Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

Chong Wei harapan terbaik Malaysia

Episod buruk Datuk Lee Chong Wei kini berganti senyuman dan harapan baharu yang turut dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Read more ...

Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Jom Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing.

8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.

Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank. Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.

Read more ...

Ini Semua Salah Faham, Saya Ada Tanya Khabar Mereka รข€“ Achey Bidas Kenyataan Balu Harun Salim Bachik

Semalam, balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor mengadu kini hidupnya terhimpit dan mendakwa Achey menipu kerana pelawak itu tidak pernah bertanya khabar tentang anaknya serta memberikan "share" perniagaan bersama arwah kepada beliau.

Ekoran pendedahan tersebut, ramai yang mengkritik perbuatan Achey yang hanya cuba mencari publisiti dan menunjukkan kebaikan beliau sedangkan Achey sama sekali tidak pernah menolong keluarga Harun Salim Bachik.

Menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan, Achey telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja.

Berbicara mengenai pemberian "share" beliau kepada Surianti dan anak-anak, Achey enggan membicarakan hal tersebut dengan lebih lanjut kerana beliau tidak ada sebarang urusan perniagaan besama Surianti.

Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku. Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti.

Achey mengakui beliau merasa agak kesal dan terkilan dengan apa yang diberitahu oleh Surianti kepada pihak media sehingga menjadi isu yang agak besar.

Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak.

Erm…jadi semuanya hanya salah faham sahaja. Tidak apa, mungkin lah Surianti terlalu tertekan dengan kesempitan hidup sehingga timbulnya kekeliruan di pihak beliau. Harapnya, perkara ini sudah jelas dan tiada lagi orang yang akan mencetuskan lagi kontroversi.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

ISU LUAH RASA TERKILAN TERHADAP GAMBAR 'CURI' - LISA SURIHANI BERI PENJELASAN

Sebelum ini, Lisa Surihani meluahkan rasa terkilan apabila ada peminat mengambil gambar anaknya, Yahaira Leanne secara curi-curi.

Lisa bagaimanapun disini menjelaskan yang dia mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak berkongsi gambar anaknya di alam maya. Ia adalah satu prinsip yang harus dihormati.

Tindakan Lisa yang melahirkan rasa kecewa terhadap gambar tersebut telah mendapatkan banyak komen-komen yang agak negatif. Ada yang kecewa kerana Lisa enggan berkongsi gambar si comelnya itu.

"Tak timbul soal Lisa bengang, marah atau geram apabila insiden itu terjadi. Lisa cuma terkilan sahaja. Lisa rasa Lisa tahu pekerja mana yang mengambil gambar itu dan memuat naiknya di laman Twitter. D ia seorang wanita dan Lisa sedar kehadirannya. Ketika itu Lisa, suami dan anak berada kaunter di lapangan terbang Changi di Singapura.

"Lisa nampak dia senyum pada kami, dan lisa balas senyuman kepadanya. Dia berada tak jauh daripada kami jadi lebih molek kalau bertegur sapa dan meminta izin untuk bergambar daripada mengambil gambar curi. Lisa tahu niat dia baik dan teruja untuk berkongsi gambar kami di laman maya.

Gambar yang dirakam secara curi-curi oleh peminat

"Benar lapangan terbang itu tempat awam dan kami tidak layak mengawal kebebasan umum. Apa yang Lisa luahkan ini membabitkan soal anak. Sebagai ibu dan bapa, Lisa dan Yusry ada sifat melindungi kerana Yahaira bukan selebriti.

"Jika gambar kami berdua yang d isebarkan, kami okey kerana sudah masak dan kebal dengan dunia seni ini. Ini terjadi kepada Yahaira yang tak tahu apa-apa.

"Tidak timbul soal dia cuba menyorok anaknya daripada tatapan umum. Cuma seperti mana kenyataan Yusry sebelum ini, dia tidak mahu Yahaira terlalu terdedah di alam maya buat masa ini.

"Lisa tahu ramai yang nak tengok wajah Yahaira. Kalau di tempat awam, ada yang datang menegur kami dan nak tengok wajahnya… Lisa tunjukkan.

"Ada peminat yang minta izin nak ambil gambar Yahaira tetapi Lisa menolaknya dengan baik. Lisa dan Yusry berterus-terang mengenai prinsip kami. Peminat pun memahami dan mereka faham malah ada kalanya sempat bersembang sementara.

"Cuma Lisa ada mendengar cakap-cakap belakang, kalau tak nak tunjuk wajah anak lebih baik "simpan dalam rumah", sorok muka Yahaira dengan selimut atau tutup mukanya sahaja dengan topeng atau kain.

"Tapi itu juga tidak normal. Lisa mahu Yahaira membesar dengan normal. Ada juga yang cakap se kalipun Yahaira bukan selebriti tetapi tempias Lisa dan Yusry tetap ada padanya.

"Benar hal itu tak dapat dielakkan. Cuma Lisa mohon pengertian semua, biarlah Yahaira yang tetap dan putuskan nak jadi apa.

"Mahupun nak jadi anak seni sekalipun atau memiliki akaun laman sosial apabila sudah besar dan boleh berfikir. Sekurang-kurangnya hormatlah hak Yahaira sebagai individu," jelas Lisa panjang lebar.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Bapa Noh Hujan Tinggal Nota Sinis Kepada Perompak?

Rumah famili Noh Salleh yang terletak di Miri, Sarawak telah pun dimasuki perompak. Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan memberitahu perkhabaran itu menerusi Instagram miliknya.

Ketika kejadian, ibunya tidak berada di rumah kerana berada di suatu tempat yang lain iaitu di Bintulu.

Keselamatan ahli keluarganya jauh lebih penting berbanding dengan beberapa barangan berharga yang telah berjaya di bawa lari.

Namun, bapanya agak berang dan geram dengan sikap biadap perompak itu. Lantas bapanya telah memuat naik nota sinis di laman sosial yang berbunyi:

'kepada pencuri yang mulia! Lain kali kalau habis selongkar itu kabinet baju, sebelum pulang itu kain/baju kasih lipat balek. Sekian terima kasih'

Nota ini juga telah dikongsi menerusi laman instagram Noh dan menerima pelbagai reaksi yang positif daripada peminatnya.

Diharapkan kepada semua, berhati-hati di mana jua anda berada kerana malang itu tidak berbau. Kepada ahli keluarga Noh Salleh, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 25 Nov 2015

Read more ...

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey รข€“ GHOST THEATER

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere GHOST THEATER – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem dari Jepun yang penuh dengan adegan seram dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

GHOST THEATER (2015) merupakan sebuah filem seram Jepun yang diarahkan oleh Hideo Nakata dulunya pernah mengarah filem THE RING, dengan didukung pelakon utama: Haruka Shimazaki, Rika Adachi, Riho Takada, Keita Machida, Ikuji Nakamura dan Mantaro Koichi.

Filem seram  GHOST THEATER ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 3 Disember 2015.

Untitled

Ghost Theater merupakan film horor Jepun yang disutradarai oleh 'Hideo Nakata'. Hideo Nakata memang sudah sangat terkenal dengan karya film horornya yang sangat menyeramkan.

Karya film terbarunya yang disebut-sebut akan lebih seram dari Sodako ini juga akan ditampilkan saat Festival Film Internasional Tokyo. Sebab, filem horor ini akan memfokuskan filem horor ini dengan konsep boneka terseram. Di mana boneka ini akan diisi dengan roh yang jahat, sehingga filem ini menjadi sangat seram.

Sinopsis GHOST THEATER

Dalam film ini anggota AKB48 Haruka Shimazaki akan menjadi pemeran utamanya. Sebelumnya, semua anggota grup AKB48 mengikuti audisi untuk peran dalam film ini dan Haruka lah yang terpilih.

Film Ghost Theatre berfokus pada Sara (Haruka Shimazaki), seorang aktris muda yang mendapatkan peran kecil dalam sebuah teater besar yang diarahkan oleh Gota Nishikino (Mantaro Koichi). Adalah Aoi (Riho Takada) dan Kaori (Rika Adachi) yang mendapatkan peran utama.

Namun suatu hari, seorang staf perempuan ditemukan tewas di teater tersebut. Aoi jatuh dan kehilangan kesadaran, hingga kemudian Sara terpilih untuk mengambil alih peran utama. Namun lambat laun, Sara mulai mengerti bahwa ada seseorang atau sesuatu yang hendak mengakhiri produksi, yang kemudian menempatkan Sara dalam bahaya yang mematikan.

Peraduan Tayangan Premiere GHOST THEATER

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

1 Disember 2015 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GHOST THEATER– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GHOST THEATER kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem GHOST THEATER

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GHOST THEATER – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere GHOST THEATER – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:30 November 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 3 Disember 2015.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Gadis PG Bowl Nyaris Dirogol 3 Lelaki Warga Asing

PASIR GUDANG - Viral di laman sosial semalam seorang gadis didakwa hampir dirogol oleh 3 lelaki warga asing. Menurut Mohd Adam yang memuat naik kes itu di laman Facebook berkata, seorang gadis anak kepada seorang anggota SRS KRT TMF5 telah dipukul dan dicederakan pada jam 10.00 malam kelmarin ketika pulang dari kerja. Mangsa yang bekerja sebagai Juruwang di Pasir Gudang Bowl (PGB) yang pulang ke rumah melalui jalan dari pusat bandar ke Taman Mawar, Pasir Gudang, diserang oleh tiga warga asing yang didakwa cuba merogol mangsa.  Menurut sumber, mangsa menyedari dirinya diekori oleh tiga lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang, lalu menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan mengenai perkara itu sebelum diserang oleh sekumpulan suspek berkenaan. Rakannya yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa sedang dipukul dan dipijak-pijak. Mangsa juga dilihat bangkit melawan tiga lelaki terbabit sehingga jatuh longkang. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan beberapa bahagian badan yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan. "Mangsa masih berada di Emergency Room. Doktor nak imbas otak dia. Mungkin dah buat pada jam 1 pagi tadi. Kesian sangat, nasib baik belum sempat dirogol. Budak ini pun memang melawan," kata Mohd Adam. Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan kejadian yang menimpa gadis terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Polis Terima Lebih 90 Laporan Berhubung Pertemuan Nurul Izzah Dan Jacel

KUALA LUMPUR: Pihak polis memaklumkan menerima lebih 90 laporan dari seluruh negara berkenaan pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel H. Kiram yang didakwa berlaku pada bulan ini.

Memetik Astro Awani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kebanyakkan laporan itu diterima di Sabah.

Sebelum ini Nurul Izzah dikecam oleh rakyat negara ini rentetan tersebarnya gamabr-gambar pertemuannya bersama Jacel di Manila.

Dikatakan mereka berjumpa pada awal bulan ini.

Malah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga didakwa sebagai dalang yang mengaturkan pertemuan tersebut. -Siakapkeli.my

Read more ...

'Gabungan PAS-Umno impian DAP, bukan kami'

DAP nampaknya lebih bersungguh-sungguh mahu PAS bergabung dengan Umno, berbanding dengan orang PAS sendiri, kata Naib Ketua Pemuda parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin.

Ini terutamanya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa Khairil marah impiannya untuk melihat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijatuhkan dalam muktamar yang lepas, tidak menjadi kenyataan.

PAS, tegasnya, kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan oleh DAP.

"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, DAP pula yang lebih ghairah "bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri".

"DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai "Abang Besar" dalam Pakatan," katanya.

Tidak cukup dengan PAS, dakwanya, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 ADUN PKR menyokong dan bersekongkol dengan Umno.

Khairil merujuk kepada kritikan Lim terhadap lima ADUN PKR itu yang berkecuali berhubung usul Umno di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkaitan projek penambakan di negeri ini.

Khairil juga mendakwa bahawa kerajaan DAP juga telah menggugurkan empat daripada lima usul yang dikemukakan oleh ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri lepas.

"DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.

"Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan," tegasnya

[Baca berita penuh]

Read more ...

'Gleneagles Caj Mahal Nak Mampos Tapi Servis Gampang!' - Azwan Ali

17 jam yang lalu, Azwan Ali atau 'Diva AA' memuat naik luahan berangnya di laman Instagram mengenai kualiti perkhidmatan sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Sudahlah bayaran perkhidmatan mahal, Azwan Ali mendakwa dia juga tidak dibantu oleh kakitangan hospital swasta tersebut. "Suckssss Gleneagles Intan Kuala Lumpur! Bad services actually! Charge? Mahal nak mampooss but service gampangsss! Dua hari aku senyap, but terfikir bad services must be exposed!  "What happened? Diva AA waited more than 30 minutes though on emergency. Alasan? Doctor busy! ICU units memekak dengan kids keluar masuk without any stop from security. Bullshitssss! Staff nursing? Cucuk macam cucuk lubang mak dia! Paintful like shitsss! Then? 2 doctors in attendance both confius whether I can eat or not. Oh my god! Then comments on my health status was not encouraging!  "Then baju patient yang dipasang to my body, nobody cares to guide changing when I was discharged! Nobody assist what to do with the jarum suntikan yang still terlekat on tapak tangan! Bandage quality seanjing-anjing quality! Wheel chair have to request and nobody cares! Charge? Mahal nak mamposs but service real gampangssss! So, Gleneagles go to hell!" luahnya di laman Instagram. Berikutan kualiti perkhidmatan yang teruk itu, difahamkan Azwan Ali mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pula dan memuji perkhidmatan yang diberikan. "Ampang Puteri Kuala Lumpur, VVIPS welcoming to Diva AA this morning. Smilling staffs every corner. Siap selfie with Diva AA. Awesome! Chinese doctor, superb nursing, less costs from cekik darah Gleneagles! So, make sure you find Ampang Puteri as your second home if you are not well. Understand?," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Russia sahkan pesawat Su-24 ditembak Turki

MOSCOW: Russia mengesahkan pesawat perang yang ditembak jatuh oleh Turki di sempadan Syria adalah Su-24 milik Russia.
Read more ...

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Pelakon Linda Hashim mengambil keputusan untuk menjual semua baju terpakai miliknya termasuk baju perkahwinannya.

Menurut Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan semua baju-bajunya itu rosak apabila terlalu lama disimpan. Linda Hashim dalam pada itu memaklumkan kesemua baju tersebut dijual dengan harga murah bagi memberi peluang kepada orang lain yang mahu memakainya.

"Bukan saya tidak sayang jual baju nikah itu, tetapi saya tidak mahu baju itu rosak begitu sahaja kalau disimpan terlalu lama.

"Jadi, lebih baik saya jual murah kepada sesiapa yang berminat untuk memakainya. Baju tersebut dibuat oleh kakak saya dan kain serta manik-manik saya beli di Indonesia, kira-kira menelan kos RM4,000 juga," ujarnya.

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Kata Linda, sebelum ini ada pihak yang bertanya dan ingin membeli baju tersebut namun dia hanya menyewakannya sahaja.

Bagaimanapun setelah difikirkan balik, daripada baju tersebut rosak, lebih elok baju itu dijual kepada orang yang lebih memerlukan.

"Sebelum ini ramai yang tanya saya dan mahu beli baju itu tetapi ketika itu saya baru sahaja berkahwin dan tidak rasa nak jual. Saya beri mereka pinjam dan sewakan sahaja.

"Tapi bila saya fikir balik buat apa nak simpan, kalau nak tunjuk pada anak bila mereka besar nanti boleh tengok di gambar-gambar kahwin sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Linda berkata dia turut menjual semua baju-baju yang digunakannya ketika berlakon sebelum ini. Manakala selebihnya sudah didermakan kepada mangsa banjir.

"Saya baru pindah rumah, jadi saya kumpul berkotak-kotak baju lama saya ketika aktif berlakon dulu untuk dijual secara lelong sahaja.

"Baju yang elok dan sopan saya sudah derma kepada mangsa banjir, kebanyakan baju yang saya jual ini sudah tidak sesuai dipakai kerana agak seksi," ujarnya.

Artikel berkaitan:- Tahniah! Linda Hashim Hamil Anak Kedua

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Dalam pada itu, Linda yang kini hamil lapan bulan berkata, dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua pada pertengahan Januari depan.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.

11,806 total views, 11,806 views today

Read more ...

SAMAN TIAN CHUAK, TAKTIK UNTUK TUTUP CERITA!!!

SEMUT HITAM SAMAN TIAN CHUAK, TAKTIK UNTUK TUTUP CERITA!!! Hehehe!!! Nampak gayanya puak - puak dikalangan pemimpin PKR tu dah semakin terdesak apabila kontrversi yang tidak diundang melanda dua orang Naib Presiden parti itu baru - baru ini. Pelbagai alasan bertaraf LONGKANG telah diberikan oleh kepimpinan PKR serta sekutu - sekutu mereka dari kalangan DAPigs, tetapi ianya dilihat tidak mampu untuk meredakan keadaan. Jika sebelum ini, Si Tian Chuak tu tampil dan memberikan alasan KONONnya Si Nurul Izzah tu tak 'Berjumpa' pun dengan Puteri Kiram itu. Sebaliknya, mereka hanya 'Bergambar' sahaja. Tapi malangnya, alasan yang diberikan oleh Si Tian Chuak tu hanya dilihat cuba nak memperbodohkan rakyat yang jelas dapat melihat Si Nurul Izzah 'bergaul mesra' dengan Puteri Si Kiram tu. Kemudian Si Tian Chuak cuba nak ubah kenyataan yang dibuat dan mendakwa KONONnya dia serta Nurul Izzah 'Tak Kenal' pun dengan Puteri Kiram tu sewaktu perjumpaan tersebut diadakan. (Artikel Berkaitan: Tian Chuak 'Kantoi' Buat 'Pusingan U'!!!) Sekali lagi, nampak sangat Si Tian Chuak tu seolah - olah cuba nak memperbodohkan rakyat dengan memberikan alasan bertaraf LONGKANG seperti itu. Ianya jelas 'Tak Masuk Akal'. Mungkin dek kerana malu dengan alasan sedemikian, maka puak - puak PKR tu katanya akan mengambil tindakan drastik bagi meredakan isu yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini. Kaedahnya ialah dengan 'Mengugut' mana - mana pihak yang mengaitkan Si Tian Chuak tu sebagai dalang pertemuan diantara Nurul Izzah dan Puteri Kiram tu akan dikenakan tindakan saman. KUALA LUMPUR - PKR memberi sokongan sepenuhnya terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian chua untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkannya sebagai dalang perjumpaan antara Ahli Parlimen Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak pengganas Sulu baru-baru ini. - lapor Sinar Harian Jika kita lihat dari satu sudut, tindakan yang diumumkan oleh kepimpinan PKR tu adalah jalan terakhir bagi meredakan keadaan untuk menamatkan kontroversi tersebut dari terus diperkatakan. Mungkin taktik itu akan berjaya bagi sesetengah pihak. Tapi hakikatnya, apa yang telah mereka lakukan itu tidak mungkin dapat dilupakan. Realitinya, puak - puak PKR tu sanggup melakukan apa saja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *