Wednesday, December 02, 2015
Jawab isu 1MDB di Parlimen: Jadi atau tidak?
Kerana Salah Faham âKimKâ, Nur Fazura Malukan Peminat
Oh,oh,oh. Untuk seseorang yang fazbulous seperti Fazura, kesalahan memahami maksud "kimK" yang ditulis oleh seorang peminatnya agak sukar difahami. Abang Nara yang tak berapa urban ini pun boleh memahami bahawa "kimK" tersebut merujuk kepada Kim Kardashian, bukannya kim*ak seperti yang dianggap oleh Fazura. Namun salah faham sebegini memang boleh terjadi. Biasalah, tulisan dekat-dekat dan short form ini memang boleh salah dibaca.
Apa yang lebih menyedihkan ialah Fazura telah memalukan peminat yang menulis perkataan "kimK" itu menerusi akaun Instagramnya. Tambah menambahkan kebengangan peminat ialah apabila Fazura menggunakan ayat muslim "mother" yang bertudung. Untuk makluman, perkataan "kimK" tersebut telah digunakan untuk menggambarkan kawan Fazura. Walaupun telah membuang gambar di atas, Fazura tidak meminta maaf sebaliknya membuat penjelasan panjang lebar.
Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih.
Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain.
Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning?
Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don't comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always
Secara jujur, Fazura harus tampil meminta maaf kepada peminat yang telah dimalukan olehnya. Abang Nara rasa memang si peminat mahu memuji rakan Fazura kelihatan seperti Kim Kardashian, bukannya kim*k seperti yang dianggap oleh Fazura. Kata orang, mereka yang jujur dan berani ialah mereka yang sanggup mengaku kesilapan. Tak gitu? Apa pendapat anda?
Related Related Category : Malay 77 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: Fazura, kimk nur fazura, nur fazura, nur fazura malukan peminat PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.ZUL ARIFFIN & BEKAS KEKASIH SAMBUT BIRTHDAY
Menerusi laman Instagram Gayatri Su-Lin Pillai, Zul Ariffin dan ibunya telah menyambut ulangtahun kelahiran penerbit itu bersama-sama.
Walaupun hubungan mereka sebagai pasangan kekasih sudah lama berakhir, hubungan antara Gayatri bersama bekas kekasihnya itu serta keluarga Zul masih lagi baik seperti dahulu.
Melihat gambar tersebut, ramai sebenarnya yang mengharapkan agar Zul dan Gayatri dapat kembali sebagai pasangan kekasih kerana selama ini memang mereka tampak cukup manis bersama.
Kami rasa mereka adalah contoh terbaik untuk pasangan yang sudah putus cinta di luar sana. Tidak bermakna anda harus bermusuh meskipun sudah tiada ikatan cinta bukan?
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRA M - TWITTER Follow @myartisdotcomDatuk Seri Vida Syukur, GV2 Lonjak Perniagaannya
Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida lahirkan rasa syukur dengan pembabitannya dalam Gegar Vaganza 2 kerana produk miliknya kini menjadi lebih terkenal.
Malah, pendapatannya juga kian meningkat dek kerana penambahan jumlah pengguna untuk mencuba produk kesihatan yang dijual dalam pasaran tempatan.
"Kini keputusan saya menjadi penaja untuk acara hiburan nyata berkesan walaupun ada segelintir pihak pada mulanya sangsi dengan keputusan saya.
"Menjadi penaja untuk GV2 amat berbaloi kerana pada masa yang sama program ini telah menjadi platform hubungan kekeluargaan yang menonton bersama-sama.
"Jadi, pelaburan saya ini umpama serampang dua mata. Pelbagai kebaikan telah diperolehi oleh semua pihak tidak kira penonton, barisan penyanyi serta tenaga produksi yang berhempas pulas menjayakannya," kata Datuk Seri Vida kepada portal Murai.com.my
Dalam pada itu, beliau turut ditanya adakah tidak berasa kecil hati apabila 'tagline' Qu Puteh menjadi cercaan sesetengah individu.
Dengan senyuman terukir di wajahnya dan menjawab ia sudah menjadi asam garam kehidupan. Tidak semua orang kita boleh puaskan hatinya.
"Mungkin ada yang meluat kot apabila saya buat 'muaaah', tapi saya buat sebegitu kerana saya pakai gincu.
"Jadi aksi itu adalah normal buat diri saya. Sekiranya ada sesetengah orang yang mungkin suka atau pun tak.
"Itu semua hak mereka untuk menilai, yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk mencapai target dalam hidup masing-masing," katanya mengakhiri bicara.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 2 Dis 2015
Apa Yang Best Beli Rumah EUSARCA DâMAYANG SARI NILAI
Hidup di bandaraya Kuala Lumpur memang nak kena berjimat cermat sekarang ni. Bukan apa kos sara hidup makin meningkat. Harga barang makin mahal. Itu tak termasuk lagi bila cakap pasal nak beli rumah kan? Nak cari rumah yang murah juga bukan main susah kalau kat KL ni. Maklumlah tanah memang limited. Terpaksalah cari rumah yang jauh tapi dapat ulang alik dengan cepat. Itu yang paling penting bagi yang kerja di KL dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Begitulah luahan ramai kawan-kawan Budiey, dah rasa rugi je nak bayar sewa rumah, baik beli je rumah kan? Kesian juga tengok diorang tercari-cari rumah yang sesuai untuk dibeli. Kriteria utama adalah jalan akses yang cepat untuk sampai di KL dan kemudahan pengangkutan yang mudah. Itu perkara nombor satu sekarang ni.
Sambil tolong kawan-kawan cari rumah, Budiey buat survey la beberapa rumah teres dua tingkat yang boleh dicadangkan kepada kawan. Antara yang Budiey jumpa ialah rumah teres dua tingkat berkonsepkan moden yang sangat sederhana, mampu milik dan jalannya pun senang je nak sampai ke KL iaitu EUSARCA.
Pada 15 November lalu, Budiey berpeluang meninjau Pelancaran Rumah Teres Dua Tingkat EUSARCA di D'Mayang Sari Sales Gallery yang terletak di PT 9889, Jalan BBN 1/3J, Putra Point, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.
Eh, memang lawa dan cantiklah rumahnya. Elok je terletak! Sungguh tak tipu. Tak caya, cuba baca sampai habis dan tengok gambar yang Budiey sempat rakam ni.
Ya, Budiey perhatikan kat Nilai, ada banyak rumah yang cantik-cantik, murah, selesa dan harganya berpatutan. Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi dengan kawan-kawan pasal rumah EUSARCA ni. Pemaju Seri Pajam antara yang selalu membangunkan rumah untuk ruang kediaman selesa dan sihat.
Lagi pun EUSARCA ni tidaklah jauh dari Kuala Lumpur. Pendek kata, mudah untuk ke mana sahaja samada mahu ke Utara atau Selatan. Ia mudah dihubungi menerusi jalinan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Jam 10 pagi, Budiey selamat sampai setelah mengambil masa 35 minit juga dari Kuala Lumpur. Acara event kali ini sangat meriah dan lebih besar. Siap ada karnival food truck. Yang datang boleh makan kenyang-kenyang satu famili. Patutlah, awal pagi lagi dah nampak ramai orang datang untuk melihat rumah ini.
Cukup meriah sangat happening sebab banyak juga aktiviti yang sangat family-friendly disediakan di bawah khemah. Pendek kata, sesuailah kepada keluarga yang datang bersama anak-anak. Takdelah membosankan sangat sebab ada aktiviti pertunjukan silap mata, pertunjukan tarian dan ada pertandingan bakat kanak-kanak. Selain itu, ada booth foto yang unik kat sini iaitu Upside Down Photo Booth dan macam-macam lagi lah. Dah macam karnival Jom Heboh dah…
EUSARCA berkonsepkan moden kontemporari dan didirikan di kawasan landskap D'Mayang Sari, Nilai, Negeri Sembilan yang berkeluasan 64 ekar.
Jadi, alang-alang dah sampai di sini, Budiey nak ceritakan tentang keistimewaan rumah mewah di sini. Harap anda semua sudi membacanya sampai habis, okay?
Apa yang penting, semasa Budiey melangkah masuk ke kawasan rumah contoh EUSARCA ini, Budiey dapat rasakan ketenangan dan keselesaannya. Dalam hati terdetik, dalam gambar tak nampak besar, tapi apabila dah sampai sendiri kat sini.. fuh ke main luas juga kawasan D'Mayang Sari ni.
Di luarnya ada taman menghijau dengan pokok-pokok yang mendinginkan suasana. Dilengkapi juga dengan taman permainan kanak-kanak yang teduh, taman layang-layang, Linear Garden, Maze Garden dan Eco Lake. Petang-petang atau pagi-pagi bolehlah jogging keliling kawasan tasik dan taman ni.
Apabila dah terbiasa hirup udara berdebu asap kat KL ni, sekali sampai di kawasan yang udara yang tak tercemar, memang Budiey rasa lain macam.
Itu yang bagusnya, selain pembangunan yang mampan, di D'Mayang Sari Nilai ini menggalakan kejiranan yang hijau, sejuk mata memandang dan yang penting dapat membawa penghuninya lari jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar yang cukup menekankan jiwa. Setidaknya di sini pasti menjamin alam semulajadi daripada tercemar, tidak seperti di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.
Tidak sah kalau kita tak tinjau dan jenguk ke semua bilik dalam rumah EUSARCA ni. Ada empat bilik. Memang cukuplah untuk anda satu keluarga.
Ruang bilik tidur utama sangat besar ya. Yang paling penting sekali, Budiey suka sebab kamar master bedroom ni dihubungkan terus dengan balkoni yang sangat luas kat luar. Dapat jemur kain, dapat dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil minum kopi tu, dapat hirup udara kat luar dan dapat chit chat dengan yang tersayang. Fuh romantik gitu.
Dan kat atas ni pula kamar nombor dua yang juga terletak di ruang tingkat atas. Di ruang bawah hanya ada satu sahaja bilik. Tiga kamar ada di tingkat atas. Buatan tangga yang meghubungkan tingkat atas juga cantik kerana ia menggunakan kemasan tile seperti kayu. Jadi, takdelah licin dan ia nampak sangat elegan. Ruang di antara lantai dan syiling juga sangat tinggi dan ini menjaminkan keselesaan dan kita akan nampak bilik tu jadi luas.
Budiey sempat merakam vlog sekitar sesi tour di EUSARCA yang indah ini. Kalau mahu mendapatkan gambaran yang lebih jelas, Budiey sarankan kepada anda supaya menonton vlog Budiey kat atas ni.
KLIK: Video Vlog Budiey di EUSARCA di D'Mayang Sari.
Untuk info pembaca, EUSARCA D'Mayang Sari bebas milik ini dibangunkan oleh pemaju perumahan Seri Pajam yang mempunyai keluasan tanah dari (berapa luas?). Kira selesalah keluasannya.
Dengan gross built up 2,170 sq.ft. – 2,290 sq.ft, serta bentuk seni bina moden sederhana, EUSARCA D'Mayang Sari dibina dengan cukup lengkap bersama kemudahan asas yang lengkap. Ada empat bilik tidur, empat bilik air dan satu bilik stor. Sangat perfect la kan?
Rekaannya rumah yang cukup lega dan selesa dikelilingi dengan suasana aura yang cukup positif di mana ia dikelilingi dengan suasana kehidupan, bisnes, keseronokan dan di tengah lokasi membeli belah.
Bukak je pintu, terus nampak ruang tamu yang bukan sahaja nampak sangat luas malah ia menyuntik suasana segar sesuai dengan citarasa anda yang mementingkan keharmonian. Dapat rehat tengok TV bersama keluarga pun seronok la kan?
Hampir empat jam Budiey juga Budiey kat sana. Makan-makan dan tengok aktiviti di pentas serta meninjau suasana dalam rumah contoh.
Budiey dapat katakan di sini ianya sangat berbaloi untuk didiami. Dengan harga serendah RM497,800* Ternyata, kediaman yang disediakan oleh Seri Pajam Development ni sangat bermutu dari segi buatan dan melengkapi gaya hidup. Contohnya, pelan lantai rumah kamar tidur di bilik atas diperluaskan dan kita tak payah lagi dah nak renovate rumah kasi besar.
Perkara pertama yang diutamakan oleh setiap yang nak beli rumah tu, biarlah ada kemudahan asas seperti pusat rekreasi, sekolah, kedai dan sebagainya.
Di EUSARCA ni, korang nak apa semua ada dan boleh dapatkannya dengan mudah.
Antara fasiliti kemudahan yang ada kat sini, taman permainan, pusat perubatan Nilai Medical Center, bank ATM, kedai, restoran, pasaraya besar seperti Giant Nilai, MyDin (hanya 3 minit je naik kereta, hanya 1.5km jauhnya, Sekolah yang terdekat SJKC Kuo MIn, dekat juga dengan Universiti Sains Islam Malaysia. Malah, pengangkutan awam pun dekat juga. Kita boleh guna stesen komuter Nilai dan bas serta teksi. Nak gi ikut Lebuhraya Lekas juga dekat je hanya 11 minit sahaja. Begitu juga akan datang… penghuni akan dapat membeli belah di Pusat Membeli Belah AEON Nilai. Memang dekat sangat. Cukup lengkap segala. Nak apa cakap je, tak payah nak gi shopping jauh-jauh sampai KL semata nak cari barang.
Seperti rumah lain dari pemaju Seri Pajam ni, perumahan EUSARCA juga menitik beratkan nilai sekuriti dan penjagaan rapi untuk menjamin keselamatan dan keamanan, ia juga dikelilingi dengan landskap hijau dan untuk yang memiliki di ruang corner dan ruang belakang rumah juga sangat luas. Boleh senang dan selesa buat BBQ atau party bersama keluarga.
Paling penting juga, Seri Pajam juga memberikan hak milik kekal kepada pembeli EUSARCA. Selain itu, kawasan ini juga ada komuniti berpengawal. Selamat dan tenang itu dah tentu dah. Tak payah nak risau sangat tentang keselamatan.
Nah ini pula ruang dapur. Nanti kalau dah beli, bolehlah buat renovate dan hias dapur dengan kabinet yang anda suka.
Budiey dapat info, Seri Pajam Development menawarkan harga jualan RM497,800 seunit. Kira murah dah tu dengan rumah yang kita dapat. Kemasan tile juga diperbuat dari kemasan yang bermutu tinggi. Begitu juga dengan cat dinding dan cat luar rumah memang berkualiti.
Jika pembaca yang mahukan persekitaran dan gaya hidup mesra alam, pastikan anda mengunjungi rumah contoh di D'Mayang Sari sales gallery yang terletak di PT 9889, Jalan BBN 1/3J, Putra Point, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Atau boleh hubungi talian 06 799 2218 untuk pertanyaan lanjut. Nak emel pun boleh, sila emel kepada: marketing@seripajam.com.my
Untuk info lanjut, Budiey syorkan kepada anda semua untuk melayari: www.seripajam.com.my. Kalau mahu LIKE Facebook pun boleh, layari: www.facebook.com/seripajam
Komen via FacebookKomen
Peminat Mahu Gambar Yus Jambu Dedah Aurat Di Laman Sosial Dipadam
Jenazah pelawak Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu sudah pun selamat dikebumikan petang semalam, bagaimanapun kini peminat mahu gambar arwah yang mendedahkan aurat di laman sosial dipadam.
Perkara itu telah diutarakan oleh peminatnya malah pelbagai komen ditinggalkan di laman Instagram Yus, di mana-mana rata-rata daripada mereka mahu gambar Yus berseluar pendek dipadam demi tidak mahu terus mengaibkan arwah.
Ada juga yang meminta seberapa ramai mungkin peminat melaporkan gambar tersebut kepada Instagram, supaya laman sosial tersebut akan mengambil tindakan menurunkan gambar tersebut. Yus Jambu yang berusia 39 tahun, meninggal dunia di Hospital Selayang, dipercayai akibat serangan jantung.
Berita berkaitan:Adegan ranjang! Artis berhak tolak
Kad Kahwin Syamsul, Syafiq Diedar 2 Minggu Lagi
Zizan Razak Nafi Kahwin Jun
Gambar Seksi Diana Danielle, Pengurusan Tampil Minta Maaf Pada Semua
Sufi Diumum Juara AF 2015, Bawa Pulang RM50,000
Komencomments
'Ini Bukan 1.5 Juta Pekerja Bangla Yang Diumumkan TPM' - Nadzrin
ERL Umum Kenaikan Harga Tambang Berkuatkuasa 1 Januari Ini
Harga tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, kadar tersebut adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM 64 bagi perjalanan sehala.
Namun, pihaknya akan bekerjasama denga pihak korporat untuk membantu meringankan beban pengguna berikutan kenaikan tersebut.
"Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, " katanya memetik laporan FMT.
Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan kerjasama dengan MasterCard bagi menawarkan potongan harga kepada pengguna.
Kata Noormah, sebagai contoh pengguna yang menggunakan MasterCard cuma perlu membayar RM40 jika dibandingkan dengan harga baharu RM55.
Katannya juga, potongan harga sehingga 20% bagi sesetengah pemegang kad kredit juga akan disediakan dan kini perbincangan mengenainya sedang dibuat dengan bank-bank terlibat.
Selain itu, potongan sebanyak 10% juga boleh dinikmati apabila pengguna membeli tiket dalam talian, apliaksi telefon bimbit dan kioks ERL sama seperti pengguna yang menggunakan kad Touch n Go. - Siakapkeli.my
Dua beradik dan rakan lemas di kolam takungan
Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir seorang rakan mereka ditemui lemas di sebuah kolam takungan di kawasan tapak pembinaan di Taman Cahaya Masai, dekat Pasir Gudang, malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Hafiy Iman Hazrul Izwan, 8, dan adiknya Mikael Hazrul Izwan, 6, yang beralamat di Jalan Berlian 36, Taman Cahaya Masai serta rakan yang juga jiran mereka, Airil Iskandar Hamran, 8.
Dua beradik itu berkongsi tarikh lahir pada 7 Julai.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian bersama-sama sebuah jentera dan enam anggota.
"Menurut saksi, tiga sekawan berkenaan pergi ke kawasan takungan air sedalam 15 kaki yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka selepas hujan lebat sebelum dipercayai tergelincir di kawasan yang agak curam," katanya semalam.
Mohd Rizal berkata pihak bomba turut menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata mangsa pertama yang ditemui ialah Hafiy Iman pada 7.49 malammanakala Mikael, 40 minit kemudian, disusuli oleh Airil Iskandar 10 minit kemudian.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, kata Mohd Rizal.
- Bernama
Siti Nurhaliza Keguguran
Bas ekspres, kereta terhumban dalam gaung
(GAMBAR) Keluarga Fynn Jamal Menunaikan Umrah Di Mekah
(GAMBAR) Keluarga Fynn Jamal Menunaikan Umrah Di Mekah
Sudah masuk 6 hari Fynn Jamal menunaikan umrah di Mekah. Pada kali ini, Fynn Jamal bersama suami dan anaknya, Arjuna serta ibu mentuanya menunaikan umrah kali ke dua bersama-sama. Baru- baru ini beliau telah memuat naik gambarnya bersama keluarga di Mekah.
Sebelum bertolak ke Mekah, beliau telah memuat naik gambar dan meluahkan perasaan bersyukur kerana berpeluang sekali lagi menunaikan umrah.
Bismillahirrahmaanirrahim.
Dengan ini bermulalah perjalanan kami ke madinah dan makkah untuk menjalankan ibadah umrah.
Terima kasih untuk doa2 dan pesanan2 baik buat kami. insyaAllah akan aku kirimkan salam semua sekali secara pukal ke atas rasulullah saw.
Maafkan salah silap, padamkan benci iri, lupakan hasad dan benci. kita sayang semua, kan? kita nak semua masuk syurga, kan?
Wallahi tidak pernah tersangka dua kali dipeluangkan menjadi tetamu الله– dalam tempoh rapat pula. allahu akbar. mendapat nikmat merasai berada di kalangan orang2 soleh dan baik2.
InsyaAllah, di kali ini– lebih banyaklah perkongsian akan aku buatkan. cerita2 dan kisah2. semuanya bi iznillah. moga2 mendatangkan rindu pada sesiapa yang mahu.
Halalkan segalanya. setiap yang elok adalah ilham milik الله. mana yang tidak– pastinya kerana aku sendiri.
Redhakan kalau ajal aku di sana. jauh di sudut hati, sentiasa aku mengharapkan dicabut nyawa ketika dalam perjalanan mencari ilmu dan dalam kesudahan baik2.
Terima kasih kerana terlalu baik untuk kami anak-beranak. dan ketahuilah tidak ada rasa buruk2 dalam hati aku. semuanya halal dan moga2 satu hari kita semua bertemu di firdaus.
bi iznillah.aku serahkan diri aku dan keluarga aku–bulat2 atas engkau, ya الله.
lillaahil hamdu.assalaam 'alaik.
Setiap orang pasti berpeluang untuk menunaikan umrah di Mekah jika diberi keizinNya. Bagi keluarga Fynn Jamal ini adalah pengalaman yang bermakna untuk kali kedua. Bebas dari segala masalah dan hati akan menjadi tenang apbila berada disana.
LAGI ARTIKEL MENARIK :
Berikut beberapa lagi gambar Fynn Jamal dan keluarga ketika menjalankan ibadah umrah di Mekah.
12,699 total views, 12,699 views today
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...