Recent Post

Monday, August 03, 2015

Terhantar Gambar Lucah Di Forum Line, Wartawan Dipecat



SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di sebuah forum dalam aplikasi mesej Line.

Apa yang 'mengharukan', forum tersebut dibentuk oleh Kementerian Luar Negeri Thailand khusus untuk para wartawan asing yang bekerja di negara tersebut.

"Kami meminta maaf kepada Kementerian Luar Negeri Thailand dan kesemua yang terlibat," ujar jurucakap Asahi selepas syarikat tersebut diminta memberikan penjelasan terhadap gambar yang dimuatnaik oleh wartawan penyiaran mereka pada malam Isnin lalu.

Media Jepun melaporkan, wartawan berusia 40an terbabit sebenarnya mahu mengirim gambar lucah berupa alat kelaminnya itu kepada seorang kenalan wanita namun tersilap lalu diterima oleh lebih 150 wartawan yang berada dalam forum Line tersebut.

Sebaik menyedari kesilapannya wartawan yang dipetik The Bangkok Post bernama Jin Morimoto itu segera meninggalkan forum tersebut namun segalanya sudah terlambat.

Beberapa peserta forum bertanya apa sudah berlaku dan ada antaranya memuatnaik ikon 'muntah'.
Wakil Kementerian yang berada dalam forum tersebut pula memberi respon, tindakan akan diambil walaupun si polan terbabit sudah meninggalkan forum kerana ia sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Read more ...

kisah benar jasad bercakap ketika hendak dimandikan


Mayat Berbicara Ketika dimandikan, Tahukah Anda Apa Yang Dia Cakap?  | Ketika ajal menjemput, tidak ada seorang pun yang mampu menghentikan. Dalam sebuah kitab karya Imam Abdirrahin bin Ahmad Al Qadhiy, dijelaskan bagaiman sakitnya raga ketika ruh mulai dicabut. Hal ini diceritakan Rasulullah SAW kepada Aisyah ra.

"Dan datanglah sakaratul mautdengan sebenarnya Itulahyang kamu selalu lari darinya".
Dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, diceritakan bahwa suatu hari ia tengah duduk di dalam rumah dan mengucapkan salam, Aisyah ra berencana untuk berdiri dan menyambut kedatangan kekasih Allah tersebut.

"Duduklah di tempatmu, tidak usah berdiri wahai Ummul Mukminin,"begitu ucap Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW ikut duduk dan meletakkan kepalanya di pangkuan Aisyah, Tak berapa lama kemudian Rasulullah SAW pun tidur terlentang.

Pada saat itu Aisyah ra menemukan uban yang ada di jenggot Rasulullah SAW dan melihat 19 helai rambut yang memutih.Maka Aisyah pun menangis sampai air matanya jatuh menetes di wajah Rasulullah SAW sampai akhirnya ia pun terbangun dari tidurnya.

"Wahai ummul mukminin,apa yang membuatmu menangis? "tutur Rasulullah SAW.
Maka Aisyah ra menceritakan apa yang ia rasakan setelah melihat uban-uban Rasulullah SAW tersebut.

"Tahukah kamu, kondisi apakah yang paling menyusahkan bagi mayat?" Kata Rasulullah SAW.
"Tidak ada kondisi yang paling menyusahkan atas diri mayat dari saat keluar dari rumahnya, anak-anak yang ditinggalkan berada di belakangnya, serta menangisinya," kata Aisyah.
"Itu memang menyakitkan, tapi masih ada lagi yang jalan pedih dari itu," sahut Rasulullah SAW. "Tidak ada kondisi yang lebih berat atas diri mayat dari saat dia dimasukkan dalam liang lahat dan dikubur di bawah tanah, para kerabat, anak dan istrinya meninggalkannya pulang.Setelah itu datanglah Malaikat Munkar dan Nakir dalam kuburnya," ujar Aisyah lagi.

Rasul ullah SAW tersenyum mendengar penuturan itu.Setelah itu beliau menjelaskan kepada bahwa sesungguhnya saat yang paling berat bagi mayat adalah ketika datangnya "Tukang Memandikan Mayat."

Mereka mengeluarkan cincin dari jari-jari orang yang mati tersebut, melepaskan pakaiannya kemusian memandikannya.Ketika itu, ruhnya memanggil saat melihat jasadnya telanjang dengan suara yang dapat didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

"Apa yang diserukan oleh ruh itu ya Rasulullah?"tanya Aisyah.
"Hai tukang memandikan,demi Allah aku memohon kepadamu agar engkau mencopot pakaianku dengan rencana- rencana,karena sesungguhnya saat ini aku sedang istirahat dari sakitnya pencabutan nyawa dari Malaikat Maut,"begitu ungkap Rasulullah SAW.
"Lalu apa yang diserukan lagi oleh ruh …?"tanya Aisyah ra lagi.

"Hai tukang memandikan, demi Allah jangan engkau tuangkan air panas,jangan engkau gunakan air panas dan jangan pula air dingin,sesungguhnya j asadku telah terbakar sebab dicabutnya nyawaku,"papar Rasulullah SAW.

"Lalu ketika dimandikan, apa yang diserukan oleh ruh itu …?"tanya Aisyah ra lagi.
Dan ketika dimandikan, ruh itu berkata,"Demi Allah, hai tukang memandikan, janganlah engkau pegang diriku terlalu kuat, sesungguhnya jasadku masih terluka karena keluarnya nyawa,"tutur Rasulullah SAW.

Astaghfirullah ….kita  diberi wafat dalam keadaan Khusnul Khatimah …Diberi ketenangan jiwa sampai hari kiamat nanti. Amiiin …
Read more ...

38 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH & SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK IZREEN AZMINDA

Majlis aqiqah dan sambutan hari lahir anak kepada Izreen Azminda dan Muhammad Riza Baharuddin iaitu Adrian Umar telah diadakan semalam di Casa Ombak, Jalan Damai, Kuala Lumpur.

Menurut Izreen, majlis itu dianjurkan hasil persetujuan beliau dan bekas suaminya itu sejak sebelum raya lagi. Majlis itu sebagai bukti yang tiada dendam di antara dia dan Riza.

Tetapi jika ada yang mengandaikan silaturahim yang bertaut itu sebagai alasan mereka akan merujuk atau dalam erti kata lain berkahwin semula, pengacara Mahligai Cinta di TV3 itu tidak melihat kemungkinan akan ada rasa cinta kembali terhadap Riza. Kata Izreen lagi, dia selesa menganggap Riza sebagai kawannya.
Klik gambar untuk size besar

"Memang kami tidak b ermusuh atau menjadikan alasan perceraian itu untuk berenggang. Mungkin ketika awalan perceraian kami terjadi, keadaan masih tegang dan semua itu baharu terjadi... lalu baik saya dan dia masing-masing mempunyai ego tersendiri. Ikutkan dua bulan selepas kami bercerai, kata sepakat sudah diperoleh untuk kami berbaik.

"Sebaiknya kami memilih jalan selamat dan positif. Ia untuk kepentingan anak kami juga. Saya sendiri maklumkan kepadanya, bergaduh lama pun tiada guna kerana mahu atau tidak kami perlu berurusan juga kerana nak berjumpa anak. Saya selesa dengan silaturahim ini. Malahan saya tidak bertegas dalam soal anak. Dia boleh jumpa anak bila-bila masa pun," ujar Izreen dipetik sebagai berkata.

Bertanya lanjut mengenai sambutan majlis hari lahir dan akikah anaknya itu, perbelanjaan ditanggung sama rata oleh dia dan bekas suami.

"Hari lahir anak saya jatuh pada bulan puasa lalu iaitu pada 13 Julai. Ikutkan saya pernah buat majlis akikah selepas melahirkan anak lagi. Tapi alang-alang nak buat majlis ini, kami anjur bersama. Buat dua majlis serentak. Malah majlis ini boleh umpamakan seperti rumah terbuka saya, bekas suami dan anak. Sekalipun perbelanjaan ditanggung sama rata, saya tak berkira keluarkan duit lebih kalau nak beli sesuatu pada minit akhir," jelasnya.

Mengenai anak kesayangannya itu, Izreen tahu anaknya masih kecil untuk mengetahui apa yang terjadi dengan ibu bapanya.

"Saya ini umpama ibu dan bapanya. Tapi dia tetap mempunyai bapanya. Cuma dalam menjaga dan mendidiknya, saya mengambil pendekatan untuk bertegas dengan anak. Riza memang banyak berlembut dengan anak. Jadi saya rasa adil untuk saya tegas supaya anak tak 'naik lemak' dan terlebih manja.

"Disebabkan itu juga anak saya ini memang selesa kalau jumpa kawan atau mana-mana lelaki. Sebab saya tegas, lalu kalau jumpa lelaki, dia memang cepat manja dan mesra. Dia memang ambil ruang bermanja ketika itu. Tapi dalam tegas saya pun tak bererti saya tak manjakan dia. Saya manjakan dia dengan cara tersendiri," katanya.

Bagaimanapun Izreen yang kini kelihatan bahagia menafikan bahawa dia sudah pun mempunyai pengganti malah turut mengakui bahawa dengan ketiadaan lelakilah hidupnya indah ketika ini namun dalam masa yang sama tidak menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

"Saya tidak mahu terus mengenang memori lalu. Biarlah ia tersimpan rapi dalam lipatan sejarah. Cukup saya cakap kini diri ini sangat bahagia dan gembira. Saya ada anak dan keluarga di belakang. Malah kini selain anak, ibu dan adik saya juga tinggal sekali di rumah. Alhamdulillah rezeki saya juga bertambah dan murah. Rezeki anak juga.

"Ikutkan tak ada sebab tertentu pun kenapa orang lihat saya semakin bahagia. Mungkin juga kerjaya saya berjalan dengan lancar tahun ini. Saya memang sangat bahagia... sangat bahagia. Kehidupan saya kini sangat positif. Sekalipun ada isu negatif dan perkara yang tak enak singgah dalam diri. Saya sudah lali sebegitu.

"Oh tidak... tak benar sama sekali kalau ada yang menyifatkan kebahagiaan dan kegembiraan maksima ini kerana kehadiran seorang lelaki. Tapi saya boleh tegaskan kerana tidak ada lelakilah kehidupan saya cukup indah kini. Tapi itu tak bererti saya sudah berputus asa untuk mengenali insa n bernama kekasih yang boleh dijadikan bakal suami," jawabnya.

Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan Riza pada 30 Ogos 2012 dan bercerai pada 9 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia dua tahun.

































Sumber: BHFoto Kredit: Izreen Azminda Instagram
Read more ...

Bahana lawan arus

hmetroshahalam@hmetro.com.m

Shah Alam: Padah menunggang motosikal melawan arus seorang mat rempit cedera dalam kemalangan selepas merempuh sebuah kenderaan di Persiaran Setia Alam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa menunggang motosikal menggunakan laluan bertentangan dari arah Klang ke Shah Alam sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

Mangsa berusia 20-an dikatakan tidak menyedari kehadiran kenderaan berkenaan dan melanggarnya menyebabkannya tercampak ke jalan raya sebelum dibantu anggota polis.

Menurut sumber, lelaki itu pada mulanya dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan cuba meloloskan diri bagi mengelak ditahan polis yang ketika itu melakukan operasi.

"Bagaimanapun, kerana takut ditahan mangsa terus memecut menyebabkan polis mengesyaki sesuatu sebelum mengejarnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Kanak-kanak lemas ketika mandi di air terjun Serendah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Serendah dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata mangsa, Ahmad Fahmi Ahmad Kadir yang berasal dari Bukit Beruntung telah pergi ke kawasan itu bersama bapa dan sepupunya pada pukul 2.30 petang.

Beliau berkata mangsa kemudian mandi bersama dua sepupunya sambil diperhatikan bapanya dari atas (darat) di kawasan air terjun itu.

"Kira-kira sejam kemudian, bapa mangsa menyedari anaknya telah tiada.
"Hasil bantuan orang ramai, mangsa berjaya dikesan tidak jauh dari tempat dia dikatakan lemas.
"Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernafas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
Read more ...

Tak Nak Balik Kampung Isteri Kerana Tiada Kawan

Gambar hiasan 

 Saya sudah berkahwin selama dua tahun. Selama itulah saya duduk bersama mertua. Banyak pahit dari manisnya, namun saya tetap bersabar dengan semua ini. Dengan belum dikurniakan anak, saya terasa sunyi dan bertambah sunyi apabila suami bekerja. Saya juga bekerja.  Setiap malam, suami selalu melepak bersama dengan kawan-kawan sekampungnya. Di kampung suami, saya memang tiada kawan.

Mertua saya, baik ayah atau mak dan adik ipar saya, memang menambahkan lagi tekanan saya.  Bila tiba di hari raya, suami cuma dapat kelulusan bercuti selama tiga hari sahaja. Selepas itu, mereputlah saya seorang diri sebab saya pula mendapat cuti seminggu. Nak pulang ke kampung sendiri, suami banyak bagi alasan.

Sebenarnya saya tahu, di kampung saya dia tiada kawan-kawan untuk diajak melepak. Saya sudah lama bersabar dengan suami. Macam mana nak ajar suami agar dia tahu bahawa saya juga ada hak untuk balik ke kampung seperti mana dia ada hak untuk keluar melepak setiap malam? Kadang-kadang rasa seperti mahu melarikan diri saja dari rumah, agar dia sedar.

Dia rasa, walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan keluar tanpa keizinan dari dia. Dia sangat yakin, walhal setiap kali saya bersedih, hanya satu saja yang saya fikirkan iaitu keluar dari sini. Saya tiada mak dan ayah. Saya saya ajak suami berpindah banyak kali, tetapi dia buat tak endah. Nak kata dia jaga makan minum kami, mertua yang tanggung.

Saya dapat merasakan rumah tangga saya ini akan hancur jika dia berterusan melakukan saya seperti ini. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

'Akar umbi tagih penjelasan kerana sayang Najib'

Jika semalam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata tiga juta ahli Umno menyokong teguh kepimpinannya selepas rombakan Kabinet, tetapi tinjauan Malaysiakini mendapati sebilangan ahli akar umbi masih menagih penjelasan dari beliau berhubung isu 1MDB.

Ahli Umno Lembah Pantai, Mimie Jariah Hanafi berkata penjelasan berkenaan ditagih kerana mereka sayangkan Najib dan ia juga akan memuaskan hati orang ramai yang bukan ahli parti.
"Rata-rata penyokong tegar dia dari akar umbi.

"Akar umbi sebenarnya sayang PM. (Tapi) orang kata PM jahat tapi kita tak tahu apa sebenarnya cerita di atas," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini.

"Sepatutnya PM perlu beritahu pada rakyat ke mana perginya dana RM2.6 bilion yang didakwa masuk dalam akuan peribadi beliau. Perjelaskan kepada rakyat ke mana perginya duit itu.

"Itu yang rakyat nak tahu," kata Mohd Najib Ahmad, 51 tahun yang juga ahli Umno Lembah Pantai.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda bahagian Lembah Pantai, Mohd Nazri Abd Rahman berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada perdana menteri sepertimana yang dinyatakan Najib sebelum ini dengan menunggu keputusan penuh PAC.

Sependapat dengan Mohd Nazri Abd Rahman ialah ahli Umno bahagian yang sama, Azahari K Jamad.

"Kita sebagai ahli Umno kita sepatutnya setia kepada pemimpin dan kami di peringkat bawahan serahkan kepada peringkat atasan untuk membuat penjelasan… kita (akar umbi) tak boleh buat penjelasan sebab kita pun tak tahu perjalanan 1MDB ini yang sebenarnya," kata beliau. 
Read more ...

Implement anti-terrorism act soon, Mukhriz tells Putrajaya

Datuk Seri Mukhriz Mahathir urges Putrajaya to implement the Terrorism Prevention Act 2015 soon. – The Malaysian Insider filepic, August 3, 2015. 

Datuk Seri Mukhriz Mahathir urges Putrajaya to implement the Terrorism Prevention Act 2015 soon. – The Malaysian Insider filepic, August 3, 2015.The government has been urged to enforce the Terrorism Prevention Act (Pota) 2015 as soon as possible to prevent the dissemination of sensitive elements which can split racial unity.

Umno Supreme Council member, Datuk Seri Mukhriz Mahathir said this was because the people were already fed up with statements and remarks from certain quarters who had no regard for the sensitivity of the multi-racial society in Malaysia.

He said personally he was disappointed with the abolition of preventive laws such as the Internal Security Act and Emergency Ordinance which had enabled the government to take action against those who tried to jeopardise national security.

"They are replaced by Pota. This is a new law which we hope will be enforced as soon as possible.
"Believe me, this is necessary. I feel it is not impossible if there are enemies who are in actual fact seeking to disrupt the peace we have been enjoying.

"We do not know if they actually have a political agenda for deliberately triggering chaos or have no love for peace," he said in his speech when opening the Kota Raja Division Wanita Umno delegates meeting last night.

The bill on the Terrorism Prevention Act (Pota) 2015, which is aimed at eradicating terrorism in this country, was approved without amendment in Dewan Rakyat on April 7, this year. – Bernama, August 3, 2015.
Read more ...

"Syukur Tak Perlu Berlakon Peluk Cium' - Nazim


Demikianlah kenyataan pelakon, Nazim Othman yang menyangkal kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. Kenyataan Azalina yang kepada wartawan mStar Online itu mendapat banyak kritikan dari netizen yang tidak bersetuju dengannya bahawa perkara asas seperti itu tidak perlu dipertikaikan/dipermainkan lagi. Bagi Nazim, dia bersyukur kerana Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengeluarkan garis panduan seperti itu agar gejala maksiat di negara ini dapat dikurangkan.


 "Sebagai pelakon, saya bersyukur Lembaga Penapisan Filem keluarkan guidelines agar tiada adegan bersentuhan bukan muhrim dalam drama/filem. "Dosa yang dah ada pun tak tertanggung, maka syukurlah tak perlu berlakon peluk cium yang satu dunia boleh tengok. Selagi boleh elak, elaklah," katanya melalui laman Twitter. Dalam kenyataan menteri berkenaan, LPF tidak perlu berfikiran sempit dengan mengeluarkan garis panduan itu kerana apa yang ditayangkan dalam drama/filem hanyalah lakonan semata-mata. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

PANAS!!! Berhati-Hati Ketika Bercakap!!! TEGURAN Utusan Malaysia Kepada Seorang MENTERI.

Untitled



PANAS!!….."Berhati-Hati Ketika Bercakap"……TEGURAN Utusan Malaysia Kepada Seorang MENTERI….Hari ini, Datuk Ahmad Maslan dinasihati oleh Akhbar Utusan Malaysia supaya menjadi seorang yang lebih bijak setelah pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Kata-kata nasihat yang dilemparkan melalui ruangan pojok Awang Selamat itu berkata Ahmad Maslan perlu menggunakan peluang kedua yang diberi untuk membaiki kelemahan dirinya yang seringkali mengeluarkan kenyataan kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.

"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya.

"Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," kata ruangan tersebut.

Tambahnya lagi, Ahmad adalah seorang pemimpin yang berdedikasi, rajin dan komited namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpn yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.
"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.

"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," kata ruangan tersebut.

Ahmad Maslan seringkali dikritik terutamnya di media sosial apabila dia mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak terutamanya dalam isu GST.

Terbaru, kenyataan Ahmad Maslan berkenaan isu "Kalau esok PRU" sekali lagi mengundang komen kritis dari orang ramai yang menganggap komen itu kurang bijak.


Sumber: rakyatviral.com
Read more ...

Kenali 5 Ahli Gusti Paling Kaya Di Dunia

5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!


Apabila bercakap mengenai sukan gusti atau bagi yang lahir pada tahun 80an dan 90an pastinya akan mengingati WCW (World Championship Wrestling) dan WWF (World Wrestling Federation) dan ia menjadi kegemaran ramai ketika itu tidak kira muda atau tua, lelaki mahu pun wanita. Ketika itu ramai nama-nama besar bintang gusti menjadi pujaan ramai antaranya Stone Cold, The Rock, The Undertaker, Big Show, Kane dan ramai lagi. Bagaimanapun, tahukah anda sukan gusti ini telah berjaya membuatkan ramai bintang gusti ini menjadi kaya raya. Dan kali ini saya ingin menyenaraikan lima bintang gusti terkaya di dunia sehingga kini yang dipetik dari Myfirstclasslife.


5. Kurt Angle Nilai kekayaan: USD20 juta, sekitar RM76.33 juta Kurt Angle merupakan satu-satunya bintang gusti yang mempunyai latar belakang ahli gusti profesional dan pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 1996 dalam kategori 'heavyweight' gusti. Selepas berjaya memenangi pingat emas tersebut, dia memulakan kerjaya sebagai bintang gusti di ECW dan NWA sebelum menyertai WWE pada tahun 1998. Kurt membuat penampilan debutnya setahun kemudian selepas menjalani latihan dan namanya melonjak dengan cepat apabila dia digelar sebagai wira Amerika. Ketika bersama WWE, Kurt juga sering membawa karakter sebagai orang jahat, yang mana dia popular dengan gerakan penamat 'ankle lock'. Dia kemudian telah berpindah menyertai TNA dan menjadi bintang gusti menerima bayaran termahal di TNA.

 4. Triple H (Paul Levesque) Nilai Kekayaan: USD25 juta, sekitar RM95.42 juta Walaupun sudah lebih dua dekad berada dalam sukan gusti ini, nama Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque masih lagi menjadi bintang popular dalam WWE. Walaupun dia menyertai WCW selepas itu, namun dia kembali bersama WWE . Ketika bersama WWE, dia telah menjalin hubungan cinta dan berkahwin dengan anak perempuan bos WWE, Stephanie McMahon yang mana kekal lebih 10 tahun, dan kini Triple H merupakan Ketua Pegawai Opreasi (COO) WWE dengan gaji sebanyak USD1.5 juta (RM5.73 juta) setahun.

3. John Cena Nilai kekayaan: USD35 juta, sekitar RM133.59 juta John Cena merupakan nama besar dalam dunia sukan gusti buat masa ini. John membuat penampilan pertamanya di WWE pada tahun 2002 ketika menentang Kurt Angle yang mana dia hampir menang. Selepas itu, namanya terus melonjak dan menjadi kegemaran peminat. Selain gusti, John Cena juga turut menceburi bidang lakonan antaranya "The Marine", "Legendary" dan turut membuat beberapa penampilan dalam filem. Bagaimanapun ia tidak bermakna John akan mengutamakan kerjaya lakonan kerana baginya sukan gusti adalah keutamaannya.

 2. Stone Cold (Steve Austin) Nilai kekayaan: USD45 juta, sekitar RM171.75 juta John Cena mungkin berada di puncak ketika ini di WWE, tetapi dia tidak dapat menandingi populariti Stone Cold Steve Austin yang pernah dikecapinya. Stone Cold memulakan kerjaya gustinya dengan beberapa organisasi gusti sebelum namanya melonjak naik pada tahun 1997 ketika acara King of the Ring Tournament. Selain gusti, Stone Cold juga terlibat dengan dunia lakonan, selain menjadi pengacara televisyen untuk beberapa saluran. Stone Cold 3:16 yang popular dengan 'tagline' "Hell Yeah!" bukan sahaja berjaya menaikkan namanya, malah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada para peminat gusti. Malah, ketika tahun 1990an angka jualan barangannya sangat tidak masuk akal dan berikutan itu namanya  masih menjadi sebutan sehingga kini.

1. Dwayne "The Rock" Johnson Nilai kekayaan: USD125, sekitar RM477 juta Anda pastinya tidak terkejut apabila nama Dwyane "The Rock" Johnson berada di tangga teratas bintang gusti terkaya, malah The Rock juga tahun lalu merupakan pelakon di Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi. The Rock mengikut jejak langkah ayahnya yang juga merupakan bintang gusti, namun dia kurang dikenali ketika itu sehinggalah dia menjadi ahli "The Nation of Domination" apabila dia sangat terkenal kerana bermulut celupar dan selepas itu namanya terus melonjak mendadak. Dari menjadi karakter jahat, dia kemudiannya bertukar karakter yang baik dan menjadi pujaan ramai dan digelar sebagai 'The People Champion'.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara dari dunia gusti dan beralih ke dunia lakonan. Walaupun kini The Rock menjadi pelakon terkenal Hollywood dengan membintangi filem-filem blockbuster seperti francais "Fast & Furious" dan banyak lagi, namun dia juga kadang-kala membuat penampilan di WWE dari masa ke semasa.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *