Recent Post

Saturday, September 10, 2016

(TAHNIAH) Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Aliff Aziz yang sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Bella Astillah dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bukit Jelutong, Kuala Lumpur pada jam 12.05 tengah hari semalam.

Aliff dengan sekali lafaz sah menjadi suami kepada Bella. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Awang Astillah [email protected] Bella menerima mas kahwin berjumlah RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.  Walaubagaimanapun, pasangan mempelai enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan.

Majlis akad nikah berkenaan diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 200 orang tetamu terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua pihak.

Aliff pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan berharap rumah tangga yang dibina akan berkekalan serta diberkati.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti diharapkan.  Saya dan Bella berharap rumah tangga yang baharu dibina ini akan terus mendapat keberkatan daripada Allah dan restu berpanjangan daripada keluarga, peminat dan semua.

Semoga ikatan perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah berkekalan sehingga hujung nyawa dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : republicofmemories

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Pergerakan kenderaan di lebuh raya perlahan - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 8.30 pagi ini berikutan orang ramai mula menuju ke destinasi masing-masing sempena cuti persekolahan dan cuti Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Kuala Kangsar ke Bukit Berapit, Terowong Menora ke Sungai Perak, Bandar Casia menghala ke Juru dan Slim River ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Bagaimanapun, trafik perlahan di KM 308.5 arah utara dari Tapah ke Gopeng berikutan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori, namun tiada kemalangan maut dilaporkan. Ia masih terkawal.

"Berlaku kemalangan bumper-to-bumper di KM 444.4 dari Hospital Sungai Buloh menuju Rawang membabitkan dua kereta. Namun tiada lorong terhalang," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilapor perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke arah Timur manakala kawasan lain menghala ke pantai timur dilaporkan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Read more ...

General Motors Panggil Balik Hampir 4 Juta Kenderaan Seluruh Dunia Selepas Kes Kematian Yang Berkait Dengan Masalah Perisian

Detroit, 10 Sep - General Motors hari ini memanggil semula hampir empat juta kenderaan di seluruh dunia berikutan terdapat satu kematian yang berkait dengan kerosakan perisian.

Kerosakan itu melibatkan satu perisian beg udara di beberapa model, yang mana boleh menyebabkan komputer kenderaan berubah ke dalam mod percubaan; menyebabkan beg udara di model yang terlibat tidak akan timbul apabila berlaku pelanggaran.

Selain itu, tali pinggang keledar juga mungkin tidak akan berfungsi di kenderaan-kenderaan yang terlibat, syarikat tersebut memberi amaran.

Menurut laporan, General Motors akan menghubungi pelanggan dan mengemaskini perisian itu secara percuma.

Model yang terlibat adalah :

— 2014-2016 Buick LaCrosse, Chevrolet SS, Chevrolet Spark EV

— 2014-2017 Buick Encore, GMC Sierra 1500, Chevrolet Corvette, Chevrolet Trax, kereta polis Chevrolet Caprice dan Chevrolet Silverado 1500

— 2015-2017 Chevrolet Tahoe, Chevrolet Suburban, Chevrole t Silverado HD, GMC Yukon, GMC Yukon XL, GMC Sierra HD, Cadillac Escalade dan Cadillac Escalade ESV

Sumber : Mirror

Read more ...

Malaysia kutuk ujian nuklear Korea Utara

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara pada Jumaat, dan menggesa negara itu supayamenghentikan sebarang ujian lanjut serta program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Wisma Putra dalam kenyataannya malam ini berkata Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu itu, yang hanya mengeruhkan lagi situasi ketegangan di rantau berkenaan.

Menurutnya ujian nuklear kedua oleh Korea Utara dalam tahun ini merupakan pencabulan yang jelas terhadap Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

"Ia juga merupakan ancaman yang serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,"kata kenyataan itu.

Malaysia turut menggesa Korea Utara supaya memenuhi obligasi antarabangsanya bagi tujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.

-Bernama

Read more ...

JDT lakar sejarah baharu bola sepak negara

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) menempa sejarah baharu bola sepak tempatan selepas merangkul kejuaraan hatrik Liga Super selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *