Recent Post

Saturday, June 04, 2016

Kanak-kanak perlu pendedahan bahaya ancaman pedofil - Kosmo!

Kanak-kanak perlu pendedahan bahaya ancaman pedofil

04/06/2016 11:16am

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak seawal berusia lima tahun di negara ini perlu diberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ancaman jenayah seksual oleh pelaku pedofil.

Pensyarah Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Noor Aziah Mohd. Awal berpendapat kekurangan pengetahuan mengenai gangguan seksual terhadap kanak-kanak menyebabkan kebanyakan kes seumpama itu tidak dilaporkan.

Merujuk kes pedofil warga Britain Richard Huckle yang didakwa mencabul hingga 200 kanak-kanak dari tahun 2006 hingga 2014, Noor Aziah percaya perkara itu boleh dibendung sekiranya kanak-kanak diajar dengan kemahiran melindungi diri dan cara bertindak untuk mencegah perkara itu.

"Ramai yang beranggapan agak janggal untuk berkongsi pengetahuan seksual dengan kanak-kanak di antara usia lima hingga 12 tahun namun dalam keadaan kini, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dengan menekankan kepada kanak-kanak mengenai ancaman seksual seperti kewujudan pedofil.

"Sebagai contoh, kanak-kanak perlu diajar membezakan cara sentuhan, sama ada sentuhan itu bersifat biasa atau perlakuan tidak senonoh bagi memastikan pengetahuan mereka mengenai gangguan seksual lebih jelas," katanya di sini. - Bernama

Read more ...

Pesta Makan Durian Sampai Kenyang Esok

Doghoyan! Doghoyan! Jom makan sampai demam. 3 tan durian didatangkan khas dari Tangkak sempena jualan ini!! Buah2 dan sayur2 lain pun ada.Lokasi: MyFarm Outlet Presint 7 Putrajaya 

Tarikh: 4 Jun 2016 (Sabtu)

Masa: 9am – 5pm

Sila SHARE kepada orang2 sekitar Putrajaya yang berminat!

Komen via Facebook

Komen

— 238 Bacaan
Read more ...

[ Gambar & Video ] KL & Selangor Dilanda Hujan Ribut & Hujan Batu

Read more ...

(Video) China Kini Sedang Membangun Sistem Parking Automatik Masa Hadapan, Dan Ianya Sangat Genius

China, 3 Jun - Jika sebelum ini China memperkenalkan model bas yang boleh bergerak di atas lalulintas,  kini negara itu mendedahkan pula mereka kini sedang membangunkan sistem parking automatik.

Tapi ia bukannya kereta yang parking secara automatik tapi sesuatu lebih besar; sistem parking kereta automatik secara keseluruhan.

Ringkasnya, pemandu hanya perlu membawa kereta mereka ke pintu gerbang, tinggalkan kereta, dan sistem itu akan membawa kereta pemandu terbabit ke tempat parking yang kosong.

Jika pemandu sudah selesai urusan dan ingin menggunakan kereta semula, dia cuma perlu menekan butang di aplikasi telefon bimbit, bayar parking dan keretanya akan dibawa kepada pengguna, secara automatik. Antara kelebihan sistem ini :
  • Jimat Masa
  • Tak ada kemalangan kecil ketika parking
  • Tak perlu bazir masa cari / berebut parking
  • Tak payah beratur bayar parking
  • Ruang parking hanya akan sibuk dengan kereta sahaja (pemandu tak perlu ke tempat parking LANGSUNG)
  • Sistem ini sedang dibangunkan oleh syarikat Yee Fung Automation Technology Co yang berpangkalan di Shenzenh.

    Dan jika anda fikir projek ini mustahil, syarikat tersebut kini sudah berjaya mencipta "Geta", robot yang yang akan membawa kereta pemandu ke tempat parking kosong secara automatik dalam masa  kurang dari 120 saat.

    Robot itu juga dikatakan mempunyai kadar kegagalan kurang dari 0.01% dan dalam satu-satu masa sebanyak 100 dari robot itu boleh berfungsi sekaligus.

    Tonton video dibawah ini untuk memahami dengan lebih jelas:

    Read more ...

    Muktamar perlihat PAS ambil 'jalan selamat'

    ULASAN Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini memperlihatkan parti Islam itu mengambil 'jalan selamat' dengan membawa agenda budaya politik matang dan sejahtera menjadi gagasan baru parti itu.

    Agenda itu dilihat sebagai satu langkah bagi meneruskan perjuangan mereka dalam kancah arus politik semasa.

    Malah, dengan mengetengahkan agenda tersebut, PAS juga dilihat bercita-cita dan berharap dapat menawan Putrajaya bersendirian.

    Namun, sebelum sampai ke tahap itu, PAS terlebih dahulu ingin menjadi penasihat kepada kerajaan melalui pendekatan ta'awun siyasi dengan menolak politik dendam dan kebencian.

    Oleh itu, PAS kini mengambil pendekatan untuk tidak akan menentang dan menghentam sebaliknya menawarkan penyelesaian kepada masalah yang wujud dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menerima prinsip perjuangan mereka.

    Sehubungan itu, ia sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sama ada PAS mahu menjadi sebuah parti politik yang ingin memerintah atau sekadar parti yang mesra pemerintah.

    Pada muktamar kali ini juga, usul dibawa oleh Dewan Muslimat yang meminta PAS mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR menjadi perhatian.

    Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahaskan pada sidang muktamar sebaliknya ia di bawa terus ke Majlis Syura.

    Ia tindakan sama pada muktamar tahun lalu apabila usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dibawa terus ke Majlis Syura dan tidak dibahaskan.

    Tindakan itu dilihat sebagai langkah yang diambil parti Islam berkenaan bagi mengelakkan ia terus dijadikan 'isu hangat' terutamanya menjelang pilihan raya kecil 18 Jun depan.

    Ia juga bagi mengelakkan lebih banyak luahan serta rasa tidak puas hati anggota akar umbi parti terhadap PKR.

    Malah, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali turut mengambil langkah segera dengan memberi kenyataan bahawa parti itu akan terus mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR.

    Langkah Mustafa yang mempertahankan kerjasama itu dianggap 'bijak' ketika parti itu kini tidak bergantung pada mana-mana pakatan atau gabungan selain bersama Parti IKATAN.

    Walaupun Mustafa mengeluarkan kenyataan 'selamat' , namun cakap-cakap akar umbi parti yang tidak berpuas hati terhadap PKR tidak dapat disekat terutamanya terdapat perwakilan Dewan Pemuda PAS turut bersependapat supaya parti Islam itu mengkaji semula kerjasama bersama PKR.

    Selain itu juga, dengan menyuntik nilai kemelayuan sejati pada muktamar kali ini, tidak salah jika dikatakan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pahlawan PAS terutamanya apabila berjaya membawa usul rang undang-undang persendirian Akta 355 di Parlimen.

    Ia dapat dibuktikan semasa sidang dewan-dewan serta muktamar pusat rata-rata perwakilan memuji 'keberanian' anggota parlimen Marang itu dalam memperjuangkan rang undang-undang berkenaan.

    Malah, Hadi juga dalam ucapan penggulungannya turut memberi penjelasan berhubung bagaimana rang undang-undang persendirian itu dapat dibaca pada sidang Parlimen yang lalu.

    Menjadi muktamar pertama selepas golongan profesional disingkirkan, ia juga dilihat medan bagi perwakilan termasuk pimpinan untuk 'menyindir' bekas rakan seperjuangan mereka yang kini berada dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).

    Dengan ketiadaan golongan 'penentang' dalam parti, muktamar PAS kali ini dilihat lebih tenang berbanding sidang sebelum ini.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *