Saturday, February 06, 2016
Johor dilanda banjir, satu pusat pemindahan dibuka di Ledang
BENTUK MUKA DAN FESYEN RAMBUT KHAS UNTUK LELAKI KELIHATAN LEBIH KACAK
Bentuk Muka Dan Fesyen Rambut, Khas Untuk Lelaki Kelihatan Lebih Kacak
Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka. Majoriti akan mahu bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.
Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut, ada yang tidak s esuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong, rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI
BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE
Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujurumumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalahberkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai pelbagai bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda.Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatanbulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gayapanjang atau pendek.
CONTOH STYLE
BENTUK MUKA PERSEGI / SQUARE FACE SHAPE Seorang lelaki yang mempunyi bentuk muka persegi dianggap kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut mereka, majoriti gaya mereka pilih adalah squarer dan banyak bersudut.Rahang yang kuat adalah ciri yang terselah bagi wajah persegi, yang membuat muka kelihatan kuat dalam penampilan. Sama seperti bujur, bentuk muka persegi sesuai dengan pelbagai gaya, tetapi rambut di sekitar garis rambut selalunya boleh kelihatan lebih baik jika ia adalah lebih lembut di tepi.
Rambut pendek kelihatan hebat dan benar-benar meningkatkan ciri-ciri wajah - ia bergantung kepada sama ada anda mahu muka atau rambut anda menjadi tarikan utama. CONTOH STYLE
BENTUK MUKA BUJUR PANJANG / OBLONG FACE SHAPE Bentuk muka ini adalah lebih panjang daripada muka bujur.Cuba untuk mengelak daripada mengambil sisi terlalu singkat jika anda mahu menyimpan rambut panjang di atas, kerana ini akan menyerlahkan panjang muka dan membuat ia kelihatan lebih bujur lagi. Bentuk muka ini sesuai mempunyai rambut yang digayakan ke muka untuk mengurangkan kemunculan muka yang panjang dan mengekalkan keseimbangan.
BENTUK MUKA BULAT / ROUND FACE SHAPE Memilih gaya rambut untuk muka berbentuk bulat bergantung sepenuhnya kepada apa ciri-ciri / kawasan seseorang individu itu ingin ditunjukkan atau disembunyikan.Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut, oleh itu adalah penting untuk memilih gaya rambut yang dipotong setengah pendek dengan sisi yang pendek atau potongan menegak dengan sedikit tinggi dan sisi juga pendek. Ia tidak perlu menjadi rambut spike. Ini dapat menyembunyikan muka bulat anda.
Cuba elakkan memotong dengan pinggir tajam kerana ianya hanya menyerlahkan bentuk bulat semulajadi bentuk muka anda. Yang pentingnya potong sisi rambut anda dengan potongan pendek untuk membantu menangani muka menjadi semakin bulat.
CONTOH STYLE
MUKA BERBENTUK BERLIAN / DIAMOND FACE SHAPE Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi dan dagu yang agak sempitElakkan potongan terlalu tipis di tepi kerana ini akan membuat telinga seperti terkeluar. Juga anda mesti mengelak gaya rambut terlalu lurus. Biarkan ianya kelihatan lebih semula jadi dan berombak kerana akan melembutkan ciri-ciri wajah anda.
CONTOH STYLE
MUKA BENTUK HATI / HEART FACE SHAPE CONTOH STYLE MUKA BERBENTUK HAMPIR TIGA SEGI / TRINGULAR FACE SHAPE Bertentangan dengan wajah berbentuk hati, lelaki dengan bentuk ini mempunyai rahang yang luas dan dahi sempit.Malangnya, ia adalah amat sukar untuk memilih gaya rambut untuk bentuk wajah ini. Anda dicadangkan memotong dengan gaya rambut yang lebih panjang tetapi dengan banyak lapisan untuk menambah lebar kepala anda. Sedikit potongan pendek di sisi juga boleh membantu melembutkan bayang.
Jika anda menggayakan rambut anda panjang dengan bentuk muka ini, cuba untuk elakkan layer terlalu banyak di seluruh muka kerana ini hanya akan menyerlahkan rahang itu.
CONTOH STYLE
PENUTUP
Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.
Seperti biasa, nasihat yang terbaik yang boleh diberikan adalah minta profesional (stylist anda) gaya rambut apa yang mereka fikir akan sesuai dengan bentuk wajah anda, kerana kebanyakan mereka akan mempunyai pengetahuan yang hebat tentang potongan yang anda perlukan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu dan membantu anda kelihatan terbaik.
Sumber: trendmalaya.com
CEBURI BIDANG SENI - ANAK AZMIL MUSTAPHA BAKAL IKUT JEJAKNYA
"Mungkin sebab daripada ayah sendiri, jadi saya terikut-ikut mahu jadi sepertinya," demikian kata Mohd Bazli Zhafri, 22, anak lelaki tunggal pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha yang mungkin akan meneruskan legasi bapanya apabila menyuarakan minat untuk mewarnai industri seni.
Melihat pada penampilan, Bazli sememangnya mempunyai pakej untuk bergelar anak seni jika bakatnya digilap.
Dengan paras rupa menarik dan ketinggian, Bazli tidak menolak peluang dan rezeki jika ada yang mahu melamarnya sebagai pelakon.
"Selain seni, saya juga minat kerja di bahagian produksi atau belakang tabir. Dulu pun saya pernah ikut ayah ke merata tempat untuk menerbitkan beberapa dokumentari.
"Pastinya la konan ayah dalam filem Ali Setan antara yang saya minati. Selain itu, saya suka tengok lakonannya dalam filem Puteri Gunung Ledang walaupun tak banyak babak membabitkannya," ujar Bazli yang mengkagumi bakat ayahnya sendiri.
Kata Bazli, dia kini berehat sementara menjadi jurulatih kecergasan berikutan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Ketika ini, beberapa produksi sudah menunjukkan minat untuk melihat bakat Mohd Bazli, termasuklah pemilik Zeel Production, Fadzil Teh.
Azmil ketika ditemubual BH baru-baru ini memberitahu yang dia tidak pernah menghalang minat anaknya itu untuk menceburi dunia seni biarpun beliau sendiri sudah berhijrah dan meninggalkan dunia seni. Malah, Azmil memberikan sokongan penuh jika anaknya mahu mencuba nasib dalam bidang itu.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomMajlis Resepsi Perkahwinan Akim & Stacy Penuh Warna!
Setelah selesai majlis pernikahan penyanyi popular antara Akim dan Stacy, di sebelah malamnya pula berlangsung majlis resepsi yang dirai bersama-sama famili, saudara mara dan rakan terdekat.
Bertemakan waran biru itu turut dimeriahkan lagi dengan rakan-rakan artis yang sudi meluangkan masa untuk Akim dan Stacy.
Dalam pada itu, Marsha dan Hazama turut membuat persembahan menyanyikan lagu buat pasangan mempelai ini.
Majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 26 Februari depan di Johor Bahru.
Semoga bahtera perkahwinan Akim dan Stacy kekal hingga akhir hayat dan diberkati oleh Nya.
Jom kita lihat foto-foto majlis resepsi Akim dan Stacy yang berlangsung sebuah hotel di Sabah.
Artikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 6 Feb 2016
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...