Recent Post

Friday, July 01, 2016

Hanez Suraya Sedang Bersiap Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan?

Sudah lama juga kita tidak melihat Hanez Suraya berlakon bukan? Rasanya selepas berkahwin dan bergelar ibu beliau menyepi.

Terbaru, Hanez Suraya dikatakan sedang merencana untuk menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu persediaan beliau untuk meninggalkan dunia seni. Malah, suami beliau Romie Razin menyokong setiap keputusan yang dilakukan oleh Hanez.

Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan. Walaupun mempunyai pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukannya sendiri, termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut nanti tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon.

Sekarang, biarlah saya berkorban dulu. Buat masa ini, suami galakkan saya menceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perincian.

Sebenarnya Hanez sudah lama mahu terlibat dalam bidang perniagaan dan beliau juga tidak mahu menunggu duit daripada suami sekiranya ingin berbelanja.

Saya jenis manusia yang tidak suka menunggu duit tanpa berbuat apa-apa. Kalau teringin beli sesuatu, tidak perlu tunggu suami. Kalau berniaga, ada juga pendapatan sampingan untuk saya berbelanja.

Dulu pun saya berseloroh, kalau tidak boleh berlakon dia kena bagi saya berniaga. Syukur kerana nampaknya suami juga serius dengan perancangan ke arah itu dan tahu saya bukan main-main

Menjadi isteri, ibu dan ahli perniagaan bukanlah perkara yang mudah tetapi ia tidak mustahil. Ramai juga artis wanita yang berjaya dalam perniagaan dan hidup berkeluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Ku Seman minta henti kutuk, keji atau perlekeh Dr M - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu meminta semua pihak menghentikan kejian, kutukan mahupun memperlekeh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, jika masih ramai yang terpengaruh dengan Mahathir, maka pihak yang berkenaan perlu bermuhasabah diri untuk bertanya kenapa mereka tidak berpengaruh seperti bekas perdana menteri itu.

"Tanyalah diri kita kenapa kita yang pegang semua kuasa masih tidak berpengaruh seperti Dr. Mahathir. Di mana salahnya? Adakah masih salah Dr. Mahathir juga?," kata beliau dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Sebelum ini, Ku Seman menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.

"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu terbaru yang dibangkitkannya, Ku Seman berkata, sebahagian besar daripada rakyat negara ini tentunya sedikit sebanyak menikmati hasil daripada buah fikiran dan idea Mahathir.

"Memanglah Perdana Menteri dibayar gaji dan segala macam termasuk jet mewah, tetapi tidak semua orang yang diberi jet mewah boleh membuat seperti Mahathir.

"Mahathir bukan siapa-siapa. Dia seorang tua dan tidak ada apa-apa kuasa pun. Jadi tidak perlulah kita memusuhi dan melabelkan yang buruk-buruk.

"Lagi pun bukankah kita selalu menganggap Mahathir sudah tidak ada pengaruh. Kita yang besar pengaruh dan (ada) panglima kiri kanan bukanlah lawan Mahathir," katanya lagi.

Walaupun secara peribadi tidak setuju dengan Mahathir dalam beberapa perkara, namun ia dibiarkan sahaja kerana Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

"Ketua bahagian UMNO pun tidak. Ahli pun tidak. Tetapi saya tidak tergamak menghina Mahathir. Pertama kerana dia bekas pemimpin kita, kedua dia seorang tua yang bukan siapa-siapa.

"Apabila ada kecenderungan pemimpin pelapis yang menyerang dan mendesak kemudahan itu dan ini ditarik balik, yang lekeh dan hilang pekerti bukan Mahathir tetapi kita.

"Kita dengan kuasa yang ada boleh saja menghalau Mahathir dari Petronas, Proton, Yayasan Kepimpinan Perdana dan suruh polis soal siasat. Tetapi yang kelihatan buruknya adalah kita," tambah Ku Seman.

Read more ...

Nasi Hidangan Berbuka Penyerang Real Madrid Ini

Read more ...

Kisah Aku dan Perempuan Gemuk, Mula-Mula Aku Kutuk Dia, Tapi Skarang...

Rupa dan paras menjadi perkara pertama yang dilihat oleh kebiasaan orang ramai untuk dijadikan pasangan. Kedua barulah hati budi.

Tidak jauh juga sebernarnya dari sebuah kisah sebenar yang dikongsi oleh individu ini menerusi UPSI Confessions, yang mana pada mulanya juga mengutuk-ngutuk rupa paras serta gelagak seorang wanita gemuk yang dilihatnya.

Namun tidak lama, segalanya berubah setelah mula mengenali wanita itu. Maka, mari kita sama-sama baca kisah yang menarik ini.

ini kisah tentang aku dengan perempuan gemuk.. saja nak kongsi.. Perempuan memang takut sngat dengan kegemukkan. tapi berbeza dengan perempuan yang aku kenal ni. eh.. sebelum terlanjur jauh bercerita elok aku perkenalkan diri dulu.. aku seorang lelaki maskulin berkulit tak berapa gelap. hehe.. (orang cakap). Aku pada mulanya takdelah suka sngat pada perempuan gemuk ni.. tapi lepas satu kejadian menimpa aku.. ba ru aku tahu kelebihan perempuan gemuk ni.. kejadiannya macam ni...... suatu hari aku nak g print kerja aku dpan pt tu.. dia dah ada kat dalam tengah kelam kabut susun kertas.. aku tengok je dia tapi bukan sebab suka masa tu.. tapi sebab aku teruja tengok dia susun kertas sambil makan donatt.. masa tu tuhan je tahu dlam hati aku ni.. nak tergelak takut.. dlm hati aku cuma tak sabar2 nak jumpa kawan aku nak cerita hal ni.. ahaha Tapi comel.. sambil mngunyah je dia buat kerja.. sempoi je.. hahah... aku terus g kt pc.. buat kerja aku.. tapi mata tetap nak pandang dia.. nak cari bahan buat modal nak kutuk dia.. haha.. aku dah siap print seterusnya nak membayar lah.. dia masih lagi tak siap2.. banyak kertas dia print.. tesis mungkin.. aku berdiri sebelah dia nak bayar.. dia boleh buat bunyi "erh!!" terkejut aku.. aku tengok die.. die jeling aku.. rupanya aku pijak kaki die.. tak prasan.. ingatkan tetikus tadi.. montok sngat... haha .. lepas bayar aku pon trus blah laa...mintak maaf pon ta k.. aku bukan takut pon cuma waspada... lpas lintas jalan aku cari fon aku takde... alamak.. punya lah risau hilang..... aku terus patah balik.. masa selisih dngan dia aku tak hiraukan dah yang aku fikir fon aku je.. tiba-tiba dia cakap ni ha!! fon aku pada dia.. huh! lega.. ingat hilang dah tadi.. aku ckp terima kasih.. dia ckp mintak maaf dulu baru terima kasih... kes tadi la ni... hermm sory... dia angguk je pastu dia nak blah.. aku pon ajak dia makan.. aku ckap nak belanja dia makan.. tanda terima kasih.. nmpak tak lelaki budiman kat situ... haha.. lagi pun tengok die makan donat tadi macam tak cukup je.. haha.. Tak nak !! senafas je dia tolak ajakan aku.. terkedu aku kat situ.. jujur la aku mmg prasan hensem dah masa tu.. lagi pon dia bukan cantik sngat cuma comel tu pun sebab aumm kan.. tapi dia tolak cmtu je.. sebagai lelaki tulen aku rasa tercabar bile kene macam tu.. aku jadi makin bersungguhlah.. aku try lagi.. aku cakap haaa aiskrim nak.. tnggu jap saya pergi beli.. 5 saa t dia pandang je aku.. aku pandang dia.. dia kate simpan je duit tu buat kawin... dalam hati aku haishh budak gemuk ni pandai pulak cakap pasal kawin.. jodoh kau pon tah kat mana lagi.. tup2 dia dah blah... boleh tahan dia punya sombong.. dah berapa lama aku tak tahu.. tapi aku sekali lagi jumpa dia dekat bitara.. nmpak macam makin gemok.. aku pon lalu je depan dia.. aku buat macam tak ingat je.. tiba-tiba aku nampak kawan aku pergi kt dia.. ckp2 gelak2.. oouh.. kenal rupanya.. blk tu terus aku mintak no dia dkat kawan aku.. aku wsap dia.. dia bls macam nak taknak je.. jual mahal tu tak tahan betol.. lama2 wsap.. dia slalu buat aku nk tergelak.. dan lawak aku pon die gelak jugak.. jadi mcm rapat plak.. tapi lagsung tak jumpa.. cuma berwsap je.. sekali tu dia kata kat aku dia nak g libry nak buat kerja.. aku pon acah-acah ada kerja la.. nak mnyibuk je.. dia sampai dulu.. lpas tu aku duduk semeja dengan dia.. prangai macam mula-mula jumpa tu jugak cuma boleh buat berborak laa.. aku te ngok penampilan dia elok je.. takde laa ketat.. gemuk klu pakai ketatkan nmpak macam nak pecah.. tapi ni tak... elok je.. blk tu aku terfikir kalau aku kawin dia.. mcm fikir.. hish... aku fikir anak2 aku nnti mesti seronok main nyorok2 sembunyi belakang mak dia je,, hehe ini gurau.. Sebenarnya perempuan gemuk ni comel.. pada aku bnyak keistimewaan yang ada pada perempuan gemuk berbanding yang lain. ‪#‎pandangan‬ sahaja. kepada perempuan2 diluar sana takyah lah takut nmpak gemuk sngat sampai nak selfie masuk muka je.. jangan lah malu dengan diri kite sendiri.. sampai sekarang aku sangat suka dan sayang pada perempuan gemuk.. jika jodoh kami kuat bulan 10 ni kami akan bekahwin.. klu admin izinkan nnti saya share gambar kawin kami berdua.

Kalau jodoh tak kemana. Tidak berkenaan pada mulanya pun boleh jadi suka sekiranya sudah dijodohkan begitu. Apa-apapun, SK harap hubungan mereka berdua sampai ke jinjang pelamin. — Siakapkeli.my

Read more ...

Umno Tambun jumpa Husni, tapi apa penjelasannya?

Pertemuan antara Umno Tambun bersama bekas pemimpinnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah diadakan padaRabu malam, ekoran peletakan jawatan mengejutnya dalam parti dan kabinet.

Timbalan Ketua Umno Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan menyatakansama ada Husni menjelaskan perkara itu.

"Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Husni dan beliau mengesahkan peletakan jawatan parti beliau sepertimana yangtelah diuar-uarkan sebelum ini.

"Dalam konteks Tambun, sudah pasti Umno/BN Tambun terasa kehilangan beliau tetapi selaku anggota parlimen Tambun,beliau akan terus memberi khidmat bakti dalam kapasiti tersebut," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Aminuddin sebelum ini berharap Husni dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu supaya semua pihak tidakmembuat sebarang spekulasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan kabinet hanya berkata Husni tidak mahu lagimenjadi menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.

Masa perubahan

Husni juga dilapor meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno dan BN, timbalan pengerusi Umno dan BN Perak sertaketua Umno dan BN Tambun.

Selain itu, Aminuddin juga menganggap sudah tiba masanya bagi Umno bahagian melakukan pertukaran bagi menghadapipersediaan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Tambun, beliau (Husni) merasakan sudah tiba masanya untuk lakukan proses pertukaran seperti yang beliaurancang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Aminuddin enggan menghuraikan lebih lanjut dan hanya menegaskan Husni seorang pemimpin yang praktikal danberwawasan.

Pembangkang sebelum ini mengaitkan pengunduran Husni sebagai protes terhadap isu sekitar Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak dalam isu 1MDB dan kontroversi kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Husni setakat ini belum menjelaskan lanjut perkara itu. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Husni setakat ini masihbelum berhasil.

Read more ...

Harga minyak naik 5 sen mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Harga minyak bagi semua jenis naik 5 sen pada Julai berbanding Jun, kenaikan pertama sejak April.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *