Recent Post

Tuesday, July 19, 2016

Raja Afiq, Hero Drama Sayangku Kapten Mukhriz Akui Sedang Bercinta Dengan Anis Al Idrus

Memang sempoi dan jantan sungguh Raja Afiq ini. Selalunya selebriti zaman sekarang bila ditanya bercinta atau tidak, seboleh-bolehnya tak nak buat pengakuan apa-apa. Namun bukan Raja Afiq yang membawa watak hero di dalam drama Sayangku Kapten Muhkriz. Raja Afiq dengan keyakinan seorang kapten mengakui bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta dengan Anis Al Idrus.

raja afiq dan anis al idrus

Untuk makluman, Anis Al Idrus satu ketika dahulu dilaporkan pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Nampaknya Anis sudah menjumpai pengganti di dalam kesasaan dan ketampanan Raja Afiq. Kata Raja Afiq tentang hubungan mereka:-

Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta. Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3.

Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri. Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis.

Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja. Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu

raja afiq dan anis al idrus

Lelaki seperti Raja Afiq inilah baru dikatakan lelaki sejati. Buat apa nak malu mengaku sedang bercinta semata-mata kerana takut populariti jatuh. Kalau lakonan hebat dan berbakat, orang tak pandang sama ada single, taken or married. Tak gitu? Apa pun semoga hubungan percintaan Raja Afiq dan Anis Al Idrus akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

P.S: Pengguna LRT laluan Ampang mengamuk

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Polis tahan beberapa suspek lagi kes bom di Puchong - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, semua suspek merupakan tangkapan terbaru selepas tertangkapnya 15 individu lain pada 28 Jun dan 1 Julai lepas.

"Kesemuanya dipercayai terlibat dalam kegiatan IS. Bagaimanapun, dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dan PDRM masih mengesan mereka," katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang ditahan.

Khalid ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kejadian letupan di premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong pada 28 Jun lepas menyebabkan lapan orang cedera, seorang daripadanya parah.

Polis kini memburu dua warga tempatan yang dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai motif kejadian tembak melibatkan seorang ejen hartanah wanita yang maut di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, 1 Julai lepas, Khalid berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

"Saya tidak akan mendedahkan motif kejadian itu, biarlah motif kes berkenaan didedahkan di mahkamah," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang anak mansa turut cedera selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak penyerang.

- Bernama

Read more ...

Amar Bahrin & Amyra Rosli Umum Tarikh Nikah

Semoga bahtera yang bakal dilabuhkan, belayar seindah takdir cinta anda berdua. Tahniah Amar Bahrin dan Amyra Rosli.

Spekulasi status hubungan pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, berakhir apabila mereka mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan pada 22 Julai ini.

Kedua-duanya turut memaklumkan bakal disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan. Majlis pertunangan Amar dan Amyra bagaimanapun bakal diadakan secara tertutup dengan hanya membabitkan anggota keluarga terdekat.

amyra rosli amar

Malah, lokasi majlis perkahwinan juga belum dapat diumumkan kerana masih tiada kata putus berhubung perkara itu.

"Hasil restu keluarga masing masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini. Majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas acara pernikahan. Seterusnya pada 19 November, majlis bertandang sebelah saya pula dilangsungkan," kata Amar sambil memberitahu majlis merisik diadakan pada Aidiladha tahun lalu.

Mereka membuat pengumuman berkenaan pada majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana, di sini sebentar tadi. Sebelum ini, pasangan kekasih itu beberapa kali digosipkan bertunang dan dikatakan merancang untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, cerita berkenaan dinafikan kedua-duanya.

Amar begitupun tidak menafikan, Amyra antara pelakon wanita paling rapat dengannya memandangkan mereka berada di bawah pengurusan sama. Kekerapan kedua-duanya berlakon bersama selain gambar menunjukkan kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial menguatkan lagi dakwaan Amar dan Amyra bercinta.

Namun begitu, sebelum ini mereka memilih untuk tidak mengesahkan hubungan terbabit. Sebelum ini, kedua-duanya pernah digandingkan menerusi beberapa drama seperti Cik Bunga dan Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja dan juga teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Sumber: Berita Harian

Related

Komen via Facebook

Komen

— 164 Bacaan
Read more ...

Serangan Kapak Jerman : 4 Cedera Diserang Seorang 'Remaja Berkapak' Atas Keretapi

Jerman, 19 Julai : Seorang remaja, yang bersenjatakan kapak dan sebilau pisau, telah menyebabkan 4 penumpang sebuah keretapi cedera apabila menyerang penumpang-penumpang itu dengan kapak di atas keretapi.

Metro.co.uk melaporkan penyerang tersebut, yang disebut oleh pihak berkuasa sebagai 'remaja berusia 17 tahun dari Afghanistan', telah ditembak mati oleh polis ketika dia cuba melarikan diri.

Kejadian berlaku di Wurzburg, Jerman.

BBC melaporkan, tiga dari empat yang cedera dalam keadaan parah manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Sumber : BBCMetro.co.uk

Read more ...

DAP tangguh pemilihan parti

DAP menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi membenarkan ia memberi tumpuan kepada pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata perkara itu sebulat suara diputuskan oleh majlis eksekutif pusat parti (CEC) pada mesyuaratnya malam tadi.

CEC perlu melakukan pemilihan semula pada 29 September, tetapi perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan jika pilihanraya umum perlu dilaksanakan dalam masa dua tahun.

Loke berkata parti itu akan meneruskan konvensyen tahunan pada tahun ini iaitu pada 4 Disember.

Pemilihan DAP ditunggu banyak pihak kerana tempoh Lim Guan Eng memegang jawatan sebagai setiausaha agung akan berakhir setelah berkhidmat selama dua penggal.

Bagaimanapun, Lim masih boleh bertanding bagi jawatan dalam CEC.

Ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di bawah tekanan selepas menghadapi dua tuduhan rasuah.

DAP bukan satu-satunya parti yang menangguhkan pemilihan parti sementara menunggu pilihanraya umum akan datang.

Umno dan MCA turut menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga pilihanraya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.

Read more ...

Tiada amaran tsunami di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang menafikan amaran tsunami dikeluarkan di beberapa kawasan di negeri ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *