauman.
Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata ia perlu bagi mengelak berlakunya huru-hara dalam negara.
"Negara kita ada undang-undang, tidak kira siapa, yang salah tetap salah.
"Kalau mahkamah dapati salah tapi kita katakan tak salah, haru biru negara. Kamu nak ke jadi begitu?
"Tidak kiralah (yang mencetuskannya) baju merah, kuning atau putih," katanya di sidang media sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur hari ini.
Beliu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan bertulis Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di sidang Dewan Rakyat pada Khamis.
Khairy dalam jawapan bertulisnya berkata berdasarkan peruntukan undang-undang, Pertubuhan Silat Kebangsaan (Pesaka) boleh dikenakan tindakan, termasuk digantung dan denda, jika terbukti terlibat dalam acara politik.
Perkara itu dijelaskan Khairy di parlimen, sebagai reaksi kepada soalan wakil pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).
Khairy bagaimanapun tidak menjelaskan dengan pasti sama ada persatuan yang dipimpin oleh bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu akan dikenakan tindakan.
Khairy anggota Parlimen Rembau berkata, Pesaka perlu mematuhi perlembagaan badan itu untuk membangunkan sukan silat.
Mengulas lanjut berhubung penganjuran himpunan baju merah yang pada 1 September lalu didakwa berbaur perkauman, Arif secara peribadi tidak bersetuju dengannya.
"Secara peribadi saya tak bersetuju sebab kita dari sekolah lagi telah didik hidup bersatu padu," kata Arif.
Bayern 'mengamuk' lagi di laman sendiri
PENEMUAN HUTAN DI BAWAH PADANG PASIR TANDA KIAMAT MAKIN HAMPIR ?
Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayang kan di bawahnya ialah tanah yang mempunyai hutan, pokok-pokok yang penuh dalam kegelapan di bawah padang pasir.Pada tahun 2012 satu penemuan telah menemui ada nya jaringan dari sungai dan danau yang sangat besar dan luas di bawah gurun pasir.
Profesor Michael Petraglia dari University of Oxford yang melakukan penelitian di padang pasir di Semenanjung Arab yang pada akhirnya menemukan hal ini, mendapati bahawa ternyata ada nya gurun pasir yang gersang tetapi menyembunyikan jaringan sungai yang luas di bawah nya dan juga hutan, hal ini mengindikasikan bahawa daerah ini sebelumnya pernah dipenuhi dengan berbagai kehidupan, keaktifan, organisme dan flora.Penelitian dan kajian ini telah di laku kan oleh pasukan observasi sepanjang proses akumulasi lebih lanjut tentang daerah ini, seperti yang di laporkan oleh laman University of Oxford yan g menjudul kan penelitian dan kajian itu sebagai ` Scientists explore an ancient network of rivers and lakes in the Arabian Desert`
Profesor Petraglia turut melakukan penggalian bawah gurun pasir itu untuk mengetahui penyebab keberadaan kehidupan di daerah itu pada ribuan tahun silam serta alasan mengapa kehidupan tersebut bisa lenyap lalu berganti menjadi daerah padang pasir gersang setelah sebelumnya memililiki kekayaan sumber air, populasi Manusia dan haiwan.
Para ilmuwan mengatakan bahawa penemuan ini sangat penting untuk mengetahui hakikat kehidupan di gurun Jazirah Arab, dan bagaimana proses berevolusinya kehidupan manusia di sana serta penyebab migrasi manusia dan hubungannya dengan iklim dan perubahannya.
Sesungguhnya fakta ilmiah telah membuktikan bahawa di bawah gurun pasir Arab sebelumnya ditumbuhi oleh berbagai tumbuh-tumbuhan dengan sumber Air yang terdapat disekitarnya. Para ilmuwan juga mencuba untuk memprediksikan masa depan wilayah tersebut.
Sebenar nya hal ini telah di berita kan oleh Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam.. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam telah memberi peringatan tentang itu dahulu dalam Sabdanya:
(لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجاً وانهاراً [رواه مسلم
Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. " [Diriwayatkan oleh Muslim (no hadis :157)
Baginda Rasulullah Saw telah membuktikan kebenaran hari Kiamat dengan fakta Ilmiyah yang akan ditemukan oleh para ilmuwan setelah empat belas abad supaya menjadi bukti atas kebenaran Risalah yang dibawa ny a…
Dan adakah penemuan ini adalah petanda kiamat semakin hampir? Wallahu'alam bissowab.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...