Recent Post

Saturday, June 18, 2016

Nelayan disangka lemas ditemui selamat - Kosmo!

Nelayan disangka lemas ditemui selamat

18/06/2016 12:14pm

ALOR SETAR - Seorang nelayan berusia 50-an yang dikhuatiri lemas pagi semalam selepas dilaporkan terjatuh dari bot, diselamatkan oleh bot nelayan lain di kawasan tersebut, menurut Maritim Malaysia (APMM).

APMM dalam kenyataan di sini hari ini, berkata nelayan itu yang berpaut pada sebuah boya diselamatkan oleh bot nelayan lain kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, seorang nelayan telah tampil ke pejabat APMM Pengkalan Kuala Kedah kira-kira pukul 8 malam tadi dengan memaklumkan telah menyelamatkan mangsa dan membawanya ke darat.

"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di antara nelayan di atas bot tersebut yang memaksa mangsa untuk terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

"APMM turut membawa pengadu tersebut ke balai polis Kuala Kedah untuk siasatan lanjut," katanya.

APMM menerima laporan mengenai kejadian nelayan itu terjatuh dari bot ketika berada kira-kira 2 batu nautika dari Kuala Kedah pada kira-kira pukul 12 tengah hari, dan terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Bernama

Read more ...

Video Ceramah Ustaz Syamsul Debat Trending di Youtube Malaysia

Hari ini dah pun masuk hari ke 12 kita semua menjalani ibadah berpuasa. Setiap hari nampaknya ramai yang meminati cara penyampaian bersahaja dari Ustaz Syamsul Debat. Budiey pun suka dengar ceramah beliau di kaca TV. Sekarang ini nampaknya semakin ramai yang menonton di Youtube. Tidak hairanlah video ceramah dari Ustaz Syamsul Debat telah trending di Youtube Malaysia.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in MalaysiaLast 7 days (June 17)

For top videos, people around the world view YouTube for information. What follows is a summary of the top gainers on www.youtube.com.my for the last seven days.

1) Syamsul DebatYouTubers searched for talks by Ustaz Syamsul Debat during the month of Ramadhan.

2) Alan Walker – FadedFans of Alan Walker revisited various versions of his song, 'Faded' after he released his latest song, 'Sing Me To Sleep' last week which gained more than 9 million views.

3) Conjuring 2 TrailerMovie buffs searched for the trailer to the sequel of this famous horror film that was released in the cinema nationwide on June 9.

4) EXO – MonsterKpop fans of the idol group searched for the band's live performance and music video of their latest song, 'Monster' which was released last week.

5) Ku Rela DibenciNew local talent Aiman Tino released his debut song and music video 'Ku Rela Dibenci' on Aries Music's YouTube Channel on June 1 and to date has gained more than 400 thousand views.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 263 Bacaan
Read more ...

Wanita Lahirkan 2 Anak Dalam Masa 2 Bulan

Polewali, Indonesia: Seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak dua bulan lalu terkejut apabila dia tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi baru-baru ini.

Wanita terbabit, Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan disini.

Bagaimanapun, pada 7 Mei, Annisa tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi perempuan di sebuah pusat perubatan.

Menurut Annisa, selepas dia melahirkan bayi pertamanya, dia kembali bekerja seperti biasa iaitu dengan mengambil upah mencuci pinggan dan mejual kuih.

"Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak," katanya.

Annisa berkata, anak keduanya dilahirkan di rumah dengan bantuan seorang bidan kampung kerana tidak sempat ke hospital.

"Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini. "Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna," jelasnya.

Pakar di Hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr. Zulfatma berkata apa yang berlaku kepada Anisa tidak mustahil dan sangat jarang berlaku.

"Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban. "Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya," katanya.

Tambahnya, kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu. - Siakapkeli.my

Read more ...

Pengundi Kuala Kangsar, Sungai Besar pilih MP baru hari ini

Hari ini, para pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan memilih wakil rakyat mereka yang baru.

Seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Manakala 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuka 23 pusat mengundi di Kuala Kangsar dan 28 pusat mengundi di Sungai Besar, yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Manakala PRK Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Sungai Besar dianggap lebih sengit berbanding di Kuala Kangsar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di mana Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sementara itu, calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK)Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar.

Beliau tiba di sekolah tersebut kira-kira jam 8.27 pagi.

Diiringi oleh anak-anaknya, Mastura menyemak namanya dalam senarai pengundi.

Mastura kemudian menemui dan bersalaman dengan pengundi, termasuk warga emas yang berkerusi roda.

Manakala di SK Simpang Lima, Sungai Besar, calon PAS, Dr Rani Osman kelihatan berinteraksi dengan pengundi yang ada di tempat pengundian tersebut.

ADUN Meru itu bukan pengundi di situ dan dengan itu tidak dapat mengundi untuk dirinya sendiri.

Manakala calon BN bagi PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pula mengundi di SK Sungai Limau, Sungai Besar kira-kira jam 8.30 pagi.

Budiman tiba bersama ibu bapanya Mohamad Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang juga pengundi di pusat mengundi yang sama.

Isterinya Norma Aida Abdullah juga bersama mereka tetapi bukan pengundi di situ.

Read more ...

Najib gesa syarikat tempatan cari peluang perniagaan baharu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggesa syarikat Malaysia untuk keluar dan mencari perniagaan dan peluang baharu bagi memastikan perniagaan mereka berkembang lebih pantas.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *