Recent Post

Wednesday, January 27, 2016

Undang-undang FAM paling bodoh, kata TMJ

Bagi Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Read more ...

Kami Sudah Lama Fikirkan Soal Kahwin – Bella Dally

Selepas lima tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan Bella Dally dan Nazim Othman akhirnya mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015.

Bella menerusi Harian Metro sempat berkongsi saat Nazim melamar beliau ketika hari terakhir di lokasi penggambaran drama Aku Balqis.

Malam itu adalah babak terakhir membabitkan saya, tetapi saya pelik kerana Nazim masih berada di lokasi. Ini kerana kebiasaannya dia akan balik ke hotel penginapan jika babaknya sudah tamat. Selain itu, dia juga muncul dengan berpakaian kemas. Sikapnya itu menimbulkan tanda tanya, tetapi saya masih tidak tahu perancangan di sebaliknya.

Kemudian saya lihat beberapa kru memegang telefon bimbit. Terdetik di hati mengatakan dia mahu melamar saya dan meminta kru terbabit merakamkannya. Ternyata gerak hati saya betul apabila selepas itu dia mengeluarkan cincin dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.

Jelas Bella, sejujurnya mereka berdua ada terfikir akan soal berkahwin sebelum ini tetapi tidak pernah berbincang akan perkara berkenaan dengan lebih serius. Malah, pada waktu itu kedua-duanya masih muda dan belum bersedia untuk melangkah ke fasa yang seterusnya dalam perhubungan mereka.

Pasangan ini juga pernah putus cinta tetapi sikap mereka yang semakin matang dalam percintaan selain masih ada rasa sayang dan cinta menyatukan kembali Bella dan Nazim.

Tempoh kami putus tidak lama. Malah, sepanjang tempoh itu, kami masih berkomunikasi. Namun, disebabkan masih ada perasaan cinta dan sayang, kami kembali bersama. Itu yang dikatakan jodoh. Saya percaya ini semua sudah tertulis dan ditetapkan Allah. Kiranya, keputusan berkahwin adalah pilihan terbaik buat kami.

Menyifatkan Nazim seorang lelaki yang jujur dan tegas, Bella berharap Nazim dapat menjaga dan terus menyayanginya sehingga akhir hayat.

Buat masa ini mereka masih sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dan hanya akan mengumumkan tarikh pernikahan selepas segala hal berkaitan majlis sehari mereka selesai.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

PEMINAT GELAR ANAK LELAKINYA KANG GARY - AARON AZIZ SPORTING LAYAN USIKAN

Anak lelaki Aaron Aziz iaitu Danish Anaqi digelar Kang Gary oleh peminat kerana wajahnya dikatakan seiras ahli Running Man itu. Aaron bagaimanpun tidak kisah apabila anak pertamanya itu digelar Kang Gary.

Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuatnaik gambar percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu.

Tidak dinafikan, kebanyakan gambar-gambar Danish yang tersenyum dengan memakai topi dan baju sejuk itu membuatkan wajah anaknya persis Kang Gary.

Seakan-akan bersetuju dengan gelaran tersebut, Aaron kemudiannya telah memuat naik satu gambar terbaru Danish dengan kapsyen berbunyi:

"Pretty Dwi Ariana, Kang Gary and their mommy, my queen working hard since morning! Blessed Sunday is when I manage to spend time with my family....," tulis Aaron.

Bukan hanya Aaron sahaja malah isterinya, Diyana Halik juga turut melayan usikan peminat suaminya dengan menggelarkan anak sulung mereka Kang Gary.

"Kang Gary spotted in Geneva," ujar Diyana.

Di sini kami sertakan beberapa gambar comel Danish untuk tatapan anda. Cuba tengok sama tak macam Kang Gary?

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Fynn Jamal Nafi Tiru 'Ibu Sambal', Minta Pihak Berkenaan Bersemuka

Penyanyi Fynn Jamal nafi produk 'Ibu Sambal' yang diusahakan secara kecil-kecilan sebelum ini adalah sebuah perniagaan yang ditiru daripada pihak lain.

Malah Fynn Jamal memberitahu dia tidak pernah didatangi mana-mana pengusaha sambal yang memberikannya sample produk tersebut kepadanya.

"Saya pun pelik lah dengan dakwaan ini. Isu sambal ni pun boleh jadi besar. Kalau nak kata saya tiru resepi orang macam kelakar sebab cara nak buat sambal yang basic itu semua orang pun tahu.

"Terus-terang saya tidak pernah minta atau terima sample sambal daripada sesiapa.

"Jika ada pun ketika sebelum saya pergi Umrah yang lalu. Tapi tak mungkin la dia kerana dia ada number contact saya dan dia boleh datang kepada saya dan bertanyakan.

"Sehingga kini saya sendiri tak tahu atau mengenali siapa sebenarnya yang mengeluarkan dakwaan tersebut kerana tiada sesiapa yang datang kepada saya.

"Jika benar pengusaha tersebut mahu menuntut kebenaran datang lah kepada saya. Tapi sehi ngga kini tiada lagi," katanya kepada murai.com.my ketika pelancaran produk terbaru Caliph.

Minggu lalu kecoh di Instagram, Twitter dan Facebook mengenai isu penyanyi Fynn Jamal yang dikatakan meniru idea untuk membuat ibu sambal.

Semuanya bermula ada seseorang mendakwa Fynn memotong jalan dan mengambil idea beliau untuk membuat ibu sambal.

Individu tersebut mendakwa ada menghubungi Fynn untuk bertanyakan hal tersebut, namun jawapan Fynn benar-benar mengejutkan beliau.

Malah menerusi akaun Instagram Fynn ada memohon maaf tetapi dalam cara yang cukup sinis.

Mengulas mengenai bagaimana tercetusnya perniagaan Ibu Sambal, Fynn memberitahu ia bermula dengan hanya suka-suka menghasilkan 100 botol sambal untuk tujuan tertentu.

"Sebenarnya ia bermula selepas ada pihak yang meminta saya berniaga di salah satu vendor yang diusahakan.

"Saya kata saya nak meniaga apalah, memang masa tu tiada barang atau perniagaan nak diusahakan.

"Lepas tu fikir p unya fikir saya keluar lah dengan idea nak berniaga sambal. Saya pun buatlah sambal dalam100 botol hanya khas untuk vendor itu.

"Selepas itu memang saya tidak lagi membuat perniagaan sambal itu dan belum ada perancangan lanjut. Mungkin ada atau mungkin ia sampai setakat itu sahaja," luahnya.

Oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 27 Jan 2016

Read more ...

Pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api bawah tanah - Kosmo!

Pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api bawah tanah

26/01/2016 11:56pm

Muhamad Aaron (kiri) meninggal dunia selepas dilanggar kereta api bawah tanah petang tadi. - Foto: Kelab UMNO London

LONDON – Seorang pelajar Malaysia meninggal dunia selepas dilanggar kereta api bawah tanah (TUBE) di Stesen Marble Arch di sini pada pukul 6 petang tadi waktu tempatan.

Muhamad Aaron Maseri, 22, pelajar tahun akhir di Universiti Middlesex itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari universiti ke rumahnya. Difahamkan, beliau seorang diri semasa kejadian.

Memetik laporan akhbar Evening Standard, ambulans dan bomba tiba di stesen berkenaan pada pukul 6.26 petang.

Pihak polis masih belum mengesahkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku, namun tidak menyifatkannya sebagai sesuatu yang mencurigakan.

Ibu dan bapa Muhamad Aaron berada di London untuk menghadiri konvokesyen abangnya Khamis ini dan mereka telah dimaklumkan mengenai nahas tersebut lewat malam ini.

Bedah siasat ke atas jenazah Muhamad Aaron akan dijalankan hari ini.

Sementara itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang berusaha membantu keluarga mangsa. - K! ONLINE

Read more ...

Video & Gambar Dato’ Seri Vida di Anugerah Juara Lagu Ke-30

Dato' Seri Vida, pengasas produk Pamoga Qu Puteh mengenakan busana biru terang di Anugerah Juara Lagu ke-30. Beliau merupakan penaja utama untuk AJL30.

Budiey ingin ucapkan jutaan tahniah buat Akim & The Majistret atas kejuaraannya di Anugerah Juara Lagu 30 pada hari Ahad yang lepas.

Baik, buruk, busuk atau wangi, orang masih memperkatakan fesyen yang digayakan selebriti di AJL27.

Macam-macam fesyen dapat kita saksikan. Ada yang ikut tema Celebration, ada juga yang pakai baju asal sempat je. Biasanya mereka mengenakan baju yang berwarna terang untuk menyesuaikan dengan tema.

Untitled

Untitled

Untitled

Komen via Facebook

Komen

— 443 Bacaan
Read more ...

Ayda Jebat Nafi Jadi Punca Aiman, Fathia Putus Cinta

Read more ...

'Minta Geran Fotostat Pun Kena Bayar Hutang Motosikal Habis Dulu Ke?'

Inilah namanya peniaga yang tiada hati perut. Bukan isu rasis atau apa, ini kes aniaya. Mohon berhati-hati supaya terkena seperti aku.  Nama kedai motosikal ini, Eng Wan Motor di Simpang, Taiping. Aku beli motosikal di kedai ini. Motosikal belum bayar habis lagi. Hari ini aku datang sebab nak ambil geran fotostat untuk urusan balai trafik.  Ayah aku meninggal dunia ketika menunggang motosikal itu. Jadi, Balai Trafik minta geran motosikal fotostat untuk urusan inspection di Puspakom.  Aku pun mintalah geran itu daripada pekerjanya yang bernama Ah Liang. Tetapi dia kata boss tak bagi.  Aku tunjukkan sijil kematian bagi dia tengok dan dia bawa pergi berjumpa dengan boss di pejabat yang terletak di atas kedai. Malangnya boss dia tetap tidak mahu memberikan geran itu.  "You kena habis bayar dulu baru boleh geran motosikal fotostat,".  Amboi? Kalau bukan di atas sebab urusan balai, aku pun tak kebulur nak pergi mengemis geran fotostat itu. Gila apa nak ambil geran fotostat pun kena bayar habis dulu? Aku beli kereta guna loan CIMB pun dah dapat geran asli.  Geran fotostat ini banyak kegunaannya. Nak masuk apartment baru, nak apply kad pun dia minta geran fotostat. Nak buat sticker kereta atau motosikal di pejabat pun geran fotostat akan dipinta. Geran fotostat memang hak pembeli. "Minta nombor telefon boss kau," aku pinta dari pekerjanya itu. "Tak boleh bagi," jawabnya pendek.  "Aik? Kalau begitu, aku nak naik jumpa boss kau," mula melangkahkan kaki ke tangga.  "Eh! Tak boleh! Tak boleh!" kata dia cuba menghalang aku terus mara.  Sebenarnya mereka ini ikut prosedur mana yang kena bayar habis dulu baru boleh dapat geran fotostat? Kenapa menyusahkan urusan aku? Aku cabar nak viralkan, dia senyum saja. Okay, kita tengok. Selepas ini aku nak report polis dan tribunal pula. - Muhsin Zaidi | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Pelajar Malaysia Maut Dilanggar Tren Bawah Tanah di London

LONDON: Seorang pelajar Malaysia maut setelah dilanggar oleh tren bawah tanah di Stesen Marble Arch di sini dalam kejadian pada petang Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.26 petang itu, Muhamad Aaron Maseri, 22, pelajar dari Universiti Middlesex dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah di laluan Central ketika waktu puncak.

Laporan dari akhbar The Standard menyebut, jurucakap Pengangkutan London berkata mangsa masih lagi hidup sejurus dilanggar namun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa.

Kejadian menyebabkan beberapa perjalanan tren ditangguhkan bagi membolehkan siasatan berjalan.

Dalam perkembangan yang sama, pihak Polis Trafik British berkata hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Akhbar tersebut juga menulis, seorang saksi, Chris Green yang berada dalam tren tersebut berkata beliau mendengar pemandu membunyikan hon sebelum tren itu dihentikan secara tiba-tiba.

"Saya melihat melalui cermin tingkap dan melihat ramai orang berlari ke arah laluan keluar platform," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ibu bapa mangsa, yang turut berada di London untuk menghadiri majlis konvokesyen abangnya juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian. - Siakapkeli.my

Read more ...

Zahid harap kes dana RM2.6b dan SRC tidak diungkit lagi

Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

"Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

Seperti telah dijelaskan, kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

"Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia," katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

"Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

"Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini," katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

"Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi," tegasnya.

- Bernama

Read more ...

Zizan Razak Berubah Hati, Ingin Fokus Kepada Keluarga!

3 Shares

Share

Share

Share

Email

Pelawak dan juga pelakon popular Zizan Razak, sering kali dikaitkan dengan ramai gadis tetapi sampai sekarang masih belum ada kata putus dari Zizan mengenai bakal isterinya.

Sebelum ini, Zizan dikaitkan dengan bekas isteri Eizlan Yusoff,  Vie Santie Harun malah dia juga telah memberikan Komen Isu Dilihat Akrab Dengan Vie Santie Harun. Sehingga kini gosip itu mendapat perhatian orang ramai.

Zizan Razak 2

Namun, bagi Zizan, kini dia tidak mahu mengaitkan dengan mana-mana wanita malah dia ingin menjaga keluarga serta perniagaannya, Zizan Mall.

"Kalau ditanya soal wanita, saya sebetulnya enggan lagi memikirkan tentang perkara itu. Bagi saya cukuplah sekarang saya memberikan tumpuan kepada kerjaya, perniagaan dan membahagiakan ibu saya sendiri"

"Saya tahu itu yang terbaik. Membahagiakan ibu dan keluarga lebih memberikan kepuasan sebenarnya. Bukan bermakna saya menganggap wanita (teman wanita) merimaskan tetapi biarlah kena pada waktunya."

Zizan Razak 1

Zizan yang baru sahaja selesai dengan persembahan teater Biker Kental di Istana Budaya baru-baru ini mengatakan mengenai soal jodoh biar Allah tentukan segalanya.

"Soal jodoh dan dengan siapa saya mahu berkahwin biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting saya lebih matang dalam menjalani kehidupan pada masa depan."

Zizan Razak

Apapun, kami mendoakan semoga Zizan bakal ditemukan dengan calon yang sesuai dengan dirinya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • MESTI BACA! Inilah Komen Mengejutkan Vie Santie Mengenai Zizan Razak
  • Komen Eizlan Yusof Isu Hubungan Zizan Razak Dan Vie Santie Harun Mengejutkan!
  • Tania Hudson Tak Tahan Usikan Zizan Razak
  • Belum Sampai Jodoh Saya Lagi- Zizan Razak
  • 1,293 total views, 1,293 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
    Read more ...

    DR Rozaimi-Perlukah Samak Bekas Makanan dan Masakan Non Muslim

    Onekuliah DR Rozaimi-Perlukah Samak Bekas Makanan dan Masakan Non Muslim
    Read more ...

    SENARAI PENUH PRODUK KOSMETIK YANG DIHARAMKAN KKM 2016

    Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Diharamkan KKM Tahun 2016

    Dikongsikan dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah senarai produk yang diharamkan oleh KKM teridri dari jenis ubatan tradisional, produk kosmetik dan makanan/minuman kerana mengandungi barangan terlarang atau faktor lain.

    Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.

    Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui satu kenyataan medianya telah menasihatkan pengguna supaya mengelak menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri/Raksa. Menurut KKM, produk yang dikenalpasti berkenaan yang terjejas merkuri ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K.

    Senarai nama produk, kategori dan jenis racun di bawah ini dikemaskini pada 7 Disember 2015. 357 NASAL SPRAY TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    ACAI BERRY ABC TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    ADEQUINN NUTRICOCO - NATURAL SLIMMING SUPPLEMENT MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE

    AIR IKAN HARUAN MAKANAN/MINUMAN DEXAMETHASONE

    AMBERINE TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

    BEAUTE FIT BODY CONTOUR MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE BEAUTIFUL SLIM BODY TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM KOSMETIK TRETINOIN

    BIO DREAM GOLD MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL

    BIO MACA PLUS TRADISIONAL SILDENAFIL

    BMI-9 XYLIMMING CAPSULE TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    BODY BEAUS TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    BODY BEAUTY SLIMMING COFFEE MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE BODY LIFT BIODEX MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE BODY TRIMZ MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE

    BRAZILIAN CATUABA MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLEND MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL

    BRO ALI COFFEE MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    CAFÉ ABANG YES MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL

    CANDIGOLD MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    CANDY 193 MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    CATUABA MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL

    CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIK TRETINOIN

    COLLAGEN SLIM TRADISIONAL SIBUTRAMINE CORAL PLUS UA 350MG TRADISIONAL CHLORPHENIRAMINE

    COSA GRANDE PLATINUM TRADISIONAL TADALAFIL DAN AVANAFIL

    DE PUTIH NIGHT CREAM KOSMETIK TRETINOIN

    DELIMA RAJA URAT TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    DERMACEUTIC SPOT CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

    DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN DIEM CAPSULE TRADISIONAL TADALAFIL

    DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION KOSMETIK HYDROQUINONE

    ELITE RIAS ER CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILL TRADISIONAL DIPHENHYDRAMINE

    ERIESYA SPA BEAUTY CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE

    EXTEND UP ENERGY DRINK MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL EXTREME - ENERGY COFFE MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    EXTREMEN MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    EXTREWOMEN MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL F250- HEALTH SLIM FITNESS MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE

    FIGURE UP TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    GINSENG JIN FUI WAN TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    GOJI GUARANA EXTRA MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL GOJI GUARANA MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    GOJI MORE MAKANAN/MINUMAN ANALOG TADALAFIL GOJI PLUS CAPSULE TRADISIONAL ANALOG SILDENAFIL

    GOJI YUMBERRY MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL GUARACAFE MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    HANS BEAUTY TREATMENT TONER KOSMETIK HYDROQUINONE

    HBW ICE LEMON TEA MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    HOTTON VITALITY CANDY MAKANAN/MINUMAN ANALOG TADALAFIL

    IE2 O MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT) TRADISIONAL DEXAMETHASONE JINGLIDA TRADISIONAL ANALOG TADALAFIL KAPSUL LELAKI KUAT TRADISIONAL SILDENAFIL

    KING CAPPUCINO MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    KINTOP TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    KNIGHT COFFEE MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOLEKCAFE POWER PLUS MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    KOPI ANGGOK MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOPI ASMARA MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    KOPI BAGUS AAA MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL KOPI HARI-HARI MAU MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL

    KOPI JANTAN TRADISIONAL MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOPI PAHLAWAN MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOPI PAK GURU MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOPI PAK SHEIKH MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL KOPI PANGGUNG AL-AMBIAK MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    KOPI SUPER ANGGOK MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL KRIM MALAM MISHA KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

    LAMI TRADISIONAL SIBUTRAMINE

    MA'JUN BURUNG UNTA TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MAAJUN TENAGA HERBA-UBI JAGA TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MAAJUN TOLAK ANGIN TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MACA MAX MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL

    MACAGIN GINSENG CANDY MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL

    MADU ADUNAN HERBA TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MAJUN DUA ISTIMEWA TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWA TRADISIONAL DEXAMETHASONE MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA TRADISIONAL DEXAMETHASONE

    MENTALK CANDY MAKANAN/MINUMAN ANALOG TADALAFIL

    MIRACLE OF E250 MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL MY ENERGY PLUS+ MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL NATASYA KRIM HERBA KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN NATASYA KRIM HERBA GOLD KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN NATURAL SOLUTION - GOJI CATUABA MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL NATURAL SOLUTION - GOJI COCOMIANA MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL NATURAL SOLUTION - LYCIUM GUARANA MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL NEXUS MXP MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL NIGHTCAFE MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL NIQMAT 69 MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL NURIZ DAY & NIGHT CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN OBEXLIM MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE PENAWAR SENDI TULANG TRADISIONAL DEXAMETHASONE PHYTOSHAPE TRADISIONAL SIBUTRAMINE PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX KOSMETIK TRETINOIN PIL RESDONG TRADISIONAL DEXAMETHASONE PIL ZHEN ZHU BAI FONG WAN TRADISIONAL CHLORPHENIRAMINE PROMAX CAPSULE TRADISIONAL ANALOG SILDENAFIL PRONOTON TRADISIONAL SILDENAFIL QIAN TONG DAN TRADISIONAL CHLORPHENIRAMINE R DREAM MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL R&Z WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIK TRETINOIN RAJA UBAT RESDUNG TRADISIONAL DEXCHLORPHENIRAMINE RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIK TRETINOIN RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE TRADISIONAL DEXAMETHASONE RED ENERGIZER CANDY FOR MEN MAKANAN/MINUMAN ANALOG TADALAFIL REEPO TRADISIONAL DEXAMETHASONE REN SEM TU CHON CHIN KUO PILL TRADISIONAL DEXAMETHASONE ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL RZAC WHITE PEARL CREAM KOSMETIK TRETINOIN SASANERGY DRINK MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL SENNA PLUS CAPSULE TRADISIONAL SIBUTRAMINE SKYLINE AL-TAQWA GOUT ASAM URAT TRADISIONAL DEXAMETHASONE SKYLINE AL-TAQWA SAKIT PINGGANG & LUTUT TRADISIONAL DEXAMETHASONE SLIMAX COFFEE MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE SLIMINA SLIMMING COFFEE MAKANAN/MINUMAN SIBUTRAMINE SPARTAN TRADISIONAL ANALOG SILDENAFIL STIFFNITE COFFEE MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL SWEET 17-ORANGE+MANGO SLIMMING FIBER  MAKANAN/MINUMAN ANALOG SIBUTRAMINE TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA KOSMETIK TRETINOIN TIA AMELIA KRIM JERAGAT KOSMETIK HYDROQUINONE DAN TRETINOIN TOMABEST TRADISIONAL ANALOG TADALAFIL TRI-MAX MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL TRICAJUS MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL TRUE SELF REPAIR MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL TRUE SR MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL VEGROW TRADISIONAL ANALOG SILDENAFIL VENERGY CAPSULE TRADISIONAL ANALOG SILDENAFIL VIGOR CANDY MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL VITAL + ESSENCE CAPSULE TRADISIONAL NORTADALAFIL VITCA-F MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL VITCA-M MAKANAN/MINUMAN TADALAFIL VNG400 TRADISIONAL ANALOG TADALAFIL WINNIE BEAUTY V1 MAKANAN/MINUMAN SILDENAFIL XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX MAKANAN/MINUMAN ANALOG SILDENAFIL YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG) KOSMETIK HYDROQUINONE YI ZHI YANG TRADISIONAL SILDENAFIL ZARA REJUVENATION CREAM KOSMETIK HYDROQUINONE

    Sumber: Pharmacy.gov.my

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *