Sunday, January 31, 2016
Harga runcit bagi RON95, RON97, diesel turun
5 GAMBAR - GELAGAT STACY MENJELANG PERKAHWINANNYA
Nampaknya tak lama lagi penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam kita bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Akim Ahmad. Khabarnya majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Sabah.
Majlis meraikan bakal pengantin baru penyanyi lagu 'Not For Sale' ini telah diadakan semalam bersama adik-beradik, sepupu dan juga teman rapatnya.
Jom tengok!
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomSiti Nordiana Gemar Masakkan Rayyan Ayam Sambal!
Menurut Nana lagi, dia teruja dan gembira apabila melihat Rayyan begitu berselera apabila berpeluang menikmati setiap hidangan yang disediakan itu, lebih-lebih lagi apabila dia makan sampai licin pinggan.
"Nak masak untuk Rayyan sebenarnya tak susah. Dia pun tak cerewet sangat pasal makanan, apa yang saya masak dia akan makan janji ia adalah ayam.
"Selain ayam masak sambal, dia suka makan ayam masak kicap dan ayam goreng. Senang cerita kena ada ayam, biasalah budak-budakkan suka makan ayam," kata Siti Nordiana kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu, Nana turut ditanya adakah dia akan masak setiap hari untuk anaknya itu. Dengan senyuman manis dia membalas, ia bergantung kepada jadual kerjanya.
"Sebelum memasuki pertandingan Gegar Vaganza, masa terluang itu memang banyak cuma sekarang ini agak terhad sedikit.
"Sesibuk mana pun, saya akan tetap akan cuba luangkan masa bersama dengan Rayyan. Kasihan dia selalu kena tinggal, apa-apa pun kebajikan Rayyan tetap saya jaga dari segi makan, pakai dan lain-lain, In Shaa Allah," akhiri Nana.
Artikel oleh Mohd Isharuddin Tahir
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 31 Januari 2016
Jenazah pelajar Malaysia tiba - Kosmo!
31/01/2016 10:23am
Mendiang Uthaya Kumar akan dibawa ke Tanah Perkuburan dan Krematorium Cheras bagi upacara sembahyang dan pembakaran. - Gambar fail
SEPANG - Jenazah penuntut Malaysia, mendiang S. Uthaya Kumar yang terkorban dalam kemalangan di Chitradurga, Kanataka, India, Rabu lalu selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Jenazah yang dibawa pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH193 dari Lapangan Antarabangsa Bengaluru, India terus dibawa ke rumah ibu bapanya di Bandar Baru Selayang.
Jasad mendiang kemudian akan diberikan penghormatan terakhir terlebih dahulu sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan dan Krematorium Cheras bagi upacara sembahyang dan pembakaran.
Sebelum ini, mendiang dilaporkan meninggal dunia apabila motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, kira-kira 600 kilometer barat dari Chennai.
Uthaya Kumar merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan penuntut tahun tiga Manipal Campus India. - K! ONLINE
'Katanya Ramai Kanak-Kanak Dah Jadi Mangsa, Tetapi Tak Buat Apa-apa'
Kiran Jassal Dinamakan Miss Universe Malaysia 2016
Kiran seterusnya akan mewakili Malaysia dalam acara peringkat dunia pada tahun hadapan.
Kiran menerima mahkota dan selempang dari Miss Universe 2015, Vanessa Tevi Kumares.
Pelajar cemerlang yang mendapat semua 'A' dalam peperiksaan itu mempunyai cita-cita untuk membuka klinik ortodontik sendiri pada masa hadapan.
Dia kini sedang mengikuti kursus dalam bidang pergigian.
"Keseimbangan adalah penting. Kemenangan saya membuktikan bahawa jika anda pandai membahagikan masa dengan baik, sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka," katanya.
Kiran membawa balik wang tunai RM50,000 dan hadiah sumbangan penaja bernilai lebih RM200,000. - Siakapkeli.my
Serangan terhadap Bahri boleh makan diri, kata Rafizi
Serangan terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.
"Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.
Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.
Ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan, kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.
Rafizi dinasihatkan alat-alat propaganda ini bahawa sebanyak mana 'spin' pun, tidak boleh memulihkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi diberikan dalam menutup kes terhadap perdana menteri.
Lebih buruk lagi, katanya, jika mereka mahu menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri bagi menyelamatkan kredibiliti Najib, ia adalah satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri sendiri.
Pada hari Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Lufya Omar Mohon Gambar Yang Tak Berhijab Dipadam!
Penyanyi dan juga pelakon Lufya Omar yang sebelum ini telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh telah menarik perhatian netizen. Malah 8 Foto Lufya Omar Yang Semakin Manis Berhijab membuatkan peminat menyokong tindakannya untuk berubah.
Sejak berhijab penuh, Lufya Omar Malu Bertentang Mata Dengan Lelaki Setelah Berhijab. Malah Lufya Omar Nekad Tinggalkan Bidang Nyanyian.
Namun, baru-baru ini, Lufya merayu kepada peminat dan individu yang mempunyai gambarnya yang tidak berhijab itu supaya memadam bagi menghormati dirinya yang sudah berhijab.
"Urusan saya dengan Allah sudah selesai apabila meminta pihak yang berterusan menyebarkan gambar tidak bertudung agar berhenti melakukannya. Saya juga ingin berpesan kepada semua orang agar tidak lagi menyiarkan atau memaparkan gambar tidak berhijab."
"Saya berharap mereka menghormati keputusan ini. Apa yang dapat saya lakukan adalah berdoa Allah memberi hidayah kepada mereka yang menyebarkan gambar itu. Bukan mudah menutup mulut orang supaya tidak bercakap buruk mengenai kita."
Malah, selepas Lufya berhijab penuh, Rezeki Semakin Banyak? Apapun, semoga pihak yang terlibat memadam gambarnya. Tak salahkan tunaikan hajat orang yang nak berhijrah ni kan?
LAGI ARTIKEL MENARIK:
3,453 total views, 3,453 views today
Mahfuz:SD hanya SETARAF 'KERTAS TANDAS', Kerajaan Baru Pengguling Mukhriz hanya LAYAK TADBIR sebuah TANDAS
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...